Tugasan 1_sistem Audio Visual

  • Uploaded by: Anonymous f9AtO2
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1_sistem Audio Visual as PDF for free.

More details

  • Words: 1,795
  • Pages: 11
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK KURSUS SECARA SAMBILAN

E 4121 : SISTEM AUDI0 VISUAL

TUGASAN 1

PENSYARAH: PUAN MARLINA RAMLI

DISEDIAKAN OLEH: NAMA MD ROSDI IBRAHIM MOHAMAD HAFIZ JUMIRAN ALIF AZMAN SAFAR AZHAR ARSHAD AMMAR HAZWAN HASHIM HISYAMUDDIN ISA

NO. MATRIX 08PKE09S1065 08PKE09S1038 08PKE09S1068 08PKE09S1046 08PKE09S1071

Tugasan 1 Bincangan cara kerja peringkat TV warna yang meliputi : 1. Isyarat warna 2. Fungsi frekuensi letusan 3. Penguat warna 4. Bahagian Matrik

Jawapan Penerima televisyen warna mempunyai bahagian atau peringkat yang dinamakan peringkat kroma atau litar warna. Peringkat kroma merupakan perbezaan utama di antara televisyen warna dengan televisyen hitam putih. Dalam peringkat kroma ini terdapat beberapa bahagian litar yang mengendalikan isyarat warna. Pengendalian peringkat kroma ini adalah untuk mendapatkan semula isyarat-isyarat warna serta mengembalikan warna-warna asas ke bahagian tiub gambar. Hasil gambar warna pada layar televisyen adalah gabungan gambar hitam putih daripada isyarat lar dengan warna-warna asas daripada keluaran penguat pemacu merah, hijau dan biru (RGB). Jika peringkat kroma ini tidak berfungsi. Seluruh layar televisyen akan terhasil gambar hitam putih sahaja. Kegagalan peringkat kroma berfungsi bermakna tiada pemprosesan semula isyarat warna bagi mendapatkan gambar berwarna seperti dipancarkan oleh stesen pemancar.

Penyahkod PAL-D Peringkat penyahkod warna berkendali untuk mendapatkan semula isyarat kebezaan warna V dan U, juga untuk menjana semula isyarat subpembawa warna 4.43 MHz dengan kedudukan fasa yang tepat seperti mana pada isyarat di pemancar. Bentuk gelombang yang ditunjukkan berdasarkan kepada penerimaan isyarat jalur warna piawai pemancaran. Antara tugas utama litar peringkat ini termasuklah : a) Memperkuat serta mengasingkan isyarat warna, b) Menggunakan kaedah talian lengah (D- delay) bagi mengasingkan fasa isyarat V dan U, c) Mendapatkan semula isyarat - isyarat kebezaan warna dengan menyahmodulat fasa V dan U, d) Menjana subpembawa yang sesuai untuk kegunaan di peringkat nyahmodulat, e) Membina isyarat pensuisan ident untuk isyarat V, f) Membina voltan pincangan untuk litar pembunuh warna.

Litar nyahkod D menyempurnakan satu talian lengah warna bagi pemurataan dua isyarat di garis imbasan yang berturutan. Pada peringkat ini,

pengesanan isyarat R-Y dan B-Y dilakukan

manakala isyarat G-Y didapati hasil daripada kebezaan isyarat-isyarat R-Y dan B-Y. Ketiga-tiga isyarat warna ini akan dicantumkan dengan isyarat lar untuk menghasilakn isyarat warna utama RGB.

