Teori Pembelajaran Behavior Is Bru

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Pembelajaran Behavior Is Bru as PDF for free.

More details

  • Words: 758
  • Pages: 19
BMM3102 – TEORI PEMEROLEHAN BAHASA DISEDIAKAN OLEH: -ANIS IRYANI BINTI CHE SOH -FARAHANA BINTI YUSOP -NUR RAENA ATILA BINTI AB RAN -NURUL FATHIYAH BINTI PAUZI

Teori Behavioris (Bloomfieild)

qBhs dikuasai melalui proses pengulangan qproses pengajrn haruslah menekan latihan + pengulangan yg byk qmementingkan persekitaran murid utk mbantu proses PnP qberasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak2 mempelajari bhs menerusi hukuman + ganjaran qsesuatu ujaran terbtk krn adanya rangsangan + grkbls dlm btk bhs + bukan bhs qproses pendedahan yg berulang2 + konsep peniruan mencepatkan pmbljran bhs qaspek pengukuhan memudahkan ingatan qpengjran bhs adalah berdsrkan penekanan indukif/kaedah terus, dengar + tutur, dan teknik latih tubi.

Teori Behavioris (Skinner)

Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.  Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.  berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanakkanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran.  Contohnya cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul. 

Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa,  misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan sebagainya. Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran bahasa. 

TEORI MENTALIS (CHOMSKY)

TEORI MENTALIS(CHOMSKY)  Teori

ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan kanak-kanak.  Perkembangan bahasa kanak-kanak pula adalah mengikut tahap umur mereka. Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur.  Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacaan diutamakan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan. Pembelajaran bahasa kanakkanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian mereka. Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa.

Pengikut-pengikut aliran mentalis ,merumuskan teori mentalis seperti berikut 

Manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa



Terdapat hubungan yang erat diantara bahasa dengan pemikiran.Oleh itu ia mementingkan makna.



Bahasa mengandungi ciri-ciri kreativiti



Pelajar harus diajarkan ayat-ayat yang gramatis(ayat-ayat yang sempurna bentuk dan maknanya)



Kesalahan pelajar dalam mencuba hipotesis bukan merupakan satu kesalahan,sebaliknya menunjukkan yang pelajar itu telah mencuba menyelesaikan sesuatu masalah berhubung dengan struktur bahasa yang telah didedahkan kepada mereka.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA -

TEORI KOGNITIF -

PENGENALAN Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami  Ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada Kohler, Piaget, Ausubel dan Bruner.  Pembelajaran ialah satu proses pemikiran iaitu aktiviti mental yang merupakan kebolehan khas manusia secara semulajadi.  Menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana akan memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut. 

TEORI TOKOH-TOKOH KOGNITIF Kohler & Koffka

Piaget

Kohler & Koffka kaji bagaimana cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang di bumbung sangkarnya.  Cimpanzi cuba mendapatkan pisang tapi gagal. Jadi,Cimpanzi menyusun kotak yang terdapat di sangkarnya dan akhirnya ia berjaya memperoleh pisang tersebut.  Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu cara cimpanzi dapatkan pisang.(celik akal)  Celik akal adalah kebolehan mental yang mendorong manusia membuat persepsi perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba untuk membantu diri menyelesaikan masalah. 

Piaget (1977) : tiga konsep iaitu skema, asimilasi dan akomodasi yang dapat  menjelaskan cara perkembangan kognitif terjadi : Skema  Skema - individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Asimilasi   Asimilasi – proses pelajar mengintegerasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada.  Semasa pembelajaran, proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru 

Akomodasi   Akomodasi - meminda/menambah skema yang ada atau  menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi ini tidak secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan. 1) pelajar boleh bina satu skema baru berasaskan rangsangan itu. 2) Skema yang ada boleh dipinda supaya rangsangan baru itu dapat disesuaikan. Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi.

TEORI INTERAKSIONA L (HALLIDAY)

PENGENALAN Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi.  Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya.  Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa.  Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.  Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah.  Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa. 

PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN INTERAKSIONALISME 1) Dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna adalah lebih diutamakan. 2) Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. 3) Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.

Related Documents