1.0
Pengenalan
Sebelum meneruskan dengan artikel yang telah dipilih sebagai bahan untuk membuat ulasan, marilah kita sama-sama mengenali apakah yang dimaksudkan dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan dengan terapi muzik. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. “ Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang.” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology) Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu. Bagaimana pula dengan terapi muzik? Menggunakan muzik sebagai terapi bukan sesuatu yang baru diperkatakan, sebaliknya ia sudah digunakan dengan meluas sejak lama dulu. Terapi muzik merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemuliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu.
1
Seramai 6000 hingga 10 000 orang pakar terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya yang menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, stress, termasuk penyakit kanser dan AIDS. Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menenangkan fikiran. Setelah penaksiran klinikal dibuat, pakar terapi muzik akan menjalankan program terapi muzik yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar, seleksi muzik tertentu, bermain alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik lagu, menari atau melukis dengan muzik. 1.2
Artikel 1
Tajuk Artikel
:
Music Theraphy for Disabled Children
Penulis
:
Ashley Bell
Tempat
:
Brooke Point High School, Stanford, California
1.1.1 Tujuan / Objektif
:
Artikel ini ditulis untuk membincangkan bagaimana terapi muzik dapat membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran membina dan mempertingkatkan skil asas dalam kehidupan seharian mereka. Artikel ini juga dapat membantu ibu bapa serta orang awam bagaimana untuk membantu dan memahami kanakkanak bermasalah pembelajaran ini dengan terapi muzik.
2
Di dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran syndrom down, masalah pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental. Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasilnya begitu menggalakkan. 1.1.2 Latar belakang kajian: Sebenarnya artikel ini tidaklah membuat kajian yang sepenuhnya kepada kanakkanak
bermasalah
pembelajaran. Artikel
ini
ditulis
hanya
berdasarkan
pemerhatian kepada tiga orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan sekumpulan kanak-kanak yang mengandungi 11 orang kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk bercakap. Tiada pemerhatian yang khusus dan berapa lama pemerhatian dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut. Juga tiada data terpeinci mengenai pemerhatian yang dilakukan, contohnya dimana, masa dan hasil dapatan penulis semasa pemerhatian dijalankan. 1.1.3 Kaedah kajian : Selebihnya artikel ini hanya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan terapi muzik, sejarah perkembangan terapi muzik dan bagaimana terapi muzik digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tiada kaedah yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini, iaitu bermaksud samada pemerhatian dibuat secara klinikal atau sebaliknya.
3
1.1.4 Dapatan kajian: Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakarpakar terapi muzik Walaubagaimana pun saya amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat membantu dalam sessi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di mana seorang kanak-kanak down syndrom bernama Josh Clark berumur lapan tahun. Josh di rawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina, L.Hofmeister-Connoly. Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan. Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut.
4
Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanakkanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan memahami gambarajah. Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf, malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga. Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Ini dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka. Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan bahawa
kaedah
nyanyian
melalui
terapi
muzik
amat
berkesan
dan
menyeronokkan kanak-kanak tersebut.
5
2.0
Seni dan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
Bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan dan berbagai usaha telah dilakukan untuk mempastikan kanak-kanak ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia digubal berasaskan keupayaan individu berkeperluan khas. Kurikulum ini terdiri daripada empat bidang iaitu bidang pengurusan hidup, bidang akademik dan berfungsi, bidang kerohanian dan nilai-nilai murni serta bidang sosial, riadah dan aktiviti. Salah satu dari bidang ini komponennya adalah pendidikan seni yang terletak di bawah bidang sosial, riadah dan kreativiti. Komponen pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan seni dalam kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran bertujuan untuk mengembangkan potensi
kanak-kanak
bermasalah
pembelajaran
supaya
mereka
dapat
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran seni dapat mengembangkan bakat, kreativiti kanak-kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka menerusi nilai yang dipelajari. Kepentingan pendidikan seni dalam pendidikan khas ialah bagi meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran persepsual-motor dan kreativiti seni. Seni digunakan sebagai medium meluahkan perasaan dan ekspresi murid bermasalah pembelajaran. Seni juga secara umumnya menggalakkan murid meneroka imaginasi, membentuk kecerdasan, meneroka fungsi simbolik dalam seni dan membina kemahiran penilaian kendiri.