Keluran daripada peringkat pengesan video mengandungi isyarat video rencam seperti denyutdenyut segerak, subpembawa warna, padaman dan gambar (lar). Isyarat tersebut disalurkan ke penguat video dan seterusnya isyarat letusan warna diasingkan daripada video rencam dengan menggunakan litar salun dan lebar jalur 1.3 MHz pada frekuensi pertengahan 4.43 MHz. Litar sama panjang juga digunakan untuk memerangkap isyarat warna daripada memasuki bahagian lar. Hanya isyarat video yang mengandungi isyarat segerak dan lar yang melalui peringkat lengah lar. Isyarat kekromaan dan letusan yang diasingkan dimasukkan ke peringkat kroma pertama untuk proses pembesaran. Penguat merupakan sejenis litar kawalan gandaan dengan voltan dihasilkan melalui penguat kawalan kroma automatic. Isyarat warna yang telah diperbesarkan akan dibekalkan kepada penguat kroma kedua dan penguat kroma letusan. Penguat kroma kedua ini mengendalikan litar kawalan ketepuan warna dan juga keluaran daripada litarpembunuh warna dimasukkan ke peringkat ini. Keluaran daripada penguat kroma kedua disalurkan juga ke talian lengah dan litar tambahan dan pengasingan. Rangkaian pengasingan isyarat V dan U membekalkan isyarat-isyarat berkenaan kepada litar nyah modulatan. Keluaran daripada nyahpemodulatan U dan V adalah isyarat kebezaan warna R-Y dan B-Y. Isyarat G-Y pula didapati daripada rangkaian matriks. Ketiga-tiga isyarat kebezaan warna yang didapati disalurkan ke penguat RGB bersama dengan isyarat Y bagi menghasilkan semula isyarat kamera warna asal. Keluaran daripada peringkat kroma pertama juga disalurkan ke penguat letusan yang membentuk penguat dua peringkat. Peringkat kedua berkendali terkunci secara kebetulan oleh denyut-denyut yang sama masanya dengan denyut-denyut imbas balik yang dibekalkan ke peringkat ini melalui

rangkaian pembetulan denyut. Kedua-dua peringkat ini berfungsi untuk mengasingkan denyut letusan serta membesarkannya ke aras yang sesuai bagi kendalian pembezalayan fasa letusan. Peringkat ini sangat peka kepada denyut letusan dan direka bagi mengesan perbezaan di antara fasa denyut letusan dengan pengayun rujukan. Jika terdapat perbezaan fasa, peringkat ini akan mengeluarkan voltan a.t untuk mengawal frekuensi pengayun rujukan pada frekuensi 4.43 MHz. Keluaran kedua daripada peringkat pintu letusan ditukar kepada voltan a.t oleh pengalaterus dan disalurkan ke pengesan kawalan warna automatik (ACC). Voltan yang dibekalkan adalah berkesesuaian dengan amplitud letusan dan amplitud isyarat kekromaan. Keluaran daripada pengesan ACC adalah voltan yang digunakan untuk mengawal gandaan penguat kroma pertama supaya keluarannya mempunyai amplitude isyarat kekromaan yang tetap. Keluaran daripada fasa letusan disalurkan ke litar yang boleh mengenalpasti pertalian fasa letusan warna. Fasa letusan bertukar setiap 45 darjah merujuk kepada fasa isyarat V dan U. Pengendalian litar 7.8 kHz ini sebagai pengenalpastian fasa letusan yang menpunyai dua keluaran. Satu daripadanya digunakan untuk kendalian suis PAL 180 darjah yang membalikkan bentuk gelombang yang dimasukkan dari pengayun rujukan ke nyahmodulat V. Pensuisan amat penting berlaku dalam fasa yang betul dan segerak dengan kendalian suis yang saman di peringkat mengekod isyarat PAL di pemacar. Bentuk gelombang yang dimasukkan dari pengayun rujukan ke nyahmodulat isyarat U menganjakkan fasa yang tetap pada -90 darjah bagi membolehkan fasa sekena dengan subpembawa sebelum dimodulat oleh isyarat U. Keluaran daripada litar ident juga disalurkan ke litar pembunuh warna. Litar ident menghasilkan voltan keluaran a.t iaitu daripada pengalaterusan denyut-denyut letusan. Voltan a.t ini menjadi voltan bekalan ke peringkat warna kedua untuk membolehkan litar berkendali bagi membekalkan

