Teknologi Pendidikan

  • Uploaded by: Siva Balan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknologi Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,319
  • Pages: 26
Teknologi Pendidikan Emy Erliana Yusuf (M20082000263)

Definisi  Teknologi

dari kata Latin “textera” bermaksud mendirikan, mengayam atau menenun; ~tidak semestinya merujuk kepada bahan atau perkakasan atau penggunaan mesin yang canggih semata-mata.

 "Teknologi

pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education)



"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)



Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Sejarah  Tahun

60’an, kita didedahkan dgn “khutub khanah”. Almari, rak, ruang, sudut atau bilik khubtub khanah ini menempatkan koleksi bacaan terhad dan kebanyakannya digunakan untuk urusan pinjam meminjam pada masa tertentu,atau masa rehat. Ada masamasanya khutub khanah ini didapati sentiasa tertutup dan ini menyebabkan orang memanggilnya “Tutup Khanah”.

 Tahun

1974, sekolah-sekolah mewujudkan bilik Alat Pandang Dengar (APD) yang menempatkan bahan bukan buku seperti carta, gambar, glob, peta, ‘Overhead Projektor (OHP), projektor slaid, radio kaset dan television.



Tahun 90’an merupakan tahun ledakan teknologi maklumat (IT) yang amat ketara.



menimbulkan impak yang besar dalam pelaksanaan kaedah-kaedah baru dalam pendidikan.



Bagi sekolah yang berkemampuan penggunaan CDROM dan perkhidmatam internet di praktikan, pusat sumber sekolah menjadi suatu perkhidmatan yang penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, dan persediaan untuk menghadapi zaman maklumat.

Sejarah Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Di Malaysia 

1960 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan dibentuk di bawah Bahagian Latihan Guru dan kemudian dipindahkan ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia



1965 - Television Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan Bersama dengan Kementerian pelajaran



1966 - Penubuhan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan oleh Kementerian Penerangan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bertujuan penggunaan teknologi pendidikan dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai infrasruktur penting yang dapat menyokong amalan teknologi pendidikan di sekolah.



1972 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan ( Radio Pendidikan) dan Television disatukan di bawah satu Unit iaitu Unit Perkhidmatan Media Pendidikan.



1988 - Unit Perkhidmatan Perpustakaan yang sebelum ini diletakkan di bawah Bahagian Sekolah telah digabungkan dengan Unit Kejuruteraan. Pusat Audio Visual Kebangsaan, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan, ( Radio Pendidikan & Television Pendidikan ) di bawah satu bahagian Kementerian Pendidikan dinamakan Bahagian Teknologi Pendidikan.



1997 - Unit Teknologi Pendidikan dinaiktaraf kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri.

(Bahan Sumber Teknologi Pendidikan)

Teknologi dalam pendidikan 1.Teknologi Komputer 2.Teknologi Internet  E-mail  E-learning  VSAT

(Very Small Aperture Terminal)

3.Teknologi Multimedia 4.Web 2.0

Teknologi Komputer

 Budaya

persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997)

 Pelaksanaan

Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997).

 Penggunaan

komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti microsoft word, powerpoint, excell, spreadsheet, perisian multimedia, internet dan sebagainya.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa: 

Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.



Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.



Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Teknologi Internet

E-mail  Kajian

oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka ‘alam yang baru ditemui’ (virtual reality).

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998): 

Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.



Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.



Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.



Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah: 

Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.



Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.



Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.



Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara “on-line”.

E-learning 

Selain itu e-learning juga merupakan satu model pembelajaran dengan menggunakan media teknologi komunikasi dan informasi khususnya internet. E-learning merupakan satu penggunaan teknologi internet dalam P&P bagi jangkauan luas yang belandaskan tiga kriteria iaitu: 

 

E-learning merupakan jaringan dengan kemampuan untuk memperbaharui, menyimpan, berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar, apa yang ingin disampaikan akan sampai pada semua pengguna dalam masa yang sama focus pada pandangan yang lebih luas tentang pembelajaran disebalik pembelajaran secara tradisional. (Rosenberg 2001; 28)

VSAT (Very Small Aperture Terminal) 

atau Satelit Bukaan Amat Kecil diperkenalkan di sekolah-sekolah mulai akhir 2002 terutama di sekolah-sekolah kawasan luar bandar yang tiada perhubungan komunikasi dalam talian. Muller (1998) memberikan takrifan VSAT sebagai setesen bumi yang yang boleh menghubungkan komunikasi dengan rangkaian satelit dan menyokong apa juga bentuk komunikasi termasuklah suara, data, fax, imej atau persidangan video secara digital.



Tujuan VSAT diperkenalkan adalah untuk melengkapkan sekolah dengan kelengkapan ICT, membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran, perhubungan internet tanpa wayar, merapatkan jurang pemikiran (mind gap) antara pelajar-pelajar di kawasan bandar dan kawasan-kawasan pedalaman serta kumpulan di luar jangkau (underserved communtiy)

Perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Pertama Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.



Kedua Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.



Ketiga Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.



Keempat Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Teknologi Multimedia

 Multimedia

merangkumi pelbagai media dalam satu perisian untuk memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti.

 ciri

interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri.

Kelebihan multimedia berbanding media pengajaran yang lain a) Tahap interaktif yang tinggi b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran

Web 2.0

Web 2.0  Web

2.0 merupakan platform yang menunjukkan satu kemajuan dalam dunia internet dalam menyampaikan informasi serta menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui internet .

 Didalam

penididikan aplikasi yang dijalankan secara online tersebut membolehkan pengguna samada pelajar dan guru untuk bersama-sama berkongsi maklumat serta membina konten di dalam aplikasi yang digunakan.

 Chat,

Discussionboard, VLEs, Blog, Wikis, Sosial Networking Sosial sharing, Mlearning, Podcasting, Virtual worlds, Digital Storytelling, VoIP, Vodcasting, Folksonomies

Kesimpulan  Teknologi

ini dengan mudah akan menghilangkan kekangan-kekangan yang wujud, terutamanya kekangan masa didalam dunia pendidikan.

 Keberkesanan

penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran.

Related Documents


More Documents from "Dian Reinold Purba"

Teknologi Pendidikan
May 2020 20
Papan Cerita
May 2020 18
4.flowchart
May 2020 17
Teknologi Pendidikan
June 2020 20
Wharton Report.docx
December 2019 25