PANDANGAN TOKOH-TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DARI TIMUR NADIRA ANIS SHARINA BTE HAMADI NUR FATIHA BINTI AZAIM NUR HAZWANI BTE HAMZAH
SOALAN… MEMBUAT PERSEMBAHAN POWER POINT TENTANG IDEA TOKOH-TOKOH DARI TIMUR
IBNU KHALDUN • Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin bin Muhammad bin Khaldun alMaliki. • Beliau seorang pemikir dan ahli sejarah Muslim. • Juga merupakan ahli dalam sosiologi, ekonomi serta seorang pendidik yang terkenal pada abad yang ke-14.
PANDANGAN IBNU KHALDUN • Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. • Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah: a. berperingkat-peringkat. b. mengadakan latih tubi. c. menggunakan benda-benda maujud. d. menggunakan bahan-bahan bantu mengajar. • Kanak-kanak perlu diberikan contoh-contoh konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera.
Sambungan… • Jadual kanak-kanak disuruh belajar haruslah disusun dengan baik. • Contoh teladan yang baik harus didedahkan mendidik kanak-kanak yang belum baligh. • Pembacaan al-Quran diajar dahulu sebelum menghafalnya. • Kanak-kanak harus dibentuk dengan cara lemah lembut bukannya dengan kekasaran.
Sambungan… • Jangan dibebankan dengan perkara-perkara diluar kemampuan mereka. Ini menyebabkan mereka: a. tidak mahu belajar b. mencerca pengajaran yang diberi. • Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa.
IMAM AL-GHAZALI • Nama Penuh: Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Thusi Al-Ghazali • Nama Gelaran:Hujjat Al-Islam Algazel • Tarikh Lahir: 450H(1058M) di Thus, Khurasan(Timur Iran). • Meninggal dunia pada 1111M pada umur 53tahun.
IDEA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK • Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan yang mana Allah memberi kepercayaan kepada ibu bapa untuk corakkan hati kanak-kanak yang masih suci bersih menjadi hati yang sangat bernilai dan berharga. • Oleh sebab itu, seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir.
CARA MENDIDIK KANAK-KANAK • • • • •
Pelajaran agama. Tingkah laku yang mulia. Bersikap tegas dengan kanak-kanak. Tidak keterlaluan dalam mendenda anak-anak. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
AKTIVITI BERMAIN UNTUK KANAK-KANAK MENGIKUT PENDAPAT IMAM AL-GHAZALI • Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka. • Fitrah semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. • Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.
NASIHAT IMAM AL-GHAZALI KEPADA GURU • Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. • Memperbaiki kesalahan kanak-kanak dengan cara berhemah. • Guru tidak boleh mengharapkan ganjaran tetapi perlu menjadi role model yang baik untuk kanak-kanak.
Latar Belakang • Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibni Sina. • Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M di Iran. • Terkenal dalam ilmu perubatan dan geometri, logik, matematik, sains, fiqh.
• Sumbangan karyanya yang terbesar ialah “Qanun fi Tibb” atau dialih bahasakan menjadi “Precepts of Medicine” • Menurut karyanya, beliau berpendapat ibu bapa dan guru tidak perlu terlalu marah,takut dan bekerja berlebih-lebihan.
• Kesederhanaan adalah baik dalam membesarkan anak-anak. • Aktiviti bermain ,hiburan dan rehat adalah perlu diselang-selikan. • Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar. • Beliau mencadangkan belajar dan bermain secara berkumpulan bersama rakan hampir sebaya dan bukan sebaya.
Ibnu Hazm • 5 tahun-sesuai bg permulaan proses pembelajaran secara sistematik yang bermula dengan mengetahui, meniru, dan menyebut huruf tanpa desakan atau kekerasan bagi mendapatkan kesempurnaan. • Kanak-kanak digalakkan berfikir dan cuba menjawab sendiri, manakala guru hanya sebagai pembimbing.
SOALAN… BAGAIMANA IDEA ITU DAPAT DIAPLIKASIKAN DALAM PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK DI MALAYSIA
RANCANGAN PENGAJIAN HARIAN • RPH dapat membantu guru dalam menyusun tahap pembelajaran kanak-kanak daripada senang kepada susah. • Contohnya, guru memberikan tema yang senang pada sesi pembelajaran yang pertama kemudian semakin susah. • Ini memberi peluang kepada kanak-kanak memahami dan mengikuti proses P&P yang berkesan.
ALAT BANTU MENGAJAR • Alat bantu mengajar yang guru sediakan kepada kanak-kanak hendaklah bahan maujud. • Bahan maujud membolehkan kanak-kanak menggunakan kelima-lima pancaindera mereka iaitu melihat, merasa, mendengar, menyentuh dan bau. • Contohnya, guru membawa buah betik yang sebenarnya agar kanak-kanak tersebut dapat mengenali apa itu buah betik, merasa, bau dan menyentuh.
MENGIKUT KEMAMPUAN KANAK-KANAK • Pengajaran dan pembelajaran di Malaysia sesuai mengikut kemampuan kanak-kanak seperti aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan mengikut setiap komponen. • Seperti contoh, komponen perkembangan Kognitif hanya menekankan pembelajaran awal matematik dan awal sains sesuai mengikut kemampuan dan keupayaan kognitif kanakkanak.
BELAJAR SAMBIL BERMAIN • Menurut Imam Al-Ghazali juga, proses belajar sambil bermain merupakan kaedah yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. • Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia amat mementingkan proses belajar sambil bermain kerana kaedah tersebut dapat merangsang perkembangan mengikut setiap komponen. • Selain itu, kaedah belajar sambil bermain dapat merangsang perasaan ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara.
IMPLIKASI IDEA TOKOH • Kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan dan kebolehan yang berbeza. Jadi ibu bapa dan guru tidak boleh memaksa kanak-kanak belajar jka mereka tidak mampu. • Setiap aktiviti kanak-kanak perlu disusun secara berperingkat-peringkat. • Kanak-kanak mesti diasuh dengan menunjukkan teladan yang baik kerana kanakkanak suka meniru perlakuan orang dewasa.
• Kaedah pembelajaran juga mestilah banyak berpusatkan murid. • Fungsi guru hanyalah sebagai pembimbing. • Kanak-kanak akan lebih bebas dan terbuka berkreativiti • Keyakinan diri bertambah. • Mahir bersosial dan tidak rendah diri.