Teknik Pengajaran Danp Pembelajaran

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknik Pengajaran Danp Pembelajaran as PDF for free.

More details

  • Words: 3,701
  • Pages: 22
1.0

PENGENALAN

Di dalam penulisan 'write out' ini terdapat tiga tajuk yang diperbincangkan iaitu Teknik dan Kaedah Pengajaran, Pengajaran Mikro dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Pengajaran dalam Pedagogi Bestari. Secara umumnya Teknik dan kaedah Pengajaran ada 5 iaitu teknik sumbangsaran, bercerita, perbincangan, demonstrasi dan penyelesaian masalah. Setiap teknik pengajaran ini terdapat pro dan kontra, iaitu kebaikan dan keburukan, tetapi secara keseluruhannya kesemua teknik ini sangat membantu di dalam P&P. Pengajaran Mikro pula adalah latihan tentang pelbagai kemahiran mengajar. Di dalam tajuk ini, komponen-komponen yang ditekankan di dalam penagajran mikro adalah konsep , kepentingan dan kelebihan, peringkat pelaksanaan dan kemahiran-kemahiran mengajar dalam penhajaran mikro. Di dalam peringkat pelaksanaan pula terbahagi kepada 4 peringkat iaitu merancang pengajaran, mengajar, mengimbas kembali dan mengajar semula. Seterusnya di dalam kemahiran-kemahiran mengajar, terdapat enam bahagian yang perlu diketahui, yang diantaranya adalah kemahiran memulakan pengajaran atau induksi set serta kemahiran mempelbagai variasi rangsangan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Pengajaran dalam Pedagogi Bestari ada sepuluh iaitu direktur, meditif, generatif, pemerhatian, konstektual, metakognatif, kajian luar, kajian masa depan, koperatif dan kolaborasi. Selain itu penintegrasian kemahiran generik dalam P&P juga menjadi fokus di dalam tajuk ini, di mana terdapat 3 bahagian kemahiran generik iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran pemudahcaraan.

2.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN 2.1 Sumbangsaran Sumbangsaran adalah merupakan satu aktiviti perbincangan yang dijalankan secara berkumpulan, Topik perbincangan adalah ditentukan oleh guru, tetapi tajuk yang dipilh mestilah sesuai dengan minat dan kebolehan, serta sesuai dengan peringkat umur pelajar. Tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Kebiasaannya masa yang ditentukan oleh guru adalah 20 minit. Setelah guru memberikan tajuk perbincangan, murid-murid akan dibahagikan dalam kumpulan. Bilangan ahli kumpulan yang dicadangkan adalah diantara 8 hingga 12 bagi setiap kumpulan. Murid-murid akan membincangkan tajuk yang diberi dalam kumpulan masing-masing sebelum membuat pendirian masing-masing. Dalam setiap kumpulan pula, seorang pengerusi mesti dilantik sama ada oleh guru atau ahli kumpulan. Tugas pengerusi adalah untuk menyelaraskan idea-idea dalam kumpulan. Ini kerana dalam perbincangan dalam kumpulan mesti terdapat banyak saranan idea, oleh itu pengerusi akan memilih satu idea sahaja melalui pemuafakatan untuk diberitahu kepada kelas. Dalam sesi sumbangsaran ini, murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat mengenai tajuk perbincangan. Semua idea yang diberi oleh pelajar adalah dianggap betul, dan dicatat di papan hitam. Dalam perbincangan kumpulan, ahli-ahli kumpulan digalakkan untuk memberi idea dari pelbagai sudut pandangan. Kaedah sumbangsaran ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk mendapatkan banyak idea dalam tempoh yang singkat. Murid-murid juga lebih banyak memberi idea baru berbanding dengan keadah analitikal biasa.

2.2 Bercerita Kaedah bercerita adalah salah satu kemahiran generik yang boleh digunakan di dalam kelas. Kaedah ini adalah lebih berpusat kepada guru. Oleh itu guru-guru mestilah inovatif dalam mencari mempersembahkan cerita yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran. Guru juga bukan sahaja perlu memastikan cerita yang dipilih sesuai dengan umur murid-murid, malah guru perlu mempersembahkan cerita yang menarik. Guru boleh mempelbagaikan teknik bercerita ini dengan menggunakan bahan-bahan sampingan seperti tali, gambar, boneka, binatang permainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama guru perlu menguasai teknik bercerita iaitu memek muka dan intonasi. Guru perlu mempelbagaikan suara dan nada, serta membuat memek muka supaya cerita yang disampaikan lebih menarik. Kemahiran-kemahiran yang perlu guru gunakan dalam teknik bercerita adalah kemahiran verbal dan nada suara. Kemahiran verbal adalah seperti projeksi suara, penekanan frasa dan penggunaan ayat-ayat mudah. Nada suara yang dimaksudkan pula, guru perlu memanipulasikan mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan. Selepas sesi bercerita, sesi perbincangan pula perlu dijalankan untuk menguji kefahaman pelajar tentang cerita yang disampaikan, perbincangan hendaklah merangkumi: a.

Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang

disampaikan. b.

Latihan tatabahasa

c.

Merumuskan isi-isi penting dalam cerita.

Secara tidak langsung kaedah bercerita juga menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis selain kemahiran bahasa melalui sesi perbincangan di akhir pembelajaran.

2.3 Perbincangan Kaedah ini melibatkan interaksi sesama pelajar di dalam kumpulan dalam membincangkan masalah atau isu. Murid berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat, idea mengenai topik, di akhir pembelajaran pula, murid-murid bersama guru akan merumuskan apa yang dibincangkan. Matlamat sesuatu perbincangan yang dijalankan bergantung kepada guru sama ada untuk mengumpul fakta ataupun menyelesaikan sesuatu masalah. Topik yang dipulih oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta daapt menarik minat pelajar. Kaedah perbincangan ini sesuai untuk dijalankan dalam semua matapelajaran di sekolah. Antara kebaikan-kebaikan teknik ini terhadap pelajar adalah: a.

Dapat melatih murid membiasakan diri bercakap

dalam situasi formal. b.

Dapat membina keyakinan diri dan konsep kendiri

pelajar. c.

Dapat memupuk unsur-unsur bekerjasama,

menghormati, menghargai dan mendengar pendapat orang lain.

Guru pula berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing pelajar sepanjang sesi perbincangan. Guru juga perlu mengemukakan soalansoalan divergen dan menggalakkan mereka menyoal kembali idea dari rakanrakan mereka. Semasa sesi perbincangan, guru juga perlu memastikan pelajar-pelajar dalam keadaan terkawal iaitu menumpukan pada sesi perbincangan.

2.4 Tunjuk Cara atau Demonstrasi Kaedah tunjuk cara ini adalah melibatkan demonstrasi oleh guru dihadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran. Teknik ini sesuiai untuk pengajaran tarian, olahraga, ujikaji, permainan dan sebagainya. Sebelum demonstrasi, guru perlu membuat perancangan yang teliti iaitu menentukan topik, objektif, serta menyediakan alatan atau bahan yang akan digunakan. Semasa demonstrasi pula, guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya pelajar memahami dengan jelas. Guru juga perlu memastikan yang murid-murid memberikan perhatian sepenuhnya pada demonstrasi. Selepas demonstrasi pula, sesi perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara. Guru juga boleh meminta pelajar membuat laporan ringkas tentang demonstrasi tersebut.

2.5 Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan satu proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Murid-murid perlu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahirankemahiran tertentu.

Kaedah ini menggalakkan pemikiran pelajar untuk bersedia menghadapi masalah, menyelesaikan dan seterusnya membuat pilihan dan keputusan yang tepat. Melalui kaedah ini juga, memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan idea-idea yang luar biasa dan tidak terfikir oleh pelajar lain. Secara tidaka langsung, pelajar dapat membina keyakinan diri khasnya apabila menghadapi masalah. Permasalahan yang diberi oleh guru mestilah berkaitan dengan topiktopik di didalam matapelajaran. Guru perlu merangsang pelajar untuk menyelesaikan masalah. Langkah-langkah didalam teknik penyelesaian masalah ini adalah: a)

Mengenalpasti masalah

b)

Memahami masalah

c)

Menentukan cara-cara penyelesaian

d)

Mencuba cara penyelesaian yang baru

e)

Merumus dan menilai penyelsaian

Teknik–teknik lain juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru seperti teknik inkuiri, sumbangsaran, perbincangan dan simulasi.

