Terbaru Review

  • Uploaded by: tintamas
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Terbaru Review as PDF for free.

More details

  • Words: 4,364
  • Pages: 20
a)

Berdasarkan bahan-bahan bacaan di atas, anda dikehendaki menulis satu ”Critical Review” berkaitan isu-isu disiplin di sekolah. Analisis anda perlu merujuk kepada teori-teori pembelajaran dan masalah tingkah laku.

Critical Review : 1)

Masalah Buli Di Sekolah.

Pengenalan Masalah buli yang dilakukan oleh para pelajar selalu menjadi bebanan bukan sahaja kepada mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunselor dan pihak pentabir sekolah. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pelajar yang melakukan kes buli ini mempunyai masalah terutama dari pada segi persekitaran, keluarga atau emosi. Wawancara pihak utusan Malaysia dengan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammudin Tun Tun Hussein merungkai permasalahan buli yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh negara ekoran kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Ad-diniah Padang Tengku, Kuala Lipis yang dibelasah hingga parah oleh senior sekolah tersebut. Artikel tersebut menerangkan langkah-langkah yang akan dan sedang digunakan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah buli di sekolah. Definisi Buli Menurut Kamus Dewan, Edisi ketiga – buli ditakrifkan sebagai; 1.

Perbuatan

mendera,

mempermainkan

seseorang,

supaya

dapat

menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. 2. Mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak / menakutkan orang yang berkenaan.

3. Menurut The American Heritage ® Dictionary mengatakan “bully (noun); A person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or weaker people” Buli merupakan salah satu masalah tingkah laku yang berlaku atau dilakukan oleh pelajar. Menurut Kenneth S Trump dalam bukunya Classroom Killers? Hallway Hostages?: How Schools Can Prevent and Manage School Crises, buli akan melahirkan sekumpulan orang muda yang bertindak sebagai penyerang. Buli bolehlah dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang. Tingkah laku ini berlaku berkali-kali (Hazler & Hoover, 1993). Buli merupakan salah satu daripada masalah tingkah laku negatif pelajar. Secara umumnya masalah tingkah laku pelajar ini dapat di kelaskan kepada dua kategori iaitu: a) Tingkah laku bermasalah negatif. b) Tingkah laku bermasalah positif. a) Tingkah

laku

bermasalah

negatif

adalah

seperti

menggangu,

pergantungan berlebihan, agresif, buli, kebimbangan, distruktif, ponteng sekolah, mencuri, pengasingan diri dan banyak lagi. b) Tingkah laku bermasalah positif pula adalah seperti sifat ingin tahu yang berlebihan, pintar cerdas, dan proaktif. Perilaku membuli menurut

teori perlakuan adalah tindakan yang

mekanikal. Tingkah laku manusia dilihat sebagai objek yang mempunyai gerak balas yang tertentu. Gerak balas ini pula bergantung pada satu cara rangsangan yang boleh mempengaruhi tingkah laku manusia. Sebagai satu pendekatan yang mekanistik dan kuantitatif, teori ini menggunakan kaedah yang melibatkan pengukuran dan penilaian yang sangat objektif. Individu dalam proses interaksi sentiasa bergerak balas kepada rangsangan alam sekitarnya dan saling membuat pentafsiran tertentu serta menukarkan persepsinya kepada suatu

tingkah laku. Antara

pengasas teori ini, Ivan Pavlov dan Joseph Wolpe

mengemukakan teori perlakuan pelaziman klasik; manakala teori perlakuan pelaziman operan dipelopori oleh B. F. Skinner dan J. B.Watson. Teori ini juga mempunyai pengaruh dalam aspek sosialisasi dengan teori pembelajaran sosial yang dikemukakan oleh Bandura. Fahaman perlakuan berpendapat bahawa neurosis dipelajari melalui proses pembelajaran. Ciri empirikal dipentingkan dan tingkah laku bergerak dengan sistem peraturannya yang boleh ditentukan. Model analisis penerapan tingkah laku yang diguna pakai melihat bahawa tingkah laku sebenarnya adalah akibat daripada suatu rangsangan. Teori pembelajaran sosial pula mengatakan bahawa tingkah laku ditumpukan ke arah individu dan huraian analisis tentang individu dikaitkan dengan keadaan kehidupan psikologikalnya. Tingkah laku mula difahami dengan menumpukan pada cara individu berinteraksi dengan orang lain yang signifikan dalam masyarakat. Para ahli psikologi Behavioris berpendapat perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas (respon) organisma. Berasaskan perlaziman conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Jenis-jenis Buli Menurut Dr. Noran Fauzan – Universiti Pendidikan Sultan Idris, beliau mengkategorikan jenis-jenis buli kepada: Buli Fizikal Ekstrim 1. Pukul-memukul: menggunakan tangan atau objek kepada mangsa dilakukan secara berseorangan dan paling kerap dilakukan beramai-ramai. (Rujuk kes: kematian Mohamad Zulkarnain b. Abd. Rahim – tahun 1998, Tampoi, Johor

