TEORI PEMBELAJARAN PDP SAINS Tang Chee Wei
TEORI KONSTRUKTIVISME
KONSEP • Pembelajaran yang berpusatkan kepada siswa. • Guru berperanan sebagai: -Penghubung yang membantu siswa membina pengetahuan dan menyelesaikan
masalah -Pereka bentuk bahan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada siswa untuk membinan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada
• Kurikulum menekan pada orientasi siswa
Teori Konstruktivisme Sosial Les Vygotsky
1. Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) • Jarak antara peringkat perkembangan sebenar dan peringkat perkembangan potensi individu • Menerusi bantuan orang dewasa berpengalaman atau kolaborasi antara rakan-rakan yang berkebolehan 2. Scaffolding • Pertolongan atau bimbingan mereke yang berpengalaman, berkebolehan, dan mahir untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak • Guru bertindak sebagai fasilitator iaitu menyediakan bantuan dan mengurangkannya apabila para pelajar sudah menguasai kemahiran
TUJUAN • Menghasilkan individu atau pelajar yang memiliki kemampuan berfikir untuk menyelesaikan setiap persoalan yang dihadapi • Latihan menyelesaikan masalah seringkali dilakukan melalui belajar kelompok dengan menganalisis masalah kehidupan sehari-hari • Para pelajar diharap selalu aktif dan dapat menemukan cara belajar yang sesuai bagi dirinya
CARA MEMPRAKTIKAN TEORI • Memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat dengan cara dan bahasa tersendiri • Memberi kesempatan kepada pelajar untuk berfikir tentang pengalamannya sehingga menjadi kreatif dan imaginatif