1.0
PENGENALAN
Dalam sesebuah masyarakat, pastinya akan ada satu pertubuhan kelab tidak kira kelab sukan, mahupun kelab hobi.setiap kelab yang ditubuhkan pasti ada maglamat mereka sendiri dan pastinya ia membawa manfaat kepada indivudu yang menyertai kelab tersebut. Jadi, Saya telah memilih Kelab Lawn Bowls Negeri Perak untuk kajian kes saya. Jadi, saya telah menemubual salah seorang ahli kelab tersebut iaitu Encik Sazeli.
Gambar 1: Papan tanda persatuan
2.0
PERNYATAAN MASALAH
Apabila sebut pasal kelab sukan, pastinya masyarakat terfikir tentang kelab bola sepak, kelab memanah dan lain lain. Namun, pastinya mereka tidak pernah membayangkan tentang kelab Lawn Bowls. Itulah yang menjadi masalah kepada kelab ini apabila masyarakat kurang mengetahui tentang apa itu sukan Lawn Bowls. Hal ini kerana kurangnya pendedahan dalam media. Jadi, mereka akan menjadi kurang berminat untuk menyertai kelab ini.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN I.
Mengenalpasti sejarah dan proses penubuhan
II.
Mengenalpasti aktiviti atau perkhidmatan yang dijalankan
III.
Mengenalpasti perbandingan perkhidmatan
IV.
mengenalpasti strategi bagi menjana sumber kewangan
V.
Mengenalpasti isu-isu berbangkit
VI
mengenalpasti cadangan penambahbaikan dan analisis swo 1
4.0
PERBINCANGAN TUGASAN 4.1
SEJARAH PENUBUHAN
Lawn bowls ditubuhkan pada tahun 1993 dengan tujuan mengembangkan sukan lawn bowls di Perak dan menyediakan pasukan negeri untuk sukma pada tahun 1994. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan pasukan malaysia pada Kejohanan Sukan Komanwel pada tahun 1994. Tambahan pula, Malaysia menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel seterusnya pada tahun 1998. Sukan Lawn Bowls ini adalah sukan wajib bagi sukan komanwel. Pada awal penubuhan kelab ini, ahlinya hanyalah di kalangan orang Melayu dan dua orang Cina sahaja.
4.2
KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN
Pemilihan ahli kelab ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Borang ahli boleh didapati di pusat latihan ataupun boleh menghubungi AJK kelab untuk pendaftaran. Target utama untuk keahlian adalah kepada pelajar sekolah, kakitangan kerajaan dan swasta. Matlamat kelab ini adalah untuk memberi peluang kepada semua peringkat umur yang meminati Lawn Bowls secara langsung ataupun tidak langsung. Kelab ini juga bertujuan untuk memperkenalkan sukan Lawn Bowls(Boling Padang) kepada golongan masyarakat, belia-belia di daerah khususnya kepada semua golongan masyarakat dan amnya individu di Negeri Perak. Selain itu, matlamat kelab ini adalah meningkatkan kemahiran permainan berdaya saing, kekuatan mental yang tinggi dalam sukan lawn bowls. Selain itu, dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk program pembangunan dari daerah-daerah negeri Perak. Seterusnya, dapat melahirkan atlet-atlet bagi program pembangunan sukan Majlis Sukan Negeri Objektif kelab Lawn Bowls ini adalah kelab dapat mengurus, menggalak, memberi nasihat, bimbingan, latihan teknikal, penganjuran kejohanan, kejurulatihan teknikal dan pengadilan, memajukan kegiatan sukan Lawn Bowls kepada ahli-ahli dalam memartabatkan sukan ini. Selain itu, kelab mengadakan pertandingan, kerjasama atau gabungan dengan pertubuhan yang mempunyai tujuan sama di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
2
4.3
AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIJALANKAN
Aktiviti tetap yang dijalankan oleh kelab ini adalah latihan mingguan. Latihan ini biasanya diadakan di Ipoh Perak setiap hari Sabtu. Kelab ini juga mengadakan kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jika ada keahlian baru, kelab ini akan mengadakan satu kursus pengenalan terhadap permainan kepada ahli-ahli baru disamping mengalu-alukan kehadiran mereka sebagai ahli kelab Lawn Bowls. Selain itu, kelab ini ada juga mengadakan hari keluarga sebagai aktiviti tahunan di tempat yang ditetapkan. Hal ini bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli kelab. Pada awal tahun, mesyuarat agung akan diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa baru dan membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun tersebut.
