BACAAN
PANDUAN BACAAN • Pelajar dimestikan membaca dengan menggunakan sebutan baku. • Sebutan baku tidak tertumpu kepada sebutan huruf ‘a’ sahaja tetapi merangkumi vokal-vokal yang lain. • Ketika membaca, pelajar haruslah membaca dengan sebutan yang jelas. • Bacaan pelajar juga tidak haruslah tersekatsekat.
PANDUAN BACAAN • Berhentilah di tempat-tempat yang tertentu yang sesuai (jeda). • Pelajar dikehendaki membaca dengan kelajuan yang sederhana. • Bacaan yang terlalu pantas besar kemungkinan akan menyebabkan pelajar melakukan kesalahan dari segi sebutan atau berjeda di tempat yang tidak sesuai. • Intonasi juga dapat membuatkan pembacaan pelajar lebih menarik.
PANDUAN BACAAN • Dalam petikan bacaan, seringkali terdapat dialog. • Jika membaca dialog, pelajar tidak perlu mengubah suara berdasarkan watak yang dinyatakan. • Misalnya, jika ia merupakan suara wanita, pelajar lelaki tidak perlu ubah suara mereka menjadi suara seorang wanita dan sebaliknya.
KELEMAHAN DALAM BACAAN • • • • •
Pelajar terlalu fokus kepada sebutan [a] sahaja. Bacaan pelajar mendatar atau kurang intonasi. Pelajar membaca dengan terlalu cepat. Suara pelajar perlahan. Sebutan pelajar tidak tepat. Contohnya, tidur disebut tidurkan (penambahan) bukunya disebut buku (pengurangan)
PERBUALAN
PANDUAN PERBUALAN • Pelajar haruslah berkeyakinan dan atasi rasa gementar supaya boleh memberikan tumpuan terhadap topik/soalan yang diberikan. • Pelajar tidak hanya menjawab soalan yang diajukan oleh pemeriksa tetapi meluaskan dan meneruskan perbualan tanpa perlu menunggu rangsangan tambahan. • Jumlah isi yang banyak tidak bererti pelajar akan memperoleh markah yang tinggi.
PANDUAN PERBUALAN • Yang penting, pelajar harus menerangkan dengan lebih lanjut isi-isi yang diberikan. • Pelajar digalakkan memikirkan 4/5 isi diikuti dengan penerangan lanjut isi-isi tersebut. • Pelajar boleh gunakan teknik ‘5W 1H’ (what, when, what, who, why, how) untuk membantu pelajar dalam peluasan isi. • Gunakan ayat-ayat yang sederhana panjangnya.
PANDUAN PERBUALAN • Pelajar juga dikehendaki berbahasa baku iaitu dari segi sebutan dan struktur ayat. • Pelajar tidak perlu khuatir jika susunan isi mereka tidak teratur kerana ini bukanlah kertas karangan di mana perkara tersebut diberikan perhatian. • Pemeriksa lebih menitikberatkan isi yang padat, penggunaan bahasa yang baik serta kelancaran perbualan.
PANDUAN PERBUALAN • Sebenarnya, pelajar boleh meneka topik/soalan yang bakal diajukan kerana ia sering kali berkaitan dengan petikan bacaan yang diberikan. • Elakkan daripada menggunakan perkataanperkataan Inggeris kerana ia menunjukkan kelemahan penguasaan kosa kata pelajar.
KELEMAHAN DALAM PERBUALAN • Pelajar tidak berbahasa baku. • Pelajar berbual secara bersahaja seperti berbual dengan rakan tanpa memberikan tumpuan terhadap struktur ayat yang gramatis. • Suara pelajar terlalu perlahan. • Pelajar menjawab soalan rangsangan pertama dan menunggu guru pemeriksa mengajukan soalan-soalan seterusnya. • Penggunaan perkataan Inggeris yang kerap.
KELEMAHAN DALAM PERBUALAN • Jawapan pelajar tidak menepati kehendak soalan. • Pelajar teragak-agak hinggakan perbualan mereka tersekat-sekat.
TUGASAN
ARAHAN • Kamu dikehendaki merakamkan suara kamu untuk tugasan ini. • Kamu boleh menggunakan apa jua alat rakaman. • Namun, pastikan kamu tidak menggunakan sofwe atau program yang terlalu canggih hinggakan guru tidak berupaya mendengarnya bila dimainkan di komputer kerana tidak mempunyai sofwe/program yang serupa.
ARAHAN •
Kamu dikehendaki membaca 2 petikan yang telah dilampirkan. • Sebelum membaca setiap petikan, nyatakan nama penuh dan kelas kamu diikuti dengan nombor petikan yang dibaca: Contohnya 4. Aidil Bin Ahmad 5. Bacaan Petikan 1 6. (Teruskan bacaan kamu)
ARAHAN •
• •
Bagi bahagian perbualan, pilih 3 topik daripada senarai perbualan yang telah diberikan. Kamu boleh menyiapkan teks atau isi bagi topik-topik yang dipilih terlebih dahulu. Sebelum memulakan perbualan bagi setiap topik, nyatakan nama penuh dan kelas kamu diikuti dengan nombor topik yang dipilih:
ARAHAN Contohnya 2. Aidil Bin Ahmad 3. Perbualan Topik 1 4. (Mulakan perbualan kamu)
ARAHAN •
• • • •
Setelah selesai semua rakaman, pastikan setiap fail itu diberikan nama yang betul untuk mengelakkan kekeliruan. Dalam thumbsdrive atau CD atau disket, kamu boleh susun fail-fail tersebut begini: Buka satu folder dan namakan folder tersebut dengan nama dan kelas kamu. Semua fail rakaman yang telah dilakukan, haruslah disimpan dalam folder tersebut. Bagi setiap fail, berikan nama-nama berikut:
ARAHAN a) b) c) d) e)
Bacaan Petikan 1 Bacaan Petikan 2 Perbualan Topik ** Perbualan Topik ** Perbualan Topik **
** - Nombor topik
ARAHAN •
• •
Hantarkan thumbsdrive atau CD atau disket kepada guru kamu pada waktu pertama kelas Bahasa Melayu pada minggu pertama penggal 2. Menengah 4E/5N - 23 March 2009 Menengah 4N - 24 March 2009
ARAHAN •
• • •
Markah akan diberikan bagi tugasan ini dan diambil kira sebagai sebahagian daripada markah Ujian Kelas 2. Markah yang diberi ialah 50 markah. Setiap petikan dan perbualan diberi 10 markah. Jika terdapat pertanyaan, harap poskan pertanyaan kamu di lelaman melayuftpss.blogspot.com
Selamat menjalank an tugas!!