Ulum Al-quran - Ayat Terakhir Dan Pertama Diturunkan

  • Uploaded by: Shazana Binti Muhamed Sa'ad
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulum Al-quran - Ayat Terakhir Dan Pertama Diturunkan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,566
  • Pages: 30
Surah Al-’Alaq, ayat 1-5

Surah Al-Fatihah

Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-Quran)

Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4

“Bismillah…”

1. Ayat 1-5, Surah Al-’Alaq (Paling Rajih) i. Berdasarkan hadis Aisyah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w

ialah mimpi yang benar di dalam tidur. Setiap kali bermimpi, Baginda melihat ada yang datang bagaikan cahaya yang terang di pagi hari. Kemudian Baginda gemar mengasingkan diri. Ia pergi ke Gua Hira’ untuk bertahannuth beberapa malam dengan membawa bekalan. Kemudian ia kembali ke rumah Khadijah dan Khadijah pun membekalkan makanan seperti biasa. Sehingga datanglah kebenaran kepadanya dan berkata:

“Bacalah”, Rasulullah menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Lalu Jibril merangkul dan memelukku sehingga aku merasa kepayahan kemudian dia melepaskan aku, katanya, “Bacalah, aku menjawab: Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali keduanya sehingga aku merasa kepayahan. Kemudian dia melepaskanku, katanya “Bacalah”, Aku menjawab, “Aku tidak pandai membaca”. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali ketiganya hingga aku merasa kepayahan. Kemudian dia melepaskanku, lalu katanya. “Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)…apa yang tidak diketahuinya.”.

ii.Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan AlHakim dalam Kitab Al-Mustadrak: “Permulaan ayat yang diturunkan ialah Surah Al’Alaq ayat 1 hingga 5…” - Pendapat pertama ini disokong oleh al-Zarkasyi

(Burhan Fi Ulum al-Quran), di mana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah di atas jelas memberi penegasan tentang penurunan ayat yang pertama secara mutlak.

2. Ayat 1-4, Surah Al-Mudatsir - Hadis daripada Abu Salamah Ibn Abd Rahman yang

diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana Abu Salamah berkata yang bermaksud:

“Saya pernah bertanya kepada Jabir bin Abdullah, manakah ayat Al-Quran yang diturunkan sebelumnya? Beliau menjawab; “Wahai orang yang berselimut”. Saya bertanya lagi: Ataukah “Bacalah dengan nama tuhanmu”? Beliau menjawab: Saya memberitahu kamu apa yang telah Rasulullah beritahu kepada kami. Sebagaimana sabda Baginda:

“Sesungguhnya aku mengasingkan diri di Gua Hira’. Setelah menyelesaikan masa pengasinganku itu, aku turun menyusuri lembah. Aku memandang ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Kemudian aku memandang ke arah langit, tiba-tiba aku melihat Jibril sehingga merasa gementar dan amat menakutkan aku. Lalu aku pulang menemui Khadijah dan aku menyuruh mereka supaya menyelimutiku, lalu aku diselimuti. Maka Allah menurunkan ayat “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah dan berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

- Hadis lain daripada Abu Salamah daripada Jabir

yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Aku mendengar Rasulullah ketika Baginda

berbicara tentang terputusnya wahyu. wahyu Kata Baginda dalam bicara tersebut, Ketika aku berjalan, aku mendengar suara dari langit. Lalu aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat malaikat yang pernah datang kepadaku sewaktu di Gua Hira’ berada di atas kerusi di antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan “Selimutilah daku, maka mereka menyelimuti aku. Maka Allah menurunkan: Wahai orang yang berselimut!”

- Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada

Jabir yang mana sanadnya daripada Yahya, yang berkata: “Permulaan surah daripada Al-Quran yang diturunkan ialah Surah Al-Mudatsir…”.

- Ketiga-tiga hadis tersebut disangkal: disangkal

1. Hadis daripada Abu Salamah daripada Jabir menjelaskan tentang penurunan surah pertama secara lengkap. lengkap (Dijelaskan oleh al-Zarkasyi dalam kitabnya “al-Burhan fi Ulum al-Quran”, di mana hadis tersebut menegaskan tentang mula-mula penurunan wahyu selepas terputusnya wahyu iaitu Surah Al-’Alaq.)

2. Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir menunjukkan Nabi pernah bercakap tentang putusnya wahyu dalam hadis tersebut, ini membuktikan bahawa sebelumnya ada wahyu lain atau ayat lain diturunkan iaitu ayat 1-5, Surah Al-’Alaq. Peristiwa tersebut juga berlaku selepas selepas peristiwa di Gua Hira’.

