Ums

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ums as PDF for free.

More details

  • Words: 2,862
  • Pages: 13
Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Membawa Anjakan Perkhidmatan Perkhidmatan Pemberitahuan Am Perkhidmatan SMS Peringatan Perkhidmatan Aduan Perkhidmatan Bancian

20 Nov 2007

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah Dokumen ini disediakan khas untuk Universiti Malaysia Sabah dan Poscorp Sdn Bhd. Kandungan dokumen ini adalah sulit dan milik penuh Poscorp Sdn Bhd. Pengedaran dokumen ini hanyalah tertakluk kepada pekerja UMS dan Poscorp yang terlibat dalam proses penilaian dokumen ini. Sebarang pengubahsuaian dan penambahan tanpa pemberitahuan dan kebenaran bertulis dari Poscorp Sdn Bhd adalah dilarang sama sekali.

Kertas Cadangan ini disediakan untuk penilaian dan kelulusan:Pengarah

Universiti Malaysia Sabah

Contact Information

Poscorp Sdn Bhd (Co. Reg. No. 655438-T) No. 231B, 2nd Floor, Jalan Bandar 13, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur No. Tel :(603) 4106 5088/4106 5077 No. Fax :(603) 4147 4188 http://www.postcorp.net Contact Position Mobile Email

: : : :

Maswar Abdul Rani Managing Director 013-3883462 [email protected]

Contact Position Mobile Email

: : : :

Wan Rahman Wan Hassan Project Manager 013-2097699 [email protected]

© Poscorp Sdn Bhd 2

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

Kandungan 1.0 PENGENALAN EKSEKUTIF........................................................................................4 1.1 RINGKASAN PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS) DI MALAYSIA......................................... ......................4 1.2 POSCORP SDN. BHD............................................................................................................. ..........5 2.0 CADANGAN PERKHIDMATAN....................................................................................6 2.1 OBJEKTIF PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN..................................................................... ........................6 2.2 PERKHIDMATAN PEMBERITAHUAN DALAMAN............................................................................................. .6 2.3 PERKHIDMATAN PEMBERITAHUAN UMUM(KEPADA PELAJAR)....................................................... ......................6 2.4 PERKHIDMATAN ADUAN SMS......................................................................................... ....................7 2.5 PERKHIDMATAN BANCIAN SMS .................................................................................... ......................7 8 3. CADANGAN KAEDAH PENGHANTARAN SMS................................................................8 3.1 SISTEM PESANAN PUKAL SMS...................................................................................... .....................8 3.2 SISTEM PESANAN PREMIUM SMS................................................................................... ....................8 4. CADANGAN MEKANISME SMS.....................................................................................9 4.1 ALIRAN PROSES PERKHIDMATAN PEMBERITAHUAN AM......................................................................... ........9 4.2 ALIRAN PROSES PERKHIDMATAN ADUAN UMS............................................................................. .........10 4.3 ALIRAN PROSES PERKHIDMATAN BANCIAN................................................................................... ..........11 5.0 KELEBIHAN KERJASAMA DI MASA DEPAN..............................................................13

