Terowong Smart

  • Uploaded by: Ikhsan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Terowong Smart as PDF for free.

More details

  • Words: 1,769
  • Pages: 25
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM, MUA’DZAM SHAH,06100 JITRA, KEDAH DARUL AMAN. MODUL SAINS PERSEKITARAN C 2121

TAJUK : IMPAK & PERMASALAHAN TEROWONG SMART KUALA LUMPUR

MOHAMED NOOR IKHSAN BIN HUSIN 03 SPW 05 F501

PENGENALAN PROJEK ■

SMART adalah singkatan kepada STORMWATER

MANAGEMENT AND ROAD TUNNEL dan ianya telah mula dibuka kepada umum pada 14 Mac 2007. Pembinaan projek SMART Tunnel ini telah bermula pada tahun 2003 dengan kos sebanyak RM1.93 billion untuk menyiapkannya. SMART Tunnel ini juga merupakan terowong pertama di dunia dilengkapi dengan laluan kenderaan dan saluran air.

LATAR BELAKANG PROJEK ■ SMART Tunnel yang bergaris pusat 13.26 m ini merupakan yang

terbesar di Asia Tenggara dan kedua terbesar di Asia. Terowong ini mempunyai dua tingkat laluan kenderaan dan 1 tingkat saluran air. Walaupun begitu saluran air itu dijangka akan hanya digunakan sebanyak 8 hingga 10 kali setahun. Manakala laluan kenderaan pula akan ditutup dan dijadikan saluran air sebanyak 3 hingga 5 tahun sekali sahaja Panjang keseluruhan SMART Tunnel ini adalah 11.5 km termasuk 3 km terowong kenderaan 2 tingkat dan 9.7 km saluran air. Ini merupakan projek terowong yang terpanjang di Malaysia. Satu kolam tadahan di Kampung Berembang, Jalan Ampang dan satu kolam simpanan air di Taman Desa telah disediakan bagi melengkapkan sistem pengawalan banjir ini. ■



di

Tiga jalan keluar masuk ke terowong kenderaan telah dibina iaitu Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Kampung Pandan, di Jalan Davis berhampiran Berjaya Times Square dan di Lebuhraya KLSeremban bersebelahan TUDM Sungai Besi.

Pusat Bandaraya Kuala Lumpur terletak di pertemuan Sg. Gombak dan Sg. Klang didalam kawasan tadahan Lembangan Sungai Klang. Sungai Klang yang panjangnya kira-kira 120 km berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir merentasi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lembangan Sungai Klang mempunyai keluasan sebanyak 1,288 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 3.75 juta orang dan merupakan kawasan yang paling maju dengan kepadatan penduduk yang tertinggi di Malaysia. ■

Memandangkan pembangunan di kawasan tadahan Lembangan Sungai Klang telah jauh melebihi unjuran yang digunakan dalam perancangan asal, keupayaan saluran Sungai Klang yang sediada di kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur tidak lagi mampu untuk menyalurkan aliran banjir yang sedang dialami. Sehubungan dengan ini, Kerajaan, setelah mengambilkira halangan-halangan dalam saluran sungai serta koridor sungai yang sempit di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, telah memutuskan supaya sistem lencungan banjir dan sistem takungan air banjir dilaksanakan untuk mengatasi masalah banjir di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. ■

 

PELAN KUNCI

TAPAK KAJIAN

PELAN LOKASI

KAWASAN TAPAK KAJIAN

GUNATANAH SEMASA KLCC

PUSAT MEMBELI BELAH  LOT 10  TIMES SQUARE  KARYANEKA ISTANA NEGARA TAMAN - TAMAN PERUMAHAN

LAPANGAN TERBANG TUDM

LALUAN PINDAHAN AIR/ALTERNATIVE LALULINTAS ■ Projek SMART melibatkan pemindahan air larian dari kawasan tadahan Sg. Ampang/ Sg. Klang melalui satu terowong lencungan banjir dan menyalurkannya ke Sungai Klang di sebelah hilir. Melalui kaedah ini, air larian banjir akan dilencong dari menuju ke Pusat Bandaraya. Di samping itu, sebahagian terowong tersebut akan digunakan sebagai laluan alternative trafik untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di laluan masuk ke Kuala Lumpur di sebelah selatan berdekatan dengan lapangan terbang Sungai Besi.

KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA PROJEK SMART ■ Terowong lencungan banjir ( flood bypass) dengan garis pusat 11.8m sepanjang kira-kira 9.7 km yang bermula dari Kampung Berembang, Ampang disebelah hulu menuju ke arah selatan dan berakhir di kolam bekas lombong Taman Desa. ■ ‘Ingress & Egress connection links’ di tiga tempat untuk menghubungkan laluan trafik ini ke sistem jalanraya sediada, iaitu sambungan ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya KLSeremban. ■ Pembinaan sebuah kolam penahanan (holding pond) di Kampung Berembang, Ampang. ■

Menaiktaraf kolam bekas lombong di Taman Desa untuk dijadikan sebagai kolam takungan simpanan (storage reservoir).



Pembinaan ‘twin box culvert outlet structure’ dari kolam Taman Desa ke Sungai Kerayong.

■ Sebahagian terowong tersebut (kira-kira 3 km) akan menggabungkan pengurusan tebatan banjir dan jalanraya. Bahagian ‘ dual usage’ ini adalah di bahagian tengah terowong dan bermula berdekatan bulatan Kg. Pandan dan berakhir di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran persimpangan jalan ke Istana Negara. Komponen jalanraya ini berupa jalan dua tingkat dan dilengkapi dengan kemudahan aliran udara (ventilation shaft) , pintu keluar kecemasan (escape exits) ke paras mukabumi pada setiap 1 km dan laluan keluar kecemasan (escape passages) pada jarak setiap 250 m. Fungsi ‘dual usage’ ini adalah yang pertama didunia.





Pembinaan struktur-struktur kawalan/lencungan air banjir seperti ‘diversion weir, offtake structure, tunnel intake structure, outfall structure’ dan lain-lain lagi.

Sistem ‘SCADA’ yang meliputi sistem pengesanan banjir (flood detection system) untuk operasi sistem SMART sebagai ‘ stormwater channel’ serta operasi kawalan trafik.

GAMBARAN CARA PERLAKSANAAN PROJEK SMART

OBJEKTIF PERLAKSANAAN ■

Untuk menangani masalah banjir di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur .

Untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di laluan masuk ke Kuala Lumpur di sebelah selatan berdekatan lapangan terbang Sungai Besi. ■

PENDEKATAN PERLAKSANAAN ■

Projek SMART dilaksanakan oleh Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMABT SB) iaitu sebuah syarikat JV antara MMC Engineering Group Bhd. dan Gamuda Bhd. Projek SMART ini terdiri daripada dua komponen ia itu komponen pengurusan banjir dan komponen jalanraya. Komponen pengurusan banjir akan dilaksanakan secara ‘turnkey, design and build’ dan rundingan terus manakala komponen jalanraya akan dilaksanakan menerusi kaedah penswastaan. ■

Agensi pelaksana Projek SMART adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ( bagi komponen pengurusan banjir) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kementerian Kerja Raya ( bagi komponen jalanraya ).

PROFILE & SYARIKAT PERLAKSANA ■ GAMUDA MALAYSIA Sdn. Bhd. Merupakan syarikat yang diamanah melaksanakan terowong tebatan banjir (SMART). ■ Telah ditubuhkan pada 6 Oktober 1976. Sebuah syarikat yang beroperasi di dalam dan di luar negara dan mempunyai beberapa syarikat antarabangsa dibawah naungannya. ■ Pernah memenangi beberapa anugerah antarabangsa dalam bidang pembinaan, antaranya ialah Syarikat Pembinaan Terbaik Asia oleh Majalah Euromoney pada tahun 2000.