ULASAN DAN RUMUSAN: - Surah AlAl-Muddatsir ialah surah pertama diturunkan

dengan lengkap manakala Surah AlAl-’Alaq adalah pertama diturunkan secara mutlak walaupun tidak lengkap kerana ia diturunkan permulaannya sahaja. - Perselisihan adalah dari segi maksud. Sesetengah ahli

tafsir mengatakan: (a) Surah Al-’Alaq adalah yang pertama diturunkan mengenai perlantikan kenabian. (b) Surah Al-Muddatsir adalah yang pertama diturunkan mengenai perintah berdakwah atau menyebar dan memberi peringatan kepada manusia.

3. Surah Al-Fatihah - Ulasan ulama’: Surah pertama diturunkan secara

lengkap dan bukan yang pertama diturunkan secara mutlak. - Hadis yang dijadikan hujah merupakan *Hadis Mursal.

* Hadis Mursal Perkataan yang diucapkan oleh tabi’ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi saw) secara langsung atau terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.

4. “Bismillahir Rahmanir Rahim” - Berdasarkan hadis al-Wahidi, sanad daripada Ikrimah

dan al-Hasan:

“Permulaan daripada ayat al-Quran yang diturunkan ialah ‘dan permulaan surah yang diturunkan ialah ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu’.”

“Bismillahir Rahmanir Rahim” - Berdasarkan hadis Ibn Jarir, sanadnya daripada al-

Dahhak daripada Ibnu Abbas yang beliau berkata maksudnya:

“Permulaan yang diturunkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad ialah Jibril berkata: Hai Muhammad, berlindunglah kepada Allah dan katakanlah, ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’.”

Pendapat Imam alal-Suyuti: Suyuti: 1. Hujah dan pendapat keempat tidak boleh dijadikan hujah kukuh untuk menunjukkan ayat “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” adalah ayat atau surah yang pertama diturunkan kerana sememangnya sudah diketahui bahawa ia adalah permulaan yang diturunkan secara mutlak, mutlak iaitu bukan menunjukkan surah atau ayat pertama yang dimaksudkan dalam perbincangan yang pertama diturunkan dalam konteks ini. 2. Hadis yang dijadikan hujah adalah *Hadis Mursal.

ULASAN PENDAPAT ULAMA 1. Surah AlAl-’Alaq merupakan surah pertama diturunkan dan ia berkaitan dengan skop berikut: a. Ayat 1-5 adalah ayat pertama diturunkan. b. Ia merupakan penurunan pertama berkaitan kenabian. c. Ia diturunkan tanpa sesuatu sebab yang mendahuluinya. 2. Surah alal-Muddathir dikatakan surah pertama diturunkan yang berkaitan dengan skop berikut: a. Surah pertama diturunkan setelah putus wahyu atau “fatrah al-wahyu”. b. Surah pertama berkaitan kerasulan dan suruhan menyebarkan atau menyampaikan dakwah. c. Penurunannya kerana sesuatu sebab yang mendahuluinya.

3. Surah AlAl-Fatihah merupakan surah diturunkan dalam bentuk yang lengkap.

pertama

yang

4. Dengan nama Allah merupakan ayat pertama dan yang diturunkan sebelum sesuatu surah diturunkan.

Surah Al-Maidah, ayat 3

Surah At-Taubah, ayat 128-129

Surah An-Nisa’, ayat 176

Surah Al-Baqarah, ayat 281

Ayat Terakhir Diturunkan (Imam asSuyuti)

Surah Al-Baqarah, ayat 287

Surah Al-Baqarah, ayat 282

1. Ayat 281, Surah Al-Baqarah (Paling Rajih) - Berdasarkan hadis daripada Ikrimah daripada Ibn

Abbas yang telah diriwayatkan olehn an-Nasa’ie katanya yang bermaksud: “Ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281, Surah

Al-Baqarah”.

- Hadis daripada Sa’id ibn Jubair yang diriwayatkan oleh

ibn Hatim katanya yang bermaksud: “Ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281, Surah

Al-Baqarah”.

Ayat 281, Surah Al-Baqarah (Paling Rajih) - Paling rajih dipilih ulama yang diketuai oleh Imam as-

Suyuti sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas yang ditakhrijkan oleh an-Nasa’ie. - Selepas ayat tersebut diturunkan, Nabi hanya sempat

hidup selama 9 malam sahaja dan wafat pada Isnin, 3 Rabiul Awal 10 Hijrah.