3.0 PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGAJAR MELALUI PENGAJARAN MIKRO Sebagaimana yang diketahui umum, tugas guru ialah mengajar. Tugas ini iaitu tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh para guru. Oleh itu, para guru perlu menjalani latihan dan pendedahan yang cukup. Bakal-bakal guru dilatih di Institut Pendidikan Guru tentang pelbagai kemahiran mengajar. Latihan-latihan yang dijalankan atau dilaksanakan dalam suatu program dinamakan sebagai pengajaran mikro. Terdapat beberapa subtopik yang doleh diklasifikasikan daripada pengajaran mikro ini iaitu konsep pengajaran mikro, rasional menjalankan pengajaran mikro, kepentingan dan kelebihan pengajaran mikro, peringkat pengajaran mikro serta kemahiran-kemahiran mengajar dalam pengajaran mikro.

3.1

Konsep Pengajaran Mikro

Mengajar ialah suatu kemahiran. Oleh itu, dalam mengajar ia melibatkan pelbagai kemahiran-kemahiran kecil yang perlu dikuasai oleh para guru. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran menjelaskan isi pelajaran, mengawal kelas, menyoal dan menarik perhatian murid terhadap pelajaran. Bakal-bakal guru perlu berlatih supaya dapat menguasai kemahirankemahiran tersebut. Guru dilatih melalui sesi latihan mengajar berskala kecil iaitu mengajar satu konsep sahaja dalam masa yang singkat antara 5 hingga 10 minit dan dalam sekumpulan pelajar yang kecil sekitar 10 orang. Latihan tersebut dinamakan sebagai Pengajaran Mikro. Menurut Dwight Allen, pengajaran mikro dilaksanakan sebagai usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal guru. Bagi Allan dan Eve (1968)

pula, pengajaran mikro merupakan satu sistem kawalan praktikal dengan memberi tumpuan kepada tingkah laku pengajaran yang khusus dan latihan untuk mengajar dalam situasi terkawal. Manakal Paintal (1980) pula menghuraikan pengajaran mikro sebagai satu teknik latihan mengajar kepada 6 hingga 10 orang pelajar dalam masa 5 hingga 10 minit dan ditumpukan kepada satu kemahiran mengajar. Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa pengajaran mikro ialah sebagai satu sesi pengajaran yang bercorak latihan atau pendedahan berbentuk simulasi pengajaran dan pembelajaran yang mengambil masa 10 hingga 15 minit dengan memfokuskan kemahiran-kemahiran mengajar tertentu.

3.2

Rasional menjalankan pengajaran mikro

Cooper dan Allen (1971) telah menyenaraikan rasional-rasional yang dikemukakan oleh para pendidik guru tentang peranan pengajaran mikro bagi melatih bakal guru. Antara rasional-rasionalnya ialah : a) Pengajaran mikro merupakan satu pengajaran sebenar walaupun dilaksanakan secara terancang dalam situasi latihan. b) Latihan ini dapat mengurangkan kerencaman pengajaran di bilik darjah sebenar dan guru dapat menumpukan perhatian untuk mencapai kemahiran mengajar yang dirancang. c) Pengajaran ini juga memberi maklumat secara spesifik tentang kemampuan guru untuk menguasai kemahiran yang dirancang melalui maklum balas dan komen daripada pensyarah dan rakanrakan. d) Keupayaan pelatih dapat dilihat dengan membenarkan guru memilih kandungan pelajaran yang difahami dalam melakukan kemahiran mengajar yang dirancang. e) Latihan ini menyediakan satu sesi pengajaran yang membolehkan bakal guru mengajar pelajar-pelajar pelbagai latar belakang, keupayaan intelektual sebelum mengajar di sekolah.

f) Latihan ini juga membenarkan kawalan yang lebih luas semasa mengajar ke atas persekitaran bakal guru. g) Pengajaran mikro menyediakan situasi pengajaran yang kondusif dan dapat mengurangkan kegelisahan guru jika berhadapan dengan bilik darjah sebenar. h) Selain itu, ia menyediakan situasi pengajaran yang berisiko rendah kerana ia dijalankan di luar kurikulum sekolah. i) Pengajaran ini juga menyediakan kemahiran khusus yang akan dipratikkan dalam bilik darjah sebenar. j) Pengajaran ini merupakan latihan bersifat ulangan yang membenarkan bakal guru mengulang kembali kemahiran yang ditentukan. k) Jika kemahiran diterapkan satu persatu dalam satu tempoh yang lama, jadi bakal guru dapat mengingat kembali kemahiran yang dipelajari dengan mudah.