Bahru) – Laporan bedah siasat mengatakan mangsa mengalami kecederaan bahagian dalaman abdomen akibat kesan tumbukan. 2. Sepak-terajang: menggunakan kaki sebagai instrumen untuk mencederakan mangsa. Instrumen pukul-memukul dan sepak-terajang merupakan pasangan instrumen yang paling kerap digunakan oleh pemangsa. 3. Menggunakan senjata seperti pisau (rujuk kes seorang pelajar tingkatan 6 menikam teman wanitanya yang mengandung 8 bulan sehingga menyebabkan kandungan bayi meninggal dunia) Buli Psikologi 1. Mengejek / mencerca: ianya berlaku bukan sahaja dikalangan pelajar senior terhadap pelajar junior, malah dikalangan rakan sebaya turut berlaku. Mangsa yang diejek biasanya mempunyai kelainan pada nama yang pelik, fizikal yang kecil, rupa paras yang kurang menarik dan sebagainya. 2. Memaki hamun: kata nista yang lucah atau sebutan yang menghina dan jika dibalas akan membawa kepada buli fizikal pula. Mengenali Ciri-ciri Pembuli (Pemangsa) 1. Terdiri daripada pelajar senior lelaki dan perempuan iaitu pelajar tingkatan enam, lima dan empat. 2. Bertubuh tegap, saiz fizikal yang menampakkan kekuatan fizikal. 3.

Pernah mengalami peristiwa pahit menjadi mangsa buli semasa bergelar

pelajar junior dan ingin membalas balas perbuatan itu. 4. Menurut Sigmund Freud mereka yang mengalami tekanan, deraan fizikal dan psikologi semasa zaman kanak-kanak kemudian apabila dewasa untuk menghilangkan tekanan dan perasaan (peristiwa) pahit itu maka ubatnya dengan membalaskan balik kepada orang lain. Mengenali Ciri-ciri Mangsa (orang yang kena buli)

1. Terdiri daripada pelajar junior lelaki dan perempuan iaitu pelajar tingkatan satu, dua dan tiga. 2. Mempunyai saiz fizikal yang kecil yang dilihat sebagai lemah dan tidak kuat. 3. Mempunyai nama yang agak pelik / ganjil bukan sahaja kepada diri mangsa tetapi kepada keluarga mangsa, ataupun di kampungnya mempunyai gelaran yang lain.

Faktor-Faktor / Punca-Punca Yang Mendorong Kepada Kejadian Membuli 1. Terlalu mengikut gelodak jiwa, yang menyebabkan tekanan perasaan / naluri ingin membalas dendam akibat perbuatan/peristiwa yang pernah pemangsa alami sabelum ini. 2. Tekanan / desakan rakan sebaya untuk bersama-sama membuli dan ingin mengurangkan risiko sekiranya perbuatan mereka diketahui. 3. Pemangsa kerap merasa tidak selamat, cemburu dan rasa tidak dihormati oleh pelajar junior, di mana mereka merasakan peranan mereka sebagai pemegang (ketua) mulai kurang (tidak di “respect”). Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak

ini

tidak

lagi

menghormati

mereka.

James Becker mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri

yang

sempurna.

Ini

akan

menjejaskan

ketahanan

diri

pelajar.

