Teori Perkembangan Fizikal

  • Uploaded by: zulkiply yaakob
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Perkembangan Fizikal as PDF for free.

More details

  • Words: 2,898
  • Pages: 15
 Teori Topik 1 HASIL DiPEMBELAJARAN akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4.

Menyatakan definisi kecerdasan fizikal, tingkah laku sosial dan kecerdasan kinestetik kanak-kanak; Mengemukakan tokoh dalam perkembangan fizikal dan implikasi kecerdasan fizikal dalam pembelajaran kanakkanak; Mengemukakan tokoh dalam aspek tingkahlaku dan sosial dan implikasinya dalam pembelajaran kanak-kanak; dan Mengemukakan tokoh dalam kecerdasan kinestetik dan implikasinya dalam pembelajaran kanak-kanak.

PENGENALAN Tajuk pertama ini kita akan melihat definisi beberapa aspek dalam perkembangan fizikal dan pembelajaran kanak-kanak. Antara definisi yang akan diberi penekanan adalah aspek kecerdasan fizikal, tingkahlaku dan sosial serta kecerdasan kinestetik kanak-kanak. Kita juga akan membincangkan beberapa tokoh yang terlibat dengan perkembangan fizikal, tingkahlaku sosial dan kecerdasan kinestetik. Seterusnya perbincangan ini akan menjurus kepada implikasi aspek perkembangan fizikal, tingkahlaku sosial dan kinestetik ini terhadap pembelajaran kanak-kanak. Ini selaras dengan matlamat dan objektif am pendidikan prasekolah untuk membolehkan murid memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003)

AKTIVITI 1.1 Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda faham tentang perkembangan fizikal kanak-kanak. Bagaimana kanakkanak mula merangkak dan berjalan. Bagaimana kanak-kanak mula menyebut perkataan mama atau papa?

TOPIK 1

TEORI



2

1.1 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL

1.1.1Pandangan Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut “Kurikulum Prasekolah Kebangsaan” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanakkanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau

Gambar persekitaran tadika yang sihat dan ceria, kanak-kanak sedang bermain bersama rakan.

persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.

Rajah 1.2: Kanak-kanak lebih berminat untuk meneroka dan belajar dalam persekitaran yang bersih, selamat dan ceria

TOPIK 1

TEORI



3

Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri. Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan dan berbahaya. Kanak-kanak juga perlu tahu bagaimana untuk menghindari tempat yang berbahaya. Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjaga keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu peri pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi. Mereka juga harus diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat. Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya dapat mengamalkan tabiat cara pemakanan yang baik seperti jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selain aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan, kanak-kanak juga perlu didedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul. Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota badan dapat berfungsi dengan berkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas yang betul atau pergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka.

SEMAK KENDIRI 1.1 Bagaimanakah anda dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi tumbesaran fizikal kanak-kanak ?

MAK KENDIRI 1.1

TOPIK 1

1.1.2 Definisi Tokoh

Perkembangan

Fizikal

TEORI



4

Menurut

Perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation). Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanakkanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.

1.1.3Implikasi Dalam Pembelajaran Peringkat awal perkembangan kanak-kanak merupakan masa yang terbaik bagi proses pembelajaran berlaku. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh rangsangan persekitaran sama ada yang berbentuk positif atau negatif. Rangsangan yang positif akan melonjakkan lagi kecemerlangan diri kanak-kanak tersebut. Pada