isyarat warna ke peringkat nyahmodulat. Pada masa pemancaran isyarat hitam putih, litar penguat warna tidak dapat berkendali kerana tidak mendapat bekalan denyut-denyut letusan atau voltan bekalan a.t. Dengan itu, litar penguat kroma kedua gagal berfungsi yang disusuli oleh peringkat-peringkat yang berikutnya di peringkat kroma. Kebaikan litar pembunuh warna antaranya termasuklah menghalang hingar warna daripada muncul di layar televisyen ketika pemancaran dan penerimaan gambar hitam putih.

Penguat Isyarat Warna Peringkat isyarat warna terdiri daripada dua peringkat litar iaitu penguat warna pertama dan penguat warna kedua. Keluaran daripada peringkat ini disalurkan ke bahagian talian lengah. Seterusnya proses pengasingan isyarat V dan U dilakukan. Isyarat rencam warna yang lemah hanya dalam nilai milivolt. Isyarat lemah ini perlu diperbesar sehingga kepada nilai volt. Ini dapat dilakukan di peringkat penguat warna. Setiap peringkat penguat menyalun kepada frekuensi subpembawa 4.43 MHz yang mempuntai lebar jalur 3 MHz. Penguat warna pertama dibekalkan dengan voltan kawalan warna automatik (ACC) yang diperolehi daripada Litar ACC. Litar ini mempunyai tugas yang sama dengan litar KGA dalam bahagian penguat FP. Ketika pemancaran isyarat hitam putih dibahagian warna dimatikan oleh peringkat litar pembunuh warna. Dengan itu gangguan warna dapat dihalang. Litar kawalan warna berkendali untuk menentukan amplitude isyarat warna yang keluar pada kadar yang tetap walaupun isyarat masukan berubah kekuatannya. Dengan gandaan bagi litar

penguat warna pertama dikawal oleh voltan ACC. Isyarat lar dan isyarat warna yang seimbang diperolehi dengan melakukan pelarasan kawalan penepuan warna bagi menentukan amplitude isyarat rencam warna dapat memenuhi penghasilan warna asli pada gambar. Penguat warna kedua berkendali hanya pada siaran warna kerana litar ini menerima voltan pincang ke depan daripada litar pembunuh warna. Litar pembunuh warna mengalaterus isyarat dari litar ident untuk voltan pincang a.t penguat warna kedua. Tanpa siaran warna tiada keluaran daripada peringkat ident dan tiada penghalaterus serta penguat warna yang tidak berkendali.

Penguat warna Penguat warna pertama berkendali pada masa pemancaran warna dengan bantuan bekalan voltan pincang ACC. Isyarat pada lebar jalur 3 MHz diterima dan diperbesar. Pada peringkat ini juga terdapat litar kawalan warna bagi melaraskan aras isyarat yang akan dibekalkan ke peringkat talian lengah. Keluaran daripada peringkat penguat warna kedua dimasukkan ke talian lengah manakala isyarat terus disambung pada tep tengah gegelung L125 dan di sini berlaku proses penolakan dan penambahan bagi menghasilkan kebezaan isyarat R-Y pada satu tamatan lain bagi kegunaan litar nyahmodulat segerak.

Bahagian Matriks Bahagian matriks di dalam litar penerima TV warna berfungsi untuk pengendalian yang sebaliknya daripada litar matriks di litar pengekodan. Isyarat ternyahmodulat U dan V merupakan masukan kepada matriks penyahkod bersama dengan isyarat lar (EY) yang telah diasingkan daripada isyarat kekromaan. Keluaran daripada matriks pula merupakan isyarat warna asas yang mewakili komponen gambar merah (ER), hijau (EG) dan biru (EB). Isyarat EG - EY tidak dipancarkan. Isyarat ini dihasilkan semula dalam litar matriks di penerima televisyen dengan menggunakan isyarat kebezaan ER - EY dan EB - EY. Isyarat kebezaan dengan nisbah yang betul digunakan bagi mendapatkan isyarat kebezaan warna EG - EY.