Gambar 2: Aktiviti yang dijalankan
3
4.4
PERBANDINGAN PERKHIDMATAN
Keistimewaan kelab ini adalah ianya memberi peluang kepada masyarakat untuk mencuba permainan baru yang telah lama dipertandingkan di peringkat Sukan Komanwel. Selain itu, sukan ini adalah sukan yang boleh di ceburi oleh semua peringkat umur dan jantina. Hal ini kerana sukan ini tidak memerlukan tenaga atau kudrat yang banyak seperti sukan lain. Individu yang terlibat dalam menjalankan aktiviti kelab ini adalah AJK persatuan dan jurulatih yang dilantik. Perkhidmatan yang dilaksanakan kelab ini iaitu aktiviti latihan memberi manfaat kepada ahli untuk memahirkan diri dalam suka Lawn Bowls ini. Bagi menambahbaik kelemahan yang ada dalam kelab ini, AJK akan sentiasa berada di kelab dan lakukan pemantauan terhadap aktiviti yang dijalankan dan kemudahan yang ada. Hal ini bagi memudahkan untuk tahu apa kelemahan dan dapat dibaiki kelemahan tersebut dengan kadar segera.
4.5
STRATEGI MENJANA SUMBER KEWANGAN
Setiap kelab yang ditubuhkan memerlukan dana untuk melakukan aktiviti dan memenuhi keperluan kelab. Oleh sebab itu, Kelab Lawn Bowls menubuhkan satu jawatankuasa penaja. Hal ini bagi mencari penaja apabila sesuatu aktiviti hendak dijalankan. Selain itu, kelab ini mendapat sumber kewangan melalui sewaan gelanggang dan bowls. Kelab ini juga mendapat bantuan dana daripada majlis sukan negeri terutama dalam membiayai kejohanan yang disertai oleh ahli persatuan. Namun begitu, sumber utama kewangan kelab ini adalah daripada yuran tahunan yang dikutip oleh setiap ahli.
4
4.6
ISU ISU BERBANGKIT
Setiap kelab yang ditubuhkan, pasti akan ada isu atau masalah yang timbul. Bagi kelab Lawn Bowls ini, kurang mendapat sambutan oleh masyarakat terutama yang bekerja dalam bidang swasta. Hal ini mungkin kerana kekangan masa ataupun kurang publisiti terhadap golongan ini tentang kelab yang menyebabkan sambutan kelab banyak ini terdiri daripada guru sahaja. Selain
itu,
sambutan
daripada
kaum
bukan
melayu
juga
tidak
memberangsangkan. Hal ini mungkin kerana kurang pendedahan tentang permainan ini. Pada awalnya, kelab ini tidak mempunyai gelanggang untuk membuat latihan. Namun kini, gelanggang dapat dibina hasil daripada bantuan daripada Majlis Sukam Negeri Dan Jabatan Belia Dan Sukan.
4.7
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN ANALISIS SWOT
Oleh sebab sambutan yang kurang dalam kalangan masyarakat, kelab ini mengambil inisiatif untuk mengwar-warkan kelab ini kepada jabatan kerajaan dan swasta. Kelab ini juga boleh mengadakan siri jelajah dengan mengadakan permainan Lawn Bawls ini supaya masyarakat tahu mengenai sukan ini seterusnya dapat menarik minat mereka untuk menyertai kelab. Strength iaitu kekuatan kelab ini adalah ianya mendapat sokongon sepenuhnya daripada Majlis Sukan Negeri Perak. Selain itu, dengan menyertai kelab ini, ahli dapat menyertai kejohanan sama ada peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Weakness iaitu kelemahan kelab ini adalah Lawn Bowls adalah sukan yang kurang diketahui oleh umum kerana publisiti terhadapnya kurang dalam media di Malaysia. Oleh sebab sambutan ahli yang diterima tidak memberangsangkan. Opportunity iaitu peluang untuk kelab ini adalah boleh menaikkan nama sukan ini memandangkan Lawn Bowls merupakan sukan yang wajib ada dalam Penganjuran Sukan Komanwel. Jadi, orang daripada serata dunia akan memberi perhatian terhadap sukan ini. Threat iaitu ancaman dalam kelab ini adalah muncul kelab sukan lain yang lebih popular dalam kalangan masyarakat seperti kelab bola sepak dan kelab boling. Hal ini akan menjejaskan jumlah bilangan ahli baru yang mendaftar dalam kelab ini.
5
5.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya berpendapat kelab Lawn Bowls ini sangat bermanfaat kepada masyarakat. Hal ini kerana kelab ini adalah kelab sukan yang membawa kepada kebaikan dalam kesihatan. Kelab ini juga menjadikan kita fokus untuk mencapai target yang diinginkan. Untuk individu yang telah bersara juga sesuai untuk menyertai kelab ini kerana tidak menggunakan tenaga yang banyak sesuai dengan umur. Jadi, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
6
6.0
BIBLIOGRAFI
Sazeli Ahmad. (26 Mac 2018). Kajian Kes Mengenai Kelab Lawn Bowls.
7
8
Gambar 3: Gambar bersama penemubua
9