Teori Gestalt

  • Uploaded by: aman ipoh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Gestalt as PDF for free.

More details

  • Words: 1,042
  • Pages: 4
TEORI GESTALT Bahagian ini akan memperkenalkan kepada anda secara ringkas mengenai salah satu pendekatan teori dalam amalan kaunseling iaitu teori GESTALT . Di akhir bab diharapkan anda akan dapat : 1. mempelajari mengenai sejarah dan latarbelakang , serta konsep utama teori GESTALT 2. memahami pandangan terapi GESTALT terhadap manusia dan tingkahlaku yang bermasalah 3. mengetahui tentang prinsip asas, matlamat, teknik dan proses kaunseling serta peranan kaunselor dan klien menurut terapi GESTALT dalam amalan kaunseling. PENGENALAN KEPADA TEORI GESTALT      











Frederick Perls (1893-1970) pelapor kepada teori gestalt Awalnya berkefahaman kewujudan atau “existentialism” Tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan terapi Gestalt antaranya WERTHEIMER, KOFFKA DAN KOHLER. Gestalt pada asasnya merujuk kepada satu pola, bentuk atau konfigurasi yang diteliti atau diamati oleh seseorang secara keseluruhan Istilah Gestalt itu sendiri dalam bahasa Jerman yang membawa takrif sebagai manusia, objek, benda atau suatu keseluruhannya. Oleh kerana itu, keseluruhan sesuatu bentuk, objek atau konfigurasi itu akan dikatakan atau diandaikan mengandungi melebihi jumlah bahagianbahagian yang menjadikannya. Gambaran (persepsi) terdiri daripada suatu bentuk atau konfigurasi yang menonjol dan yang menjadi tumpuan perhatian di atas suatu latar atau layaran. Teori ini memberi penekanan kepada makna individu itu sendiri dan bagaimana individu itu melakukan pengamatan dan persepsi serta kemahiran dan pengetahuan mereka terhadap pengalaman sendiri. Menurut Gestalt seseorang individu itu akan menggalami masalah sekiranya ia masih belum berjaya melengkapkan persepsinya atau gagal mempunyai kesedaran yang kurang untuk membolehkannya mengalami atau merasai sesuatu pengalaman. Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, mereka tidak menumpukan kepada isu “kenapa” atau “mengapa” tetapi lebih memberi penekanan kepada isu atau persoalan “bagaimana “ atau proses. Pandangan umum yang dibincangkan di atas jelas memberi gambaran bahawa pendekatan terapi gestalt ini berbeza dengan teori psikoanalisis. Pendekatan gestalt secara terang menolok pandangan psikoanalisis yang mengatakan bahawa tingkah laku dan personality manusia adalah ditentukan (deterministik) dan dikawal oleh faktor-faktor dalaman dan luaran>

PANDANGAN TEORI GESTALT TERHADAP MANUSIA   

Isu kemanusiaan secara total dan menyeluruh Individu dilihat sebagai unsure yang bersepadu yang mempunyai fikiran, perasaan dan tingkah laku Teori gestalt itu berpendapat bahawa :

1. asasnya bertanggungjawab, kebolehan, bakat dan keupayaan utk mengurus diri 2. manusia itu adalah satu organisma yang bersepadu terdiri daripada fizikal, mental dan spiritual yang bersatu 3. dalam diri manusia terdapat suatu kecenderungan untuk mencapai perimbangan atau homeostasis 4. manusia mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi meneruskan zuriat

5. setiap manusia menurut gestalt mempunyai reality mereka tersendiri 6. pendekatan ini percaya bahawa manusia sentiasa berinteraksi dengan persekitarannya 7. teori ini juga menekankan kepada persoalan “ego” . Baginya, “ego” merujuk kepada sistem tindakbalas organisma terhadap persekitaranya, iaitu samada seseorang itu merapatkan dirinya atau menjauhkan dirinya dari persekitarannya tersebut. Contohnya : Jika organisma atau individu itu dalam keadaan mengantuk, maka bantal atau katil akan menjadi tumpuan (figure) atau bentuk utama. Seterusnya individu akan mencari atau mendekati bantal atau tilam walaupun sehingga perlu menggunakan kekerasan atau rela cedera kerananya. MATLAMAT TEORI GESTALT a.

b. c. d. e.

memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat individu akan lebih berdikari, tidak akan bergantung kepada orang lain, dan menyedarkan mereka bahawa mereka memang membuat berbagaibagai perkara, jauh lebih banyak daripada apa yang disangkakan mereka sendiri. Perls terut berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi , tetapi oleh kerena terhalang oleh sekatan-sekatan dalam hidupnya, ia tidak berjaya hidup dengan sempurna. Membantu individu agar lebih mengenali diri sendiri dengan mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaranya. Membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan pengalaman mereka masing-masing Memberi perhatian kepada pola-pola bahasa klien dan struktur ayat yang digunakan.

