Umum

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Umum as PDF for free.

More details

  • Words: 2,277
  • Pages: 9
1.0 Pengenalan Mutakhir ini, arus modenisasi memungkinkan pembangunan yang pesat . Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak sehingga usaha untuk melindungi alam sekitar dengan termeterai Deklarasi Langkawi, 1989 jelas membuktikan kemelut yang dihadapi oleh negara kita. Pencemaran alam sekitar yang kian melanda negara kita ialah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran bunyi. Kesemua pencemaran ini bukan sahaja mengancam bekalan sumber semula jadi seperti sumber air malahan turut mendatangkan kesulitan kepada rakyat jelata. 2.0 Jenis-jenis Pencemaran Alam Sekitar 2.1 Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu. Bahagian kedua ialah pencemaran udara sekunder. Fenomena ini pula merupakan tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. 2.2 Pencemaran Air Pencemaran air berlaku apabila terdapat bahan-bahan asing yang kotor wujud di dalam punca bekalan air yang datang dari sungai, laut, kolam, dan tasik. Antara pencemaran air yang berada di tahap yang membimbangkan ialah pencemaran laut. Kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak Negara besar yang menggunakan laut dan pulau-pulau yang terpencil sebagai temapt untuk

menjalankan ujian nuklear. Contohnya, Perancis telah menjalankan ujian nuklear di dasar laut Pasifik Selatan pada tahun 1996. Letupan yang dahsyat akibat ujian itu banyak memusnahkan terumbu karang kerana sinar radioaktif yang dikeluarkan. Air juga boleh dicemari melalui pembuangan sisa-sisa kilang, tumpahan minyak dari kapal laut, pembuangan sampah sarap dan najis serta hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa. 2.3 Pencemaran Bunyi Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga merupakan definisi bagi pencemran bunyi. Fenomena ini berlaku apabila pengeluaran bunyi di tempat atau kawasan yang tidak bersesuaian. Contohnya, kilang-kilang yang menyebabkan gangguan bunyi kepada penghuni di kawasan perumahan yang berhampiran. Pencemaran bunyi kebiasaannya melebihi 80 desibel(dB). Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah hentakan impuls. Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. 2.4 Pencemaran Radioaktif Setiap teknologi yang dimanfaatkan dalam kehidupan manusia mengandungi risiko apalagi jika penggunaannya canggih. Jatuhan debu radioaktif (fall out ) yang berasal dari kecelakaan reaktor nuklear atau ledakan percubaan bom nuklear adalah contoh risiko teknologi tersebut. Jatuhan debu radioaktif yang dilepaskan, sebahagian akan jatuh ke laut dan kemudian terakumulasi dalam biota laut. Jika biota laut itu dimakan terakumulasi dalam organ manusia, ini mungkin akan menimbulkan kerosakan pada organ tersebut.

3.0 Faktor- faktor yang Mengakibatkan Pencemaran Alam Sekitar dan Kesannya 3.1

Faktor

manusia

dan

faktor

bukan

manusia

Perbuatan manusia merupakan punca utama pencemaran alam sekitar, terutamanya pencemaran laut. Kini, banyak petempatan penduduk didirikan di kawasan pantai. Penduduk yang tidak bertanggungjawab menjadikan laut sebagai tempat pembuanngan sampah. Bahan buangan domestik seperti sisa minyak masak, detergen, dan air kumbahan disalurkan terus ke air laut. Perbuatan ini menyebabkan air laut di pesisiran pantai menjadi kotor dan bertoksik. Hidupan akuatik terjejas. Kualiti air yang merosot membunuh hidupan seni dalam laut. Tumpahan minyak akibat kemalangan di laut, terutamanya antara kapal tangki yang membawa minyak mentah, juga merupakan punca pencemaran laut. Laut menjadi laluan utama bagi pengangkutan minyak mentah dari negara pengeksport ke negara pengimport. Setiap hari, berpulh-puluh buah kapal tangki belayar di laut dengan muatan miyak mentah. Pada tahun 2002, kapal tangki Prestige terkandas di pantai Perancis. Minyak tar hitam dari kapal itu meliputi permukaan laut yang luas. Pantai yang berpulh-puluh kilometer panjangnya tercemar oleh minyak tar hitam. Tumpahan minyak bukan sahaja mencemarkan laut tetapi juga membunuh hidupan laut. Minyak mentah yang meliputi permukaan laut menghalang cahaya matahari daripada sampai ke dasar laut. Plankton, yang merupakan makanan kepada pelbagai hidupan akuatik, akan mati tanpa cahaya matahari. Hal ini akan menjejaskan rantai makanan di laut. Kesannya, banyak hidupan laut akan termusnah bersama-sama. Ancaman yang

