Teori Pembelajaran

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Pembelajaran as PDF for free.

More details

  • Words: 4,126
  • Pages: 26
TEORI PEMBELAJARAN 1.0 Pengenalan Kepada Teori Pembelajaran Pembelajaran

ialah

proses

pemerolehan

maklumat

dan

pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Pembelajaran juga bole ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku yang agak tetap dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu untuk menjadi pengalaman. Pengalaman ini pula akan digunakan untuk sesuatu tingkah laku atau tindakan. Selain definisi di atas, pembelajaran juga boleh difahami sebagai suatu proses yang menghasilkan tingkah laku seseorang individu, iaitu sebagai suatu reaksi terhadap satu – satu keadaan yang dihadapi. Perubahan tingkah laku ini bukanlah disebabkan oleh kematangan atau faktor biologi. Pembelajaran juga dikatakan telah berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya. Dengan membuat perkaitan seperti ini, dia akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pembelajaran juga membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Dengan pemerolehan perkara – perkara baru, tingkah laku seseorang individu itu juga akan turut berubah. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula

1

berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Teori – teoti pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip – prinsip dan hukum – hukum yang terjalin dan saling bergantung, secara bertujuan untuk mengelaskan pelbagai pemerhatian dan faktor dalam alam pembelajaran. Pada asasnya,teori – teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat mazhab yang utama iaitu Mazhab Behavioris, Mazhab Kognitif, Mazhab Sosial dan Mazhab Humanis. Empat mazhab ini dapat diringkasakan sperti dalam rajah 1.1 di bawah

MAZHAB TEORI PEMBELAJARAN

Behiavioris

Kognitif

Humanis

Sosial

Rajah 1.1 Teori – teori pembelajaran

2

2.0 Teori Pembelajaran Behaviourisme Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan adalah teori behaviorisme. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong Behaviourisme adalah B.F Skinner, Jihn B. Watson dan Edward Thorndike. Ke empat – epmat tokoh ini amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan.Penyelidikan tokoh – tokoh ini tertumpu kepada tingkah laku ini dan mereka

tidak

mementingkan

struktur

mental

yang

melibatkan

pemikiran,idea,impian dan imej mental.sebaliknya,tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut tokoh – tokoh ini, jika kita ingin satu perlakuan itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu megukuhkannya dengan

memberi

mengurangkan

ganjaran, sesuatu

atau

jika

perlakaun,

kita

hendak

maka

kita

menghentikan

atau

menghukum

atau

menghentikannya ganjarannya. Mengikut model tingkah laku.tingkah laku,I tingkah laku berteraskan tiga elemen penting iaitu rangsangan (stimulus) yang bermaksud sebarang bentuk keadaan persekitaran atau benda / objek yang boleh menyebabkan tindak balas perlakuan berlaku. Elemen yang ke dua ialah tindak balas, iaitu yang merupakan tingkah laku yang terhasil daripada kewujudan rangsangan tertentu. Elemen yang terakhir dalam menjadi asas kepada tingkah laku ialah kesan / akibat iaitu yang bermaksud kejadian (event) yang

terjadi

ke

atas

murid

selepas

tindakan

balas

berlaku.

Contoh

pengaplikasian model tingkah laku ini adalah seperti fenomena yang terjadi antara murid A dan murid B.Murid A menampar kepala murid B tanpa sebab.Contoh ini adalah untuk model rangsangan. Bagi tindak balas pula, murid B membaling buku kepada murid A dan sebagainya akibatnya, guru menegur murid tersebut. Ringkasan model tingkah laku ini dapat diringkasakan seperti jadual 2.1 di bawah.

Rangsangan

Tindak balas

Akibat 3

Murid A menampar

Murid B membaling buku

Guru menegur murid

kepala murid B tanpa

kepada murid A

tersebut

sebab Jadual 2.0.1 contoh fenomena mengikut model tindak balas Implikasi behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner (2000), dalam merancang pengaajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seseorang guru akan menulis abjektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Secara keseluruhannya, mazhab behavioris menganggap pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku (perkaitan ketingkahlakuan). Mazhab ini juga melihat perhubungan rangsangan – gerak balas yang mengjkaji cara pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Ia juga melihat perhubungan antara tindakan beljar dengan

rangsangan

yang

perkukuhkannya.

