Tugasan Psi

  • Uploaded by: mohd zulkepli zakaria
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Psi as PDF for free.

More details

  • Words: 3,424
  • Pages: 19
HBEF2103 Psikologi Pendidikan SOALAN TUGASAN Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Ahli-ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba mencari kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitaran. Ada di antara pengkaji sering mempersoalkan sama ada baka atau persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia (nature versus nuture). Sebagai salah seorang pengkaji, anda dikehendaki menyediakan satu laporan kajian mengenai, “Baka atau Persekitaran: Yang manakah lebih mempengaruhi ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia?”

OUM

1

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

1.0

Pengenalan Bila memperkatakan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi

pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ianya sebenarnya merujuk kepada yang mana lebih mempengaruhi, kerana kedua-duanya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu. Jika dilihat dari segi ilmu perubatan(faktor genetic atau baka). Melalui keturunan,sifat-sifat, ciri atau perwatakan seseorang sedikit sebanyak pasti diwarisi dalam susur jalur waris genetiknya. Seperti sifat panas baran, sawan atau gila yang disebabkan oleh ganguan jiwa kesan dari bawaan genetic DNA keturunan. Namun pengaruh faktor baka ini tidaklah sesuatu yang kritikal dan hanya dianggap sebagai faktor-faktor terpencil dalam psikologi perubatan moden. Dalam perkembangan peradaban ilmu masakini, semuanya mampu dikawal dengan kebijaksanaan akal. Ini semua berkisar tentang apa yang anda fikirkan tentang siapa anda yang sebenar!.? Dari perspektif agama islam, keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan, ini dapat dilihat dalam saranan agama Islam tentang cirri-ciri jika ingin memilih pasangan, bukankah salah satunya Islam menyuruh kita melihat keturunanya? Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembang individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga Islam. Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor keturunan atau baka sedikit sebanyak mempengaruhi teras peribadi seseorang, tetapi sejauh mana atau sekuat mana ia mempengaruhi bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri seseorang individu. Dalam proses inilah pengaruh persekitaran memainkan peranan terbesarnya dalam mempengaruhi perilaku, pewatakan dan peribadi seseorang individu. Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pembelajaran yang dilalui sepanjang kehidupanya, pengaruh keluarga

OUM

2

HBEF2103 Psikologi Pendidikan dari segi gaya hidup seharian, didikan orang tua dan juga faktor rakan sebaya serta pengaruh media-media massa baik media cetak ataupun elektronik. Justeru dalam era globalisasi hari ini memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor persekitaran dalam perjalanan kehidupan individu, memberi impak terbesar dalam pewatakan individu dan sebagai pengaruh terbesar masa kini kepada pertumbuhan dan perkembangan individu terutama yang sedang meningkat dewasa. Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah hampir sama. Namun, dari segi psikologi, kedua-duanya membawa maksud yang berlainan. Pertumbuhan dan perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor endogen (dalaman) dan faktor eksogen (luaran).Baka adalah satu daripada banyak faktor endogen manakala persekitaran mewakilli faktor eksogen.Kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia. 1.1

Baka

Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu. Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaanpersamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh do atas baka dapat dirumuskan sebagai ciriciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahliahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes. Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Tahukah anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku? Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-

OUM

3

HBEF2103 Psikologi Pendidikan sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.

OUM

4

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

OUM

5

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

1.2

Persekitaran Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran

seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir. 1. 3

Pertumbuhan

Pertumbuhan ialah suatu proses perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan bersifat kuantitatif iaitu dapat diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Ia melibatkan aspek fizikal dan juga mental dan berhenti apabila mencapai kemuncaknya iaitu tahap kematangan seseorang individu. Karl E. Garrison menyatakan bahawa pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.

D.S Wright dan Ann Taylor pula menyifatkan pertumbuhan sebagai

pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang. Pertumbuhan secara prinsipnya berlaku dalam dua arah iaitu : a) Dari atas ke bawah b) Dari tengah ke tepi

OUM

6

HBEF2103 Psikologi Pendidikan Selain itu, pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya dan pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus (Mok Soon Sang, 2009). 1.3.1 Ciri-ciri Pertumbuhan Pertumbuhan manusia menonjolkan beberapa ciri yang jelas. Antara ciri-ciri yang utama adalah seperti berikut: •

Bersifat kuantitatif dan boleh dilihat serta diukur melalui edaran masa.



Kadar pertumbuhan berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.



Anggota badan yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang berlainan.



Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal.



Saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah.