Gambarajah blok matriks penyahkod PAL

Litar matriks dalam penyahkod PAL diatur seperti gambarajah di atas. Terdapat dua penguat gandaan yang menerima isyarat masukan U dan V daripada penyahmodulat kekromaan. Isyarat EG - EY diasingkan secara rangkaian perintang matriks mudah. Isyarat EG -EY mempunyai hubungkait dengan ER - EY dan EB - EY iaitu : EG - EY = - 0.51 ( ER - EY ) - 0.19 (EB - EY ) Oleh demikian, isyarat kebezaan warna hijau tidak perlu dipancarkan dan boleh dihsailkan semula melalui kaedah mematriks dengan menggabungkan -0.51 dengan -0.19 dengan nisbah yang tepat diambil daripada kedua-dua isyarat kebezaan warna pada rangkaian litar matriks. Kaedah yang digunakan menunjukkan keluaran adalah negative bagi isyarat kebezaan warna iaitu –EG - EY . Seterusnya isyarat tersebut ditukarkan kepada isyarat aras positif oleh penguat pemacu.

Gambarajah di atas menunjukkan tiga penguat pemacu kebezaan warna berasingan yang setiap satu disambungkan kepada kesisi senapang merah untuk isyarat kebezaan ER, kesisi senapang biru untuk isyarat kebezaan EB dan kesisi senapang hijau untuk isyarat kebezaan ER

Keluaran EG, EB dan ER daripada litar matriks merupakan isyarat masukan kepada litar tiub gambar. Isyarat keluaran perlu diperbesar lagi bagi keupayaan memacu tiub gambar. Pacuan katod memerlukan lebih kurang 100 volt puncak ke puncak. Satu litar pemacu iaitu sistem pacuan kebezaan warna berasingan untuk setiap warna asas digunakan untuk membalik dan memperbesar isyarat ke tiub gambar. Satu daripada kaedah untuk mendapatkan semula isyarat utama daripada isyarat utama daripada isyarat kebezaan warna ialah dengan mematriks isyarat lar (EY) dalam litar kekisi ke katod.

Umpamanya, isyarat lar ditambah kepada isyarat kebezaan warna, maka isyarat utama dapat dihasilkan seperti berikut: ( ER - EY ) + EY = ER Keluaran ER, EG dan EB membentuk isyarat masukan kepada tiub gambar. Penguat kebezaan warna memainkan peranan utama dengan gandaannya boleh dikawal sebagai sistem penguat pemacu kebezaan warna ke tiub gambar. Peringkat terakhir memaktriks dengan menambah isyarat lar EY kepada isyarat kebezaan warna berlaku di tiub gambar. Voltan positif isyarat yang dibekalkan kekisi tiub gambar menyebabkan pertambahan aliran arus alur. Ini diikuti dengan pertambahan kecerahan cahaya yang dihasilkan pada warna asas di tiub gambar. Isyarat lar yang diterbitkan kekutubannya serta ditambah dengan kekuatan puncak ke puncak akan dibekalkan kepada tiga katod bagi pemacuan tiub gambar. Pelarasan gandaan bagi litar pacuan merah, biru dan hijau diperlukan bagi pampasan untuk perbezaan kepekaan kepekaan senapang electron dan melakukan pelarasan skala kelabu di tiub gambar. Keupayaan voltan posotif pada katod jika diubah boleh menyebabkan kekurangan aliaran arus dan diikuti oleh penurunan keamatan cahaya yang dihasilkan pada warna asas. Tindakan memodulat arus alur oleh isyarat warna berlaku apabila isyarat lar dibekalkan ke katod dan isyarat kebezaan warna dibekalkan ke litar kesisi tiub gambar televisyen.

Related Documents


More Documents from ""