Tingkah

laku

yang

boleh

diperhatikan, diakawal dan diramal.

3.0 Ivan P. Pavlov

4

Beliau dilahirkan di sebuah desa kecil di Rusia tengah. Keluarganya mengharapkannya menjadi pendeta, sehingga ia bersekolah di kuliahTeologi. Setelah membaca Charles Darwin, ia menyedari bahwa ia lebih banyak peduli untuk pencarian ilmiah sehingga ia meninggalkan kuliahnya ke Universitas St. Petersburg. Di sana ia belajar kimia dan fisiologi, dan menerima gelar doktor pada 1879. Ia melanjutkan pembelarannya dan memulai sendiri dalam topik yang menariknya: sistem pencernaan dan peredaran darah. Karyanya terkenal, dan diiktiraf sebagai ptofeser fisiologi di Akedemi Kedoktoran Rusia. Karya yang membuat Pavlov memiliki reputasi sebenarnya bermula sebagai penyeledikkan dalam pencernaan. Ia sedang mencari proses pencernaan pada anjing, khususnya hubungan timbal balik antara air ludah dan kerja perut. Beliau sedar kedua hal itu berkaitan dengan refleksi dalam sistem saraf otonom. Tanpa air liur, perut tidak membawa pesan untuk memulai pencernaan. Pavlov ingin melihat bahawa rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini, maka ia membunyikan metronom dan ketika mengadakan eksperimen makanan anjing. Setelah beberapa saat, anjing itu yang hanya sebelum mengeluarkan liur saat melihat dan memakan makanannya, akan mulai mengeluarkan air liur saat metronom itu bersuara, malahan jika makanan tiada. Pada 1903 Pavlov menerbitkan hasil eksperimennya dan menyebutnya "refleks terkondisi," berbeza dari refleks halus, seperti. Pavlov menyebut proses pembelajaran ini (sebagai contoh, saat sistem saraf anjing menghubungkan suara metronom dengan makanan) "pengkondisian". Ia juga menemukan bahawa refleks terkondisi akan tertekan bila rangsangan ternyata terlalu sering "salah". Jika metronom bersuara

5

berulang-ulang dan tidak ada makanan, anjing akan berhenti mengeluarkan air liur. Pavlov lebih tertarik pada fisiologi psikologi. Ia melihat pada ilmu psikiatri yang masih baru saat itu sedikit meragukan. Namun ia sungguh-sungguh berpikir bahawa refleks terkondisi dapat menjelaskan perilaku orang gila. Sebagai contoh, ia mengusulkan, mereka yang menarik diri dari dunia boleh menghubungkan semua rangsangan dengan luka atau ancaman yang mungkin. Penglibatannya memainkan peran besar dalam teori psikologi behavioris, diperkenalkan oleh John Watson sekitar 1913.

3.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov Prinsip kontiguit i/ kedekatan, iaitu pembelajaran melalui pertalian asosias. Ini bermakna, mana – mana dua atau lebih kederiaan

sering

berlaku

serentak,

mereka

akan

dihubungkaitkan. Apabila hanya satu daripada kederiaan ini berlaku, kederiaan lain akan dikaitkan bersama. Sekiranya kita mengaitkan

pelaziman

ini

dengan

jenis

pembelajaran,

sebenarnya ianya serupa dengan pembelajaran isyarat (oleh Gagne). Teori ini memberi focus kepada pembelajaran atau gerak balas tidak terkawal (` involuntary ‘), contohnya, gerak balas emosi seperti takut, gerak balas fizikal seperti degupan jantung dan pengeluaran air liur. Melalui pelaziman klasik, manusia dan haiwan boleh dilatih untuk bertindak balas kepada rangsangan yang sebelumnya tiada menyebabkan apa – apa gerak balas. Keberkesanan pembelajaran melalui pelaziman klasik bergantung kepada jarak masa antara rangsangan – 6

rangsangan dan kekerapan didedahkan kepada rangsangan – rangsangan yang hendak dilazimkan.

