SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SELANGOR 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR
KERTAS PENERANGAN KURSUS/TRADE TAHAP/LEVEL DUTI/DUTY TUGAS/TASK OBJEKTIF PENCAPAIAN PENILAIAN/TERMI NAL PERFORMANCE OBJECTIVE NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN
PEMBUAT PERABOT A-010-1 TAHAP 1 01 – APPLY SAFETY PRACTICES 01.02 – use safety clothing/attire Use safety clothing/attire while performing activities so that the chances of accident or injuries is being avoided.
KESELAMATAN DIDALAM BENGKEL Bagi pelajar-pelajar yang baru saja masuk ke dalam bengkel, mereka mestilah berhati-hati dan benar-benar faham tentang keselamatan didalam bengkel. Untuk mengelakkan kemalangan, sesetengah bengkel itu telah sedia ada undang-undang yang tertentu diterangkan.Walaupun ianya nampak mudah tetapi jika tidak bersungguh-sungguh ianya susah untuk diikuti.
Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa saja jika tidak berhati-hati. Jauhilah kemalangan untuk keselamatan anda. Jangan sekali-kali membaling atau membuang lebihan kayu atau sampah didalam bengkel,gunakan tempat yang disediakan.
Jauhkan tangan anda daripada mata pisau atau pemotong yang tajam seperti pahat atau alat-alat lain yang tajam.pastikan mata tajamnya dihalakan kebawah ketika membawanya. Susun perkakas diatas meja kerja, jangan sesekali takuk atau ketuk dengan alat-alat tajam pada muka meja Jangan sesekali menjatuhkan atau membuang alat tidak tentu arah dan jangan cuba menangkap alat tajam yang hendak jatuh. Jangan bermain –main atau bergurau dengan alat-alat yang tajam. Jangan sesekali berlari dan bermain serta bergurau didalam bengkel. Selalu berhati-hati dengan kerja yang dianggap mudah seperti menukul paku. Jika tidak berhati-hati tangan anda yang kena tukul Apabila membawa kayu yang panjang hendaklah pastikan kedua-dua belah hujung tidak mengganggu atau terkena benda lain. Jika didalam bengkel itu menggunakan garisan samada putih atau kuning, hendaklah digunakan bagi keselamatan. Selalu berkerjasama diantara satu dengan lain terutama apabila mengangkat bahan-bahan yang berat serta mengangkat dengan cara yang betul. Jika hendak menggunakan jentera di bengkel,minta kebenaran terlebih dahulu daripada pengajar atau penjaga yang berkenaan. Semua meja kerja mestilah cukup kuat terutama pada sambungan – sambungan juga perlu bersih sebelum dan sesudah digunakan. Ragum meja hendaklah disapu minyak selepas kerja dan kunci dengan rapat agar tidak menggangu orang yang sedang berjalan. Hanya alat-alat yang perlu digunakan sahaja dibawa keluar dari peti alat dan disusun dengan betul. Alat-alat yang telah digunakan hendaklah disimpan semula ditempat asalnya dengan baik dan bersih serta disapu minyak. Semua kayu-kayu yang tidak diperlukan atau digunakan disimpan semula ditempat asalnya Jangan tinggalkan alat-alat dan bahan-bahan bersepah diatas lantai,tempat kerja luar dari bengkel,dikaki lima atau ditempat lain.
Apabila berjalan didalam bengkel atau tempat kerja, berhati-hati dengan paku yang terpacak pada kayu yang mana mungkin ditinggalkan oleh pekerja lain. Jangan sesekali memijak papan atau kayu yang tidak betul kedudukannya. Gunakan pelindung mata dan sarung tangan atau pelindung lain apabila menggunakan batu canai dan bila bekerja ditempat-tempat yang memerlukannya. Jangan sesekali membuat becak atau licin didalam bengkel. Jika berlaku gunakan habuk kayu bagi membersihkannya. Jangan sesekali menggunakan api didalam bengkel. Jika hendak menggunakannya juga, buatlah persediaan pencegah api terlebih dahulu. Apabila selesai membuat kerja dengan menggunakan cat,pengilap,mengasah alat samada batu canai atau batu asah dan lain-lain lagi, bersihkan tangan dengan sabun sehingga bersih. Berambut panjang yang menutup muka adalah dilarang. Jangan menjerit-jerit atau berpura-pura mendapat mendapat kemalangan didalam bengkel. Ini akan membuatkan rakan anda tidak percaya jika ianya benar-benar berlaku. Tali apron pada leher janganlah diikat terlalu ketat. Ianya hendaklah mudah dibuka dan ditanggalkan jika berlaku kemalangan.