3.3

Kepentingan dan kelebihan pengajaran mikro

Pendedahan secara amali tentang pelbagai kemahiran mengajar amat penting semasa melalui proses pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dapat dinyatakan di sini bahawa pengajaran mikro memberi peluang kepada bakal guru membuat refleksi kendiri dan menilai tentang keupayaan dan pencapaiannya semasa mengajar. Selain itu, langkah pertama bagi melaksanakan latihan mengajar bagi bakal guru ialah pengajaran mikro. Melalui pengajaran mikro, guru-guru dapat membiasakan diri dengan aktiviti-aktiviti pengajaran secara praktikal pada peringkat awal. Oleh itu, segala teknik dan kaedah yang dipelajari hendaklah diaplikasi dan dipratikkan dalam amalan pengajaran bilik darjah. Pengajaran mikro juga dapat membina dan memberi keyakinan kepada guru untuk mengajar di dalam bilik darjah. Ini kerana guru berpeluang untuk mempratikkan kemahiran-kemahiran asas dengan lebih

mudah dan terancang sebagai persediaan sebelum menempuh sesi pengajaran di bilik darjah sebenar. Guru juga boleh menggabungkan beberapa kemahiran yang dipelajari dalam satu pengajaran. Pengajaran mikro mewujudkan suasana yang terkawal dan selamat. Ini kerana isi kandungan yang dipilih minimum, bilangan pelajar yang kecil dan dalam masa yang singkat. Pengajaran mikro juga melatih bakal guru untuk membuat penilaian kendiri tentang prestasi pengajaran individu dengan menonton pengajaran yang telah dirakam. Melalui penilaian kendiri dan perbincangan ini, maka guru akan mendapat input yang berguna tentang pengajarannya daripada maklum balas dan komen-komen daripada pensyarah atau rakan-rakan. Kelemahan dan kesilapan yang dikesan akan diperbaiki dan sesi pengajaran akan dirakam dan dinilai semula. Selain itu, guru juga dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran mereka menerusi pengajaran mikro. Pengajaran mikro juga berfungsi bagi membuat penilaian terhadap keberkesanan kurikulum yang dilaksanakan atau pendedahan tentang kaedah pengajaran baru dari masa ke masa.

3.4

Peringkat pelaksanaan pengajaran mikro.

Pada dasarnya, pengajaran mikro terdiri daripada aspek mengajar, menilai pengajaran, dan mengajar semula. Pengajaran mikro ini boleh dilakukan secara individu dan berulang-ulang sehingga dapat menguasai kemahiran mengajar yang dilatih. Pengajaran mikro dilaksanakan secara berkumpulan dan dirancang secara berperingkat-peringkat. Sekurang-kurangnya terdapat empat peringkat pelaksanaan pengajaran mikro secara berkumpulan iaitu merancang pengajaran, mengajar, mengimbas kembali atau refleksi dan mengajar semula.

3.4.1

Perancang Pengajaran

Pengajaran mikro perlu dirancang dengan teliti walaupun dikatakan sebagai berskala kecil. Pengajaran ini dijalankan secara berkumpulan yang mana satu kumpulan terdiri daripada 5 hingga 10 orang guru pelatih. Terdapat dua langkah yang perlu dititikberatkan iaitu langkah pertama ialah semua ahli kumpulan dikehendaki untuk berbincang bagi membuat persediaan teknikal bagi mengadakan sesi pengajaran mikro contohnya dari segi bilik pengajaran mikro, peralatan rakaman dan pembahagian tugas. Langkah kedua pula ialah persediaan tentang pengajaran guru itu sendiri. Guru tersebut perlulah bersedia dari segi kemahiran mengajar yang difokuskan, konsep atau kemahiran yang akan diajar, bahan-bahan pengajaran yang diperlukan serta aktiviti kelas yang akan dijalankan. Topik atau isi pengajaran haruslah mudah, jelas dan tidak terlalu luas. Satu konsep atau kemahiran yang diajar memadai dengan hanya 10 minit. Selepas itu, guru perlu membina beberapa objektif perlakuan yang diharapkan atau yang dapat dicapai oleh pelajar dalam sesi pengajaran tersebut. Masa yang diperlukan untuk latihan menguasai konsep dan kemahiran yang diajar diambil kira. Oleh itu, rancangan mengajar yang mengandungi objekti pengajaran dan langkah-langkah pengajaran ke arah mencapai objektif yang telah disenaraikan perlu dirancang. Rancangan pengajaran ini akan dijadikan sebagai panduan oleh guru pelatih yang akan mengajar sesi pengajaran mikro. Antara persoalan yang boleh dikaitkan ialah adakah pengajaran yang akan dilaksanakan akan berjalan seperti yang dirancang.