diketahui

terhadap

keseimbangan

ozon

adalah

pengenalan

kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. CFC digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyaknya, dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik. Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan. Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC

bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 –50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 –25 km, kurang uv diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon. Kesan yang dibawa oleh pencemaran udara adalah serius. Apabila kita menarik nafas, udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita. Debu dan gas-gas beracun daripada kilang-kilang, ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga akan menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan sisitem pernafasan seperti batuk kering dan kanser paru-paru. Selain itu, penyusutan lapisan ozon turut berlaku. Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari. Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon lantas menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit. Gasgas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid. Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan spesies ikan. Hujan asid turut menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan. Di samping itu, suhu di bumi juga akan mengalami kenaikan. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba. Oleh itu, suhu di bumi meningkat dan persekitaran kita menjadi panas. Banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia akan berlaku. Pencemaran tanah turut berlaku ekoran daripada kemusnahan

hutan.

Aktiviti

pembalakan

dan

projek

pembangunan

membinasakan hutan. Habitat semula jadi hidupan liar akan musnah. Sumber makanan dan tempat perlindungan hidupan liar juga akan hilang. Hal ini menyebabkan kejatuhan kadar pembiakan hidupan liar. Sebaliknya, kadar pembiakan meningkat. Sebagai contoh, bilangan harimau dan gajah di Malaysia berkurang dengan banyaknya. Spesies haiwan tertentu yang hanya terdapat di Malaysia akan pupus buat selama-lamanya. Tumbuh-tumbuhan liar yang penting dalam perubatan, seperti pokok bintangor yang dapat digunakan untuk merawat

penyakit AIDS, juga akan mengalami kepupusan. Tambahan pula, kemusnahan hutan menjejaskan kesuburan tanah. Penyahutanan mengakibatkan sesuatu kawasan hutan menjadi lapang dan terbiar. Kawasan itu terdedah kepada hakisan hujan dan pancaran matahari terik. Partikel yang liat dan humus yang subur akan hilang. Keadaan ini akan menyebabkan tanah kehilangan kesuburannya. Agen hakisan seperti air hujan juga akan menghakis segala sumber mineral tanah yang penting. Kawasan sekitar tidak lagi sesuai untuk bercucuk tanam. Tumbuhan semula jadi di situ juga akan mati. Krisis air juga akan berlaku akibat kemusnahan hutan. Hal ini menyebabkan kehilangan kawasan tadahan air hujan. Pokok-pokok dalam hutan biasanya berbatang lurus, berbanir dan daun-daunnya berbentuk kanopi. Keadaan ini sangat sesuai untuk menahan air hujan. Dengan itu, tumbuhan hijau di hutan mengekalkan kelembapan di sekitarnya. Hutan juga bertindak sebagai span untul menyerap air hujan. Tanpa hutan, air hujan akan mengalir ke tempat yang lain. Kitaran air hujan termusnah lantas mencetuskan krisis air yang serius. Iklim juga akan berubah alibat kemusnahan hutan. Hutan menyerap karbon dioksida. Kawasan hutan dianggarkan menyimpan 475 bilion hingga 825 bilion metric tan karbon dioksida. Hutan juga berfungsi untuk mengimbangi kandungan gas di udara. Hutan menyerap gas-gas pencemar. Pertambahan gas pencemar akan menyebabkan kesan rumah hijau. Hal ini demikian kerana gas pencemar akan menyebabkan suhu bumi meningkat kerana gas ini menghalang kehilangan haba dari permukaan bumi ke ruang angkasa. Kawasan sekitar akan mengalami peningkatan suhu bumi dan hal ini akan menyebabkan kemarau. Megikut Laporan Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Perasatuan Bangsabagsa Bersatu, sekiranya penerokaan hutan masih berleluasa, suhu bumi akan meningkat pada kadar 3 darjah celcius setahun pada abad ini. ujian senjata nuklear turut menyumbang dalam pencemaran alam sekitar. Bahan nuklear mengeluarkansinar radioaktif. Banyak hidupan akuatik mati

