FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
1. Konsep-konsep berikut: a) Teknologi Pengajaran
Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et al. (2004) menyatakan nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui keberkesanannya (Cuban, 2001). Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi. Dalam hal ini, Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan secara efektif keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan teknologi dan sebab mereka menggunakannya. Mereka juga memfokuskan peranan utama pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi ‘hardware’ untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995). Teknologi Pengajaran adalah cabang daripada teknologi pendidikan. Heinich (1982) menjelaskan bahawa teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggung jawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran. …“Penggabungan berbagai-bagai teknologi dalam pengajaran ke dalam satu sistem pengajaran, manusia dan mesin adalah tugas utama teknologi pengajaran…” Laporan Suruhanjaya Teknologi Pengajaran (AECT), Amerika Syarikat (1970) menjelaskan pengertian umum teknologi pengajaran bermaksud media yang wujud daripada 1
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
revolusi komunikasi yang boleh digunakan untuk mengajar seperti papan tulis dan buku teks. Peralataan yang terdapat di dalam teknologi pengajaran ialah seperti TV, filem, projektor, komputer dan bahan-bahan lain dianggap sebagai alat bersama bahan. Setakat ini, kita merujuk definisi yang dikeluarkan oleh pihak yang berada di luar Malaysia. Memandangkan Malaysia turut sama menerima dan mengikuti perkembangan bidang teknologi pengajaran, maka di sini juga lahir definisi teknologi pengajaran. Salah satu daripanya dikeluarkan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, (1998) iaitu : “Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran”. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1991) pula mendefinisikan teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknikteknik kearah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan”, manakala AECT (Association for Educational Communication and Technology (1979), pula mendefinisikan Teknologi Pengajaran sebagai satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu bermatlamat dan terkawal. Pada tahun 1994, AECT memberi definisi “Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”. b) e-Learning
Penggunaan aplikasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjalar ke seluruh aspek kehidupan manusia di era teknologi ini, tidak terkecuali bidang pendidikan. Penggunaan sistem e-pembelajaran (e-learning) telah menjadi satu sistem pembelajaran terkini yang dikatakan mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam sistem pembelajaran tradisional. Pendedahan dan aplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadikan pelajar lebih bersedia dan berminat untuk menerima pelajaran yang diajarkan. 2
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
Kenyataan ini jelas kerana komputer dalam pendidikan boleh berperanan sebagai tutor, tool, tutee sebagaimana yang dijelaskan oleh Robert Taylor pada tahun 1980 (Baharuddin Aris, et.al 2001) Jaya Kumar C. Koran (2002), mendefinisikan e-learning sebagai sembarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN, atau internet) untuk menyampaikan isi pembelajaran, interaksi, atau bimbingan. Ada pula yang menafsirkan e-learning sebagai bentuk pendidikan jarak jauh yang dilakukan melalui media internet. Konsep pembelajaran Elektronik Learning Cisco, dalam Hasbullah (2006) menjelaskan konsep e-learning sebagai berikut. Pertama, e-learning merupakan penyampaian informasi, komunikasi, pendidikan, dan tugasan secara maya (on-line).
Kedua, e-learning dapat memperkaya nilai pembelajaran
secara konvensional, kajian terhadap buku teks, CD-ROM, dan tugasan berasaskan komputer. Ketiga, e-learning bukan beerti menggantikan model pembelajaran konvensional di dalam kelas, tetapi mempertingkatkan model pembelajaran tersebut melalui pengayaan aktiviti dan pengembangan teknologi pendidikan. Keempat, Penyediaan bentuk isi dan cara penyampaian e-learning dapat diakses oleh kumpulan pelajar bergaya pembelajaran bersesuaian. Kefahaman terhadap konsep ini dapat memberi manfaat secara maksimum kepada matlamat pengajaran dan pembelajaran secara e-learning. Menurut A. W. Bates (Bates, 1995) dan K. Wulf (Wulf, 1996), manfaat pembelajaran e-Learning adalah seperti berikut; 1. Meningkatkan kadar interaksi pembelajaran antara pelajar dengan guru atau instruktur
(enhance interactivity). 2. Boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua. 3. Mempermudah pengemaskinian dan penyimpanan bahan pembelajaran (easy updating of
content as well as archivable capabilities). 4. Fungsi akses yang pelbagai dan tidak terhad
3
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
Konsep e-learning Open Universty of Malaysia contohnya, telah membuka gerbang pembelajaran dengan begitu luas di mana pelajar dan pensyarah dapat mewujudkan ruang interaksi secara maya tanpa batasan masa dan tempat. Konsep e-learning ini menyediakan akses (capaian) maklumat yang lengkap di mana
secara teknikalnya, apabila pelajar
mendaftar (login) nama dan kata laluan, seseorang pelajar akan dapat mencapai (access) laman matapelajaran. Gambarajah 1, memaparkan Antaramuka (interface) Laman eCustomer Management OUM.