© Poscorp Sdn Bhd 3

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

1.0 PENGENALAN EKSEKUTIF 1.1

Ringkasan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) di Malaysia

Seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi di Malaysia, penggunaan telefon bimbit telah telah digunakan secara meluas oleh kebanyakan rakyat di Negara ini. Dianggarkan terdapat daripada 11 Juta pengguna talian mudah alih di Malaysia. Selain menggunakan untuk tujuan perhubungan menggunakan perkhidmatan gred suara (Voice Grade Service), salah satu perkhidmatan yang popular dikalangan pengguna talian mudah alih ialah perkhidmatan sistem pesanan ringkas atau lebih mudah dikenali sebagai SMS. Setelah penggabunagn siri perkhidmatan antara pengendali talian mudah alih berjaya dilaksanakan, SMS telah berjaya menambat hati para pengguna talian mudah alih bukan sahaja sebagai medium komunikasi, malah juga sebagai salah satu medium untuk mendapatkan maklumat. Ini dapat dilihat apabila penggunaan SMS oleh rakyat Malaysia telah mencecah 19 Juta sehari dengan perolehan tahunan industri mencecah bilion ringgit. Senario ini menunjukkan potensi besar yang boleh dimanfaatkan oleh mana-mana organisasi dalam mewujudkan satu perkhidmatan bersepadu kepada masyarakat melalui penggunaan Internet, Talian tetap dan Talian mudah alih. Penerimaan positif masyarakat Malaysia kepada penggunaan SMS dijangka akan merubah tanggapan dan penilaian kebanyakan organisasi samada korporat mahupun swasta didalam membuat perancangan strategik yang utama. Secara signifikannya, kewujudan perkhidmatan SMS akan mengubah konsep pemasaran, pengurusan perhubungan pelanggan dan aktiviti sokongan agar selari dan membentuk satu perkhidmatan yang unik dan berkesan. Perubahan ini dibantu oleh beberapa factor seperti penggunaan SMS yang mudah, ringkas dan berupaya menyalurkan pelbagai maklumat dalam tempoh jangka masa yang singkat. Berdasarkan fakta-fakta diatas, kami di Poscorp percaya, perkhidmatan SMS akan menjadi satu titik tolak dalam merealisasikan satu siri perkhidmatan yang ringkas, mudah dan mensasar kepada kelompok pengguna yang tepat. Dengan kepakaran yang kami miliki, kami percaya UMS dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dan mensasar kepada komuniti yang dahagakan perubahan perkhidmatan demi menjamin kelangsungan etika kerja UMS yang tinggi dan penuh dedikasi.

© Poscorp Sdn Bhd 4

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

1.2

Poscorp Sdn. Bhd.

Poscorp Sdn Bhd merupakan syarikat Bumiputera generasi baru yang menawarkan “one stop centre” untuk keperluan sistem pesanan ringkas sesebuah organisasi. Iltizam kami adalah untuk mewujudkan satu siri perkhidmatan bersepadu yang mapan untuk melengkapi sistem yang telah sedia dipakai oleh UMS seperti perkhidmatan berpos, telefon dan internet. Melalui penggunaan teknologi SMS, UMS berupaya memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan membolehkan model perniagaan dan perkhidmatan baru diperkenalkan dengan cara yang mudah, ringkas dan menghiburkan. Poscorp Sdn Bhd berkeupayaan merekabentuk,menyelenggara dan menjalankan:

1. Sistem SMS Pukal seperti SMS News/Info/Buletin, Alert, Advertising & Marketing. 2. SMS Premium seperti SMS Pendaftaran ahli, Contest, Derma dan SMS Interaktif. 3. Ringtones, Graphic Contents, Wallpaper, true tone dan Multimedia Content. 4. Web Management system dan Web Portal. 5. Interactive CD. 6. Client Server Application. 7. Water Level Alert via SMS. Antara perkhidmatan SMS yang telah dilancarkan adalah: 1. Perkhidmatan SMS Derma iaitu SMS TIJARAH, yang mana ianya keudara di saluran RTM 1 setiap hari jam 6 petang sepanjang bulan Ramadhan 1426 Hijrah. Program ini merupakan usahasama dengan Johor Corporation. 2. Pengendali sistem SMS untuk rancangan reality tv berbentuk kekeluargaan tajaan BANK ISLAM MASTERCARD “BARU AKU TAHU” yang disiarkan di NTV7 selama 13 minggu mulai 9 oktober 2005. 3. Menjalankan Imobclub.Com (http://www.imobclub.com) iaitu portal islamik untuk memuatturun ringtones and graphics. 4. Menyediakan sistem SMS untuk syarikat produk kecantikan Nouvelles Visages. 5. Menyediakan system sms Syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd (GILA-GILA) yang merupakan penerbit novel dan majalah yang ulung di Malaysia. 6. Perkhidmatan SMS untuk 13 laman web secara interaktif seperti Hijjaz.com.my, Ukhuwwah.com.my dan sebagainya. 7. Perkhidmatan SMS untuk pendaftaran siswazah menganggur dengan AMASU Sdn Bhd. 8. Content Provider kepada Digi Telecommunication di mana Poscorp membekalkan lagu-lagu nada dering dan juga true tone. 9. Web portal untuk wanita, iaitu termasuk sms tips, sms recipe, and membership. www.wanitakini.net 10. Menyediakan SMS engine untuk Konsert Indonesian Rock Band Sheila On 7 Malaysian Tour dengan Digi Telecommunication –www.so7mt.com 11. Menyediakan perkhidmatan SMS untuk Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) untuk kemudahan maklumat-maklumat pencen dan bantuan kebajikan yang disediakan untuk pesara tentera. 12. Menyediakan perkhidmatan SMS buletin/berita untuk UMNO bahagian Rompin Pahang. 13. Menyediakan enjin bagi perkhidmatan SMS dan laman web www.penyokongfespic.com untuk Sukan FESPIC KL06 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada November 2006. 14. Menjalankan perniagaan web sms melalui internet iaitu www.smsprofit.biz dimana pengguna boleh menghantar sms ke telefon bimbit menerusi komputer.

