Tamadun India

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun India as PDF for free.

More details

  • Words: 1,670
  • Pages: 24
TAMADUN INDIA DISEDIAKAN OLEH; SAG 2009/10

Pengenalan • Tamdun India sukar dikesan, namun tamadun ini tetap mempunyai satu sejarah yang panjang dan berlangsung sehingga hari ini • Tamadun India bersifat dinamik dan dapat menyesuaikan diri dengan setiap zaman yang berkembang maju itu.

Konsep dan Takrif • Keunggulan Tamadun India kerana mengandungi beberapa agama seperti Hindu, Islam, Buddha, Jaina dan Sikh • Tamadun ini unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti agama, spirituilisme, falsafah, matematik, ekonomi, fizik, seni, budaya, astronomi dan sebagainya • Tamadun ini dianggap tertua di dalam dunia, ia masih sangat relevan bukan sahaja kepada penduduk India malah kepada manusia sejaga • Kedatangannya ke rantau Asia Tenggara dan Persekutuan Tanah Melayu berlaku dalam beberapa fasa; i. Pada awalnya mereka datang sebagai pahlawan semasa pemerintahan Raja Chola di India. ii. Peringkat kedua ialah kedatangan sebagai pedagang khususnya selepas pembukaan Melaka yang menjadi pusat perniagaan di rantau ini iii. Fasa ketiga mereka dibawa masuk sebagai buruh untuk bekerja di sektor perladangan dan lain-lain bidang tertentu.

Wilayah Terbahagi kepada dua wilayah iaitu India Utara dan India Selatan. Tamadun Indo-Arya • Penduduk-penduduk di India Utara dikenali sebagai masyarakat Indo-Arya. • Bahasa Sanskrit menjadi bahasa utama • Berpegang kuat pada empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva Tamadun Dravida • Rakyat di India Selatan pula dikenali sebagai masyarakat Dravida. Bahasa Tamil menjadi asas untuk semua bahasa Dravida • Kepercayaan, pemikiran, berasaskan kepada Saivisme dan Vaisanavisme.

Sejarah, Kerajaan dan Pentadbiran Zaman Prasejarah (10 000 S.M. – 1000 S.M.) • Zaman Batu Awal (Paleolitik), Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) dan Zaman Batu Baru (Neolitik).

Zaman Protosejarah (3000 S.M. – 1500 S.M.) • Zaman ini bermula di Lembah Sungai Indus. • zaman ini dianggap tertua dan terpenting kerana pencapaiannya dalam bidang ekonomi dan kebudayaan • Kehidupan di bandar secara tersusun dan sistem saluran dan bekalan air diadakan.

ZAMAN AWAL i. Zaman Vedik (1500 S.M. - 1000 S.M) • Menyaksikan kedatangan masyarakat Arya dari Asia Tengah. Mereka berjaya menjadi penduduk tetap di India dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Pergaulan ini melahirkan satu masyarakat yang dikenali sebagai Indo-Arya. • Orang-orang Arya menghalau masyarakat Dravida yang dahulunya menetap di kawasan tersebut ke selatan dan dengan itu keruntuhan Tamadun Indus mula berlaku. ii. Zaman Empayar Maurya (326 S.M. -185 S.M.) • Memberi sumbangan yang baik terutamanya dalam bidang agama seperti Buddhisme dan Jainisme • Dua orang tokoh yang masyhur dalam Empayar Maurya ialah Chandragupta Maurya dan Asoka • Menghasilkan kitab yang bernama Arthasastra karya Kautilya yang sehingga hari menjadi pengaruh kuat dalam soal-soal pemerintahan.

iii. Zaman Empayar Gupta (280-550 T.M) • Dikenali juga sebagai zaman klasik kerana perkembangan kesusasteraan Hindu khususnya dalam seni bina kuil. • Dua karya iaitu Sakunthala dan Kama Sutra dihasilkan pada zaman ini. iv. Zaman Sangam (300 S.M. – 300 T.M) • Tiga buah kerajaan yang terkenal iaitu Chera, Chola dan Pandya v. Zaman Gelap (250 T.M.- 600 T.M) • Memperlihatkan pemerintahan oleh raja-raja Kalabhra yang datang dari Utara

India. Mereka berjaya menundukkan raja-raja Chera, Chola dan Pandya untuk memerintah Negara Tamil. • Mereka menjadi penaung bagi agama Buddha dan Jaina Sumbangannya; • Empat kelas sosial iaitu Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra diperkenalkan. • Sistem Arya mempengaruhi kehidupan orang-orang Tamil khususya dalam upacara perkahwinan.

Zaman Pallava (600 T.M. - 900 T.M.)

• Kerajaan Pallava menggantikan pemerintahan Kalabhra Zaman Chola (900 T.M. – 1350 T.M)

• Merupakan zaman yang paling subur dalam sejarah negara Tamil. • Memperlihatkan zaman gemilangan kerajaan ini kerana pada masa itulah mereka melancarkan serangan-serangan luar dan memperluaskan sayap ke Dataran Ganga, Myanmar dan Sri Lanka.