3.2 Eksperimen Ivan Pavlov. Ivan Pavlov merupakan pencetus dan pengasas pelaziman klasik. Beliau telah menjalankan ekperimen ke atas seekor anjing. Suatu pembedahan kecil dilakukan pada kilang air liur anjing untuk membolehkan air liur anjing disukat kemudiannya anjing tersebut ditambat pada suatu alat yang digunakan

untuk mengawal pergerakkannya dan menyukat kadar

pengeluaran air liur seperti rajah 3.2.1 di bawah

3.2.1: Ivan Pavlov yang menggunakan seekor anjing yang ditambat pada sebuah alat khas Pavlov telah mendapati anjing akan mengeluarkan air liur apabila melihat makanan. Mengeluarkan air liur pada keaadaan ini dianggap sebagai gerak balas yang dipelajari, dan Pavlov menanamkan gerak balas ini sebagai gerak balas tidak terlazim/ automatic. Kajian ini dilakukan untuk melihat sama ada anjing boleh mengeluarkan air liur pada rangsangan neutral. Kemungkinan ini telah diuji dan dibuktikasn melalui pelaziman

7

klasik. Langkah – langkah yang telah dilakukan dalam eksperimen ini dpaat dijelaskan lagi melalui rajah 3.2.3

Sebelum pelaziman berlaku Bunyi loceng (rangsangan terlazim)

Tiada air liur (tiada gerak balas)

Makanan (rangsangan tidak terlazim)

Keluar air liur ( gerak balas tidak terlazim)

Semasa pelaziman berlaku

Bunyi loceng (rangsangan terlazim Keluar air liur ( gerak balas tidak terlazim) Makanan (rangsangan tidak terlazim)

Selepas pelaziman berlaku Bunyi loceng (rangsangan terlazim

Keluar air liur ( gerak balas tidak terlazim)

Rajah 3.2.3: Peringkat pembelajaran anjing

8

3.3 Gerak Balas Terlazim Boleh Digeneralisasikan Seperti yang kita sedia maklum bahawa gerak balas terlazim menghasilkan perubahan tingkah laku. Dalam hal ini, manusia juga boleh bergerak balas dengan cara yang sama kepada rangsangan yang seakanakan serupa yang dikenali sebagai generalisasi. Ini bermaksud bahawa rangsangan terlazim yang menghasilkan gerak balas terlazim boleh menyebabkan suatu gerak balas terlazim yang sama tetapi pada rangsangan yang berbeza tetapi hampir sama dengan rangsangan terlazim yang asal maka konsep ini dikenali sebagai generalisasi. Sebagai contoh, seorang murid dimarahi oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan padanya. Kemarahan guru itu telah menyebabkan murid tersebut berasa senak perut. Pada masa yang lain, murid tersebut dimarah lagi kerana tidak membawa buku latihan, maka murid tersebut berasa senak perut yang sama seperti dia dimarah sebelum ini. Oleh itu keadaan ini yang dimaksudkan sebagai proses generalisasi dimana gerak balas yang sama berlaku pada dua rangsangan yang hampir sama. Melalui konsep ini, guru bolehlah membimbing murid-murid menggunakan kemahiran untuk membuat generalisasi dengan tepat. Sebagai contoh, guru mengibaratkan rasa sakit ketika murid akan menerima suntikan BCG seperti rasa gigitan semut yang tidak menyakitkan.

3.4 Proses Penghapusan Proses penghapusan boleh berlaku apabila rangsangan terlazim dikemukakan berulang-ulang kali tanpa kehadiran rangsangan tak terlazim. Gerak balas terlazim mungkin berkuranmgan dan akhirnya terhapus. Pengurangan secara beransur-ansur pada gerak balas terlazim ini sebab tidak lagi berlaku serentak dengan rangsangan tak terlazim dinamakan penghapusan. Sebagai contoh apabila cahaya tidak lagi dikaitkan dengan daging dan guru tidak lagi dikaitkan dengan kemarahan.

9

Guru boleh membantu murid-muridnya mengurangkan ketakutan muridnya terhadap guru dengan tidak memarahi murid tersebut sebaliknya memberi peringatan supaya tidak mengulangi sikap itu lagi pada masa akan datang.