© Poscorp Sdn Bhd 5

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

2.0 CADANGAN PERKHIDMATAN 2.1

Objektif perkhidmatan yang ditawarkan

Universiti Malaysia Sabah mendapat:

1. Aplikasi terkini dalam penyebaran maklumat kepada semua pelajar dan kakitangan 2. Menyediakan perkhidmatan maklumat yang boleh diakses 24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa menanggung kos sistem & pekerja tambahan. 3. Menjimatkan kos pengurusan berbanding dengan cara edaran surat/memo dan telefon. Pelajar mendapat:

1. Menerima berita dan maklumat yang disampaikan oleh Universiti pada setiap masa tanpa ada kekangan waktu dan tempat. 2. Perkhidmatan maklumat yang konsisten, bolehpakai dan kemaskini. 3. Perkhidmatan informasi yang mampu beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. 4. Menjimatkan perbelanjaan berbanding dengan kos mengunjungi pejabat universiti, mengakses laman web di Cyber Café/3G ataupun panggilan telefon. Berikut diterangkan dengan lebih lanjut senarai perkhidmatan yang kami cadangkan:-

Hebahan/Pemberitahuan Universiti Malaysia Sabah

Perkhidmatan Aduan Perkhidmatan Bancian

2.2

Perkhidmatan Pemberitahuan Dalaman.

Perkhidmatan ini membolehkan UMS melaksanankan sistem SMS untuk diguna pakai didalam organisasi sebagai salah satu bentuk pemberitahuan. Sistem pemberitahuan SMS ini boleh dipecahkan kepada setiap jabatan dan sub-jabatan. Melalui sistem ini, setiap jabatan, subjabatan dapat membuat hebahan kepada semua staff yang berkenaan apabila UMS mempunyai memo baru, panggilan untuk mesyuarat, pembatalan mesyuarat dan sebagainya. Sistem ini boleh menggunakan 2 bentuk kaedah penghantaran SMS iaitu menggunakan premium billing ataupun Bulk Messaging.

2.3

Perkhidmatan Pemberitahuan Umum(kepada pelajar)

Perkhidmatan ini membenarkan UMS membuat pemberitahuan secara am kepada setiap pelajar yang berdaftar dengan sistem hebahan SMS UMS. Disamping sebagai saluran untuk hebahan, sistem ini juga boleh diguna pakai untuk penghantaran ucapan SMS UMS sempena perayaan dan sebagainya. Seperti diatas, Sistem penghantaran SMS menggunakan dua (2) bentuk kaedah penghantaran SMS iaitu dengan menggunakan Sistem Premium Billing ataupun Sistem Bulk Messaging. Kedua-dua kaedah penghantaran SMS diterangkan di dalam para 3.0.

© Poscorp Sdn Bhd 6

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

2.4

Perkhidmatan Aduan SMS

Perkhidmatan ini membolehkan setiap pelajar yang berkenaan membuat pengaduan secara paling mudah kepada UMS dalam setiap isu yang bersangkutan atau yang melibatkan UMS. Apabila pengadu telah selesai membuat aduan SMS, aduan tersebut akan dihantar kepada pihak UMS dan ianya boleh dirujuk di website untuk mengetahui status aduan tersebut. Aduan-aduan yang diterima oleh pihak UMS secara SMS akan ditapis oleh pihak UMS sebelum dibenarkan disiar didalam laman web UMS dalam bahagian pengaduan. 2.5

Perkhidmatan Bancian SMS

Perkhidmatan ini membenarkan UMS membuat bancian melalui SMS mengenai setiap program yang hendak dibuat bagi mendapat maklum balas dari pelajar UMS. Contoh Jika Universiti Malaysia Sabah hendak membuat bancian bagi mewujudkan aktiviti riadah diadakan pada setiap Ahad. Melalui sistem ini ia dapat memberi panduan kepada UMS dalam menjalankan sesuatu sama ada ia bakal mendapat sambutan atau tidak dikalangan penduduk atau warga UMS.

