Teknologi Pendidikan

  • Uploaded by: Siva Balan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknologi Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,075
  • Pages: 10
Emy Erliana Che Yusuf Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Teknologi Pendidikan Definisi Perkataan teknologi berasal dari kata Latin “textera” yang bermaksud mendirikan, mengayam atau menenun; pengertian ini tidak semestinya menunjukkan kepada bahanbahan atau perkakasan atau penggunaan mesin-mesin yang canggih semata-mata. "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan

untuk

memberi

kesan

baik

kepada

pendidikan"

(Crowell (1971):Encyclopedia of education) "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat

mana

ianya

menimbulakn

pembelajaran"

(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology) “Mentafsirkan teknologi dalam pendidikan sebagai satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan. Di dalam teknologi pendidikan diutamakan penggunaan media dan kaedahkaedah lain dan penggunaan persekitaran pelajar untuk menghasilkan pembelajaran.” (Sharifah Alwiah Alsagoff (1984)) “Menyatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur ( proses dan produk ) bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses

pengajaran

dan

keberkesanan

di

dalam

pembelajaran.”

(Jamaludin Badusah et. al. (2000)) Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Sejarah Perkembangan teknologi dalam pendidikan di negara kita mempunyai sejarahnya yang amat menarik. Pada sekitar tahun-tahun selepas kemerdekaan dan tahun-tahun 60’an, kita bersua dengan apa yang disebut “khutub khanah”. Almari, rak, ruang, sudut atau bilik khubtub khanah ini hanaya menempatkan koleksi bahan-bahan bacaan yang amat terhad dan kebanyakannya digunakan untuk urusan pinjam meminjam pada masa-masa tertentu, senggang atau masa rehat. Ada masa-masanya khutub khanah ini didapati sentiasa tertutup dan ini menyebabkan orang memanggilnya “Tutup Khanah”. Mulai tahun 1974, sekolah-sekolah mewujudkan bilik Alat Pandang Dengar (APD) yang menempatkan bahan bukan buku seperti carta, gambar, glob, peta, ‘Overhead Projektor (OHP), projektor slaid, radio kaset dan television. Perkhidmatan perpustakaan dan alat pandang dengar memjadi penting dalam perlaksanaan sisitem pendidikan ketika ini. Tahun 90’an merupakan tahun-tahun ledakan teknologi makluamt (IT) yang amat ketara. Penggunaan komputer dan sistem komputeran yang meluas dalam pelbagai aspek pengurusan dan komunikasi telah menimbulkan impak yang besar dalam pelaksanaan kaedah-kaedah baru dalam pendidikan. Bagi sekolah-sekolah yang berkemampuan CDROM dan perkhidmatam internet, pusat sumber sekolah menjadi suatu perkhidmatan yang penting dalam usaha meningkatkan kuaiti pendidikan, menyediakan pelajaran untuk menghadapi

zaman

maklumat. Sejara

h Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Di Malaysia.

1960 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan dibentuk di bawah Bahagian Latihan Guru dan kemudian dipindahkan ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 1965 - Television Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan Bersama

dengan Kementerian

pelajaran 1966 - Penubuhan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan oleh Kementerian Penerangan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bertujuan penggunaan teknologi pendidikan dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai infrasruktur penting yang dapat menyokong amalan teknologi pendidikan di sekolah. 1972 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan ( Radio Pendidikan)

dan Television disatukan di bawah satu Unit iaitu Unit

Perkhidmatan Media Pendidikan. 1988 - Unit Perkhidmatan Perpustakaan yang sebelum ini diletakkan di bawah Bahagian Sekolah telah digabungkan dengan Unit Kejuruteraan. Pusat Audio Visual Kebangsaan, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan, ( Radio Pendidikan & Television Pendidikan ) di bawah satu bahagian Kementerian Pendidikan dinamakan Bahagian Teknologi Pendidikan. 1997 - Unit Teknologi Pendidikan dinaiktaraf kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri. (Bahan Sumber Teknologi Pendidikan) Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.

kerajaan telah berperanan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian ini telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan beberapa perubahan untuk menjana sistem pendidikan agar selari dengan pemodenan yang banyak dipelopori oleh penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Mulai Januari 1999 internet saluran utama teknologi maklumat, menjadi sebahagian dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran MIMOS telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Teknologi dalam pendidikan 1.teknologi komputer Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluasluasnya kepada teknologi komputer, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan komputer yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa: •

Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.



Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan. .



Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. 2.teknologi internet Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka ‘alam yang baru ditemui’ (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996). Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998): •

Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.



Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.



Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.



Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah: •

Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.



Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.



Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.



Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara “on-line”.

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996): •

Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia



Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer



Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan pelajar dapat meningkatkan berkomunikasi

kemahiran

berfikir,

kemahiran

bahasa

atau

kemahiran

Selain itu e-learning juga merupakan satu model pembelajaran dengan menggunakan media teknologi komunikasi dan informasi khususnya internet. E-learning merupakan satu penggunaan teknologi internet dalam P&P bagi jangkauan luas yang belandaskan tiga kriteria iaitu: (1) E-learning merupakan jaringan dengan kemampuan untuk memperbaharui, menyimpan,

berkongsi

maklumat

dan

memberi

tunjuk

ajar,

(2) apa yang ingin disampaikan akan sampai pada semua pengguna dalam masa yang sama (3) focus pada pandangan yang lebih luas tentang pembelajaran disebalik pembelajaran secara

tradisional.

(Rosenberg 2001; 28) Sistem VSAT (Very Small Aperture Terminal) atau Satelit Bukaan Amat Kecil diperkenalkan di sekolah-sekolah mulai akhir 2002 terutama di sekolah-sekolah kawasan luar bandar yang tiada perhubungan komunikasi dalam talian. Muller (1998) memberikan takrifan VSAT sebagai setesen bumi yang yang boleh menghubungkan komunikasi dengan rangkaian satelit dan menyokong apa juga bentuk komunikasi termasuklah suara, data, fax, imej atau persidangan video secara digital. Tujuan VSAT diperkenalkan adalah untuk melengkapkan sekolah dengan kelengkapan ICT, membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran, perhubungan internet tanpa wayar, merapatkan jurang pemikiran (mind gap) antara pelajar-pelajar di kawasan bandar dan kawasan-kawasan pedalaman serta kumpulan di luar jangkau (underserved communtiy), memenuhi aspirasi Pelan Jalur Lebar Negara serta memastikan jurang digital antara sekolah di luar bandar dengan bandar tidak terlalu jauh. Integrasi internet dalam pendidikan Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan

penggunaan Pertama

internet

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Kedua Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. Ketiga Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. Keempat Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa. 3.teknologi multimedia Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti.

Multimedia dalam pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala proses pembelajaran adalah berkesan. Pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya. Komputer adalah sebuah perkakasan yang paling sesuai untuk tujuan menghasilkan isi kandungan multimedia yang mana dalam sesebuah komputer peribadi multimedia itu sendiri terdapat kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video. Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah. Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan di dalam sesuatu perisian pendidikan dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Latih tubi, Tutorial, Demontrasi, Simulasi, Permainan pendidikan, Kelebihan multimedia berbanding media pengajaran yang lain a) Tahap interaktif yang tinggi b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya

d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran 4.web 2.0 Web 2.0 merupakan platform yang menunjukkan satu kemajuan dalam dunia internet dalam menyampaikan informasi serta menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui internet .

Didalam penididikan aplikasi yang dijalankan secara online tersebut membolehkan pengguna samada pelajar dan guru untuk bersama-sama berkongsi maklumat serta membina konten di dalam aplikasi yang digunakan. Contoh- contoh web 2.0 ialahChat, Discussionboard, VLEs, Blog, Wikis, Sosial Networking Sosial sharing, M-learning, Podcasting, Virtual worlds, Digital Storytelling, VoIP, Vodcasting, Folksonomies Kesimpulan Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik

menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan

pembelajaran. Teknologi ini dengan mudah akan menghilangkan kekangan-kekangan yang wujud, terutamanya kekangan masa didalam dunia pendidikan.

Related Documents


More Documents from "Dian Reinold Purba"

Teknologi Pendidikan
May 2020 20
Papan Cerita
May 2020 18
4.flowchart
May 2020 17
Teknologi Pendidikan
June 2020 20
Wharton Report.docx
December 2019 25