SELAMAT DATANG KE LAMAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN SATU
Disediakan oleh: Puan Siti Hajar Abdul Hamid SMK PENDANG
Objektif Kajian 1.Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar negara Malaysia 2.Mengenalpasti struktur atau profil tumbuhan semula jadi. 3. Menjelaskan dengan contoh faktor yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi negara Malaysia. 4. Merumus tentang kepentingan semulajadi secara grafik.
Kandung an
Latar Belakang hutan hujan tropika Pengenalan Lokasi hutan hujan tropika Ciri-ciri hutan hujan tropika di Malaysia Struktur hutan/profil tropika pamah di Malaysia Kepentingan hutan hujan Tropika Latihan Diri
Latar Belakang Hutan hujan tropika merupakan salah satu ekosistem yang paling kompleks di dunia. la merupakan warisan semulajadi yang unik yang telah berevolusi semenjak berjuta-juta tahun dan merupakan kediaman kepada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan. la membantu memelihara hidupan liar, sumber genetik dan menyediakan eko-habitat semulajadi kepada flora dan fauna. Hutan menyediakan makanan dan perlindungan untuk berbagai jenis mam al ia , r ept il ia , am phi bi a, ik an, bu run g dan se rang ga, yang mana kebanyakannya adalah penghuni asli di rantau ini.
Pengenala n Hutan hujan tropika terletak di garisan lintang khatulistiwa yang suhunya panas dan lembab sepanjang tahun. Ia memerlukan suhu 18-30 °C dan hujan antara 200-300 sentimeter setahun. Hutan ini terletak di Afrika Tengah, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Asia Kepulauan Pasifik.
Antara sumber hutan yang terpenting ialah : • Jenis hutan dipterokarp. • Ada lebih 16 jenis dan 550 species. • Pusat utamanya ialah di Borneo. • Lain-lain ialah di Sumatera, Semenanjung Malaysia, Jawa, Nusa Tenggara, Filipina, Sulawesi, Maluku, New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Lokasi Hutan Hujan Tropika
Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23°- 27° Utara dan 23° - 27° Selatan. Pada masa kini kawasankawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan.
Lok as i Hu tan Hu ja n Tr op ik a Duni a
Struktur/Profil Hutan Hujan Khatulistiwa
Struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renj on g/em er gent , sila ra ut am a/ can opy , tumb uha n tin gka t ba wah /und er storey dan lap is an baw ah/shr ub lay er, tumb uh an la ntai h utan /for es t fl oo r. .
Lapisan hutan
Lap isa n R enjo ng /Em eg en
Pokok-pokok di lapisan renjong dapat mencapai ketinggian 60 hingga 70m. Kebanyakan pokok-pokok ini adalah daripada famili Dipterokarp dan Leguminosae. Diterokarp sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-pokok balak komersial di Malaysia seperti balau, cengal, kapur, keruing, meranti, merawan, tualang dan seraya.
Spesies tualang
Lapisan Silara Utama Lapisan silara utama pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berbagai famili yang tingginya antara 20 hingga 40m. Misalnya, kedondong, kandis, penarahan dan kelat
La pis an B awah Hu tan
. Di tingkat bawah pula, terdapat pokokpokok kecil dan palma, seperti rotan yang hidup subur di bawah silara tersebut. Kumpulan tumbuhan sementara bagi lapisan hutan tingkat bawah terdiri daripada anak-anak pokok dan pokok muda.
Spesies palma
Lap isa n L an tai Hu tan Keladi hutan
Di lantai hutan pula terdapat anak-anak pokok, palma-palma kecil, tumbuhan renek, pakupakis, keladi,saprofit dan herba
Paku pakis
JENIS HUTAN Hutan hujan tropika di Malaysia sebahagian besarnya terdiri dari hutan dipterokarp pamah dan bukit yang kaya dengan berbagai spesies serta penting kepada ekonomi dan ekologi negara. Hutan-hutan jenis lain yang terdapat di sini adalah hutan paya air masin, hutan paya air tawar, hutan pantai dan hutan gunung.
HUTAN DIPTEROKARP PAMAH DAN BUKIT
•Terdapat di kawasan kaki bukit atau tanah rendah •Bersifat malar hijau •Empat lapisan •Pokok seperti cengal, balau, meranti dan keruing •Hidupan liar seperti tapir, gajah, harimau, monyet dan kijang •Contoh : Hutan Simpan Belum
HUTAN PAYA AIR MASIN
•Hampir dengan laut •Pokok bakau dan berembang •Hidupan liar seperti kera, burung kerak •Contoh lokasi: muara Sungai Rajang
HUTAN PAYA AIR TAWAR
•Kawasan pedalaman yang ditenggelami air •Termasuk hutan gambut •Pokok rumbia, pulai basong,dan nipah •Contoh hidupan liar ialah monyet probascis, katak dan spesies cicak. •Contoh lokasi: Tasik Bera, Pahang
HUTAN PAYA AIR TAWAR
•Kawasan pedalaman yang ditenggelami air •Termasuk hutan gambut •Pokok rumbia, pulai basong,dan nipah •Contoh hidupan liar ialah monyet probascis, katak dan spesies cicak. •Contoh lokasi: Tasik Bera, Pahang
HUTAN PANTAI
•Kawasan pantai berpasir •Pokok menjalar (tapak kuda),
Pokok kelapa
mengkuang laut, pokok kelapa dan pokok ru •Hidupan liar seperti biawak •Contoh lokasi: Rantau Abang, Terengganu
Pokok ru
HUTAN GUNUNG
•Di kawasan melebihi 1200-4000 meter tinggi •Satu lapisan sahaja pada ketinggian melebihi 1500 m •Pokok jenis belukar, pokok kerdil, periuk kera,
rafflesia
Rafflesia, lumut,lichen, kulampair dan paku pakis •Hidupan liar seperti seperti ular, tupai gunung, dan burung rajawali •Contoh : Gunung Kinabalu, Sabah ular
Profil Tumbuhan Gunung
Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika: Pokok-pokok di hutan ini adalah dari jenis malar hijau. Silara-silara pokok tumbuh secara rapat-rapat dan padat membentuk kanopi Lapisan kanopi ini menghalang sebahagian besar daripada pancaran matahari menembusi lapisan pokok-pokok dibawahnya.