3.4.2

Mengajar

Pada peringkat ini, guru akan mengajar mengikut rancangan mengajar telah disediakan. Ahli-ahli kumpulan yang lain akan bertindak sebagai pelajar dan penilai. Salah seorang dari ahli kumpulan akan bertindak sebagai jururakam video. Semasa berlakunya sesi pengajaran, ahli-ahli yang bertindak sebagai pelajar hendaklah memberi sokongan moral kepada guru pelatih yang mengajar supaya sifat malu, takut dan cemas dapat dikikiskan malah dapat membina keyakinan terhadap guru tersebut. Ahli-ahli yang bertindak sebagai penilai pula akan memberi perhatian terhadap kemahiran yang ditunjukkan dan mencatat maklum balas yang akan diberikan berdasarkan prinsip-prinsip berkaitan kemahiran mengajar tersebut. Rakaman video pula hendaklah dilakukan secara teliti agar kemahiran yang ditunjukkan semasa mengajar dapat dikesan.

3.4.3

Mengimbas kembali atau refleksi

Selepas selesainya sesi pengajaran mikro, sesi mengimbas kembali diadakan bagi memberi maklum balas dan komen-komen kepada guru pelatih yang mengajar tentang tingkah laku yang ditunjukkan semasa mengajar. Dalam sesi ini, maklum balas yang diberikan hendaklah dinyatakan dalam bentuk membina dan disokong dengan fakta yang tepat. Cadangancadangan penambahbaikan diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya kritikan. Rakaman video ditonton oleh semua ahli kumpulan bagi mengukuhkan maklum balas yang diberikan. Guru pelatih tersebut juga boleh menonton sendirian dan membuat penilaian kendiri. Dwight Allen mencadangkan agar guru pelatih sendiri membuat komen atau kritikan terhadap pengajarannya. Manakala ahli-ahli kumpulan yang lain akan mengemukakan 2 komen positif dan 2 cadangan penambahbaikan. Seterusnya pensyarah pula yang akan merumuskan tentang komen-komen tersebut serta memberi komennya sendiri.

3.4.4

Pengajaran semula

Selepas berlakunya sesi refleksi, komen-komen yang diterima akan digunakan oleh guru pelatih untuk merancang semula dan memperbaiki pengajarannya dan melaksanakan pengajaran semula. Beberapa pindaan dibuat berdasarkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Pengajaran semula ini juga dirakam supaya dapat melihat berlakunya penambahbaikan. Pengajaran semula ini juga sepatutnya hendaklah berbeza dan lebih baik daripada pengajaran pertama kerana guru pelatih berkenaan telah pun menerima komen-komen dan teguran daripada pensyarah mahupun ahli-ahli kumpulan yang lain. 3.5

Kemahiran-kemahiran mengajar dalam pengajaran mikro.

Sebagaimana yang diketahui, pengajaran mikro dilaksanakan untuk melatih bakal guru supaya mahir dalam kemahiran mengajar. Terdapat gabungan antara kemahiran-kemahiran yang diajar dalam pengajaran sebenar di bilik darjah. Namun sebagai bakal guru, kemahiran-kemahiran ini dipisahkan bagi membolehkan guru pelatih mahir tentang kemahirankemahiran tersebut. Omardin Ashaari (1997) dalam bukunya Prinsip Pengajaran Mikro telah menggariskan pelbagai kemahiran pengajaran yang perlu diketahui oleh guru pelatih iaitu : a)

Kemahiran memulakan pengajaran atau set induksi.

b)

Kemahiran mempelbagai atau variasi ransangan.

c)

Kemahiran menerang.

d)

Kemahiran menyoal.

e)

Kemahiran pengukuhan.

f)

Kemahiran menggunakan papan tulis.

g)

Kemahiran menggunakan alat bantu mengajar.

h)

Kemahiran menggunakan contoh dan ilustrasi.

i)

Kemahiran menutup.

4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI BESTARI.

4.1 Direktif Murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru. Contoh strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih tubi. 4.2 Mediatif Dalam strategi mediatif, murid-murid diajar oleh guru untuk : a. Mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. b. Membuat keputusan. c. Mengenalpasti andaian. d. Menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah penaakulan dialektikal, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka. 4.3 Generatif Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid untuk menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid unyuk menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif.

4.4 Pemerhatian Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikut perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran yang boleh dilakukan ialah tunjuk cara. 4.5 Kontekstual Guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan masyarakat. Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada reality kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran “eksperential” , pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini lebih mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberi pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh juga berlaku didalam rumah ataupun masyarakat. Ia mengajar murid-murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari. Terdapat beberapa prinsip-prinsip penting dalam kaedah kontekstual iaitu : a. guru menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain. b. guru menggunakan penilaian sebenar. c. pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial. d. guru dapat menyepadukan matapelajaran yang berlainan. e. penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.