TOPIK 1

TEORI



5

peringkat ini kemahiran dan potensi kanak-kanak lebih mudah untuk dikembangkan ke peringkat yang optimum. Pada tahap ini juga kebanyakan kanak-kanak dapat menerima pengajaran dan sanggup menghabiskan banyak masa dengan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kemahiran mereka. Proses pembelajaran kanak-kanak memerlukan keperluan fizikal mereka seperti persekitaran, kebersihan diri dan rasa selamat perlu dipenuhi. Kanak-kanak perlu digalakkan mengamalkan langkah kebersihan diri seperti menjaga kebersihan pakaian, rambut, kuku dan penjagaan gigi. Penjagaan diri yang baik akan membolehkan kanakkanak lebih memberi tumpuan terhadap pembelajaran mereka. Mereka juga memerlukan keadaan persekitaran yang kondusif dengan menggalakkan aktiviti yang dapat merangsang deria mereka dalam pembelajaran. Kanak-kanak juga seharusnya berasa selamat di persekitaran untuk pembelajaran mereka. Dari aspek pemakanan pula, kanak-kanak akan berasa cepat bosan dengan pemakanan yang sentiasa sama dihidangkan kepada mereka. Makanan yang berkhasiat dan yang dapat memenuhi selera mereka adalah amat penting. Kanak-kanak memerlukan makanan yang dapat membekalkan tenaga untuk mereka seperti makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti nasi, bihun dan roti. Selain itu makanan berprotein yang menggalakkan pertumbuhan mereka seperti telur, ikan dan daging. Kanak-kanak akan cepat tertarik dengan makanan yang berwarna yang menarik seperti buah-buahan. Cara pemakanan ini akan mempengaruhi tumbesaran dan kematangan minda kanak-kanak. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif. Pembelajaran kanak-kanak melalui pengalaman fizikal. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti fizikal dengan yakin. Kanak-kanak boleh dilibatkan dengan aktiviti seperti memegang guli untuk belajar mengira bilangan objek. Melalui aktiviti penggunaan motor kasar dan motor halus seperti ini akan meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.

TOPIK 1

TEORI



6

TINGKAHLAKU DAN SOSIAL 1.2 1.2.1Pandangan Tingkahlaku merujuk kepada perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak. Aspek sosial pula berkaitan dengan pergaulan dan interaksi kanak-kanak denagan mereka yang berada di sekitarannya. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan kanak-kanak dipengaruhi oleh proses peneguhan, dendaan atau peniruan. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak akan diulangi sekiranya kanak-kanak tersebut memperoleh ganjaran atau pujian akibat dari tingkahlaku yang ditunjukkan tersebut. Ganjaran atqau pujian biasanya adalah disebabkan suatu tingkahlaku yang mereka tunjukkan yang bersesuaian dengan peraturan sosial mereka. Oleh itu, dalam perkembangan tingkahlaku kanak-kanak, sesuatu tingkahlaku akan diulangi jika model tingkahlaku itu bersesuaian dengan diri kanakkanak tersebut. Begitu juga jika tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut dikenakan dendaan maka tingkahlaku itu akan cuba mereka elak atau tidak mengulanginya sama sekali. Perkembangan tingkahlaku kanak-kanak juga dipengaruhi pemerhatian dan peniruan terhadap tingkahlaku rakan sebaya, orang dewasa dan ibu bapa mereka. Ibu bapa khususnya secara psikologi penting dalam perkembangan tingkahlaku seseorang kanak-kanak. Ibu bapa melalui amalan seharian atau contoh akan mempengaruhi tingkahlaku anak mereka. Melalui samaada ganjaran atau dendaan kanak-kanak akan bertingkahlaku secara yang sepatutnya. Contohnya, ibu bapa dan rakan sebaya sering mengguna ganjaran atau dendaan dalam membentuk anak mereka bertingkahlaku sebagai seorang perempuan atau lelaki (Lott & Maluso, 2001 ). Kebolehan kanak-kanak dalam bertingkahlaku untuk melakukan atau tidak sesuatu perbuatan berkait rapat dengan perkembangan pengawalan diri. Kanak-kanak perlu dilatih agar dapat mengatasi dorongan terhadap melakukan sesuatu yang ditegah. Untuk memperoleh pengawalan diri ini kanak-kanak perlu belajar mengawal kesabaran dan melambatkan keinginan. Oleh itu dalam teori sosial kognitif (Bandura, 2002), percaya bahawa faktor kognitif adalah penting dalam perkembangan pengawalan diri seseorang kanak-kanak.

TOPIK 1

TEORI



7

Persekitaran sosial mempengaruhi perkembangan seseorang kanakkanak. Persekitaran sosial yang baik seperti masyarakat yang harmoni, hubungan antara jiran tetangga yang baik, anak-anak boleh bermain bersama akan menimbulkan suasana yang baik untuk perkembangan kanak-kanak. Selain itu, suasana kerjasama dan kerukunan antara jiran tetangga akan dapat menggalakan pertumbuhan kanak-kanak yang lebih baik.