2. Ayat 278, Surah Al-Baqarah - Hadis riwayat Ibn. Abbas yang diriwayatkan oleh

Bukhari, Ibn Abbas berkata yang bermaksud: Ayat terakhir yang diturunkan ialah ayat riba’ iaitu firman Allah:” “Sesungguhnya telah sampai kepadanya berita bahawa

ayat al-Quran yang terakhir diturunkan dari ‘Arasy ialah ayat al-Dain (hutang piutang).”

Ayat 278, Surah Al-Baqarah - Hadis daripada Umar yang diriwayatkan oleh Ahmad dan

Ibn. Majah, beliau berkata yang bermaksud: “Di antara yang terakhir diturunkan ialah ayat riba. Ayat yang dimaksudkan ialah ayat 278, Surah Al-Baqarah”. - Hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri yang diriwayatkan oleh

Ibn Mardawaih, katanya yang bermaksud: “Umar ada

berbicara kepada kami dengan berkata: Sesungguhnya di antara ayat al-Quran yang terakhir diturunkan ialah ayat riba (iaitu ayat 278, Surah al-Baqarah.”

3. Ayat 282, Surah Al-Baqarah - Hadis riwayat Ibn. Jarir daripada Ibn Syihab daripada

Sa’id Ibn Musayyab katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah sampai kepadanya berita bahawa

ayat al-Quran yang teakhir diturunkan dari ‘Arasy ialah ayat al-Dain (hutang piutang).” - Menurut Imam al-Sayuti, tiada pertentangan dan percanggahan pendapat yang mengatakan ayat 278 dan 282, Surah Al-Baqarah sebagai ayat terakhir diturunkan kerana kedua-dua ayat tersebut diturunkan secara berturut-turut dengan tertib ayat dan tersusun dalam satu cerita.

4. Ayat 176, Surah An-Nisa’ - Berdasarkan riwayat daripada Bukhari dan Muslim

daripada al-Barra’ Ibn ‘Azib yang berkata bermaksud; “Ayat terakhir diturunkan ialah ayat 176 Surah an-

Nisa’.”

5. Ayat 128-129, Surah at-Taubah - Hadis riwayat al-Hakim daripada Ubai Ibn Ka’ab

katanya yang bermaksud:

“Ayat terakhir diturunkan ialah:“Sesungguhnya telah datang kepada kamuseorang rasul dari kalangan kamu sendiri…”hingga akhir. Ia merupakan ayat yang terakhir diturunkan. Ia terletak dalam Surah alBara’ah atau at-Taubah.”

Ayat 128-129, Surah at-Taubah - Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ubai Ibn. Ka’ab

katanya bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah membacakan dua ayat ini: Sesungguhnya telah datang kepada kamuseorang rasul dari kalangan kamu sendiri…”hingga akhir. adalah ayat terakhir diturunkan. Ia terletak dalam Surah alBara’ah atau at-Taubah.”

6. Ayat 3, Surah Al-Ma’idah - Pendapat yang tidak tepat kerana diturunkan semasa

Nabi melakukan Haji Wida’ iaitu ketika baginda berada di Arafah. Peristiwa tersebut berlangsung pada 29 Zulhijjah tahun 10 hijrah bersamaan bulan Mac 632M. - Nabi hidup selama 81 hari selepas penurunan wahyu

tersebut. Manakala 9 malam sebelum Nabi wafat, telah turun ayat 281, Surah al-Baqarah.

RUMUSAN PENDAPAT ULAMA Menurut Rosmawati Ali (1997), daripada keenam-enam pendapat tersebut ulama membuat kesimpulan dan rumusan berikut: a. Kesemua riwayat berikut adalah bersumber dan berasal daripada sahabat dan ia adalah Hadis Mawquf dan tidak ada satu pun hadis yang Marfu’ atau sampai kepada Nabi. b. Rasulullah sendiri tidak pernah memberi tahu sesiapa daripada kalangan sahabatnya tentang ayat manakah yang terakhir diturunkan.

c. Nabi melarang keras sahabat menulis al-Quran semasa hayat Baginda, terutama ketika al-Quran masih diturunkan. Hal ini menyebabkan sahabat hanya menghafal hadis-hadis yang diterima daripada Nabi tanpa menulisnya. Justeru itulah, terdapat kekliruan dalam meriwayatkan hadis tersebut, khasnya berkaitan ayat terakhir diturunkan.

1. Membezakan di antara al-nasakh dan al-mansukh. 2. Mengetahui rahsia dan hikmah tentang sejarah pensyariatan Islam. 3. Menunjukkan sikap para sahabat Rasulullah SAW dan ulama’ prihatin dan mengambil berat terhadap Al-Quran.

Related Documents


More Documents from "humaira1407"