3.5 Implikasi Teori Pelaziman Pavlov Dalam Pengajaran – Pembelajaran Melaui Teori Pelaziman Pavlov ini bolehlah dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa implikasi daripada teori ini. Yang pertama ialah perlulah disedari oleh guru bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin dengan mengaitkan berjaya dalam hidup. Yang kedua ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balas dapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihanlatihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang sukar. Yang ketiga ialah dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Banda Acheh

10

4.0 John Broades Watson

4.0.1 John Watson Rajah di atas menunjukkan tokoh pelapor teori pembelajaran behiaviorisme, John Broades Watson. John Broades Watson dilahirkan di Greenville pada tanggal 9 Januari 1878 dan wafat di New York City pada tanggal 25 September 1958. Ia mempelajari ilmu filsafat di University of Chicago dan memperoleh gelar Ph.D pada tahun 1903 dengan disertasi berjudul "Animal Education". Watson dikenal sebagai ilmuwan yang banyak melakukan penyelidikan tentang psikologi binatang.Pada tahun 1908 ia menjadi profesor dalam psikologi eksperimenal dan psikologi komparatif di John Hopkins University di Baltimore dan sekaligus menjadi direktur laboratorium psikologi di universiti tersebut. Antara tahun 1920-1945 ia meninggalkan universiti dan bekerja dalam bidang psikologi konsumen. John Watson dikenal sebagai pendiri aliran behaviorisme di Amerika Serikat. Karyanya yang paling dikenal adalah "Psychology as the Behaviourist view it" (1913). Menurut Watson dalam beberapa karyanya, psikologi haruslah menjadi ilmu yang objektif, oleh kerana itu ia tidak mengakui adanya kesadaran yang hanya diteliti melalui metod introspeksi. Watson juga berpendapat bahwa psikologi harus dipelajari seperti orang mempelajari ilmu pasti atau ilmu alam. Oleh kerana itu, psikologi harus

dibatasi

dengan

ketat

pada

penyelidikan-penyelidikan

tentang

tingkahlaku yang nyata saja. Meskipun banyak kritik terhadap pendapat Watson, namun harus diakui bahwa peranan Watson tetap dianggap penting,

11

kerana

melalui

dia

berkembang

metod-metod

objektif

dalam

psikologi.Peranan Watson dalam bidang pendidikan juga cukup penting. Ia menekankan pentingnya pendidikan dalam perkembangan tingkahlaku. Ia percaya bahwa dengan memberikan kondisioning tertentu dalam proses pendidikan, maka akan dapat membuat seorang anak mempunyai sifat-sifat tertentu. Ia bahkan memberikan ucapan yang sangat ekstrim untuk mendukung pendapatnya tersebut, dengan mengatakan: "Berikan kepada saya sepuluh orang anak, maka saya akan jadikan ke sepuluh anak itu sesuai dengan kehendak saya".

4.1 Teori Pelaziman Emosi Watson Pendekatan behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental(sedar dan tidak sedar),sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata.Watson,seorang ahli behaviorisme,mengatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman.Idea-idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran (Bernstein et a.,1994).Menurut pendekatan ini tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang berlaku dengan wujudnya rangsangan.Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasannya R-G.Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert,yang berumur 11 bulan.

12

4.2 Eksperimen Albert didedahkan kepada seekor tikus. Bayi itu bermain dengan haiwan itu tanpa menunjukkan apa jua ketakutan. Dalam situasi yang berlainan, Albert diberikan tikus yang sama, tetapi kali ini ia diikuti dengan satu bunyi kuat. Setiap kali tikus itu diberikan kepada Albert, bunyi kuat itu terdengar yang membuat bayi itu gelisah dan menangis. Kemudian tikus itu diberikan kepada Albert, tanpa bunyi kuat bayi itu enggan menyentuh tikus itu dan terus menangis.Keadaan ini diulang beberapa ali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak-kanak tersebut pada tikus putih. 4.3 Kesimpulan Bunyi yang dikeluarkan merupakan rangsangan dan menyebabkan gerak balas Albert kepada tikus putih.Berdasarkan penyelidikan ini,Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan.Dengan menggabungkan beberapa rangsangan,gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi.Dalam proses pengajaran,guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan. 4.4 Implikasi Pengajaran & Pembelajaran a. Guru mestilah kreatif dalam mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyeronokkan bagi menarik perhatian pelajar seperti kuiz,permainan dan sebagainya. b. Pelajar akan lebih bersemangat apabila guru itu sentiasa memberi

13

pujian dan hadiah apabila mereka berjaya menjawab soalan. c. Kaedah sunbangsaran perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melibatkan para pelajar dalam sesi pengajaran. d. Guru perlu memasukkan unsur kecindan dalam sesi pengajaran mereka supaya pelajar tidak merasa bosan dan mengantuk. e. Guru mestilah memperlbagaikan alat bantu belajar yang kreatif dan menarik supaya murid berasa seronok dalam sesi pembelajaran.