© Poscorp Sdn Bhd 7

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

3. CADANGAN KAEDAH PENGHANTARAN SMS Sistem Pesanan Ringkas mempunyai 2 kaedah penghantaran untuk setiap SMS. Kaedah ini berbeza dari segi kepada siapa caj untuk setiap SMS akan dikenakan. Dibawah ini kami nyatakan kedua-dua bentuk dan cadangan penggunaan kaedah penghantaran mengikut kesesuaian yang difikirkan oleh pihak kami. 3.1

Sistem Pesanan Pukal SMS

Untuk Sistem ini, setiap SMS yang diterima oleh para pelajar/kakitangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak UMS. Pihak UMS mestilah membuat pembayaran berbentuk pra-bayar secara pukal iaitu 50,000/100,000/150,000 & seterusnya dan caj bagi setiap SMS adalah mengikut kadar yang dilampirkan di bawah.Kaedah ini amat sesuai dengan SMS Pertanyaan Am & SMS Pemberitahuan. Dibawah kaedah ini , maka segala peraturan, tatacara perniagaan & pelesenan dan undang-undang kecil UMS boleh diperolehi oleh penduduk secara percuma. Pihak UMS juga boleh membuat sebaran Buletin/Berita Semasa dan juga untuk menghantar ucapan selamat ( Hari Raya,Tahun Baru, Kemerdekaan, Maal Hijrah dll) kepada kakitangan. Table 3.1 Caj Untuk Setiap Pukal SMS Jumlah SMS Minima 50,000 50,001 hingga 100,000 Melebihi 100,000 3.2

Caj (RM) Untuk Setiap SMS 0.20 0.15 0.12

Sistem Pesanan Premium SMS

Sistem ini membolehkan UMS mengenakan caj penerimaan setiap SMS kepada para pengguna dari RM0.50 – RM5.00 untuk setiap SMS. Kaedah ini hendaklah digunakan untuk SMS Aduan dan SMS bancian. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan kutipan tabung/derma untuk mangsa bencana alam atau sebagainya. Table 3.2

© Poscorp Sdn Bhd 8

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

No 1 2

Caj untuk Aplikasi SMS Aduan Bancian

Kadar 1.00 0.30

4. CADANGAN MEKANISME SMS 4.1

Aliran Proses Perkhidmatan Pemberitahuan Am

Jadual dibawah menunjukkan mekanisme asas untuk pengguna mendaftar dengan perkhidmatan pemberitahuan Am UMS. Proses dan arahan SMS yang dicadangkan adalah seperti yang diterangkan dibawah:Mekanisme SMS untuk Perkhidmatan Pemberitahuan Am UMS 1.

2. 3.

4.

Pengguna perlu mendaftar dengan perkhidmatan pemberitahuan Am UMS secara SMS mengikut arahan yang telah ditetapkan ke Pusat Pemprosesan SMS, Syarikat Pengendali Talian Mudah Alih yang berkenaan (SMS Centre Syarikat Telekomunikasi) dan arahan tersebut akan diproses pada peringkat pertama di Pusat Pemprosesan SMS Syarikat Pengendali Talian Mudah Alih yang berkenaan (Syarikat Telekomunikasi). Selepas diproses, Pengendali Talian Mudah Alih akan menghantar SMS tersebut ke Sistem SMS UMS untuk penyimpanan melalui Gerbang SMS Poscorp. Setelah data telah berjaya disimpan, Sistem SMS UMS akan menghantar SMS untuk mengesahkan penerimaan pendaftaran kepada pengguna tersebut melalui Gerbang SMS Poscorp, dan seterusnya ke telefon bimbit pengguna. Apabila pegawai UMS yang bertugas menaip Pemberitahuan melalui Antaramuka Web yang disediakan, sistem SMS UMS akan menghantar satu pemberitahuan kepada pengguna yang telah berdaftar secara SMS. Penerangan Arahan SMS

