Tugasan 3.docx

  • Uploaded by: Fudzail Fadzili
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 295
  • Pages: 1
APRESIASI KARYA

Berikut merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Chang Fee Ming. Melalui tugasan ini saya telah memilih karya ini sebagai sumber untuk mengolah idea dalam lukisan dengan menggunakann unsur seni reka. Chang Fee Ming merupakan seorang pelukis yang mahir dalam menggunakan warna air dalam karyanya. Jadi kebanyakan karya yang dihasilkannya adalah dengan menggunakan warna air dan bertemakan corak batik yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, bagi menepati tajuk tugasan iaitu bertemakan pelancongan dan rekaan corak, saya tertarik untuk menjadikan lukisan beliau sebagai sumber untuk menghasilkan lukisan saya kerana, jika dilihat pada lukisan beliau, corak batik yang dihasilkan adalah sangat teliti. Ketelitian dalam menghasilkan corak batik adalah amat penting kerana untuk menunjukkan kualiti batik yang terdapat di Malaysia. Selain itu, corak tersebut juga memberi tarikan kepada masyarakat di luar negara yang berkunjung ke Malaysia untuk melihat kehalusan kain batik di negara kita sebagai simbol identiti masyarakat melayu yang menggunakan kain batik sebagai pakain sarung untuk melakukan aktiviti harian. Dalam menepati tema pelancongan, kalau dilihat pantai-pantai di seluruh Malaysia merupakan antara salah satu kawasan tarikan pelancongan yang terunggul. Oleh itu, dalam penghasilan karya ini, saya mengekalkan latar belakang yang bertemakan pemandangan di tepi pantai untuk menambahkan lagi seri dalam lukisan ini. Dalam karya saya, penggunaan pelbagai ton warna dan media yang pelbagai di aplikasikan dalam karya agar karya yang dihasilkankan nampak lebih matang. Dalam penghasilan karya ini, saya lebih berfokuskan kepada penghasilan pada corak batik. Saya menggunakan konsep imitasi karya dalam penghasilan karya ini. Apresiasi yang dihasilkan oleh saya adalah dari segi media yang digunakan adalah pelbagai dan menggabungkan pelbagai jenis corak batik yang terdapat di Malaysia. Saya harap dengan penghasilan karya ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat umum serta masyarakat luar yang berkunjung ke Malaysia mengenai kecantikan dan keunikan corak batik yang terdapat di Malaysia.

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""

1. Tugasan 1 Jzs.ppt
April 2020 16
Tokoh P.docx
April 2020 20
Tugasan 3.docx
December 2019 17
Rujukan.docx
July 2020 13
Lampiran Jsu.docx
April 2020 19