4.6 Strategi metakognitif Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada muridnya dalam strategi metakognitif ialah : a. apakah yang saya telah belajar? b. Apakah bantuan yang saya perlu ? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat refleksi . Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh muridmurid. 4.7 Kajian Luar Kaedah kajian luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru diluar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru adalah sebagai seorang fasilitator dimana dia akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada diluar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selepas menyediakan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau mengikut kumpulan.

4.8 Kajian masa depan Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks

persekolahan, kajian masa depan adalah penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang dimana kita mempunyai kuasa dan pilihan untuk bertindak atau melakaukan sesuatu dan terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru ialah “ bagaimanakah keadaan lalulintas di Malaysia pada suatu hari nanti ?”. 4.9 Pendekatan Koperatif Pendekatan koperatif berasaskan konsep dimana murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif adalah seperti berikut : a. guru sampaikan pelajaran baru. b. murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. c. ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang berprestasi cemerlang.

4.10

Pendekatan kolaboratif

Mengikut Kamus Dewan (1998) , kolaboratif bermaksud kerjasama erat diantara dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama kea rah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan, nilai social

dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurangkan. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mempunyai cirri-ciri yang hampir sama dimana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

5.0 PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Kemahiran generic terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta kemahiran pemudahcaraan. Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran-kemahiran generic seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta kemahiran pemudahcaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5.1 Kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir engan kritis dan krestif, strategi berfikir dan kemahiran berfikir menaakul. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan ia bersifat evaluatif. Strategi berfikir ialah proses ber fikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat perkembangan secara rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir secara kritis banyak menggunakan aktiviti P&P , membanding dan membezakan, mengumpul dan mengelaskan, mencirikan, membuat urutan, menganalisis, mengesan kecondongan, menilai dan membuat kesimpulan. Kemahiran berfikir kreatif pula banyak mementingkan aspek menjanakan idea membuat inferens, membuat hubungkaitan, meramal, membuat hipotesis, membuat gambaran mental dan merekacipta.

5.2

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran ini melatih murid-murid supaya cerdas dalam menggunakan teknologi computer terkini dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kemahiran ini perlu dikuasai sejajar dengan konsep “ world clss education “. Tujuan guru mengajar kemahiran ini ialah ntuk menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Untuk guru mengajar kemahiran ini, sekolah perlu ada kemudahan makmal computer, bilik media, bilik internet dan bilik studio. Dalam mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru mesti menggunakan cara penilaian “ on-line “. 5.3

Kemahiran Pemudahcaraan

Kemahiran pemudahcaraan ialah satu kemahiran yang amat penting dan sesuai untuk aktiviti perbincangan. Kemahiran pemudahcaraan merupakan satu proses yang memudahkan sesuatu perbincangan. Dari segi pendidikan, ia adalah satu proses yang menggerakkan aktiviti pembelajaran. Seorang pemudahcara disebut juga sebagai fasilitator. Dalam kemahiran ini, peranan guru kurang dititikberatkan. Sebaliknya, peranan murid lebih dititikberatkan.Komponen-komponen yang terdapat dalam kemahiran pemudahcaraan ialah : a. menentukan struktur perbincangan. b. Teknik memulakan perbincangan. c. Membimbing murid merumus dan membuat cadangan pada penghujung sesuatu sesi pemudahcaraan. d. Teknik mengawal proses perbincangan.

Kelebihan pengajran denganmenggunakan kemahiran pemudahcaraan ialah : a. murid dapat melibatkan diri secara aktif b. murid telah bersedia lebih awal untul belajar. Guru boleh menjalankan proses P&P tanpa gangguan. Kelemahan pengajaran dengan menggunakan kemahiran pemudahcaraan ialah murid kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru.

BIBLIOGRAFI 1. Dr ragbir Kaur a/p Joginder Singh, Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Menengah, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lmpur. 2. Hazri Jamil, Hashim Othman, Rohizani Yaakub, 2004, Pengantar Kaedah Mengajar Mata Pelajaran Ilmu Kemanusiaan, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam. 3.

Modul 1/3 Ilmu Pendidikan ( Pengajian Professional), Kursus

Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah, 2003, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Related Documents