Tangan Yang Memberi Lebih Mulia Daripada Tangan Yang Menerima

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tangan Yang Memberi Lebih Mulia Daripada Tangan Yang Menerima as PDF for free.

More details

  • Words: 211
  • Pages: 1
Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima " . Begitulah bunyinya pepatah Melayu yang menggambarkan keluhuran amalan menderma . Amalan menderma sememangnya amalan yang mulia . Namun, apakah sebenarnya manfaat yang dapat diperoleh daripada amalan menderma ? Sebenarnya terdapat pelbagai kepentingan amalan menderma . Antaranya ialah menderma mengajar kita erti bersyukur. Lazimnya, kita selalu lupa bersyukur kerana hanyut dalam keasyikan merungut. Ada pula yang bersifat “tangkai jering” kerana takut kehilangan harta apabila menderma. Namun, budaya menderma menyedarkan kita akan kewujudan Tuhan dan berterima kasih kepada-Nya kerana rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Bak kata pepatah Parsi , " Saya menangis kerana tidak berkasut sehingga saya melihat seorang yang tidak berkaki " . Selain itu, budaya menderma mendorong kita mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Terdapat ramai orang yang boros berbelanja hanya untuk menunjuk-nunjuk di khalayak ramai. Namun, sikap ini dapat dikikis apabila seseorang melihat kesusahan dan kemiskinan orang lain. Justeru, timbul kesedaran untuk hidup bersederhana apabila menderma. Di samping itu, menderma memupuk sikap saling membantu. Apabila menderma, yang kaya akan menolong yang kurang bernasib baik demi membantu beban golongan yang kurang bernasib baik itu. Maka, mereka tidak akan lagi bersifat individualistik atau terlalu bersifat materialistik. Sebagai kesimpulannya, amalam menderma banyak manfaatnya. Sehubungan itu , amalan menderma wajar dijadikan budaya hidup kita.

Related Documents