ⓣⓔⓞⓡⓘ ⓟⓢⓘⓚⓞⓢⓞⓢⓘⓐⓛ ⓔⓡⓘⓚ ⓔⓡⓘⓚⓢⓞⓝ
• Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu di persekitaran. • Perkembangan psikososial ini membentuk personaliti kanakkanak. • Terdapat 8 peringkat perkembangan psikososial dalam teori ini yang saling berkait antara satu sama lain.
• Terdapat matlamat yang perlu dicapai dalam setiap peringkat. • Individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat. • Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri individu.
Peringkat 1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan
Tahap umur Dari lahir hingga 1 tahun
Huraian
Cabaran pertama –membina asas kepercayaan dengan persekitaran •Asas kepercayaan timbul jika mendapat jagaan yang sempurna secara tetap oleh penjaganya. •Mengikut kepercayaan Erikson, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan tidak dijaga atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka.
2. Autonomi 1 - 3 lawan tahun. keraguan
Perkembangan tertumpu kepada perkembangan fizikal. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima sokongan. Jika gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri. •Kanak-kanak cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan-mereka ingin mempunyai autonomi terhadap diri sendiri. –cuba makan minum, membuang air, pakai kasut sendiri. •Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka perlakuan fizikal akan merasa mempunyai autonomi. •Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan merasa raguragu terhadap keupayaan sendiri.
3. Inisiatif 4-5 Kanak2 cuba berdikari, ada inisiatif lawan rasa tahun melakukan sesuatu sendiri - jika bersalah. gagal akan rasa bersalah. •Kanak-kanak akan cuba untuk menjadi lebih berdikari. Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahirankemahiran baru. •Mereka suka bertanya dan meminta penjelasan untuk peristiwa dan situasi yang dilalui. •Inisiatif dalam diri kanak-kanak digalakkan dengan sokongan dan peluang oleh orang dewasa manakala galakan kanak-kanak lain menghargai hasil kerja rakan. •Rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran..
4. Industri 6 – 11 lawan rasa tahun rendah diri
Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan. Kegagalan akan memberi impak merendah diri dan tiada keupayaan.
•Tugasan utama-timbulkan rasa kompetensi dan industri. •Industri-kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. •Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan. •Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka.
5. Identiti lawan 12 - 18 Golongan remaja mencari kekeliruan identiti tahun identiti -pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial. •Remaja mencari identiti dan membina personaliti diri. •Ingin memahami diri sendiri dan bagaimana mereka berbeza dengan orang lain. •Harus menyeimbangi kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di persekitaran-ibubapa, guru, rakan. •Mencari-mereka meniru identiti orang lain di persekitaran. •Erikson percaya bahawa remaja yang berjaya melepasi krisis ini akan berjaya membina identiti diri. •Gagal-kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu-ragu dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya.
6. Keintiman Awal Mebentuk keintiman dalam lawan dewasa. hubungan, menuju perkahwinan keasingan dan membina kerjaya. Gagal18 – 35 berasa terasing dan tersisih. tahun. •Krisis utama-membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. •Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain(suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri.. •Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.
7. Generativiti lawan kekakuan
Pertengaha n dewasa 35 - 65 tahun.
Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan dri sendiri. •Krisis utama-membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. •Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain(suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri.. •Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.
8. Integriti Lanjut lawan usia. kekecewaan 65 tahun ke atas.
Kejayaan di dalam hidup berkeluarga dan karier. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.
•Pada peringkat ini seseorang individu telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran di dalam hidupnya. •Individu yang berjaya melepasi segala krisis perkembangan akan bangga dengan segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi. •Kegagalan melepasi krisis-krisis perkembangan akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua.
ⓘⓜⓟⓛⓘⓚⓐⓢⓘ ⓣⓔⓡⓗⓐⓓⓐⓟ ⓟⓡⓞⓢⓔⓢ ⓟⓔⓝⓖⓐⓙⓐⓡⓐⓝ ⓓⓐⓝ ⓟⓔⓜⓑⓔⓛⓐⓙⓐⓡⓐⓝ
PERINGKAT 1 : ASAS KEPERCAYAAN LAWAN KETIDAKPERCAYAAN •
Apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah ketidakpercayaan guru harus menetapkan rutin bilik darjah yang berkala dan tetap.
•
Kanak-kanak ini perlu dilayan dengan mesra dan guru harus mengambil berat terhadap kanak-kanak ini.
•
Kanak-kanak ini boleh diletakkan dalam sistem rakan sebaya di mana seorang rakan yang sesuai bertindak membantu kanak-kanak ini semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
PERINGKAT 2 : AUTONOMI LAWAN KERAGUAN • Beri peluang dan sokongan kepada kanak-kanak untuk mencuba kemahiran-kemahiran baru. • Pastikan persekitaran selamat untuk kanak-kanak mencuba kemahiran. • Jangan menghukum kanak-kanak apabila tersalah langkah di dalam proses ini. Hukuman dan dendaan akan membawa kepada pengurangan rasa autonomi dan menimbulkan keraguan. • Tetapkan peraturan yang ringkas dan boleh difahami dengan konsisten. Ini adalah untuk membentuk disiplin kendiri kanak-kanak.