Maka jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis. Kadangkala bolehlah

dikatakan permasalahan buli di kalangan pelajar ini wujud adalah disebabkan budaya sekolah itu sendiri . Hal ini ditegaskan oleh seorang ahli sosiologi barat iaitu Bantock. Menurut Bantock (1973) budaya yang wujud di sekolah adalah akibat daripada dua faktor yang besar. Faktor yang pertama ialah masalah disiplin di sekolah. Semenjak dahulu lagi , pelajar yang nakal dan melanggar peraturan sekolah akan didenda manakala yang baik dan patuh kepada peraturan akan diberi ganjaran seperti puji-pujian dan sebagainya. Maka timbullah satu bentuk budaya yang dikenali sebagai budaya informal di sekolah berkenaan. Faktor kedua yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah peranan peperiksaan. Peperiksaan mendorong persaingan yang sihat di kalangan pelajar. Mereka berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan , dan akhirnya mewujudkan suatu budaya sekolah yang formal . Pelajar mempunyai nilai dan persepsi yang positif, tetapi dalam proses bersaing dan berlumba-lumba menimba ilmu , terdapat pelajar yang lemah, dan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Maka wujudlah segolongan pelajar yang mempunyai nilai yang negatif. Mereka menimbulkan ‘budaya pelajar’ yang tidak sihat di sekolah . Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran di bawah Bahagian Sekolah, Unit Hal Ehwal Murid mendapati, rakan sebaya berpotensi mempengaruhi lebih daripada 60 peratus sikap dan kelakuan rakannya hasil daripada pergaulan seharian. Sudah terang lagi bersuluh, pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah buli dalam kalangan pelajar. Masalah tingkah laku pelajar yang suka membuli dapat dilihat dengan jelas melalui Model Klasik Rangsangan-Gerak Balas. Pendekatan ini menerap prinsip pelaziman klasik dan penghindaran yang mula diasas oleh Ivan Pavlov. Prinsipnya

menggunakan

paradigma

pembolehubah

perantara

menghasilkan perubahan tingkah laku. Rajah 3 menunjukkan kaedah mudah prinsip rangsangan dan gerak balas.

bagi

R -------------------> GB Rangsangan

----------> P

Gerak Balas

Peneguhan

Rajah 3 Dalam model ini, tingkah laku (GB) terhasil dari rangsangan.Tingkah laku tersebut diperkukuh dengan wujudnya peneguhan (P) selepas terhasil tingkah laku yang baru. Contohnya, seorang pelajar senior yang suka membuli akan mendapat rangsangan untuk membuli apabila terlihat pelajar junior bersaiz kecil melintasinya di kawasan tertutup atau kawasan sunyi di sekolah. Pelajar senior mendekati pelajar junior dan akan melakukan buli seperti memeras ugut pelajar junior tersebut untuk mendapatkan duit dalam keadaan dia tidak dapat melawan. Perkara ini berulang setiap masa yang berkesempatan. Akibatnya, setiap kali bertembung dan persekitaran yang mengizinkan, pelajar senior akan mengulangi perbuatan membuli. Pada mulanya membuli

merupakan rangsangan tidak

terlazim kerana ia bersifat sekali sekala. Pelajar junior yang dibuli adalah gerak balas. Pelajar senior dapat sentiasa merasa seronok melakukan buli merupakan peneguhan ke atas gerak balasnya membuli. Pelajar senior tetap akan mengingati serta gambaran imej pengalamannya dapat membuli pelajar junior. Pada masa yang lain, semua pelajar junior yang bersaiz kecil sudah mencukupi bagi pelajar mengingati perilaku membuli. Membuli sudah berubah menjadi rangsangan terlazim. Pelajar akan sentiasa tergerak melakukan buli pada persekitaran yang sesuai. Masalah disiplin pelajar yang berkaitan buli ini berlaku adalah disebabkan oleh ciri-ciri personaliti yang ada pada seseorang manusia. Menurut tokoh ilmuan islam Al-Ghazali (1058-1111) bahawa nafsu, hati dan akal seseorang merupakan faktor penting yang mempengaruhi individu. Hal ini disokong kuat oleh tokoh barat Sigmund Freud. Freud mengelasifikassikan personaliti kepada tiga komponen utama iaitu id, ego dan superego. Id merupakan bahagian personaliti tak sedar manusia yang berfungsi sebagai stor simpanan dan didorong oleh tenaga libido. Id mempunyai nafsu yang mengarah

manusia melakukan sesuatu yang tidak bermoral seperti buli. Ego pula bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun dan mengawal id. Superego berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral kepada ego untuk bertindak mengawal id.