1.2.2 Definisi Tingkahlaku Sosial Menurut Tokoh Terdapat beberapa tokoh yang membincangkan definisi tingkahlaku sosial dalam pembelajaran kanak-kanak. Menurut P.Kelvin (1970) tingkahlaku sosial merujuk kepada “observable patterns of activity between any two or more people, either with respect to one another or at least in as much as the behaviour of one person can be seen to be somehow affected by that of others”. Beliau juga menegaskan perkaitan antara tingkahlaku individu yang berfungsi berasakan kepada persekitaran fizikal. Tingkahlaku sosial juga dihubungkan dengan proses sosialisasi kanakkanak dan boleh dikaitkan dengan perlakuan, sikap dan nilai. Seorang tokoh psikologi, G. Allport mentakrifkan tingkahlaku sosial dari aspek psikologi. Beliau menyatakan dari aspek psikologi sosial, bidang ini cuba memahami dan menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkahlaku individu dipengaruhi jangkauan, khayalan atau kehadiran orang lain bersamanya ( Azizi Yahaya, 2004). Doherty, J dan Brennan, P. (2008) menjelaskan walaupun kanak-kanak yang berasa yakin dan bebas bergerak, mereka tetap memerlukan perhatian. Mereka juga akan memerhatikan tingkahlaku orang dewasa dan akan meniru sebagai salah satu dari proses pembelajaran. Kanakkanak ini secara amnya mempunyai persefahaman antara rakan mereka dan memahami tingkahlaku yang betul atau salah dan kurang sesuai. Kanak-kanak juga akan menyesuaikan konsep nilai dan watak yang bersesuaian dalam tingkahlaku sosial berkawan dengan rakan mereka. Semua perkembangan ini sangat penting sebagai persediaan kanak-kanak ini sebelum mereka melalui proses pembelajaran yang formal di sekolah misalnya.

TOPIK 1

TEORI



8

1.2.3 Implikasi Dalam Pembelajaran Tingkahlaku dan sosial kanak-kanak amat mempengaruhi cara pembelajaran seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih seronok sekiranya proses pembelajaran melibatkan aktiviti berkumpulan bersama rakan sebaya. Kaedah pembelajaran secara kooperatif misalnya akan dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak. Lebih banyak peluang kanak-kanak dapat berinteraksi dengan rakan sebaya lebih banyak mereka dapat mendengar pendapat yang pelbagai dan berbeza. Pengalaman ini pastinya berupaya merangsang kanak-kanak untuk berfikir, meluaskan pandangan mereka dan lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kanak-kanak perlu yakin dalam pergaulan dengan rakan mereka untuk mereka berasa gembira. Persekitaran seperti ini akan menyebabkan mereka sentiasa mencari alasan untuk datang ke sekolah setiap hari. Oleh itu guru perlu mengenal pasti minat kanak-kanak ini dalam berinterkasi bersama rakan dan memberi galakkan kepada mereka. Guru perlu kreatif dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran bersama. Salah satu cara bagi menggalakkan pembelajaran bersama adalah dengan melibatkan kanak-kanak ini dalam interaksi berbentuk permainan. Bentuk permainan tradisional seperti bermain congkak, batu seremban dan ting-ting adalah bentuk permainan yang menyeronokkan dan memberi pengalaman interaksi sosial yang berharga bagi kanak-kanak. Bentuk permainan ini juga mampu memupuk pemikiraan kanak-kanak agar lebih kritikal dalam menyelesaikan masalah. Selain itu tingkah laku sosial kanak-kanak dalam penyelesaian masalah juga turut akan meningkat.

SEMAK KENDIRI 1.2 Huraikan bagaimana persekitaran, permainan dan interaksi dengan rakan sebaya

TOPIK 1

TEORI



9

mampu mempengaruhi pembelajaran yang berkesan pada kanakkanak?

