Teori.docx

  • Uploaded by: Sheren George
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,421
  • Pages: 10
SENARAI KANDUNGAN

Bil.

Isi

Muka Surat

1.0

Pengenalan

1

2.0

Teori Nahu Tradisional

1

3.0

Teori Mentalis

1

4.0

Banding Beza Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran

2

4.1 Pendekatan

2

4.2 Kaedah

3

4.3 Teknik

3

Kesimpulan

6

Rujukan

7

5.0

i

ii

1.0 PENGENALAN Dalam pembelajaran bahasa, terdapat pelbagai teori yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa. Prinsip-prinsip teori yang berbeza antara tokoh telah banyak mempengaruhi pendekatan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa. Teori huraian bahasa terbahagi kepada empat aliran pemikiran iaitu Teori Nahu Tradisonal, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Keempat-empat teori ini membincangan konsep bahasa yang berbeza. Pelbagai teknik, kaedah, pendekatan dan strategi untuk memperoleh bahasa atau mengajarkan bahasa juga wujud kerana adanya pelbagai teori pemerolehan bahasa. Teori pemerolehan bahasa juga terbahagi kepada empat iaitu teori pemerolehan bahasa aliran Behaviorisme, Mentalis, Konstruktivisme, dan aliran Interaksionalis.

2.0 TEORI NAHU TRADISONAL Teori Nahu Tradisonal ini adalah teori huraian bahasa yang dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat artikulasi untuk membunyikan suara. Teori ini juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur sesuatu bahasa itu juga diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran bahasa pula banyak tertumpu kepada nahu terjemaahan. Aliran nahu tradisional ini telah melahirkan tatabahasa tradisional. Tatabahasa tradisional berusaha menghuraikan sesuatu bahasa, menganalisis dan menjelaskan konstituen ayat yang dibentuk dengan baik. Aspek kajian tatabahasa tradisional juga tertumpu pada struktur permukaan dan bukan makna ayat. Tatabahasa tradisional bukan merupakan gabungan beberapa teori yang berusaha untuk menjelaskan struktur kesemua bahasa di dunia ini menggunakan satu set konsep yang unik. Tatabahasa ini berpecah kepada traidisi yang berbeza-beza bagi bahasa yang berbeza.

3.0 TEORI MENTALIS Teori mentalis ini ialah teori pemerolehan bahasa yang dipelopori oleh Noam Chomsky pada 1959 dengan membahas dan menentang pendapat Skinner dalam 1

teori behaviorisme. Teori ini menekankan fungsi mental seseorang dalam pemerolehan bahasa. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu sebelum belajar bertutur. Teori ini menekankan proses perkembangan kanak-kanak menyebabkan mereka diajar berbahasa secara berperingkat mengikut tahap kematangan. Teori ini juga menekankan pembelajaran mengikut kadar kendiri, dimana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Walaupun begitu, teori ini mempunyai kelemahan iaitu mementingkan kemahiran tulisan dan kemahiran bacaan manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian.

4.0 BANDING BEZA PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK Item

Konsep

Contoh

Pendekatan

Cara objektif pelajaran dicapai.

Pendekatan induktif, deduktif, dan elektik.

Kaedah

Teknik

Cara mendekati objektif pelajaran

Kaedah natural,

dengan langkah pengajaran yang

terjemahan, ajuk hafaz,

tersusun.

dan linguistik.

Kemahiran guru untuk

Main peranan, latih tubi,

mengelolakan kaedah pengajaran.

bercerita, dan inkuiri.

4.1 PENDEKATAN Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, pengajaran, dan pembelajaran bahasa. Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafsah atau pendangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian. Pendekatan adalah sesuatu yang abstrak dan global iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata 2

pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti; konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Terdapat empat pendekatan dalam pengajaran bahasa iaitu pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif. Pendekatan induktif adalah belajar sesuatu yang khusus kepada umum dan pengajarannya adalah untuk mendapatkan hukum serta banyak menggunakan contoh. Pendekatan deduktif pula adalah belajar sesuatu yang umum kepada khusus manakala pengajarannya adalah berdasarkan hukum. Pendekatan eklektik adalah gabungan daripada pendekatan induktif dan deduktif. Pengajarannya adalah mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak. Pendekatan komunikatif pula menekankan bahasa sebagai alat komunikasi. Pengajarannya adalah lebih kepada dialog dimana situasinya menyerupai keadaan sebenar.