Kesan buli a)

Pembuli

Kesan luaran: •

Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.



Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

b)

Dibuli

Kesan luaran •

Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.

Kesan dalaman •

Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Kesimpulan Usaha mengatasi masalah disiplin pelajar umumnya dan buli khasnya hanya akan berjaya jika ia dilakukan secara ikhlas, konsisten dan membabitkan semua pihak secara sedar dan terancang. Sama ada disedari atau tidak

kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka, adalah wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa, sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk mencari punca bagi masalah jenayah yang sedang melanda remaja kita dan menyelesaikan B)

segala

permasalahan

sosial

remaja

kini.

Dengan merujuk kepada isu-isu di atas, bincangkan bagaimana cara untuk mengatasi masalah disiplin atau masalah tingkah laku di kalangan murid.

b)

Menangani masalah disiplin / masalah salah laku buli di kalangan pelajar. WACANA mengenai masalah disiplin pelajar sekolah sering diperkatakan

sejak

akhir-akhir

ini.

Pelbagai

langkah

dan

strategi

diambil

pihak

bertanggungjawab, tetapi masalah itu belum diatasi sepenuhnya hingga turut membimbangkan

kerajaan,

pihak

sekolah,

ibu

bapa

dan

masyarakat.

Kementerian Pelajaran juga amat prihatin dengan profesional perguruan dalam menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa setiap sekolah mempunyai pelajar bermasalah dan tidak berdisiplin. Persoalannya, apa sudah jadi dengan institusi sosial dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini? Mengapa kita sering melatah apabila guru menjalankan tugas mereka mendisiplinkan pelajar? Adalah menjadi tanggung jawab semua pihak untuk menangani masalah buli ini terutamanya hingga ke akar umbi bak kata pepetah Melayu, ” kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Di sini akan dibincangkan mengenai beberapa langkah yang disokong oleh beberapa teori pembelajaran dan modifikasi tingkah laku untuk mengatasi masalah disiplin pelajar dengan tumpuan kepada masalah buli di sekolah. Langkah utama yang seharusnya digunakan adalah melalui didikan agama dalam keluarga. Keluarga merupakan unit asas kehidupan kerana daripadanya terbentuklah masyarakat. Seharusnya asas utama perlu ditekankan

sejak kecil lagi ialah pembinaan tahap sosialisasi anak menerusi aspek keagamaan, bak kata pepatah Melayu, ‘kalau hendak melentur buluh, biar daripada rebungnya’. Semua ajaran agama mementingkan kebaikan dan menolak kejahatan. Tanpa ajaran agama bersifat fokus akan menyebabkan individu gagal memahami tuntutan agama dalam kehidupan dan mulai melanggar peraturan agama, sekolah mahu undang-undang negara. Inilah masalah besar dihadapi oleh majoriti ibu bapa yang ‘terlupa’ untuk menerapkan nilai agama yang murni ketika sosialisasi anak mereka dan akhirnya bila mereka memasuki alam persekolahan mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan kejahatan. Hal ini lantas akan menjerumuskan mereka dalam kancah buli yang akan meruntuhkan institusi persekolahan. Selain itu, peranan guru amat penting dalam menangani masalah buli ini. Mengikut Teori Permodelan Bandura, unsur-unsur

pembelajaran utama

seseorang adalah melalui pemerhatian dan peniruan. Bandura menerapkan tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Proses pembelajaran juga meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Jadi, di dalam bilik darjah, keberkesanan pengajaran-pembelajaran dapat dicapai melalui penyampaian guru yang cekap supaya menjadi role model kepada pelajar. Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan tepat. Guru juga boleh mengajar nilai murni serta meminta kerjasama ibu bapa supaya anak-anak mereka tidak dibenarkan menonton filem berunsur keganasan. Hal ini bererti sekiranya guru menjadi role model yang baik kepada pelajar maka pelajar akan mencontohi segala perilaku guru tersebut dan dapat mengelakkan daripada berlakunya gejala negatif seperti buli. Teori pembelajaran sosial pula menekankan bahawa tingkah laku ditumpukan ke arah individu dan huraian analisis tentang individu dikaitkan dengan keadaan kehidupan psikologikalnya. Tingkah laku mula difahami dengan menumpu pada cara individu berinteraksi dengan orang lain yang signifikan dalam masyarakat. Di samping berupaya mengubah tingkah laku, mereka mengikut matlamat dan ideal yang dikehendaki sealiran dengan usaha memahami budaya alam sekelilingnya. Pendekatan modifikasi tingkah laku