TEKNIK-TEKNIK DALAM PENDEKATAN GESTALT Teknik merupakan hanya sebahagian daripada aktiviti kecil dalam teori gestalt. Kaunseling gestalt tidak memberatkan kepada sebarang teknik khusus atau aktiviti, tetapi amat mementingkan sesuatu proses di dalam perhubungan menolong. Biasa gestalt memberi tumpuan kepada aspek yang bercorak eksperimen atau cubaan-cubaan oleh klien itu sendiri. Untuk mengelakkan kesan negatif atau sebarang akibat yang tidak diingini, klien sebaiknya diterangkan terlebih dahulu apa yang akan be rlaku di dalam terapi gestalt ini> Di antara perkara-perkara yang harus dilakukan termasuklah : a. segala cadangan jangan berbentuk Arahan atau perintah kepada individu itu. b. Klien itu sendiri harus meneliti dan menilai cadangan kaunselor tadi seterusnya bebas membuat keputusan samada menerima atau menolak. c. Jika klien membuat keputusan menolak, kaunselor sebaiknya meninjau dan meneroka sebab dan punca kenapa klien berkeputusan untuk menolak.

d. e.

Jika klien menerima , maka beliau mempunyai pilhan untuk meneruskan sebarang aktiviti atau menghentikannya pada bila-bila masa sahaja. Sebaiknya kaunselor mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran mengenai semua teknik-teknik teori gestalt.

Antara teknik, aktiviti atau treatment yang sering diamalkan oleh kaunselor berpendekatan gestalt ialah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Aktiviti berdialog “Making the Round” Lafaz Ikrar Satu rahsia Permainan projeksi Teknik Simetrikal permainan raptai mengekal perasaan mentafsir mimpi, dan lain-lain

KESIMPULAN  



pendekatan gestalt merupakan antara teori yang menekankan kepada kesedaran individu kepada prinsip di sini dan sekarang. Ia memberi perhatian khusus kepada jenis-jenis tingkah laku yang tersekat perkembangnnya dan bagaimana tingkah laku ini menjadi sedemikian sehingga organisma tidak boleh berfungsi dengan berkesan pada masa sekarang. Oleh yang demikian, matlamat yang ingin dicapai oleh pendekatan ini adalah ke arah seseorang individu itu menerima tanggungjawab ke atas dirinya sendiri , hidup untuk masa sekarang dan mengalami hidup secara bebas dan merdeka serta arah jelas dengan sepenuhnya terutama sekali dari segi perasaan.

PENGENALAN TEORI PERLAKUAN    

Teori perlakuan berasaskan pendekatan tindakan yang mekanikal. Tingkahlaku manusia dilihat sebagai objek yang mempunyai gerak balas yang tertentu. Gerak balas ini pula bergantung pada satu cara rangsangan yang boleh mempengaruhi tingkah laku manusia. Sebagai satu pendekatan yang mekanistik dan kuantitatif, teori ini menggunakan kaedah yang melibatkan pengukuran dan penilaian yang sangat objektif dalam penyelenggaraan proses kaunseling. -

-

Antara pengasas teori ini , Ivan Pavlov dan Joseph Wolpe mengemukakan teori perlakuan pelaziman klasik, manakala teori perlakuan pelaziman operan diasaskan oleh B.F.Skinner dan J.B.Watson. Teori ini juga mempunyai pengaruh dalam aspek sosiolisasi dengan teori pembelajaran social yang dikemukakan oleh Bandura. Tahun 60an-70-an pendekatan yang menggabungkan penarapan tingkahlaku dengan pemikiran daya kognitif. Era baru ini meletakkan teori perlakuan pada satu kontinum yang lebih mencabar dan berkesan. Penghujung kontinum pendekatan akan menumpukan ke arah analisis penerapan tingkah laku, dipelopori oleh SKINNER

-

Related Documents

Teori Gestalt
June 2020 14
Teori Gestalt
October 2019 25
Gestalt
June 2020 17
Gestalt
November 2019 26

More Documents from ""