Kanopi hutan
Terdapat pokok kayu keras seperti meranti, cengal, seraya, keruing dan nyatuh.
Akar banir
Pokok-pokok berdaun lebar, berbentuk sudur, berbulu dan berlilin. berbatang lurus dan tinggi dan berakar banir. Batang lurus
Terdapat juga pokok menumpang seperti orkid, periuk kera, dan pokok melilit(menjalar) seperti rotan.
Periuk kera
Terdapat pokok yang mempunyai akar udara.
Orkid hutan
Perubatan Sumber Perhutanan Pembiakan Hidupan Laut
KEPENTINGAN HUTAN SEMULA JADI DI MALAYSIA
Habitat semulajadi kepada flora dan fauna Pencegahan hakisan Eko Pelancongan Ekosistem Kawasan tadahan
Habitat semulajadi kepada flora dan fauna
Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan.
Sumber Perhutanan Hutan membekalkan pelbagai sumber seperti kayu balak, bahan mentah untuk industri, sumber makanan, dan lain-lain. Sumber kayu- kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok balak komersial negara seperti merbau, cengal, nyatoh dan keruing yang bernilai tinggi. Kepelbagaian flora memberi potensi luas untuk kemajuan industri negara yang berasaskan kayu.
Perubatan
Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokokpokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan.. Contohnya
ubat
anti-Malaria
dan
kuinin.
Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi nilai-nilai perubatan
Tongkat Ali
terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi.
Kacip fatimah
Kawasan Tadahan
Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis
air
menyalurkannya
hujan ke
sebelum
sungai-sungai.
Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun.
Empangan dibina untuk mengempang air bagi kegunaan domestik dan pertanian
Info
Sudut Info Kekurangan pancaran matahari menyebabkan hutan mengalami suhu yang agak rendah, gelap, dan lapisan bawah jarang..
Ujian Jawab semua soalan . 1. Apakah jenis tumbuhan semula jadi yang mungkin ditemui di kawasan ketinggian 4000 meter dari aras laut? A. Hutan pokok tirus B. Lumut dan lichen C. Hutan belukar D. Hutan pokok renek
2. Apakah jenis hutan yang paling luas di Malaysia. C. D. E. F.
Hutan pantai Hutan gunung Hutan paya Hutan Dipterokarp
Hutan paya bakau Akar ceracak yang keluar dari lumpur
3. Tujuan akar seperti di atas ialah C. D. E. F.
Memudahkan pokok bernafas Melebatkan daun Mencari air jauh ke dalam tanah Mengeluarkan makanan untuk pokok
4. Tumbuhan manakah yang mungkin ditemui di lapisan lantai hutan? C. D. E. F.
Saprofit Pokok pain kulampair meranti
5. Lapisan renjong banyak ditumbuhi spesies pokok seperti C. D. E. F.
Seraya Rumbia Kandis Paku pakis
6. Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri hutan hujan tropika. IV. V. VI. VII.
Bersifat dirian tulen Daun berbentuk sudur Berakar banir Batang lendair
I. J. K. L.
I dan II II dan III I dan III III dan IV
7.Antara berikut manakah benar tentang peranan hutan di Malaysia. III. IV. III. IV.
Sumber karbon dioksida Sumber ubat-ubatan Kawasan tadahan Sumber balak
H. I. J. K.
I,II dan III I,II dan IV I,III dan IV II,III dan IV
8, Yang manakah antara berikut spesies kayu balak yang dikemersialkan? I. Bakau II. Cengal III. Meranti IV. Api-api H. I. J. K.
I dan II II dan III I dan III III dan IV
9. Manakah Antara berikut spesies hidupan liar yang terdapat di hutan dipterokarp pamah? III. IV. V. VI.
Harimau Kucing Kijang Ayam
A, I dan II B. II dan III C. I dan III D. III dan IV
10. Terdapat di sekitar muara sungai Perak dan sungai Bernam . “Kawasan ini rendah dan sentiasa ditenggelami air semasa air pasang” Maklumat di atas menerangkan tentang jenis tumbuhan semula jadi G. Hutan paya air tawar H. Hutan hujan tropika I. Hutan paya air masin J. Hutan pantai
Tahniah Jawapan Anda Betul
Harap Maaf Jawapan Anda salah
Sekian Terima Kasih