Selepas pelajar mendaftar masuk (login) ke sistem e-
pembelajaran tersebut, senarai matapelajaran yang diambil terpapar di ruangan ‘myCourses’. Pelajar hanya perlu memilih matapelajaran yang hendak diakses dan kemudian laman terbut dipaparkan (Gambarajah 2)
Gambarajah 1
Pelbagai aktiviti dapat dilakukan pada laman tersebut seperti memuat turun (download) nota daripada pensyarah, menghantar soalan secara online, menyemak jawapan, bertukar-tukar pendapat sesama pelajar dan pensyarah, menyampaikan maklumat mengenai kursus dan matapelajaran dan berkomunikasi secara live dengan pensyarah melalui Chat Room. Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi modul lain yang boleh di aplikasikan 4
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
melalui laman ini bergantung kepada matapelajaran dan pensyarah tersebut. Antaranya ialah survey yang membolehkan pelajar memberikan pendapat dan maklumbalas mengenai perjalanan kelas mereka, grades yang memaparkan markah pelajar, journal yang membolehkan pelajar menulis catatan atau pendapat mereka tentang perjalanan pembelajaran mereka serta sumber yang memuatkan paparan maklumat pembelajaran.
Gambarajah 2.
a) Blackboard system
Kursus pengurusan “blackboards system” adalah berdasarkan laman web dan penggunaan internet untuk menambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar. Seorang pelajar dapat berkomunikasi dan berhubung dengan gurunya pada bila-bila masa sahaja walau di mana sahaja dia berada . Sebagai contoh Sistem 5
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
Pengurusan Pembelajaran ( Learning Management System) atau LMS yang digunakan oleh pelajar OUM bagi memudahkan pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Antara kebaikan sistem ini adalah pelajar tidak terikat dengan sesuatu jadual waktu. Pelajar boleh melayari internet pada bila-bila masa yang ia ingini dalam menyiapkan tugasan. Selain itu juga sistem ini menyediakan pelbagai kemudahan komunikasi antara pelajar dengan guru untuk berhubung, bertukar pendapat dan berinteraksi dengan kawan-kawan, pensyarah atau tutor dan juga dengan masyarakat luar. Proses pengajaran dan pembelajaran di alaf baru lebih berorientasikan teknologi untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Ini kerana perkembangan bidang pendidikan adalah selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Justeru itu, kebanyakan Universiti di Malaysia telah melengkapkan institusi masing-masing dengan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) atau LMS bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan.
b) Smart Classroom “Smart Classroom” adalah sistem integrasi untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, komunikasi, penilaian dengan pengurusan pengajaran.
Sistem ini
menggabungkan isi kandungan, komunikasi dengan pengurusan untuk menghasilkan satu penyampaian pembelajaran dengan lebih baik dan juga sebagai sumber simpanan.
Ia
dihasilkan dan dibangunkan sebagai ‘mersa pengguna’ kepada guru dalam menghasilkan pengajaran menggunakan multimedia. “Smart Classroom” dihasilkan untuk mengatasi masalah dalam pengajaran tradisional.