terkena sinar

radioaktif.manakala yang hidup pula mengalami mutasi genetik. Dengan itu, generasi baru dilahirkan dalam keadaan cacat. Kesihatan manusia juga terancam jika termakan hidupan laut yang tercemar itu. Kemajuan sektor

perindustrian menyebabkan kilang-kilang yang dibina berhampiran dengan laut selalunya mengalirkan sisa bahan bertoksik ke dalam laut tanpa ditapis. Bahan kimia yang bertoksik akan mengancam hidupan akuatik. Nilai pH air menjadi berasid. Hidupan akuatik akan mengalami perubahan genetic atau kematian. Contohnya, kawasan perindustrian di Pulau Pinang mengalami pencemaran kimia yang begitu bertoksid sehingga tiada hidupan akuatik yang dapat hidup di sekitarnya. 4.0 Langkah-langkah untuk Meminimumkan Pencemaran Alam Sekitar 4.1

Pengurusan

Sisa

yang

Cekap

Pertumbuhan pesat penduduk bandar yang disebabkan oleh migrasi luar Bandar ke Bandar dan pertumbuhan semula jadi serta perubahan corak penggunaan telah menyumbang kepada peningkatan dalam penghasilan dan komposisi sisa pepejal. Bagi menyediakan sistem pengurusan yang lebih cekap dan kos efektif dalam mengendalikan air sisa domestik dan untuk mengurangkan pelepasan air sisa

yang

dirawat

dengan

tidak

sempurna

ke

dalam

sungai,

sistem

pembentungan pelbagai punca telah dibina dan dinaikkan taraf manakala yang sedia ada dibaik pulih. Pengurusan sisa pepejal bersepadu adlah penting. Proses

ini

merangkumi

proses

kitar

semula,

penggunaan

semula,

pengkomposan, dan pilihan loji rawatan termal serta tapak pelupusan. Loji rawatan terma pertama di Malaysia di Beroga, Selangor menggunakan teknologi penggasan. Loji itu menggunakan tenaga daripada sisa pepejal itu sendiri untuk berfungsi. Loji itu akan dapat mengurangkan dioksin dan volum gas ekzos. Proses kitar semula bahan-bahan dan memproses baki sisa dijalankan. Baki sisa dapat diproses semula untuk dijadikan produk-produk yang berguna seperti blok penurapan jalan atau atap genting. Dalam usaha kita mendidik masyarakat, kita harus mencari kegunaan alternative bagi bahan buangan dan mengembangkan teknologi kitar semula. Barang-barang seperti botol kaca, plastik, dan tin aluminium tidak mudah reput dan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun untuk reput. Masalah ini dapat diatasi sepenuhnya dengan mengitar semula bahan-bahan ini. Tamsilnya, plastik dihancurkan menjadi fiber halus.

Fiber halus dapat digunakan untuk menghasilkan kain, beg, dan baju hujan. Tayar-tayar buruk digunakan sebagi tukun tiruan di laut. Dengan itu, masalah pencemaran sedikit sebanyak dapat diatasi. Loji pelupusan bahan bertoksik dan tapak penmbuangan bahan tidak mudah reput harus dibina. Bahan-bahan bertoksik seperti minyak kotor dan plumbum boleh menyebabkan pencemaran alam. Pembuangan racun serangga boleh menyebabkan pencemaran air. Loji pelupusan sisa bertoksik harus didirikan di semua kilang yang mengeluarkan bahan-bahan bertoksik. Loji pelupusan akan menyahaktifkan bahan bertoksik kepada bahan yang tidak berbahaya dan mesra alam. Bahan yang tidak mudah reput harus dibuang di tempat pembuangan yang khas, jauh dari tempat kediaman dan sumber air. Kemajuan sains dan teknologi juga dapat mengatasi masalah ini. Melalui penyelidikan dan pembangunan, kita dapat mengeluarkan barangan yang mesra alam, misalnya bekas plastik yang mudah reput. Pinggan mangkuk mesra alam dibuat daripada sekam padi. Barangan ini bukan sahaja tidak mencemarkan alam malah menyuburkannya.teknologi canggih juga nmenghasilkan jentera yang mampu menghancurkan plastik, tayar dan sebagainya menjadi fiber halus. Dengan itu, bahan-bahan pencemar ini dapat diproses semula menjadi barangan yang berguna. Kuatiti barang yang dibuang dapat

dikurangkan.