kognitif. Pendekatan ini menumpukan kepada tingkah laku hasil daripada pengstrukturan kognitif. Pengalaman seseorang digandingkan dengan cara individu tersebut mentafsir tingkah lakunya. Pentafsir yang tidak rasional boleh mengakibatkan tingkah laku yang bercelaru. Dalam pendekatan ini, manusia tidak dianggap hanya sebagai objek. Interaksi dan tingkah laku antara insan tidak berlaku tanpa wujudnya perasaan dan pemikiran. Elemen ini merupakan tumpuan induk dalam kefahaman modifikasi tingkah laku kognitif. Model analisis penerapan tingkah laku yang diguna pakai melihat bahawa tingkah laku sebenarnya adalah akibat daripada suatu rangsangan.

Kawalan

peneguhan ke atas sesuatu rangsangan itu pula akan mengubah tingkah laku. Pendekatan ini menggunakan prinsip pelaziman operan dan pengukuran sama ada berkesannya aliran peneguhan dinilai daripada hasil kesan rangsangan yang baru. Paradigma analisis perlakuan ini dapat dicerap dari rajah 2.

R

-------------->

Rangsangan

P

Peneguhan

---------->

GB

Gerak Balas

Rajah 2

Tingkahlaku (GB) terhasil dari rangsangan (R). Rangsangan ditambah dengan peneguhan. Akibat dari proses ini maka berlaku satu gerak balas. Contohnya, seorang pelajar yang gemar membuli di dalam bilik darjah. Pelajar melakukan sesuatu yang tidak disenangi guru X, seperti membuli dan memerass ugut pelajar lain. Setiap kali pelajar tersebut membuli, beliau akan dimarahi guru X dan dirotan bersama dengan pandangan serta mimik muka guru X yang garang. Pelajar akan diam dan takut. Pada keadaan yang lain, apabila pelajar membuli, dan pelajar melihat muka guru Y dengan mimik mukanya yang garang, pelajar akan menukar tingkah lakunya menjadi diam dan takut. Membuli

merupakan rangsangan, dan bagi menghapuskan tingkah laku buat membuli tadi, pelajar dimarahi bersama dengan gandingan muka marah. Pengalaman dimarahi diingati oleh pelajar dengan gandingan muka marah. Pada keadaan yang lain, mimik muka marah sudah mencukupi bagi mengubah tingkah laku untuk pelajar diam. Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang menjalankan

eksperimen

menggunakan

anjing,

makanan

dan

loceng

membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Dengan kata lain teori behaviurisme yang dikaitkan dengan tingkah laku membuli ialah melalui pembelajaran yang berkesan dapat mencegah kegiatan tidak bermoral tersebut. Guru akan sentiasa mengulangi kata-katanya bahawa membuli adalah salah di sisi undang-undang dan pelajar yang melakukannya didenda. Jadi apabila perlakuan ini secara berulang terjadi, pelajar akan sentiasa mengingati bahawa buli adalah salah dan akan dihukum. Mereka tidak akan melakukan buli lagi. Model-Model Pengurusan Tingkah Laku. 1)

Psikodinamik

Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui

pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif ini, perkembangan personaliti terjadi semasa

kanak-kanak

berkembang

melalui

siri

tingkat

perkembangan

psikoseksual ( oral stage, anal stage, phallic, latenc, genital).

2)

Biofizikal

Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hunbungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu. 3)

Persekitaran

Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusioa pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang menyebabkan berlakunya tingkah laku itu, boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu terjadi. Teknik-Teknik Modifikasi Tingkah Laku 1.

Peneguhan positif dan negatif. Mengikut Skinner, apabila gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan

memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Skinner juga menyatakan apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, sebagaiman yang disebut oleh Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan maka kebarangkalian sesuatu gerak balas operan itu akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu berulang-ulang gerak balas responden tersebut. Peneguhan positif di sini adalah seperti pujian, ganjaran dan lain-lain. Peneguhan negatif pula ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat dilakukan. Teknik penghapusan adalah bertujuan untuk memberhentiakan atau menyekat muridmurid daripada melakukan tingkah laku negatif seperti mendenda atau merotan pelajar yang melakukan kesalahan. Teknik kejemuan pula dengan cara

membiarkan murid melakukan tingkah laku tersebut sehingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. 2.