MISI & VISI SYARIKAT ■ Memberikan perkhidmatan yang inovative samada dalam pembangunan perumahan atau bangunan yang bertaraf dunia kepada pelanggan dalam bidang kajian dan aspek pembangunan, pembaikkan, penyelengaraan serta kajian-kajian berskala besar.

VISI

■ Prinsip : Memberikan 1 konsep pembangunan dan pembaikkan untuk memudahkan pelanggan menyelesaikan masalah. ■ ■ ■

Peranan & Tanggungjawab : Bersama-sama berganding bahu dengan setiap anak syarikat serta pelanggan dalam memberikan suasana pembangunan yang baik. Perubahan Semasa dengan sentiasa membuat perubahan yang efesyen serta berguna selari dengan permintaan semasa. Memandang Kehadapan di dalam perniagaan dengan sentiasa membuat perubahan agar stabil di masa hadapan.

PROJEK SEMASA & TERDAHULU ■ ■

Lebuhraya Kesas ■ Lapangan Terbang Doha, Qatar Pembangunan Ladang ■ Lebuhraya Dukhan, Qatar Bukit Kemunting, Selangor ■ Lebuhraya Damansara ■ Bandar Nusajaya, Johor Puchong (LDP) Baharu ■ Sungai Selangor Phase 3 ■ Kahosiung Mass Rapid Water Project (SSP3) Transit Project, Taiwan ■ Projek Panagarh Palsit ■ Nam Thuen 1 Hydropower Lebuhraya Selatan Project, Thailand Bengal, India ■ Yenso Park, Hanoi, Vietnam ■ Projek Durgapur di Bengal Selatan, India ■ Stormwater Management & Road Tunnel (SMART) Project

JADUAL PERLAKSANAAN ■ Januari empat

Kerja pembinaan projek SMART telah dimulakan pada 1 2003 dan keseluruhan projek dijangka siap dalam tempoh (4) tahun, iaitu pada 31 Disember 2006. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh kelewatan pengambilan balik tanah, projek SMART telah diberi lanjutan masa selama enam (6) bulan, dan dijangka siap pada 30 Jun 2007. ■ Walau bagaimanapun projek SMART telah berjaya siap lebih awal dan dibuka kepada umum secara rasmi pada jam 3:00 petang bertarikh14 Mei 2007.

PERUNTUKAN ■

Peruntukan RMke -9 yang diluluskan bagi projek SMART ialah RM 170 juta. Ini termasuk juga bayaran bagi kerja-kerja di Sg. Kerayong yang sedang dijalankan.

IMPAK & PERMASALAHAN PROJEK Kesan Alam Sekitar Kesan projek SMART ke atas alam sekitar adalah semasa fasa pembinaan sahaja. Ini adalah kerana kajian ’E nvironmental Impact Assessment, EIA’ telah dibuat sebelum memulakan pembinaan dan segala keperluan untuk pemeliharaan alam sekitar telah diambilkira dalam rekabentuk projek tersebut. Walau bagimanapun, kesan-kesan ke atas alam sekitar adalah seperti berikut : ■



Pencemaran Udara

Sumber utama pencemaran udara adalah habuk dan asap yang berpunca daripada aktiviti pengorekan, penambakan, letupan batuan, pemunggahan, pergerakan jentera berat, pengangkutan tanah dan aktiviti meroboh bangunan. Semua bangunan yang terletak dalam jajaran pembinaan perlu dirobohkan untuk memastikan kerja-kerja dilaksanakan dengan sempurna mengikut rekabentuk.



Hakisan tanah

Kerja-kerja pembinaan struktur dipermukaan tanah akan menimbulkan masalah hakisan tanah. Ini termasuklah pembinaan struktur seperti pengalihan (diversion weir), kolam penahan (holding pond) dan takungan simpanan. Walaubagaimana pun, pembinaan terowong SMART yang dijalankan dibawah tanah hanya menyebabkan hakisan tanah yang minima sahaja dikawasan ’shaft’ ke terowong.