Ia juga merupakan wadah untuk meransang, mengimplementasikan dan
menambahbaikan pengajaran dalam kelas kerana ia membenarkan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan elektronik seperti komputer. “Smart Classroom juga melibatkan bahan elektronik seperti audio, video, teks, grafik dan animasi melibatkan kandungan, idea dan bahan sokongan. Sistem ini boleh diubahsuai pada bila-bila masa. Ia dilengkapi dengan alat audio visual seperti kabel, televisyen secara
6
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
online, DVD, program radio di internet, kemudahan internet, sistem bunyi, skrin LCD, projektor dan skrin projektor.
7
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
2.
Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model ASSURE. Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Tingkatan 1. Mata Pelajaran
: Kemahiran Hidup Bersepadu Tingktan 1.
Masa
: 1.10-2.20 (2 waktu).
Tingkatan
: 1 Bestari.
Bilangan Pelajar
: 21 orang.
Purata Umur
: 13 tahun
Jenis Pelajar
: Ekstrovert dan Instrovert.
Gaya Pembelajaran
: Pelajar visual, audio, kinestetik.
Tajuk Pengajaran
: Reka Bentuk Dan Teknologi- Alatan Tangan.
Pengetahuan sedia Ada : Pelajar telah menggunakan alatan tangan di sekolah rendah. Objektif Pengajaran
: Pada akhir pelajaran pelajar dapat: 1. Menamakan
peralatan tangan yang dipelajari berdasarkan lembaran
kerja yang diberikan (lampiran). 2. Melabelkan
peralatan
tangan
berdasarkan
latihan
yang
diberi
(lampiran). 3. Menulis nama dan kegunaan setiap alatan tangan yang dipelajari
berdasarkan lembaran kerja yang diberikan (lampiran). Isi Pelajaran
: Alatan Tangan.
Nilai murni
: Bekerjasama, berhati-hati, Mematuhi peraturan bengkel
Media Pengajaran
: Bahan maujud (alatan tangan), buku teks, lembaran kerja, Komputer (Powerpoint) dan gambar alatan tangan.
Induksi Set (3minit)
: Guru meletakkan kerusi yang rosak di hadapan kelas. Pelajar melihat kerusi tersebut dan secara tidak langsung ini akan membuatkan pelajar tertanya-tanya dan guru akan mengemukakan soalan berkaitan apa yang akan dilakukan pada kerusi yang rosak dan ini melibatkan sesi soal jawab
secara sumbang saran yang boleh mengaitkan kepada
pelajaran yang akan dipelajari pada hari ini.
8
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
9
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Langkah 1 Penerangan (15 minit) alatan tangan -gergaji puting -pita pengukur -sesiku L -gandin kayu -tukul kuku kambing
Langkah 2 Aktiviti (17 minit) kumpulan
Langkah Pengajaran & Pembelajaran Guru Pelajar 1.Sampaikan isi pelajaran sambil menunjukkan alatan (bahan maujud) 2. Memberi peluang pelajar memegang alatan tangan yang ditunjukkan
1.Membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan. 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan gambar alatan yang berlainan berserta dengan ceraian huruf. 3. Meminta pelajar menampal gambar tersebut dan menamakannya dengan menyusun hurufhuruf yang diberikan
Langkah 3 Aktiviti (15 minit) individu
1.Mengedarkan lembaran kerja
ABM
1. Mendengar penerangan guru.
Catatan
1.Alatan tangan (bahan maujad) -Gergaji puting 2. Memegang alatan -Pita tangan dan pengukur melihat sendiri -Sesiku L (bahan maujud) -Gandin kayu -Tukul kuku kambing 2. Buku teks
Strategi P&P
1.Setiap kumpulan akan menampal gambar yang diberikan dipapan putih beserta dengan menyusun huruf-huruf untuk membentuk jawapan pada alatan yang ditampal. Ahli kumpulan bergilirgilir datang ke depan dan menyusun hurufhuruf sehingga membentuk jawapan.
Stategi P& P
Melengkapkan latihan dalam lembaran kerja
Gambar Alatan tangan beserta huruf-huruf.