4.2

Pencegahan

dan

Kawalan

Kerajaan akan mengambil guna langkah pencegahan awalan dan melaksanakan prisip berhati-hati dalam menangani isu-isu pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi. Dalam hal ini, teras dasar yang strategik bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mampan adalah seperti: mengurangkan intensiti

tenaga,

perindustrian

material

untuk

dan

menangani

sisa

daripada

masalah

aktiviti

pencemaran

perbandaran udara,

dan

mengatasi

kemerosotan kualliti air dan pelupusn sisa; meningkatkan penggunaan dasar fiskal dalam mencapai objektif alam sekitar dan menggalakkan penggunaan instrumen berasaskan pasaran yang bersesuaian dan langkah peraturan sendiri di kalangan industri; menggalakkan pengukuran prestasi alam sekitar dan

mengukuhkan pangkalan data bagi membuat keputusan mengenai alam sekitar; memperkasakan pihak berkuasa tempatan dan melibatkan masyarakat setempat dalam menangani isu alam sekitar; dan mempertingkat perancangan guna tanah, pemuliharaan kepelbagaian biologi dan pengurusan hutan yang mampan serta pengurusan hal ehwal laut. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan bagi menghadapi masalah pemendapan berasid yang membawa hujan berasid akibat pencemaran udara. Kaedah penyalesaian yang terbaik adalah dengan mengehadkan pelepasan pencemar-pencemar udara ke atmosfera. Pelepasan pencemar-pencemar ini boleh dikawal dengan menggunakan peraturanperaturan, kaedah atau teknologi pengawal pencemar, perancangan alam sekitar dan sebagainya. Pengawalan pelepasan yang berpunca daripada kegiatan industri biasanya dengan dua kaedah. Bagi aktiviti yang menggunakan petroleum, mereka akan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Kaedah yang satu lagi adalah dengan menggunakan peralatan yang dapat mengurangkan kandunga pencemar udara di dalam gas yang dilepaskan. Penggunaan sistem denitrifikasi dan nyahsulfur ini dapat mengurangkan pelepasan oksida nitrogen dan oksida sulfur. Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari ekzos kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia mula memasang pengubah bermangkin ini yang membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran bahan api diubah sebelum 4.3 Di

ianya Penggubalan

samping

penggunaan

dilepaskan dan teknologi

ke

Penguatkuasaan dan

peralatan

atmosfera. Undang-undang dalam

pengawalan

pencemaran, pihak kerajaan juga telah menggubal pelbagai undang-undang bagi mengawal pelepasn pencemaran udara. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar seperti peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978, peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel dan Enjin Petrol) dan sebagainya. Penentuan tahap pelepasan yang dibenarkan di dalam sesuatu peraturan biasanya mengambil kira dua prinsip utama. Pertama,

standard yang dihad bagi mencapai tahap pengurangan yang dikehendaki dengan andaian teknologi bagi kawalan pelepasan ini akan wujud di masa akan datang dan mengambil kira teknologi sedia ada yang bersesuaian serta menentukan

standard

yang

mana

5.0

teknologi

tersebut

dapat

lakukan. Penutup

Menjaga serta mengekalkan alam sekitar merupakan tanggungjawab setiap insan kerana kita perlu bergantung kepada sumber alam semula jadi bagi menjamin kualiti kehidupan yang lebih sempurna. Walau macam mana giatnya inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan, jika rakyatnya tidak menyahut seruan dan tidak mempunyai kesedaran, semuanya akan menjadi sia-sia. Bak kata pepatah ‘muafakat membawa berkat’.

Related Documents

Umum
October 2019 46
Umum
October 2019 59
Umum
October 2019 65
Umum
October 2019 60
Ptk Umum
June 2020 18
Bicara Umum
December 2019 39