© Poscorp Sdn Bhd 9

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

Format SMS yang dihantar kepada Sistem SMS UMS

:

UMS DAFTAR

Hantar kepada

:

SMS yang diterima oleh pengguna (Apabila Pemberitahuan Wujud)

:

33112

UMS akan mengadakan pesta kraf semperna bulan kraf.semua dijemput hadir.anjuran biro kesenian UMS

* Ini merupakan contoh aliran proses untuk sms hebahan, implementasi sebenar bergantung kepada persetujuan UMS

4.2

Aliran Proses Perkhidmatan Aduan UMS

Jadual dibawah menunjukkan mekanisme asas untuk pengguna mendaftar dengan perkhidmatan SMS Aduan UMS. Proses dan arahan SMS yang dicadangkan adalah seperti yang diterangkan dibawah:Mekanisme SMS untuk Perkhidmatan Pemberitahuan Am UMS 1.

2. 3.

Pengguna perlu menghantar aduan terus kepada sistem SMS UMS mengikut arahan yang telah ditetapkan ke Pusat Pemprosesan SMS, Syarikat Pengendali Talian Mudah Alih yang berkenaan (SMS Centre Syarikat Telekomunikasi) dan arahan tersebut akan diproses pada peringkat pertama di Pusat Pemprosesan SMS Syarikat Pengendali Talian Mudah Alih yang berkenaan (Syarikat Telekomunikasi). Selepas diproses, Pengendali Talian Mudah Alih akan menghantar SMS tersebut ke Sistem SMS UMS untuk penyimpanan melalui Gerbang SMS Poscorp. Setelah data telah berjaya disimpan, Sistem SMS UMS akan menghantar SMS untuk mengesahkan penerimaan aduan kepada pengguna tersebut melalui Gerbang SMS Poscorp, dan seterusnya ke telefon bimbit pengguna. Penerangan Arahan SMS

Format SMS yang dihantar kepada Sistem SMS UMS Hantar kepada

© Poscorp Sdn Bhd 10

: :

UMS <> ADUAN <> ADUAN ANDA 33112

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

Contoh SMS Aduan dari Pengguna

UMS ADUAN Kawasan pakir di kolej kediaman tidak mencukupi, mgmt sila bantu.

SMS yang diterima oleh pengguna

:

(Selepas Mendaftar)

Aduan anda telah diterima.pihak UMS akan meneliti aduan anda.TQ

* Ini merupakan contoh aliran proses untuk sms aduan, implementasi sebenar bergantung kepada persetujuan UMS

4.3 Aliran Proses Perkhidmatan Bancian Jadual dibawah menunjukkan mekanisme asas untuk pengguna mendaftar dengan perkhidmatan Bancian UMS. Proses dan arahan SMS yang dicadangkan adalah seperti yang diterangkan dibawah:Mekanisme SMS untuk Perkhidmatan Bancian UMS 1.

2. 3.

4.

Pengguna perlu mendaftar dengan perkhidmatan pemberitahuan Am UMS secara SMS mengikut arahan yang telah ditetapkan ke Pusat Pemprosesan SMS, Syarikat Pengendali Talian Mudah Alih yang berkenaan (SMS Centre Syarikat Telekomunikasi) dan arahan tersebut akan diproses pada peringkat pertama di Pusat Pemprosesan SMS Syarikat Pengendali Talian Mudah Alih yang berkenaan (Syarikat Telekomunikasi). Selepas diproses, Pengendali Talian Mudah Alih akan menghantar SMS tersebut ke Sistem SMS UMS untuk penyimpanan melalui Gerbang SMS Poscorp. Setelah data telah berjaya disimpan, Sistem SMS UMS akan menghantar SMS untuk mengesahkan penerimaan pendaftaran kepada pengguna tersebut melalui Gerbang SMS Poscorp, dan seterusnya ke telefon bimbit pengguna. Apabila pegawai UMS yang bertugas menaip Pemberitahuan melalui Antaramuka Web yang disediakan, sistem SMS UMS akan menghantar satu pemberitahuan kepada pengguna yang telah berdaftar secara SMS.