6
2.1
Terapi Seni
“Jangan ambil mudah luahan artistik orang di sekeliling anda. Ia mungkin menjadi ‘kunci’ kepada sesuatu di dalam diri mereka. Setiap lukisan mempunyai kaitan psikologi dengan si pelukisnya. “ (20 Oktober 2008 - Fatimi Nadiah Zainudeen) Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik. Sebuah lukisan pernah menimbulkan persoalan Paul Jambunathan, pakar konsultan psikologi klinikal dan pensyarah kanan dalam Sains Tingkahlaku di Sekolah Perubatan, Pusat Perubatan Sunway, Selangor. Gambaran seorang yang tidur di katil pada kedudukan terbalik dengan bahagian kepala diletakkan di hujung dan kaki di kepala katil jauh daripada telahan literalnya. Setelah ditanyakan kepada pemilik lukisan, nyata ia menyimpan luka yang dalam. Menurut Paul (2008) medium lukisan, atau seni, termasuk menghasilkan skulptur, lagu, skor muzik dan sebagainya, boleh menjadi satu bentuk terapi di mana seseorang itu dapat meluahkan diri mereka yang sebenar. Beliau juga mengatakan bahawa, seni dapat membantu menggambarkan perasaan yang sukar untuk diluahkan dalam bentuk perkataan, kerana bukan semua orang dapat berkata-kata dan menyampaikan mesej secara lisan dengan baik. Malah cara ini sebenarnya menggalakkan curahan perasaan menggunakan pendekatan yang selamat dan diterima ramai.
7
Artikel kedua yang dipilih ialah berkaitan dengan kajian terhadap seorang kanakkanak autisme dengan terapi seni. Apakah autisme? Autisme merujuk kepada kecacatan
perkembangan
disebabkan
gangguan
neurologikal
yang
mempengaruhi fungsi normal otak. Kanak-kanak yang menghidapi masalah itu mengalami masalah dari segi komunikasi, interaksi sosial, kecacatan deria, cara bermain dan kelakuan. Bangsa, keturunan, tahap pendapatan dan pendidikan ibu bapa, kelas sosial bukan punca autisme. Pakar Fizik terkemuka dalam sejarah, Albert Einstein dikatakan memiliki ciri autisitk. Ada 18 simptom pesakit autistik termasuk terlalu aktif atau terlalu pasif, menolak perubatan rutin, kemahiran motor kasar atau halus yang tidak sekata, gemar memutar objek, menolak kaedah pendidikan biasa. Mereka juga lazimnya sayang kepada objek yang tidak sepatutnya, enggan bertentang mata, berkelakuan pekak atau amat sensitif kepada bunyi, sukar bergaul dan mengekalkan satu corak permainan untuk masa yang lama. Simptom lain termasuk enggan bergaul atau mempedulikan orang lain, tiba-tiba ketawa tanpa sebab, meniru percakapan orang lain seperti burung kakak tua, tidak takut pada situasi bahaya dan tidak peka pada kesakitan. Simptom autisme : Tidak suka bergaul Tidak peka kepada kesakitan Tidak suka dipeluk Berkomunikasi menggunakan gerak syarat atau tangan Terlalu aktif/pasif Gemar memutarkan objek Tidak bertentang mata bila berkomunikasi .
8
Ramai ahli dan pakar terapi mendapati kanak-kanak autisme mempunyai bakat dalam kerja seni, samada jahitan croshtich atau menggulung kertas untuk dibuat bakul atau kraf tangan. Cuma perlu peruntukkan masa yang lama untuk mengajar mereka membuatnya. Kerja yang mereka buat sangat teliti dan kemas. Seterusnya kita akan membincangkan mengenai artikel 2 yang melibatkan kanak-kanak autisme dan terapi seni: 2.2
Artikel 2 :
Nama Jurnal Tajuk Artikel
: :
Advocate Third Edition 2001
Weekeend Outings Provide Creative Outlet
Penulis
:
Donna J.Betts, M.A., A.T.R
Tahun Terbitan
:
2001
2.2.1 Tujuan / Objektif
:
Artikle ini ditulis oleh Donna J. Betts seorang Pengarah Seni Terapi di National Children’s Centre di Washington, Amerika. Ia adalah laporan khas mengenai isuisu terapi alternatif
untuk merawat kanak-kanak yang menghidapai autisme.
Ramai ibu bapa dan ahli profesional bersetuju bahawa pendidikan awal intervensi adalah kunci kepada perkembangan dalam kehidupan dan hasil luahan seseorang yang mengidap autisme. Artikel ini juga ditulis untuk membantu kita memahami apa yang dikatakan terapi seni, teori-teori yang digunakan dalam menggunakan terapi ini dan bagaimana kajian dilakukan. Juga di beri contoh kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat dalam menggunakan teknik terapi ini.