14

5.0 Teori E. L Thorndike

Gambar 5.0.1 E.L Thorndike (1874-1949) Merujuk pada gambar diatas E.L. Thorndike (1874-1949). Beliau ialah seorang

ahli psikologi Amerika, mendapat ijazah kedoktoran (PhD) pada usia 24 tahun dan mula mengajar di Teachers' College, Columbia University. E.L Thorndike dikaitkan dengan teori pelaziman operan. Beliau tidak begitu setuju dengan teori pelaziman klasik yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Beberapa tahun sebelum Pavlov, Thorndike (1874-1949) menjalankan kajian dan menguatarakan apa yang dinamakan 'pembelajaran cuba jaya' (trial and error learning). Baginya, prinsip asas pembelajran ialah pengaruh ganjaran dan denda dan organisme akan membuat sesuatu yang akan membawa

keseronokan.

mengelakkan

melakukan

membahayakan

diri.

Sebaliknya, sesuatu

Menurutnya,

organisma

yang

membawa

ganjaran

berkenaan kesakitan

mendorong

akan atau

organisme

mengulangi seusatu gerak balas manakala denda pula boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu gerak balas. Dialah pengasas awal teori Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau Stimulus-Response (S-R). Dengan perkataan lain, organisme mengaitkan Gerak Balas tertentu

15

dengan Rangsangan tertentu. Thorndike terkenal untuk teori cuba jaya dan tiga hukumnya, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan, hukum kesan. Organisma akan bertindak balas atau beroperasi dalam persekitaran, untuk menghasilkan sesuatu yang positif kerana mendapat gerak balas positif dan begitu jua yang berlaki sebaliknya. Dalam pelaziman operan, organisma akan melakukan sesuatu gerak balas secara sukarela. Thorndike

melabelkan jenis pembelajaran ini sebagai 'Pembelajaran

Instrumental atau Operan' yang diperluaskan kemudian oleh B.F. Skinner.

5.1 Eksperimen Thorndike Eksperimen Thorndike menggunakan seekor kucing yang lapar di dalam sebuah sangkar dan makanan di luar sangkar tersebut. Setelah dimasukkan ke dalam sangkar, kucing melakukan pelbagai tingkah laku untuk mencari jalan keluar seperti mencakar dan mencuba untuk keluar. Setelah beberapa percubaan, dengan cara tidak sengaja, kucing telah terusik selak yang menahan pintu. Tindakan kucing yang melakukan pelbagai tindakan dipanggil cuba jaya atau kaedah cuba ralat. Kucing dapat keluar dan makan makanan tersebut. Apabila Thorndike memasukkan semula kucing ke dalam sangkar, ia mengambil sedikit masa untuk keluar daripada sangkar itu kerana sudah mengetahui cara keluar. Pada percubaan yang akhir ( kali ke – 20 ) kucing dengan serta merta dan automotik menekan selak sebaik sahaja ia dikurung di dalam sangkar. Maka ia telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya.

16

5.2 Rumusan Eksperimen Disini, Thorndike mengemukakan hukum kesan, iaitu apabila kucing dapat melihat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas ( membuka pintu sangkar dan diikuti dengan keadaan yang memuaskan (mendapat ganjaran), tingkah laku tersebut akan diteguhkan. Jika

kesannya menyeronokkan,tingkah laku itu akan

diulang. Jika kesannya tidak menyeronokkan,tingkah laku tidak akan diulang . Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses penyelesaian masalah dalam persekitarann dam membuat pilihan serta keputusan yang terbaik. Hasil daripada eksperimen Thorndike, beliau mengemukakan tiga hukum utama iaitu hukum kesediaan. Hukum latihan dan hukum kesan. Secara ringkasnya, hukum utama dalam teori Thorndike dapat disimpulkan seperti rajah 5.2.1 bawah :

Hukum Teori Thorndike

Hukum Kesediaan

Hukum Latihan

Hukum Kesan

Rajah 5.2.1 : hukum – hukum teori thorndike 17

5.3 Hukum Kesediaan Thorndike mengatakan bahawa hukum kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada pada organisma sebelum ia bertindak.

Dalam

eksperimen

Thorndike,

kucing

harus

berkeupaayaan melakukan gerak balas yang dingini (menekan selak

dalam

sangkar).