PERINGKAT 3 : INISIATIF LAWAN RASA BERSALAH • Beri pujian kepada kanak-kanak yang menunjukkan inisiatif mencuba kemahiran baru. • Laksanakan kurikulum pembelajaran yang boleh membentuk kanak-kanak untuk mencapai kemahirankemahiran ini. Contoh: latihan koordinasi otot dan deria. • Beri peluang kanak-kanak mencuba kemahirankemahiran baru melalui kaedah bermain. • Galakkan mereka bertanya soalan tentang perkaraperkara yang baru dipelajari. Beri maklum balas yang ringkas dan mudah difahami kanak-kanak.
PERINGKAT 4 : INDUSTRI LAWAN RASA RENDAH DIRI • Berikan kanak-kanak aktiviti yang mencabar tetapi sesuai dengan kebolehan kanak-kanak. • Beri pujian dan penghargaan kepada setiap usaha yang dilakukan atau kejayaan yang diperolehi walaupun kecil. Maklumbalas boleh secara verbal atau bertulis. • Beri peluang kepada kanak-kanak untuk berkongsi kejayaan yang mereka lakukan. Pembentangan tentang usaha untuk menghasilkan sesuatu boleh dibuat.
• Mengenalpasti pelbagai kebolehan kanakkanak dan jenis kecerdasan mereka. Menurut Howard Gardner, kecerdasan bukan hanya dalam akademik, ia boleh merangkumi bidang lain seperti muzik, spatial, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. • Galakkan mereka bersaing dengan keupayaan diri mereka sendiri dan bukan orang lain.
PERINGKAT 5 : IDENTITI LWN KEKELIRUAN IDENTITI • Beri peluang kepada remaja untuk meneroka kebolehan diri sendiri dengan mencuba pelbagai aktiviti yang sesuai dengan minat remaja tersebut. • Dedahkan pelbagai jenis peluang pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kebolehan remaja. • Mengadakan ceramah dengan menjemput personaliti-personaliti yang berjaya dalam bidang mereka dan mempunyai latar belakang sama dengan remaja. • Gerak kerja berkumpulan mendorong remaja bekerjasama dan berkongsi minat. • Kemahiran berkomunikasi dan mendengar perlu didedahkan kepada remaja.
Satu perasaan afektif seseorang individu dalam keadaan yang memberi makna kepadanya.
Bentuk emosi – gembira, sedih, takut, marah, dll.
EMOSI Luahan emosi memberi gambaran tentang perasaan seseorang & memberi impak kepada perhubungan individu dengan orang lain
Tahap emosi• +ve-gembira • -ve-marah
• Permulaan hubungan emosi antara ibu bapa dengan bayinya adalah melaui intonasi suara. Intonasi suara ibu bapa dapat menenangkan bayi yang sedang menangis. • Pada akhir tahun pertama bayi, ekspresi muka ibu boleh mempengaruhi perkembangan emosi bayi. • Ibu bapa yang menunjukkan emosi positif menghasilkan anak yang tenang dan patuh. • Terdapat 2 konsep utama dalam perkembangan emosi kanak-kanak-konsep regulasi emosi dan kompetensi emosi.
REGULASI EMOSI • Melibatkan cara berkesan untuk mengawal ledakan emosi supaya individu boleh mengawal diri. • Cara meregulasi emosi: Bermula punca luaran
punca dalaman
Bayi bergantung kepada punca luaran(ibu bapa) untuk menenangkan emosi. Latihan harus diberikan supaya mereka mampu meregulasi emosi sendiri tanpa bantuan orang lain tetapi secara dalaman.
strategi kognetif Anggap cabaran sebagai sesuatu yang positif atau jangan fokuskan fikiran ke arah situasi yang membangkitkan emosi negatif
Ledakan emosi Dengan kematangan dan sokongan daripada ibu bapa dan guru kanak-kanak akan dapat mengawal ledakan emosi
Memilih dan mengawal situasi dan perhubungan Semakin meningkat usia kanak-kanak, mereka sepatutnya berupaya memilih situasi dan hubungan yang boleh mengurangkan emosi negatif.
Menangani tekanan. Kanak-kanak patut didedahkan dengan strategi mengawal dan menangani tekanan.
KOMPETENSI EMOSI • Menurut Carolyn Saarnu (Santrock, 2007) untuk menghasilkan individu yang mempunyai kompetensi emosi,beberapa kemahiran personal dan sosial harus dipraktikkan KEMAHIRAN Kesedaran emosi diri sendiri
CONTOH
Boleh membezakan emosi diri dalam pelbagai keadaan.
Mengenalpasti emosi orang lain
Menggunakan perkataan yang menggambarkan emosi yang relevan dengan situasi yang dihadapi
Memahami keadaan emosi orang lain.
Menggunakan perkataan yang menggambarkan emosi dalam situasi tertentu dengan tepat dan sesuai.
Berempati dan simpati dengan keadaan yang dialami oleh orang lain.
Menyedari bahawa emosi dalaman tidak semestinya diluah secara luaran
Sensitif terhadap perasaan orang lain yang sedang duka atau kecewa.
Seseorang yang sedang marah tidak semestinya menunjukkan kemarahan secara fizikal
Mengawal emosi negatif dengan meregulasikan emosi tersebut
Sedar tentang keupayaan emosi yang dapat mempengaruhi sesuatu hubungan
Mengawal marah dengan meninggalkan situasi yang menyebabkan emosi tersebut atau fikirkan perkara yang boleh meredakan perasaan marah. Menunjukkan kemarahan kepada seseorang rakan mungkin boleh menjejaskan persahabatan