Oleh itu, pertumbuhan

melibatkan aspek kognitif dan fizikal. •

Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka, kematangan, kesihatan ibu bapa dan persekitaran individu tersebut.



Corak pertumbuhan adalah unik tetapi pada asasnya adalah sama.



Proses pertumbuhan mencapai kemuncak ketika seseorang mencapai kematangan.

1.4

Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1992). Sebagai contoh, seorang murid Tahun 1 yang tidak boleh membaca, apabila dia mencapai Tahun 3, dia sudah mampu untuk membaca. Jadi, jelas di sini bahawa murid itu telah mengalami perkembangan.

OUM

7

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

Karl E. Garrison menyatakan, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait rapat antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.

Semua

perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal.

Tambahan lagi, perkembangan ialah

proses yang sentiasa berlaku iaitu dari lahir hingga akhir hayat. 1.4.1 Ciri-ciri Perkembangan Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: •

Satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait rapat antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.



Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, emosi, sosial dan moral.



Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu.



Perubahan itu adalah dari segi fungsi.



Perubahan berlaku secara berterusan hingga ke akhir hayat.



Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.

Kematangan merujuk kepada

perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik. OUM

8

HBEF2103 Psikologi Pendidikan •

Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran pula akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. 1.4.2 Prinsip Asas Perkembangan Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku mengikut arah yang tertentu: a) Arah kepala ke kaki – Struktur dan fungsi berlaku dari bahagian kepala, seterusnya bahagian badan dan kaki. b) Arah tengah ke tepi – Perkembangan berlaku dari bahagian tengah badan ke tepi badan. c) Struktur berkembang terlebih dahulu sebelum fungsi – Otot-otot hendaklah bertambah kuat sebelum satu-satu bahagian anggota badan dapat digunakan. d) Pembezaan – Perkembangan bermula secara umum dan diikuti dengan cara khusus. e) Konkrit kepada abstrak – Perkembangan mental bermula dengan keupayaan untuk memikirkan tentang objek yang boleh dilihat dan kemudian menuju kepada keupayaan untuk memikirkan sesuatu yang tidak dapat dilihat. f) Egosentrik kepada pandangan orang lain – Seseorang kanak-kanak kecil hanya memetingkan hal-hal tentang dirinya sahaja. Setelah umurnya meningkat, dia akan mula menerima pandangan orang lain.

Proses perkembangan juga berlaku mengikut aturan tertentu. Dalam erti kata lain, semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang sama dari satu peringkat ke satu

OUM

9

HBEF2103 Psikologi Pendidikan peringkat.

Contohnya, seorang kanak-kanak boleh berjalan terlebih dahulu sebelum

boleh berlari. Namun begitu, kadar perkembangan yang berlaku ke atas seseorang individu itu adalah berlainan. Walaupun corak perkembangannya sama mengikut urutan – urutan tertentu tetapi kadarnya berbeza. Sebagai contoh, seorang kanak – kanak mungkin boleh mula bercakap pada umur 24 bulan manakala seorang kanak – kanak lain hanya boleh mula bercakap apabila mencapai umur 30 bulan. Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan.

Ianya berlaku berterusan daripada lahir sehingga mati.

Dalam proses

perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia ada untuk mencapai kemahiran – kemahiran baru kelak. Selain itu, proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Misalnya, seorang bayi boleh menggengam objek dengan tangan terlebih dahulu sebelum belejar menggunakan jari tangan. Otot – otot besar berkembang terlebih dahulu berbanding dengan otot – otot kecil. Perkembangan bahagian – bahagian anggota saling berkaitan antara satu sama lain. Maknanya, perkembangan satu- satu bahagian anggota mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan anggota yang lain. Contohnya, seorang kanak – kanak yang popular dari segi sosial juga akan memperoleh kestabilan emosi. Dalam tugasan ini saya akan mengupas bagaimana faktor baka dan persekitaran mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu.

5.0

Faktor baka mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya

melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama

OUM

10

HBEF2103 Psikologi Pendidikan seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes.

Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Tahukah anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku? Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu. Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut: 5.1

Ciri-ciri fizikal.

Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

5.2

Ciri Fisiologi.

Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

OUM

11

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

5.3

Kecacatan mental.

Rencatan mentaladalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya. Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus. 5.4

Kecerdasan.

Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan akademik akan merangsang perkembangan mental kanak-kanak.

6.0

Faktor persekitaran mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan

Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Beliau mengetengahkan model ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner ) yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu.