Begitu

juga

dengan

manusia,untuk

melakukan sesuatu aktiviti yang diperlukan, dia perlu berada dalam keadaan fizikal yang baik dan mempunyai aras motivasi yang tinggi. Apabila pelajar berada dalam keadaan bersedia.dia akan berasa puas apabila dia bertindak. Jika pelajar belum bersedia untuk bertindak,dan guru menyuruh pelajar bertindak, dia akan berasa kecewa. Oleh itu,guru oerlu melihat tahap kesediaan pelajar.

5.4 Hukum Latihan Dalam eksperimen Thorndike,selepas beberapa kali kucing dimasukkan kedalam sangkar,ia mengambil masa yang tidak begitu lama untuk keluar,jika dibandingkan dengan masa kali pertama. Ini ialah kerana ia telah belajar melalui proses latihan, dan telah mempelajari bahawa gerak balas yang lebih cepat akan mendatangkan ganjaran yang lebih cepat kepadanya. Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebagai contoh,jika pelajar selalu mengulang kaji rumusan sifirnya, dia dapat mengingatinya dengan lebih senang. Hukum latihan menyatakan bahawa satu tingkah laku akan diteguhkan

melalui

aplikasi

dan

akan

dilemahkan

tanpa

pengukuhan. Hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

18

5.5 Hukum Kesan Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Sebagai contoh, dalam eksperimen Thorndike, kucing mendapat kesan yang menyeronokkan iaitu makanan apabila ia tekan selak sangkar dengan betul. Sekiranya ia mendapat kejutan elektrik apabila ia keluar daripada sangkar, kesannya menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar. Rumusan Thorndike ialah jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan ia akan diulang tetapi jika diikuti dengan kesakitan, ia akan lenyap. Ketiga – tiga hukum dirumuskan dalam rajah 5.5.1. serta rajah 5.5..2

Mendapat sesuatu yang menyeronokkan Hukum kesediaan RANGSANGAN

Gerak Balas Pembelajaran

Hukum latihan Hukum kesan

Gerak balas yang pelbagai (perlu peneguhan)

Mendapat sesuatu yang menyakitkan Rajah 5.5.1 : Hukum – hukum dalam teori Thorndike

19

HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE

HUKUM KESEDIAAN

HUKUM LATIHAN

Sedia dr segi Psikomotor, efektif, Kognitif sblm boleh belajar

HUKUM KESAN

Latihan yang diulang Menigkatkan kemahiran

Kesan yang Seronok meningkatkan Pertalian antara Rangsangan dan Gerak balas

Rajah 5.5.2 : hukum dalam teori Thorndike

5.6 Kelemahan Teori Thorndike Teori Thorndike mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut : a. Konsep tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dan susah diukur. b. Sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ciri – ciri setiap ikatan (rangsangan gerak balas) perlu diketahui awal – awal lagi 20

c. Teori ini susah dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstrak seperti kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa. 5.6.1 Cara Penyelesaian Masalah Kelemahan Teori Thorndike Bagi mengatasi kelemahan – kelemahan tersebut, lima prinsip tambahan

dikemukakan, iaitu gerak balas aneka, sikap

keupayaan memilih perkara-

perkara

penting,pemindahan

berkait dan gerak balas melalui anologi : a. Gerak balas aneka Ini bermakna satu – satu organisma berupaya menunjukkan pelbagai

jenis gerak balas terhadap satu – satu keadaan.

Apabila gerak balas yang

betul ditunjukkan dan diberi

ganjaran, maka pembelajaran akan terus

berlaku. Prinsip ini

menerangkan bahawa penyelesaian yang betul

mungkin

sukar diperoleh sekiranya organisma tidak berupaya menunjukkan pelbagai jenis gerak balas b. Sikap Prinsip ini menjelaskan bahawa satu – satu pembelajaran tetap dipengaruhi oleh suatu sikap organisma itu. Sikap inilah yang menentukan apa yang akan dibuatnya, apa yang boleh menimbulkan kepuasan, serta apa yang mendatangkan kepuasan. Perlu diingat bahawa apa yang memberi kepuasan kepada individu A tidak semestinya akan mendatangkan kepuasan kepada individu B.

