Tugasan 3 - Portfolio Laporan Kerja Kursus.docx

  • Uploaded by: Nur Izzah Insyirah Hussin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 3 - Portfolio Laporan Kerja Kursus.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,508
  • Pages: 12
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2016

FOTOGRAFI

NAMA GURU PELATIH

: NATASHA BINTI SHA’BAN

ANGKA GILIRAN

: 2016302340092

NO. KAD PENGENALAN

: 971212-01-5696

KUMPULAN

: 5 PISMP SAINS / TESL (SK)

NAMA KURSUS

: FOTOGRAFI

KOD KURSUS

: FTGK 3013

TAJUK TUGASAN

: PORTFOLIO (LAPORAN KERJA KURSUS)

NAMA PENSYARAH

: DR LINDA LIANG PENG YAEP

TARIKH HANTAR TUGASAN

: 10 OGOS 2018

0

Gambar di atas bertajuk Make a Wish. Ia menceritakan mengenai seorang gadis yang sedang bermain buaian di atas sebuah bukit sambil menikmati pemandangan kotaraya pada waktu malam. Pada waktu yang sama, sebiji komet atau popular sebagai “wishing star” telah melalui langit bumi ditemani dengan bintang-bintang yang bercahaya. Maka, gadis itu berpeluang untuk membuat satu permintaan. Gambar ini dipilih untuk disunting kerana saya mendapati ianya menarik dan latar belakang sebenar boleh ditukar kepada sesuatu yang berlainan seperti di tepi pantai atau di atas bukit. Pada asalnya, gambar ini berlatar belakangkan hutan. Selain itu, aksi di dalam gambar ini menunjukkan mood tenang yang mana ia bersesuaian jika diandaikan model sedang bersantai atau mengelamun. Pencahayaan pada gambar asal mampu menampakkan seperti model diterangi dengan cahaya bulan pada waktu malam juga menjadi salah satu sebab saya menyunting gambar ini. Saya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS 6 untuk menyunting gambar ini. Jenis suntingan atau kesan khas yang saya gunakan untuk menukar latar belakang pemandangan kotaraya adalah layer mask. Jadi, saya telah meletakkan layer gambar 1

pemandangan di bahagian bawah dan layer gambar model di bahagian atas. Saya menggunakan eraser jenis brush dengan opacity yang agak rendah untuk menampakkan pemandangan tersebut. Ianya agak sukar kerana terdapat banyak sudut yang perlu dipadam dengan berhati-hati terutama pada bahagian badan model dan tali buaian. Kemudian saya memasukkan gambar komet dan bintang. Saya juga telah bermain dengan contrast, levels dan curves pada gambar ini untuk menjadikannya lebih jelas dan sedikit gelap sesuai dengan latar masa pada waktu malam. Saya amat berpuas hati dengan hasi suntingan ini kerana bagi pendapat saya ia merupakan hasil suntingan terbaik dan paling kreatif yang pernah saya lakukan. Saya juga amat menyukai konsep gambar ini kerana ia mempunyai sedikit unsur fairytale. Ia juga berubah sepenuhnya daripada gambar asal yang mana membuatkan gambar ini lebih menarik. Gambar asal :

2

Gambar di atas bertajuk Taman Bunga. Hal ini kerana fokus utama gambar ini adalah pada bahagian bunga yang besar dan jelas di bahagian hadapan gambar. Rama-rama adalah sebagai hiasan kepada gambar ini. Awan-awan yang membiru meggambarkan cuaca yang cantik dan cerah di waktu pagi. Gambar ini dipilih untuk disunting kerana pada asalnya gambar ini telah diambil dari low angle yang mana tidak kelihatan langsung awan-awan disebabkan oleh over exposure. Jadi, saya telah memikirkan untuk menambah gambar awan sebagai latar belakang serta seekor rama-rama untuk mencantikkan lagi gambar ini. Saya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS 6 untuk menyunting gambar ini. Jenis suntingan atau kesan khas yang saya gunakan untuk menambah awan adalah layer mask. Jadi, saya telah meletakkan layer gambar awan di bahagian bawah dan layer gambar bunga di bahagian atas. Saya menggunakan eraser jenis brush dengan opacity yang agak 3

rendah untuk menampakkan awan-awan tersebut. Kemudian saya memasukkan rama-rama yang telah disunting ke dalam gambar ini. Saya juga telah menaikkan sedikit contrast dan mengubah levels dan curves pada gambar ini untuk menjadikannya lebih terang dan jelas. Saya amat berpuas hati dengan hasil suntingan saya kerana ia menunjukkan perubahan yang ketara berbanding gambar asal. Rama-rama dan awan yang ditambah juga tidak begitu kelihatan seperti ditampal pada gambar asal. Gambar asal :