Zaman Pertengahan i. Islam dan Dinasti Mughal (1526 T.M. – 1857 T.M.) • Islam dan pengaruhnya yang begitu berkesan di bahagian India Utara. • Pada abad ke-11 sudah wujud beberapa Kerajaan Islam. Bermula dengan Dinasti Subaktigin, Kerajaan Ghori, Kerajaan Khilji dan berakhir dengan Kerajaan Mughal, • Kerajaan Mughal merupakan kuasa dominan selama 400 tahun di India. Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja yang hebat seperti Babur, Humayun, Akbar, Jahangir, Shah Jahan dan Aurangzeb. ii. Kerajaan Vijayanagar (1350 T.M. – 1750 T.M.) • Kerajaan Viyayanagar mula menakluki kawasan Tamil Nadu di selatan.

Zaman Eropah (1750 T.M. – 1947 T.M.) • Bemula dengan Portugis menjejak kaki di Goa dan selepas itu, Inggeris masuk ke India dan akhirnya mengambil alih pentadbiran negara India secara keseluruhan. • Inggeris memerintah India bagi satu tempoh yang panjang dan menghadapi pelbagai tentangan daripada orang tempatan. • Sumbangan: • Inggeris menyebarkan agama Kristian • Banyak karya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. • Bentuk prosa diperkenalkan. • Muzik dan drama mendapat perhatian orang ramai. Genra seperti novel dan cerpen mula digunakan.

MASYARAKAT DAN BUDAYA Sistem Keluarga • Dibahagikan kepada masyarakat Indo-Arya (utara)dan masyarakat Dravida(selatan). • Terdapat susunlapis masyarakat mengikut Veda yang diistilahkan sebagai Ashrama dharma. Ianya adalah empat peringkat kehidupan i. Brahmacarya • meliputi individu yang berusia sehingga 24 tahun. • Tahap ini menentukan seseorang itu menerima ilmu pengetahuan di samping mendisiplinkan diri dalam usaha menempuh kehidupan selanjutnya. ii. Grahasta • Kehidupan berumah tangga • Melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga. • Melahirkan anak-anak yang baik budi • Peringkat ini menjadi nadi bagi tiga tahap lain.

iii. Vanaprasta • Memohon seseorang itu mengalih pandangan kepada unsur-unsur kerohanian dan keduniaan. • Mereka digalak menjadi pertapa dan bermeditasi. iv. Sannyasa. • seseorang itu tidak mempunyai perkaitan dengan hal-hal duniawi tetapi menyebarluaskan idea dan pengetahuan tentang kehidupan suci

Sistem Kasta • Empat kasta yang utama ialah Brahmin(pendidik), Ksatriya(pemerintah), Vaisya(peniaga) dan Sudra(pekerja). • Sebenarnya agama Hindu tidak mendukung konsep ini dan beberapa tokoh telah menolak kehadirannya dalam agama. Bahasa dan Kesusasteraan • Dua bahasa utama ialah bahasa Sanskrit dan bahasa Dravida. • Bahasa Sanskrit digunakan oleh kumpulan Indo-Arya, digunakan dalam penulisan kitab-kitab Veda • Bahasa Dravida merangkumi beberapa bahasa yang penting di bahagian Selatan India. • Bahasa-bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada dianggap penting dan bahasa Tamil dianggap sebagai bahasa tertua.

Agama Hindu • Agama Hindu atau Hinduisme merupakan satu cara hidup. • Agama Hindu sering disebut dengan istilah Sanatana dharma yang bermaksud agama yang kekal abadi. • Hinduisme berbeza dengan agama lain kerana tiada pengasas dan tarikh bermulanya agama ini juga tidak diketahui. • Agama Hindu dibahagi kepada enam mazhab mengikut Tuhan yang disembah, • Siva(Saivisme), Vishnu(Vaisnavisme), Sakti(Sakta), Muruga(Kaumaram), Ganesha(Ganapatiyam), Surya(Sauram) • Ia juga mengandungi amalan yang bersifat kepercayaan kepada kelahiran semula

• • • • • •

Dalam Hinduisme terdapat lima prinsip yang utama. (i) Kewujudan Tuhan yang tunggal, (ii) Manusia itu suci, (iii) Perpaudan melalui percintaan, (iv) harmoni agama dan (v) pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantra yang suci. • Sepuluh disiplin yang bersifat universal ialah kejujuran (satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak (Asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh), mengaji kitab (swadhyaya) dan penjimatan (Tapas).