Pencemaran Air

Sisa pepejal yang terhasil daripada aktiviti pembinaan seperti pengorekan terowong dan letupan batu yang terlepas kedalam sungai akan mencemarkan kualiti air sungai. Begitu juga dengan minyak daripada mesin-mesin berat yang banyak terdapat dalam kawasan pembinaan. Sisa pepejal dan minyak akan mengganggu kehidupan akuatik dalam sungai serta mengubah estetik kawasan persekitaran sungai. Walaubagaimana pun, semua projek mega disyaratkan supaya menyediakan perangkap kelodak untuk mengurangkan pencemaran kelodak didalam air sungai.



Bunyi Bising

Aktiviti pembinaan asas dengan cerucuk dan letupan batu yang dijalankan akan mengakibatkan bunyi bising, gegaran, habuk, serta bahan buangan yang banyak. Ini akan mendatangkan masalah kesihatan dan keselamatan kepada pekerja serta orang awam disekitar kawasan tapak binaan.



Sisa Pepejal

Untuk projek SMART , terdapat banyak sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti pengorekan terowong, merobohkan bangunan dan letupan batu. Ini menimbulkan masalah penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal. Oleh itu pengangkutan bahan sisa pepejal perlu dijalankan di waktu ‘ off-peak’ dan berjadual untuk mengurangkan kesesakan lalulintas yang sememangnya senantiasa sesak di kawasan Kuala Lumpur.



Geologi dan Hidrogeologi

Seperti kebanyakan projek terowong yang telah dilaksanakan, aktiviti pengorekan terowong akan memberi impak ke atas geologi dan hidrogeologi dikawasan jajaran projek dari segi resapan air, penurunan aras air bawah tanah, pemendapan permukaan tanah dan ‘sink holes’. Masalah-masalah seperti ini telah dikawal dengan rapi secara pemantauan dengan teliti untuk projek SMART .

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ■ aktiviti ■

Melakukan beberapa kajian menyeluruh terhadap setiap berkaitan pengorekkan tanah. Mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang tidak mengikut piawaian dalam perancangan.

■ Memberi penerangan dan latihan dalam cara-cara perancangan sirkulasi jalan terutama yang berkaitan pengorekkan tanah. ■ Sentiasa memantau aktiviti pengorekkan tanah terutamanya di kawasan penduduk berkapasiti padat bagi menjamin keselamatan dan permasalahan di masa hadapan.

RUMUSAN ■ Berdasarkan kepada keadaan fizikal tapak, tujuan, konsep, justifikasi serta faedah yang diperolehi daripada Cadangan Pembangunan Terowong SMART, Kuala Lumpur. Pembangunan ini adalah untuk kelulusan sesuatu pembangunan yang dirancang. ■

Cadangan pembangunan ini dijangka akan menjadi pelengkap terhadap pembangunan sekitar yang telah membangun dengan corak pembangunan moden dan bersepadu. Kedudukan kawasan tapak cadangan ini adalah strategik dan limpahan tren pembangunan sekitarnya yang akan terus berkembang pesat. ■ Justeru itu, penilaian yang sewajarnya terhadap cadangan pembangunan amat diperlukan sejajar dan mempunyai aspirasi yang seiring dengan dasar dan langkah kerajaan.

SUMBER RUJUKAN ■ ■ ■ ■

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA INTERNET

SEKIAN TERIMA KASIH

ikhs

Related Documents

Terowong Smart
May 2020 35
Smart People Smart Work
April 2020 28
Smart $99
May 2020 4
Smart City.docx
May 2020 4
Jokes Smart
November 2019 4

More Documents from ""

3863-7298-1-sm.pdf
July 2020 34
Terowong Smart
May 2020 35
Lampiran 5.doc
July 2020 21
1_1_4.pdf
December 2019 34