1st Format:Response Type

© Poscorp Sdn Bhd 11

Response Message

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

Polling Format

/

Voting

:

SMS Format

:

Send to SMS Reply to User

: :

Kerajaan Negeri Pahang ingin mengarahkan Pihak Polis untuk menangkap pelajar yg ponteng dalam waktu persekolahan. Maklumbalas dari anda diperlukan sebelum kami mewartakan perkara ini. (A) Setuju (B) Tidak setuju. Taip UMS UNDI jawapan anda UMS><space><space> UMS BANCI A 32355 Terima kasih kerana maklumbalas anda. Kami akan menghantar keputusan UNDIAN SMS apabila data telah selesai diproses. UMS.

* Ini merupakan contoh aliran proses untuk semakan permohonan pinjaman, implementasi sebenar bergantung kepada persetujuan UMS

Format Kedua:Response Type Polling Format

/

Voting

SMS Format

Response Message :

Dalam usaha Kerajaan Negeri Pahang untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Kami memerlukan kerjasama dan maklumbalas sebelum sesuatu tindakan diambil demi kebaikan bersama. Keputusan dari Undian SMS ini menjadi penunjuk yang berguna sebelum kami mengambil sebarang tindakan. Sebagai warga yang prihatin, samasamalah kita menjayakan aspirasi untuk mewujudkan masyarakat Pahang yang proaktif dalam memberikan pandangan kepada setiap trindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri Pahang. Caranya ialah dengan mendaftarkan diri kepada perkhidmatan Maklumbalas SMS UMS. Caranya: taip UMS UNDI DAFTAR dan hantar ke 32355.

:

UMS BANCI DAFTAR

Send to SMS Reply to User

: :

33112

Bancian sms dari dihantar kpd anda apabila diperlukan kelak.TQ

© Poscorp Sdn Bhd 12

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Kertas Cadangan Perlaksanaan Sistem SMS Untuk Universiti Malaysia Sabah

SMS Reply to User (seasonal) 1st messages

:

Wajarkah UMS mengadakan pemilihan MPP berdasarkan pencapaian akademik shj. A)wajar B)tak wajar

SMS Reply to User (seasonal) 2nd messages

:

Cara menjawab: taip UMS UNDI [jawapan];Contoh: UMS BANCI A dan hantar ke 33112.

* Ini merupakan contoh aliran proses untuk sms bancian, implementasi sebenar bergantung kepada persetujuan UMS

5.0 KELEBIHAN KERJASAMA DI MASA DEPAN Pengenalan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan satu langkah yang bijak dan tepat. Melaluinya, UMS dapat mengemaskini pengkalan data no. telefon mudah alih kesemua pembayar cukai dilembah Klang. Disamping itu, melalui pengenalan Sistem SMS ini juga, UMS dapat menyediakan satu asas yang kukuh kepada para pengguna dan juga staff UMS dalam mendekati dan memahami aplikasi berasaskan teknologi wireless. Dalam tempoh jangka panjang, pengenalan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ini, membolehkan UMS mengurangkan tempoh masa pelancaran perkhidmatan baru berasaskan teknologi ini daripada Sistem Pesanan Multimedia, Perkhidmatan berasaskan teknologi Java dan juga kelebihan yang ada pada sistem 3G. 5 Pengenalan kepada perkhidmatan sistem pesanan ringkas ini memberikan satu peluang kepada para pengguna untuk mencuba teknologi baru yang ringkas tetapi menghiburkan. Ini akan membuka kepada landasan Yng kukuh demi mencapai wawasan 2020. Pihak kami, Poscorp Sdn Bhd amat berbangga untuk menjalinkan usahasama dengan pihak UMS bagi berkongsi idea & tenaga dan kami amat berharap dapat menjalinkan kerjasama rakankongsi yang kukuh untuk tempoh jangka masa yang panjang.

© Poscorp Sdn Bhd 13

Sulit dan Persendirian

Muka Surat

Related Documents

Ums
May 2020 9
Ums
May 2020 6
Gaya Ums
July 2020 3
Ibm Ums
October 2019 12
Logo Ums Cantik
May 2020 6
Jadual Exam Ums
June 2020 5