4

Gambar di atas merupakan muka depan poskad yang bertemakan Penang. Ia menunjukkan salah satu tempat yang menjadi daya tarikan pelancong iaitu Street Art, Georgetown yang mana terdapat pelbagai lukisan pada dinding. Ini merupakan salah satu dinding yang bertemakan old school atau vintage. Kertas- kertas pada dinding menunjukkan gambar-gambar pelakon lagenda yang terkenal seperti Bruce Lee serta naskhah-naskhah iklan produk pada zaman dahulu. Bangku kayu yang usang serta cat dinding yang telah pudar menguatkan lagi tema old school pada gambar ini. Gambar ini telah dipilih untuk disunting kerana bagi saya ia merupakan satu tempat yang unik serta dapat menggambarkan keindahan Street Art, Penang. Tambahan pula, saya amat menggemari tema old school, jadi saya berfikir jika ia dijual sebagai poskad mungkin ada di antara pembeli yang mempunyai citarasa sama seperti saya akan tertarik dengan gambar ini.

5

Saya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS 6 untuk menyunting gambar ini. Jenis suntingan atau kesan khas yang saya gunakan adalah saya telah mengubah sedikit hue / saturation pada gambar asal supaya ia kelihatan lebih menarik. Perubahan warna yang menjadi sedikit jingga dapat membuatkan gambar ini seperti pada zaman dahulu kala. Saya juga telah menambah text Street Art dan Penang Malaysia di bawah gambar sebagai maklumat gambar. Saya juga memasukkan logo Visit Penang di atas gambar sebagai tanda untuk menyokong program melawat Penang dengan membeli poskad ini. Saya telah menggunapakai salah satu daripada prinsip CASPER iaitu Simplicity yang mana susunan grafik dan tulisan perlulah ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami mesej yang hendak disampaikan (Norhamimah, T., 2012). Saya tidak meletakkan teks yang panjang tetapi cukup sekadar hanya sekeping gambar dan beberapa perkataan. Tambahan pula, fokus sebenar poskad ini adalah pada gambar tersebut. Saya agak berpuas hati dengan poskad yang telah disunting kerana ia dapat menggambarkan keindahan Street Art yang sebenar. Namun begitu, saya mungkin boleh menyunting poskad ini dengan lebih baik melalui penambahan beberapa perkara seperti gambar-gambar dan teks kerana mungkin bagi sesetengah orang ianya terlalu ringkas. Gambar asal :

6

Gambar di atas berkonsepkan sebuah DIY Calendar. Hal ini kerana pengguna boleh memilih untuk menggunakan gambar sendiri pada kalendar. Terdapat maklumat hari, tarikh dan bulan pada kalendar yang mana boleh ditambah dengan hiasan bingkai. Gambar ini dipilih untuk disunting kerana saya ingin menggunakan gambar personal bagi mengaitkan dengan konsep DIY atau Do-It-Yourself. Jadi, ia dapat menggambarkan bahawa pengguna memilih sendiri gambar personal untuk dijadikan muka kalendar. Gambar ini juga menggunakan rules of third yang mana terdapat lagi ruang untuk saya memasukkan