Agama Buddha • Buddhisme berkembang bebas daripada pengaruh Veda. • Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama. • Matlamat Buddhisme ialah mengatasi samsara ataupun roda kelahiran semula. • Seseorang harus mengikis karma dengan menjauhi diri daripada perbuatan jahat. • Terdapat dua bahagian dalam ajaran ini iaitu; a. Empat Kebenaran Mulia i. Penderitaan itu universal (duhkha) Ii Ada punca segala penderitaan (duhkha samudaya) iii. Penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha) iv. Ada cara untuk mengatasi penderitaan (duhkha nirodha marga) b. Lapan Jalan Mulia. Pandangan yang betul (Kefahaman), Aspirasi yang betul (Cita-Cita), Pertuturan yang betul (Komunikasi), Kelakuan yang betul (Aksi), Kehidupan yang betul (Sara Hidup), Usaha yang betul (Daya Usaha), Minda yang betul (Mental), Konsentrasi yang betul (Meditasi)

Agama Sikh • diasaskan oleh Guru Nanak dan sembilan orang Guru Sikh termaktub dalam Sri Guru Granth Sahib Ji • Mesej Guru Nanak dalam ajarannya menyentuh kod moral (morality) dan kerohanian (spirituality) serta semangat kemanusiaan (humanity) tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan gender dalam masyarakat. • Guru Nanak mengasaskan agama Sikh dengan berpandukan sekiranya hendak mendekati (menyayangi) Tuhan maka haruslah kita mempunyai perasaan sayang antara satu sama lain dalam sesebuah masyarakat. •

• • • • • • • • • •

Agama Sikh merupakan agama monoteisme dan kepercayaan utama ialah mengenai kewujudan ketuhanan yang Satu, Iaitu bersifat nirankar (tidak berbentuk/formless), abadi, amat berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan sajalah yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Penganut Sikh menyebut nama Tuhan dengan perkataan Waheguru bermakna “Tuhan yang menakjubkan”. Guru Nanak menekankan konsep persaudaraan sesama manusia Kepercayaan Agma Sikh Kepercayaan kepada Tuhan yang Satu Kepercayaan kepada Guru Kepercayaan kepada Sri Guru Granth Sahib Ji Kepercayaan kepada kebebasan Kepercayaan kepada sistem demokrasi

Aliran Falsafah • Istilah Falsafah India merujuk kepada beberapa tradisi pemikiran falsafah yang berakar umbi di India termasuk Falsafah Hindu, Falsafah Buddha dan Falsafah Jaina.

Pandangan Semesta dan Nilai-nilai i. Sifat Penerimaan • Negara India bukan sahaja menyaksikan tiga zaman malah menerima pentadbiran Hindu, Muslim dan Inggeris. • Penghijrahan penduduk berlaku yang menyebabkan muculnya unsur-unsur budaya, tradisi, agama, falsafah, bahasa, idea dan sebagainya. • Memang berlaku perbezaan- kebaikan dan keburukan, toleransi dan kefanatikan, perpaduan dan perpecahan, kesetiaan dan ketidaksetiaan, kerjasama dan individualism, keadilan dan ketidakadilan. • Tetapi perbezaan hendaklah digunakan untuk mewujudkan perpaduan seperti kata “perpaduan dalam kepelbagaian”.

ii. Sifat Toleransi – Dasar pendidikan Inggeris diperkenalkan oleh penjajah Inggeris. Walaupun ianya bertentangan dengan pendidikan tempatan, namun orang-orang India menerima dengan sikap terbuka kerana ilmu yang terkandung di dalamnya. – Kebanyakan ahli-ahli pendidik menganggap mempelajari lebih dari satu bahasa akan membawa manfaat kepada rakyat. – Negara India mempunyai rakyat yang bertutur menggunakan bahasa berdasarkan negeri masing-masing. Mereka sanggup mempraktikkan sikap kebebasan berbahasa. – Unsur kedaerahan sangat kuat di Negara India. Bahasa, agama, kedudukan geografi semuanya membezakan rakyat. Tetapi sikap toleransi dan sifat hormat-menghormati telah menyatupadukan mereka.

Nilai-nilai • i) Ajaran Bhagavadgita dan isi kandungan karya Tirukkural mengutarakan nilai-nilai hidup yang penting. Segala perilaku manusia yang bercorak norma-norma hidup diterangkan secara terperinci dalam teks-teks ini. • • (ii) Empat nilai iaitu Dharma, Artha, Kama dan Moksha perlu didukung oleh setiap orang Hindu. Nilai-nilai ini hendaklah diamalkan dalam pemikiran, pertuturan dan kegiatan setiap masa. • (iii) Dua lagi nilai yang sangat bermakna ialah karma (perbuatan) dan ahimsa (kesederhanaan).

Pencapaian dalam pelbagai bidang • • • • • • • • •

Seni halus Seni Bina Seni Ukir Sains Matematik Astronomi Fizik Kimia & Logam Perubatan

TAMAT

Related Documents

Tamadun India
May 2020 21
Tamadun India
June 2020 19
(bab 3)tamadun India
June 2020 18
Tamadun India 2
June 2020 23