Ulasan Kritis Tentang Konsep Dan Teori Pembelajaran Serta Kepentingan Seni Dalam Pendidikan.docx

  • Uploaded by: Arina
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Kritis Tentang Konsep Dan Teori Pembelajaran Serta Kepentingan Seni Dalam Pendidikan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,029
  • Pages: 6
ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP DAN TEORI PEMBELAJARAN SERTA KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

DEFINISI SENI DALAM PENDIDIKAN Kaedah pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

TEORI 1. Teori kecerdasan pelbagai 2. Teori Hoka Hoki 3. Teori konstruktivisme Sosial

CONTOH AKTIVITI

ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN (DALAM TEORI) 1. Seni visual 2. Seni muzik 3. Seni pergerakan

KONSEP Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.

Terdapat beberapa pendapat yang menyokong bahawa Seni dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. 1. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu seni dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

2. Teori kecerdasan pelbagai (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan dalam kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap kecerdasanlinguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung, kecerdasan lain akan hilang. Teori kecerdasan pelbagai ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam mata pelajaran Seni dalam Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Hal ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

(c) Hermann (1991) di dalam "Quadrant Concept" yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. (d) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan daripada pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik, intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetik, holistik, analitik, emosional, fizikal dan intelektual.

(e) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurulern, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.

Seni dalam Pendidikan akan: (i) Menjadikan proses pengajaran dan pcmbelajaran mala pelajaran di sekolah Iebih seronok. (ii) Membantu anda memahami diri sendiri. (iii) Membantu perkembangan intelek terutamanya daripada aspek menyelesaikan masalah. (iv) Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai personaliti yang seimbang, berketerampilan dan profesional. (v) Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

1.1.1 Matlamat Seni dalam Pendidikam (SDP) Matlamat Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estelika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintegrasian inllah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

Objektif Seni dalam Pendidikan (SDP)

Seni dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:

1. Menghargai keindahan ciptaan Tuhan,

2. Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan 3. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Menggunakan

pelbagai

kemahiran,

media,

teknik

dan

teknologi

untuk

mengekspresikan hasil kerja. 5. Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat. 6. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran Iain.

TEORI PEMBELAJARAN

KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN Ekspresi Emosi Imaginasi a) Peranan ekspresi Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.

b) Peranan emosi Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu: i)

Seronok dan tenang

ii)

Kurang seronok dan cemas

Emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi (Mohmood Nazar Mohamad, 1991). Jika seseorag itu memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi, orang tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat sebarang masalah baru.

i)

Kecerdasan emosi Konsep IQ dan EQ Intelligence – Dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sehingga sekarang. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak (neurologi) mendapati bahawa emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ).

Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang. Menurut Coleman (pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala 80% lagi dipengaruhi faktor-faktor lain. c) Peranan imaginasi Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan: i)

Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.

ii)

Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.

iii)

Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaanya secara lahiriah.

Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur, dan irama (Russel, 1968). Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk memperkenalkan konsep “lebah”. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah yang sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Hal ini membantu pembelajaran tentang konsep tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.

Related Documents


More Documents from "Maya Kumalasary"