21

c. Pemilihan perkara – perkara penting Menurut prinsip ini, seseorang murid berupaya membezakan unsur – unsur penting daripada yang tidak penting. Keupayaan seperti ini membolehkan berlakunya pembelajaran yang analitis serta membantu murid memperoleh celik akal. d. Pemindahan berkait Prinsip ini menjelaskan bahawa gerak balas yang dihasilkan oleh sesuatu

rangsangan dapat dikekalkan dengan rangsangan yang

baru. Contohnya, hadiah yang diberikan kepada seseorang murid yang menunjukkan prestasi baik boleh digantikan dengan katakata pujian. Gerak balas (prestasi baik) yang sama akan terus ditonjolkan. e. Gerak balas melalui anologi Prinsip ini disamakan dengan asimilasi. Ini bermakna seseorang boleh bertindak balas dalam satu – satu situasi baru dengan menggunakan kemahiran yang sedia ada serta ditambah pula dengan tindakan yang baru.

22

5.7 Implikasi Teori Thorndike Dalam Bilik Darjah Pengemukaan teori thorndike dapat diaplikasikan oleh guru semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara pengaplikasian yang boleh dibuat oleh guru melalui prinsip ini ialah : a. Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diadakan. Ini bermakna guru hendaklah menyediakan pelbagai sumber – sumber pengajaran – pembelajaran yang menarik serta mengagumkan agar pembelajaran akan berlaku. b.

Pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya. Ini bermakna, seorang murid boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru. Contohnya seseorang murid boleh menyelesaikan satu masalah Matematik tanpa bimbingan guru dengan melakukan pelbagai cubaan, tetapi ini memakan masa yang panjang. Untuk menjimatkan , guru bolehlah memberi bimbingan yang sewajarnya kepada murid.

c. Konsep hukum kesediaan boleh diluaskan untuk digunakan di dalam bilik darjah. Seseorang murid hendaklah bersedia dari segi mental, minat, sikap dan psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku d. Latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Selain itu, ia boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid – murid. e. Kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid ke arah pencapaian yang lebih baik. Dengan itu, guru hendaklah meyediakan pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid- murid. Ringkasnya, motivasi amat penting bagi meningkatkan keberkesanan kepada pembelajaran

23

f. Guru hendaklah menyediakan peluang untuk murid – murid menikmati kejayaan agar mereka terus terdorong untuk belajar. Pastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi aras kesukarannya.Kejayaan menyelesaikan sesuatu projek menimbulkan perasaan puas hati yang akan bertindak

sebagai pendorong kepada murid – murid.

24

6.0 Implikasi Pengajaran & Pembelajaran Teori Behavioris Bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas a. Murid yang lembam adalah murid yang lemah dalam memahami sesuatu pengajaran.Mereka sentiasa merasakan diri mereka lemah dan sukar untuk memahami sesuatu pengajaran tersebut. b. Justeru itu,guru perlu sentiasa memberi kata-kata peransang kepada mereka supaya mereka lebih bersemangat dan bermotivasi. c. Setiap kelas mempunyai 3 aras murid.Murid yang pandai,sederhana dan lemah.Oleh itu, guru perlu mengadakan aktiviti yang sesuai bagi ketiga-tiga aras tersebut dan dapat melibatkan semua pelajar tersebut. d. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan positif kepada pelajar dan jangan sesekali memilih kasih di antara mereka. e. Alat bantu belajar yang menrik akan menarik perhatian pelajar dan dapat membantu mereka lebih memahami sesuatu pelajaran tersebut.

25

7.0 Rumusan Teori adalah satu rangkaian andaian atau hipotesis tentang yang didokong oleh kajian. Teori pembelajaran pula adalah rangkaian hipotesis tentang maksud, proses dan faktor – faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Teori adalah satu proses yang berterusan dan ia berbeza daripada hukum. Bagi teori behaviorisme, pelopor utama yang menerajui teori ini ialah Ivan P.Pavlov, John Broades Watson, E.L Thorndike dan Burrhus F. Skinner. Pendekatan behaviorisme memberi fokus kepada tingkah laku luaran yang membincangkan tentang dua jenis pelaziman iait pelaziman klasik dan operan. Pelaziman klasik fokus kepada asosiasi antara sesuatu tingkah tidak terkawal dengan rangsangan yang neutral. Pelaziman operan pula menunjukkan peranan kesan dan peneguhan kepada tingkah laku / sengaja.

26

Related Documents