7

teks ke dalam gambar. Latar belakang yang kosong juga memudahkan lagi untuk menambah teks kerana ia akan menjadikan teks lebih jelas dan terang. Saya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS 6 untuk menyunting gambar ini. Jenis suntingan atau kesan khas yang saya gunakan adalah saya menambahkan teks “July” ke dalam gambar iaitu dengan cara menaip teks dan menggunakan pattern overlay. Saya juga menggunakan stroke sebagai garisan huruf untuk menjelaskan lagi perkataan tersebut. Saya juga telah memasukkan gambar bingkai bunga-bungaan serta tarikh dan hari ke dalam gambar. Pada background layer, saya telah menambahkan kesan gradient bagi membuatkan kalendar lebih menarik berbanding hanya berlatar belakangkan warna putih sahaja. Saya telah menggunakan prinsip asas reka letak iaitu Alignment yang mana kedudukan gambar dan bingkai bunga sedikit ke dalam dan tidak begitu hampir kepada bingkai utama kalendar. Hal ini bagi mewujudkan kesan keseimbangan dan mengelakkan susunan yang janggal pada muka kalendar (Fakhry, 2012). Saya berpuas hati dengan suntingan ini kerana ia dapat menghasilkan sesuatu produk yang baharu daripada sekeping gambar. Bagi saya konsep gambar ini juga menarik kerana lebih dekat dengan pengguna yang mana ia dapat direka mengikut citarasa pengguna. Contohnya, jika dilihat daripada kalendar di atas ia lebih kepada konsep girly dan flowers. Gambar asal :

8

Gambar di atas menunjukkan sebuah poster jualan buku yang mempromosikan buku daripada sebuah syarikat. Terdapat beberapa maklumat yang didapati oleh pembeli jika melihat pada poster ini iaitu nama program, tempat pembelian buku, promosi yang ditawarkan dan juga hadiah percuma yang akan diberikan. Saya tidak meletakkan tarikh dan masa kerana ia merupakan poster mempromosikan produk dan bukan bertujuan untuk menguar-uarkan mengenai program atau karnival yang dijalankan. Gambar yang disunting ialah beruang koala kerana ia merupakan salah satu gambar yang universal iaitu ia dapat digunakan untuk pelbagai barangan seperti baju, penanda buku dan kotak pensil. Maka, ia memberikan saya idea yang agak banyak untuk menyunting gambar beruang koala bagi menghasilkan beberapa produk. Gambar asal beruang koala ini berlatar belakangkan warna hitam jadi ia memudahkan saya untuk crop gambar tersebut dan menampalnya pada gambar lain.

9

Saya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS 6 untuk menyunting gambar ini. Jenis suntingan atau kesan khas yang saya gunakan adalah magnetic lasso tool bagi mendapatkan bentuk beruang koala yang sempurna. Saya mengggunakan feather yang agak tinggi supaya di hujung setiap bahagian badan beruang koala kelihatan halus dan tidak bersudut. Saya juga mengubah sedikit levels dan curves pada beruang koala supaya ia kelihatan serasi dengan latar belakang. Kemudian saya memasukkan gambar beruang koala tadi ke dalam gambar buku dan menambah beberapa perkara seperti logo, gambar dan teks. Saya telah memilih font yang mudah dibaca serta mengandungi huruf kecil dan huruf besar. Saya berasa berpuas hati dengan hasil suntingan poster ini kerana ia mampu memuatkan beberapa maklumat tetapi dalam masa yang sama ia masih kelihatan ringkas. Pemilihan warna dan font juga sesuai untuk menjadikan poster ini tidak kelihatan terlalu sarat dengan pelbagai perkara. Gambar asal :

10

RUJUKAN Fakhry. (14 February, 2012). Enam Prinsip Asas Reka Letak (CASPER). Retrieved from TMK: http://fakhriy-tmk.blogspot.com/2012/02/enam-prinsip-asas-reka-letak-casper.html Norhamimah, T. (30 September, 2012). Nota Prinsip Reka Letak. Retrieved from Panitia ICT SEMEKAR:http://panitiaict-semekar.blogspot.com/2011/09/nota-prinsip-rekaletak.html

11

Related Documents

Tugasan 3 Laporan Projek
October 2019 33
04 Tugasan Kerja Kursus.docx
November 2019 12
Tugasan 3
May 2020 13
Tugasan 3
May 2020 7
Tugasan 3
May 2020 9

More Documents from "nur shahibah nusaibah"

Story Telling Text.docx
December 2019 24
Rpt Math Thn 3 2018.docx
October 2019 20
Rpt Ps Thn 2 2018
October 2019 30
Panggilan Mesyuarat 2.docx
November 2019 19
Sains Tahun 6 Daya
August 2019 52