TEORI KECERDASAN KINESTETIK 1.3 1.3.1Pandangan Apa yang dimaksudkan dengan kecerdasan kinestetik? Kecerdasan kinestetik adalah kebolehan kanak-kanak mengguna dan mengkoordinasi bentuk badan dengan mahir. Selain mengkoordinasi, kecerdasan ini juga termasuklah kebolehan kanak-kanak menggunakan kemahiran fizikal seperti fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan tubuh badan. Ia juga merujuk kepada penggunaan anggota badan untuk melakukan sesuatu aktiviti, menyatakan idea atau meluahkan sesuatu perasaaan.. Melalui kecerdasan kinestetik ini, kanak-kanak dapat membuat aktiviti seperti bermain bola, berenang, menari dan lain-lain lagi. Kecerdasan kinestetik dapat dikaitkan dengan pergerakan fizikal kanak-kanak. Pergerakan fizikal sering dikaitkan dengan sesuatu perlakuan aktiviti kanak-kanak tersebut. Pergerakan yang aktif oleh kanak-kanak ini akan melatih otot-otot mereka berfungsi dengan lebih baik dan fleksibel. Kanak-kanak ini akan dapat memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang baik akan dapat melakukan pergerakan dengan berkesan seperi menari, bersukan atau bermain bola serta cekap dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan motor anggota badan mereka. Selain itu, kanak-kanak juga akan dapat menggunakan alatan yang diberi dengan baik seperti kanak-kanak ini dapat bermain permainan mereka atau menunggang basikal. Oleh itu melalui aktiviti bermain kanak-kanak akan dapat meningkatkan kecerdasan kinestetik mereka.

TOPIK 1

TEORI



10

AKTIVITI 1.2 Jelaskan bagaimana kecerdasan kinestetik akan dapat meningkatkan perkembangan diri seorang kanak-kanak?

1.3.2

Definisi Tokoh

Kecerdasan

Kinestetik

Menurut

Kecerdasan kinestetik dan perkembangan kemahiran pergerakkan anggota badan berlaku secara berperingkat. Gallahue (1982) mencadangkan dua konsep bagi pembelajaran kemahiran kinestetik atau pergerakkan anggota badan iaiti; a) kemahiran pergerakkan dari yang mudah ke komplek dan b) kemahiran meningkat secara beransur dari kemahiran umum kepada jenis pergerakkan yang lebih khusus. Bagi konsep pertama, contohnya kanak-kanak perlu menguasai kemahiran seperti seimbangkan badan, melompat, membaling atau menangkap bola sebelum mereka menguasai kemahiran yang lebih komplek seperti menendang, menahan atau mengelecek bola dalam sukan bolasepak. Begitu juga dengan konsep yang kedua, kanak-kanak misalnya perlu menguasai kemahiran seperti berjalan dan berlari sebelum mereka dapat mempelajari kemahiran yang lebih khusus seperti melompat melepasi halangan. Perkembangan dalam kecerdasan fizikal kanak-kanak juga dilihat sebagai asas bagi perkembangan yang lebih holistik. Misalnya, Field (1990) menjelaskan bahawa perkembangan dalam kemahiran pergerakan tubuh badan kanak-kanak akan mempengaruhi kecerdasan intelek, sosial dan emosi kanak-kanak tersebut. Di peringkat awal perkembangan seorang bayi, kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran kinestetik untuk mempelajari tentang diri sendiri, persekitaran fizikal dan sosial mereka. Kanak-kanak di peringkat ini lebih cenderung untuk memegang mainan yang bewarna terang. Aktiviti seperti ini akan memperkembangkan fungsi koordinasi otot dan anggota badan mereka.

TOPIK 1

TEORI



11

Gardner (1983) telah memperkenalkan konsep kecerdasan pelbagai yang menjelaskan salah satu daripada tujuh kecerdasan dalam diri kanak-kanak adalah kecerdasan kinestetik. Beliau mengemukakan pendapatnya dengan panjang lebar dalam buku The Frames of Mind (1983). Hasil dari konsep kecerdasan yang beliau perkenalkan ini tercetuslah Projek Spektrum yang diterapkan dalam kurikulum. Teori oleh Gardner ini telah merubah rangka kerja dalam proses pembelajaran di semua peringkat perkembangan.

Rajah 1.2: Howard Gardner Menurut Gardner, terdapat beberapa ciri bagi sesuatu kecerdasan termasuk kecerdasan kinestetik iaitu; setiap individu mempunyai beberapa jenis kecerdasan, kecerdasan dapat ditingkatkan, kecerdasan boleh dirangsang, terdapat kecerdasan yang berkembang sepenuhnya, perkembangan kecerdasan adalah tidak seiring dan kecerdasan boleh dididik dan dilatih. Oleh itu, kecerdasan kinestetik merupakan salah satu kecerdasan berkaitan pergerakan dan kemahiran fizikal yang boleh dipelajari dan ditingkatkan ke tahap yang lebih mahir. Kanakkanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi akan cekap melakukan pergerakan tubuh badan mereka. Mereka juga cenderung untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan.