Reverse Psychology Teknik ini menggunakan kaedah psikologi untuk memodifikasikan tingkah

laku negatif kepada positif. Tujuan teknik ini adalah untuk membolehkan murid melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi memupuk tingkah laku yang diingini. 3.

Shaping Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini

melalui beberapa peneguhan secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan. Teknik ini perlu digunakan apabila murid yang berkenaan tidak melakukan secra sendiri tingkah laku yang diingini. 4.

Kontrak (Lisan dan Bertulis) Membuat

perjanjian

secara

lisan

atau

menandatangani

kontrak

merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif, Menandatangani kontrak secara formal di hadapan orang yang disanjungi, misalnya guru besar akan menyakinkan murid berkenaan bahawa dia akan memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan. 5.

Token Ekonomi Sistem ini digunakan untuk membahagikan beberapa peneguhan simbolik

yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguhan sebenar yang diinginkan. Dalan token ekonomi, sistem merit digunakan dan ditentukan berdasarkan kriteria respon terhadap tingkah laku yang diingini. Poin merit ini yang dikumpulkan boleh ditukarkan dengan pelbagai peneguhan yang diidamkan seperti barangan. Hal ini membolehkan murid mengubah tingkah laku negatif mereka kepada positif demi mendapatkan ganjaran. Langkah bendung masalah buli/ disiplin di kalangan pelajar

Masyarakat, terutama ibu bapa, tidak harus meletakkan tanggungjawab mendidik pelajar serta menangani masalah salah laku kepada sekolah semata-mata, sebaliknya perlu wujud kerjasama erat semua pihak. Kokurikulum bersepadu dengan penerapan nilai moral dapat membentuk peribadi mulia pelajar. Pelajar perlu memandang gurunya dengan penuh hormat. Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan PIBG dalam menjalankan aktiviti sosial. Pembabitan ibu bapa secara aktif dengan sekolah sekali gus akan membawa banyak perubahan kepada pembelajaran dan disiplin anak di sekolah. Peranan pihak kerajaan memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu langkah bijak dalam usaha menangani masalah sosial pelajar. Pihak Kementerian Pelajaran juga seharusnya mewajibkan semua pelajar sekolah menengah menyertai pasukan beruniform/seragam. Kerjasama berterusan diberikan PDRM dalam menangani jenayah di sekolah dan luar sekolah seharusnya mendapat sokongan dan bantuan masyarakat Malaysia. PDRM boleh menjadikan sekolah mempunyai kadar kejadian jenayah yang tinggi ‘sekolah angkat’ dengan pegawai PDRM boleh keluar masuk demi memastikan disiplin pelajar terkawal. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu: Tahap sekolah 1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.

2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1800-884774. 3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli. 4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster. 5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya. Tahap kelas 1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya. 2. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa. Tahap individu 1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka. 2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan

memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

Kesimpulan Konklusinya, masalah buli yang berlaku hari ini bukanlah hanya disebabkan pelajar itu sendiri. Banyak permasalahan remaja berpunca daripada kecuaian pelbagai pihak. Hal ini demikian kerana kemelut masalah buli tidak boleh di pandang enteng. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk membendung masalah buli ini. Pelbagai kaedah, teknik, model pembelajaran dan teori-teori berkaitan haruslah digunakan bagi menangani masalah yang semakin meruncing di kalangan remaja kita terutamanya pelajar sekolah. Jika tidak, usaha kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020 tidak akan tercapai dengan jayanya.

RUJUKAN 1

Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan edisi kedua.

Tanjung Malim: Quantum Books. 2.

Fatimah Daud, 1992. Pengenalan teori-teori sosiologi.Kuala Lumpur :

Fajar Bakti. 3.

Kehadiran Kaunselor: Berkurangkah Masalah Pelajar? (6 April 1996).

MASSA. 4.

Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam

Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 5.

Sekolah harus berani dedah masalah buli. Berita Harian, 26 April 2004

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=menangani+masalah+tingkah+ laku+pelajar&btnG=Search&meta= Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1990), Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur, Kayazano Enterprise.