Kaedah: Kelas Teknik: Penerangan
Kaedah: Kumpulan Teknik: Kolaboratif
Lembaran kerja
Stategi P & P Kaedah : Kelas 10
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
1. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan. PG MEMBUAT KEPUTUSAN Situasi : Guru yang paling layak menjadi pemangku penolong kanan. PILIHAN-PILIHAN 1. Guru A mempunyai prestasi kerja yang sangat baik tetapi sukar untuk bergaul dengan orang lain. 2. Guru B tidak mempunyai prestasi kerja yang baik tetapi ramai orang suka berkawan dengannya. 3. Guru C mempunyai prestasi kerja yang sederhana tetapi suka menunjuknunjuk. PILIHAN YANG DIBUAT
Guru A yang mempunyai prestasi kerja yang sangat baik tetapi Nilai (Positif sukar untuk bergaul dengan orang lain Akibat Alasan/Kesan dan Akibat atau Negatif) - Dapat menguruskan - Pentadbiran sekolah berjalan + pentadbiran kerja dengan baik. lancar dan sistematik. - Tidak dapat bergaul dengan - Susah untuk mendapatkan orang lain. kerjasama daripada orang lain. - Melakukan kerja dengan - Tidak bergantung pada orang + berdikari lain. - Boleh menaikkan nama - Sekolah jadi terkenal. + sekolah. - Dapat meningkatkan mutu - Pencapaian sekolah meningkat. + pencapaian sekolah.
Keputusan Dapat meningkatkan mutu pentadbiran sekolah tetapi perlu meningkatkan pergaulan dengan orang lain. Kriteria Berpotensi , rajin bekerja, prestasi kerja yang sangat baik, dapat menolong dalam bidang lain juga.
11
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
Rujukan Abdul Rahim Selamat (1990). Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Azaliana Azman. (n.d). Sistem Pengurusan E-Pembelajaran. [Online]. Available: http://ww.kuitho.edu.my/pdp. [2009, April 27] AECT. (1972). Definition and Terminology Committee document. The Meanings of Educational Technology. [Online]. Available: http://www.indiana.edu/~molpage/. [2009, March 23] Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass: Harvard University Press. Cepi Riyana. (n.d.). Peranan Teknologi Dalam Pembelajaran. [Online]. Available: http://www.projectcepi.blogsport.com. [2009, April 25] David, B. (1995). Enhancing Learning Throught Self Assesment. London: Kogan Page Limited. Grove, K., Strudler, N., and Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use: Cooperating teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on Technology in Education. 37(1), 85-110. Hasbullah (2006). Implementasi E-Learning Dalam Pengembangan Pembelajaran Perguruan Tinggi (Proceeding). Bandung: Universiti Yogyakarta. Heinich, R., et. al. (1996). Instructional Media and Technologies for Learning. New Jersey: Prentice Hall, Englewood Cliffs. Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Lane, S. (n.d). Smart Classroom:Smarter Choice. [Online]. Available: http:www.metcomm.net/content/view/113/120/. [2009, Mei 08]. Mok Soon Sang (2000). Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Norlie. (n.d.). Nota Padat revisi Teknologi Pendidikan. [Online]. Available: http://www.goecities.com/norlionline. [2009, April 24]
12
FADILAH BINTI KASSIM 760924086660
Pecor, S. (1996). What is E-Learning? [Online]. Available: http://www.cuw.edu/AdultEd_Graduate/elearning/what_is_elearning.html. [2009, March 22]. Razmah Man dan Yusuf Hashim (2000). Potensi Dan Cabaran Dalam Pembelajaran Maya dan Elektronik. Kuala lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan 2000. Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah dan Rosini Abu (2009). HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor: Open University Malaysia. Yau, S. S., Gupta, S. K., and Fariaz Karim. (2003). Smart Classroom: Enhancing Collaborative Learning Using Pervasive Computing Technology. [Online]. Available: http://66.218.69.11/search/cache? ei=UTP8&p=What+is+definition+of+smart+classroom...[2009, March 22]. Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
13