1.3.3 Implikasi Dalam Pembelajaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) turut menekankan pentingnya seorang kanak-kanak berkembang secara seimbang dari aspek jasmani selain daripada aspek emosi, rohani dan intelek. Bersepadu bermakna guru perlu menggabungkan aspek perkembangan kanak-kanak dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, dalam merancang pengajaran bahasa, guru boleh melibatkan pergerakan, melakonkan dan mengira melibatkan pergerakan kinestetik.

TOPIK 1

TEORI



12

Murid yang mempunyai kecerdasan kinestetik berkebolehan untuk

Gambar kanak-kanak sedang bermain bersama rakan di luar kelas.

belajar melalui perbuatan dan pergerakan seperti meniru, main peranan, lakonan atau belajar dalam bermain. Justeru guru perlu bersedia dengan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan pembelajaran murid yang dapat melibatkan pergerakan tubuh badan mereka. Contohnya, bagi menggalakkan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, guru boleh merancang aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh badan seperti mengeja sambil menyanyi dan mengerakkan anggota badan mereka. Sekiranya guru dapat memanipulasikan kemahiran kinestetik ini dalam pembelajaran kanak-kanak, pastinya proses pembelajaran kanak-kanak ini akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan bagi kanakkanak tersebut. Kanak-kanak akan lebih terdorong dan bermotivasi menggunakan kebolehan pergerakkan dan koordinasi badan mereka dalam proses pembelajaran. Keadaan ini akan memungkinkan kanakkanak lebih berminat untuk belajar dan lebih mudah mengikuti pelajaran.

TOPIK 1

TEORI



13

Rajah 1.3: Pembelajaran dalam kelas yang melibatkan permainan dan pergerakan membolehkan kanak-kanak lebih aktif mengambil

SEMAK KENDIRI 1.2 (a) Bagaimanakah kecerdasan kinestetik kanak-kanak dapat ditingkatkan ? (b) Apakah aktiviti di luar bilik darjah yang sesuai untuk meningkatkan kecerdasan kinestetik ini ?

TOPIK 1

TEORI



14

SEMAK KENDIRI 1.5



Persekitaran fizikal, keselamatan dan pemakanan merupakan perkara asas yang perlu diberi perhatian dalam perkembangan diri seorang kanak-kanak. Dalam pembelajaran kanak-kanak keperluan untuk berinteraksi dan bermain bersama rakan tidak boleh diabaikan.



Melalui aktiviti yang dirancang dengan baik proses pembelajaran akan dapat memperkembangan kebolehan diri kanak-kanak di samping meningkatkan keyakinan diri dalam tingkah laku sosial mereka.



Aktiviti permainan bersama rakan ini juga akan melatih kemahiran otot dan anggota badan mereka. Melalui aktiviti ini kerecerdasan kinestetik kanak-kanak turut akan berkembang.



Kemahiran yang mereka peroleh dalam proses bermain dan berinteraksi bersama akan akan melatih mereka bagi kemahiran yang lebih tinggi seperti kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Kemahiran ini juga akan membantu mereka menghadapi situasi yang berbeza seperti persediaan mereka untuk memasuki ke alam persekolahan di sekolah rendah.

Perkembangan fizikal Tabiat pemakanan Tingkahlaku sosial Psikologi sosial Kecerdasan kinestetik Koordinasi tubuh badan Kemahiran motor

TOPIK 1

TEORI



15



Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2004). Psikologi Sosial. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.



Doherty, J. & Brenan, P. (2008), Physical Education and Development 3-11. New York: Routledge



Field, T.M. (1990), Infancy. Cambridge, MA: Harvard University Pres



Gardner, H. (1983) Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York: Basic Books.



Gardner, H. (1999), Intelligence reframed. Multiple intelligence for the 21st century. New York: Basic Books



Gallahue, D.L. (1982), Development Movement Experiences for Children. New York: Wiley



Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Today’s Children. Madison, WI: Brown and Benchmark



Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka



Wright, H. Dan Sugden, D. (1999), Physical Education for All. London: David Fulton

Related Documents


More Documents from ""

Perkembangan Fizikal
December 2019 30
Struktur Kdpm Kdc Kemas
December 2019 36
Struktur Kdpm Kemas
May 2020 25
Kbkk Pra
December 2019 34