REFLEKSI Subjek Ilmu Pendidikan (Pedagogi) adalah salah satu subjek wajib bagi pelajar-pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Subjek ini akan

membolehkan bakal guru mendapat pendedahan tentang kaedah-kaedah pengajaran dan teori-teori pembelajaran yang menjadi satu teras penting dalam menjayakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kepelbagaian pedagogi dan teori yang digunakan dalam P & P yang kreatif mampu memberikan tumpuan pembelajaran kepada murid-murid. Pemikiran para pelajar tidak harus disempitkan dengan penggunaan bahan pengajaran dan kaedah tradisional kerana ia akan mengehadkan perkembangan minda untuk terus berkembang dan melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Atas dasar tersebut, saya telah bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan ini. Hal Ini merupakan cabaran baru sebagai seorang pelajar. Sebelum ini saya tidak begitu didedahkan dengan pedagogi

dan teori yang sesuai

walaupun saya pernah menjadi guru di bawah Yayasan Islam Kelantan selama 6 tahun. Dalam peringkat permulaannya, saya mendapatkan penjelasan daripada pensyarah pembimbing, En Mat Ali tentang prosedur untuk melaksanakan tugasan ini.

Saya diberikan pendedahan tentang apakah yang dimaksudkan

dengan pedagogi dan kepelbagaian teori yang hendaklah diaplikasikan di dalam kelass mengikut kesesuain sesuatu situasi.. Saya diarahkan untuk menyiapkan tugasan individu dan kumpulan serta menghantarnya pada masa yang telah ditetapkan mengikut ISO. Saya telah meneruskan proses pencarian bahan yang diperlukan dalam menghasilkan tugasan ini dengan banyak melayari internet bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting di sanping mengunjungi pusat sumber IPSMB. Setelah berpenat lelah, akhirnya saya mendapat bahan yang dikehendaki dan

terus membuat tugassan ini sedaya mampu. Terdapat beberapa kelebihan dan halangan-halangan dalam melakukan tugasan ini. Antara kelebihan yang saya peroleh semasa membuat assignment ini adalah ia memberi pengalaman baru kerana sebelum ini saya tidak didedahkan secara terperinci tentang kaedah pengajaran dan teori-teori pembelajaran. Hal ini membuatkan saya agar lebih berusaha tanpa mudah putus asa walaupun kadangkala timbul perasaan jemu dan penat kerana dibebani banyak tugasan. Selain itu, melalui penyelidikan yang telah dibuat, saya dapat mempelajari pelbagai

teori

pembelajaran

khususnya

teori

dari

barat

dan

bakal

mempraktikkannya semasa menghadapi pelajar dalam kelas nanti. Hal ini bertujuan membolehkan saya mencapai pengajaran yang bermakna dan berkesan. Halangan pertama yang dihadapi adalah untuk memahami kehendak tugasan. Permulaanya saya tidak dapat memahami tugasan yang diberikan. Namun setelah berbincang dengan rakan dan pensyarah, saya mendapat gambaran yang lebih jelas. Kemudiannya timbul pula kebuntuan untuk mencari idea bagi tugasan ini. Maka berpenat lelahlah saya berhari-hari di cyber cafe dan pusat sumber serta perpustakaan awam untuk mencari bahan yang diperlukan. Ketika membuatnya pula, amatlah sukar pada permulaan kerana selalu kekurangan idea dan ada saja hal-hal lain yang menghalang. Akhir sekali, hasil dorongan isteri tersayang maka dapatlah saya menyiapkan

kerja

ini

walaupun

banyak

masa

dihabiskan

untuknya.

Alhamdulillah. Kepada semua yang terlibat terima kasih atas segalanya.

Related Documents

Terbaru Review
November 2019 17
Cv.ell Terbaru
July 2020 10
Cvku Terbaru
October 2019 28
Hosts Terbaru
October 2019 23
Cvku Terbaru
October 2019 25
Terbaru Lengkap.docx
November 2019 15

More Documents from "Setyo Mas"

Bhs Mly Tahun2
April 2020 36
Kkbi Agama Islam
April 2020 39
Cover Kissm
April 2020 42
Ujian_diag_bm2
April 2020 37
Pemulihan Khas
April 2020 46
Assign Individu Ip
April 2020 37