OUM

12

HBEF2103 Psikologi Pendidikan Terdapat empat tahap dalam perkembangan ini iaitu:i) Mikrosistem. Kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di depan mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan teknologi, struktur persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik. ii) Mesosistem. Merangkumi hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak. Contohnya, bagaimana kanakkanak bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah dengan keluarga. iii) Eksosistem. Menghubungkaitkan kanak-kanak dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat bagaimana kanak-kanak didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain. iv) Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem

nilai

sosial,

perubahan

sejarah,

polisi

sosial

dan

media

massa.

Menurut Bronfenbrenner, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan kanak-kanak tetapi antara keduanya saling berkait rapat. Kanak-kanak tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.

OUM

13

HBEF2103 Psikologi Pendidikan Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir. 6.1 Faktor Pralahir. Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti berikut: 6.1.1

Pemakanan.

Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit.

6.1.2

Kesihatan Ibu.

Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau buta. 6.1.3

Penyalahgunaan Dadah.

Amalan menyalahgunakan dadah oleh ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa seseorang bayi. Contohnya seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalahgunaan dadah Thalidomide.

OUM

14

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

6.1.4

Kesan X-Ray.

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada XRay yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental. 6.1.5

Emosi dan usia ibu.

Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan kemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar melhirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah. 6.2 Faktor Selepas Lahir Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti berikut: 6.2.1

Pemakanan.

Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai penyakit. 6.2.2

Keluarga.

Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, diasuh dan

OUM

15

HBEF2103 Psikologi Pendidikan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu bapanya. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa. Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapata atau cadangan. Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak seperti ini akan menjadi individuindividu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar untuk menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan embuat keputusan. 6.2.3

Sekolah dan Rakan Sebaya.

Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar-pelajar juga dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal akademik akan menghasilkan individu yang kurang berminat dalam permainan Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yan sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama.

OUM

16

HBEF2103 Psikologi Pendidikan Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. 6.2.4

Tempat Tinggal.

Tempat tinggal sseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya, di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa, kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Penduduk-penduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Dengan itu, kanakkanak akan membesar menjadi individu-individu yang juga selalu mengharapkan bayaran atau ganjaran bagi sesuatu tugasan. 6.2.5 Sebaran Am. Selain daripada faktor-faktor di atas, semua jenis sebaran am juga memberi ruang persekitaran yang mengakibatkan perkembangan seseorang. Sebaran am seperti surat khabar, radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar dan seumpamanya akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan, persepsi, dan sikap seseorang terhadap isu-isu semasa Sebagai contoh,iklan-iklan yang dipamerkan menerusi alat-alat sebaran am telah banyak mempengaruhi pengguna sama ada ke jalan positif atau negatif, manakala drama-drama di televisyen pula telah banyak mengajar penonton dan menjadi tauladan dan tak kurang juga mempengaruhi penonton ke jalan negatif. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Bloom berpendapat bahawa kepelbagaian rangsangan adalah ramuan paling penting dalam perkembangan intelek ke peringkat optimum

OUM

17

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

7.0

Kesimpulan Perkembangan adalah suatu proses yang berlaku sepanjang hayat. Ianya bersifat

kualitatif iaitu tidak dapat diukur tetapi dapat dilihat perubahan yang berlaku. Namun, tidak dapat dinafikan perbezaan itu kadang kala disebabkan oleh faktor – faktor lain yang mempengaruhi. Baka dan persekitran adalah dua faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan dan perkembangan manusia Berdasarkan ulasan-ulasan di atas dapatlah dirumuskan bahawa faktor persekitaran

lebih

memainkan

peranan

dalam

menentukan

pertumbuhan

dan

perkembangan manusia, namun begitu faktor baka juga memainkan peranan yang sama pentingnya.

OUM

18

HBEF2103 Psikologi Pendidikan

RUJUKAN Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nor’aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Longman http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf http://books.google.com.my/books?id=nAVqCBbdFsC&pg=PP6&dq=Ramlah+Jantan+dan+Mahani+Razali+2004#v=onepage&q=Ramlah %20Jantan%20dan%20Mahani%20Razali%202004&f=false.

OUM

19

Related Documents

Tugasan Psi
May 2020 11
Psi
June 2020 32
Psi
May 2020 28
Psi
June 2020 26
Psi
November 2019 49
Psi
December 2019 42

More Documents from ""

Tugasan Ptp
May 2020 16
Tugasan Psi
May 2020 11
November 2019 66
Rere.docx
June 2020 25
Maut
May 2020 29