9
2.2.2 Latar belakang kajian : Artikel yang di tulis bukanlah merupakan kajian yang sebenar yang dijalankan oleh Donna J. Betts. Ia hanyalah sebuah laporan khas beliau untuk menunjukkan bagaimana terapi seni dapat membantu kanak-kanak autisme. Laporan ini hanya tertumpu kepada seorang remaja yang mengidap autisme. Remaja ini iaitu Tony Meredith, berumur 18 tahun dan merupakan salah seorang yang mendapatkan bantuan Donna dalam menghadapi autisme. Donna menyatakan dalam laporannya bahawa selepas Tony melukis lebih daripada 30 gambar berkaitan dengan bas awam di dalam sessi terapi seni yang dilaluinya, dia terfikir mengapa bas-bas tersebut begitu bermakna sekali kepada Tony. Ibu Tony pernah bercerita sebelumnya bahawa Tony sering menaiki bas metro iaitu sebuah perkhidmatan bas di bandar Washington setiap hari Sabtu bersama bapanya. Walaupun Tony mempunyai masalah kerencatan akal dan kelewatan dalam percakapan serta tidak pernah menyatakan tentang pengalamannya menaiki bas, tetapi hasil-hasil seninya menunjukkan bahawa bas yang sering dinaikinya setiap hari sabtu mempunyai makna yang mendalam dalam kehidupannya. Menurut Donna lagi, apa yang menarik bagi setiap lukisan bas yang dilukis oleh Tony, dia akan melabel setiap bas tersebut dengan nombor yang berbeza. Mungkin menunjukkan sesuatu tentang daya ingatan Tony. Tetapi tidak dapat dipastikan
mengenai
nombor-nombor
bas
yang
ditulisnya
kerana
dia
menghadapi kesukaran untuk bercakap.
10
2.2.3 Kaedah Kajian / Dapatan Kajian : Tiada kaedah yang dinyatakan didalam laporan ini. Cuma dinyatakan bahawa Tony mendapat impak positif daripada terapi yang dijalankan. Seperti kanakkanak autisme yang lain, komunikasi Tony adalah terhad kerana menghadapi masalah kesukaran untuk bercakap, dan sikapnya walaupun telah berumur 18 tahun, hasil seninya adalah seperti kanak-kanak berumur antara 7 – 9 tahun. Donna menyatakan, secara keseluruhannya mod rawatan secara terapi seni adalah efektif untuk Tony. Dia (Donna) telah cuba berkomunikasi dan membina hubungan
yang
baik
dengan
Tony.
Tony
juga
cuba
membangkitkan
keupayaannya melibatkan diri dalam kumpulan kecil terapi seninya. Dari terapi ini Donna berharap Tony boleh menggunakan seni terapi untuk meninggalkan dunia tersendirinya walaupun hanya untuk sementara. Sebagai pakar terapi Tony, Donna amat berharap dapat membantu Tony berhadapan dengan masalah autistiknya. Katanya (Donna), Tony perlu merasakan bahawa ada orang lain yang mengakui kewujudannya dengan cara berkomunikasi dan sama-sama berkongsi dunianya. Walaupun Tony kelihatan wujud dengan segala karekternya, berbeza daripada orang lain,bertingkah laku khusus, mempunyai masalah dalam berkomunikasi, Donna merasakan bahawa dia dapat melihat proses kreatif Tony dan dialu-alukan dalam kehidupan tersendiri Tony. Hasil karya seni Tony telah dipamerkan di American Art Theraphy Association National Client Art, di Washington, Amerika.
11
3.0
Kesimpulan
Secara keseluruhannya kedua-dua artikel telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan isu dan masalah dalam terapi muzik dan juga terapi seni. Secara ringkas dapat dijelaskan bahawa kedua-dua terapi tersebut amat perlu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat, keluarga, komuniti dan para profesional amat perlu bagi memberi intevensi yang berkesan kepada kanakkanak tersebut supaya perkembangan dalaman kanak-kanak tersebut dapat dipertingkatkan. Semua pihak perlu sedar tentang kepentingan terapi ini yang boleh memberi impak positif terutamanya terhadap perkembangan efektif dan kognitif dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dengan demikian negara akan dapat melahirkan masyarakat berkeperluan khas yang berimiginatif, kreatif, berpengetahuan dan berdikari.
12
RUJUKAN : Ashleigh Bell. (2003). Music theraphy for disabled children. Dimuat turun pada 2 mac 2009. http://www.nshss.org/Academic_Paper_Awards/Bell.pdf Boon, R. (2003). Learning Disabilities. Dimuat turun pada 5 Mac 2009, daripada http://home.iprimus/rboon/LearningDisabilities.htm Osman Hashim. (2007). Ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Dimuat turun pada 5 Mac 2009. http://myais.fsktm.um.edu.my/4794/1/3.pdf http://gabunganpelukis.blogspot.com/2008/10/terapi-seni.html http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20081123131448/Ar ticle/index_html http://www.personal.psu.edu/sma5008/Scholarly Work.htm
13