4.2 KAEDAH Menurut Ishak Ramly (2003), kaedah adalah satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Kaedah pengajaran bahasa adalah berdasarkan pendekatan yang digunakan. Terdapat lapan kaedah dalam pembelajaran bahasa iaitu kaedah semulajadi, kaedah nahu tradisional, kaedah terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah bahasa komuniti, dan kaedah oral-aural. Kaedah semulajadi adalah berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif dan kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi atau teori bahasa tertentu. Kaedah nahu tradisional digunakan untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah terus pula mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ajuk hafaz adalah kaedah pengajaran secara demonstrasi dan latih tubi manakala kaedah linguistik merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Seterusnya adalah kaedah kod-kognitif yang berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang bahasa sebagai satu kreativiti mental. Kaedah bahasa komuniti pula menegaskan bahawa seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Kaedah yang terakhir adalah kaedah oral-aural. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk

3

pembelajaran membaca dan menulis serta membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

4.3 TEKNIK Menurut Kamarudin & Siti Hajar (1997), pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Tedapat banyak teknik dalam pengajaran bahasa iaitu sebanyak 14 teknik; 1.

Main peranan

Murid-murid diminta untuk melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting dan prosesnya berlaku di bilik darjah. Peranan yang dibawa atau dilakonkan oleh setiap pelajar adalah secara spontan tanpa menggunakan skrip.

2.

Permainan bahasa

Contoh permainan bahasa seperti teka-teki, silangkata, kuiz, dan sebagainya. Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan intensif dan sebagai alat diagnostik. Aktiviti ini melibatkan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran menulis, membaca, mendengar dan bertutur.

3.

Latih tubi

Latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan kemahiran. Teknik ini sesuai untuk tujuan mengingat.

4.

Bercerita

Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran. Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan melalui pementasan boneka.

5.

Inkuiri

4

Juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Teknik ini merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.

6.

Perbahasan

Teknik ini merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil. Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan.

7.

Kuiz

Melalui teknik ini, guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Soalan yang disediakan adalah memberangsang minda dan mengasah kemahiran berfikir murid.

8.

Sumbang saran

Teknik sumbang saran ini meminta supaya segala cadangan, pendapat dan idea perlu dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. 9.

Soal jawab

Teknik ini mewujudkan interaksi dua hala dan cara pembelajaran yang berkesan. Guru akan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

10. Simulasi Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan keadaan sebenar untuk menyelesaikan masalah. Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan.

11. Drama Melalui teknik ini pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain. Teknik ini juga boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar.

5

12. Perbincangan Perbincangan melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas dan sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi idea ataupun masalah.

13. Forum Forum adalah sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu topik dan dijalankan secara formal.

14. Demonstrasi Teknik ini memerlukan kemahiran guru untuk menunjuk cara dan membuat demonstrasi tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid.

5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, teori nahu tradisonal adalah teori huraian bahasa manakala teori mentalis adalah teori pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip teori yang berbeza antara tokoh telah banyak mempengaruhi pendekatan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa. Pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar.

Kaedah

pula

adalah

bersifat 6

prosedur

dan

teknik

merupakan

perlaksanaan kaedah dalam kelas. Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa pdpc.

7

RUJUKAN

Ishak Ramly (2003). Teknik mengajar sastera. Bentong: PTS Publications & Distibutors.

Kamarudin Husin (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1997). Penguasaan kemahiran menulis. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mahszan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Perlaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noresah Baharom (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2007). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.

8

More Documents from "Sheren George"

Teori.docx
December 2019 10
Pa1-w2-s3-r2.doc
April 2020 11
Pemicu 3 Etika.pptx
June 2020 18
Makalah Media Relation.docx
December 2019 29