CTU151
CTU 151 – Tamadun islam Tajuk - PEMBENTUKAN TAMADUN ISLAM PERTAMA DI MADINAH
Isi kandungan Tajuk
Muka surat
Pendahuluan
2
Period Makkah
3
Period Madinah
4
Sosial
4-7
Politik
8-12
Ekonomi
13-16
Kesimpulan
17
Rujukan
18
Lampiran
19-24
Pendahaluan Tamadun menurut kamus dewan ialah kebudayaan, peradaban dan kemajuan.Tamadun menurut Islam ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagu seluruh masyarakatnya.Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.
1
CTU151
Para nabi dan rasul merupakan manusia pilihan utusan Allah untuk memimpin dan mambimbing manusia ke jalan yang benar. Nyatalah para nabi dan rasul merupakan pemimpin contohan dan mercu tanda sejarah ketamadunan manusia . Dalam koteks yang lebih khusus, Nabi Muhammad (SAW) merupakan nabi dan rasul yang terakhir dan penghulu para nabi dan rasul, tentunya mempunyai kedudukan yang tersendiri.Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam.
Semasa zaman Rasulullah s.a.w Terbahagi kepada 2 period : 1. Period Makkah(Zaman asas) 2. Period Madinah PERIOD MAKKAH
2
CTU151
•
Penekanan terhadap aspek spiritual,Mental,dan Akhlak masyarakat
Spiritual adalah membentuk kepercayaan kepada Allah yang esa.Dalam hal ini Rasulullah berusaha menghapuskan kegiatan pemujaan.
Mental adalah penekanan terhadap pemikiran yang lebih baik dan berkesan dalam melakukan sesuatu perkara.
Manakala akhlak masyarakat pula berkaitan pembentukan akhlak yang positif seperti usaha menghapuskan sikap yang berpuak-puak di antara kabilah.
•
Penumpuan yang diberikan oleh Rasulullah di Makkah adalah Bersifat penyediaan kaderkader(pelapis) yang mantap.
•
Selain itu,Baginda juga memberi tumpuan dalam menghadapi kejahatan puak-puak ekstrimis kuffar dan musyrikin.Hal ini kerana mereka tidak membenarkan kebebasan melaksanakan ajaran islam .
•
Malahan juga mereka bertindak kejam terhadap kaum muslimin yang jumlahnya sedikit.
•
Selama 13 tahun Rasulullah di Makkah dan dikenali sebagai masa-masa kritikal serta meyiksakan umat islam.
•
Penghijrahan ke habsyah dan taif tidak memberi kejayaan kepada umat islam tetapi mereka tetap tabah dan yakin dengan akidah yang baru dianuti.
•
PERIOD MADINAH
Bermulanya syariat samawi iaitu :
3
CTU151
Sosial
politik
Ekonomi SOSIAL
Setelah
Rasulullah
berhijrah
ke
Madinah,Madinah
menjadi
pusat
kerajaan
Islam.Rasulullah mula membentuk satu masyarakat kerajaan baru dan memperkemaskan dala usaha menyampaikan seruan Islam kepada sekalian manusia.Penghijrahan Rasulullah juga bermulanya tarikh hijrah. Semasa penghijrahan Rasulullah ke Madinah terdapat tiga kaum iaitu :
Kaum Muhajirin iaitu orang islam dari Makkah yang berpindah mengikut Rasulullah yang mengelak dari ancaman Quraisy
Keduan ialah pendudukasal Madinah yang beragama Islam yang banyak member sokongan
kepada Baginda yang terdiri daripada kaum Aus dan kaum
Khazraj.kaum kedua ini lebih dikenali dengan kaum Ansar.
Ketiga adalah kaum yahudi dan juga munafik.
Rasulullah telah Berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu dibawah perpaduan yang berteraskan agama Islam.Agama Islam menjadi asas bagi semua anggota masyarakatnya.Melalui teras itu mereka dapat bertolak ansur dalam semua hal kecuali berhubung dengan hal-hal agama.selain itu mereka dapat mengawal dan membelakangkan perasaan perkauman.
4
CTU151
Dasar kedua adalah menyusun dan mengatur stratifikasi sosial masyarakat arab dari negatif kepada positif.Penyatuan ini tidak pernah ada dalam fikiran mereka(masyarakat Madinah) telah menjadi satu kenyataan setalah kedatangan Rasulullah. Berdasarkan kepada dasar-dasar itulah berdirinya satu masyarakat yang mempunyai keperibadian tersendiri.Dengan itu
wujudnya kehidupan lebih tenteram dan aman serta
memelihara muslihat orang ramai.Keamanan yang jelas seperti Mempersaudarakan golongan ansar dan muhajirin sehingga mereka sanggup berkorban demi kepentingan bersama. Selain itu, taraf wanita juga dimartabatkan apabila mereka dibolehkan menerima harta pusaka kerana sebelum ini mereka tiada hak dalam mewarisi harta pusaka.Kesimpulannya agama Islam mengambil berat terhadap kaum wanita dengan menentukan hak-hak yang sama rata,tidak seperti keadaan pada zaman ssebelum kedatangan Islam. Walaupun Yahudi itu berlainan agama,namun mereka diberi hak yang sama seperti yang didapati umat Islam disamping peluang untuk menganut agama Islam sentiasa terbuka untuk mereka. Di Madinah Rasulullah mula mendirikan masjid untuk dijadikan tempat yang pertama menegakkan syiar agama dan seterusnya menjadikan masjid sebagai tempat tumpuan orang Islam untuk mendapat pengajaran dan menerima hukum-hukum yang disampaikan Rasulullah. Fungsi lain bagi institusi masjid ialah :
Markaz : tempat orang-orang Islam berkumpul
Madrasah : tempat pembelajaran
5
CTU151
Menyelesaikan masalah ketenteraan dan kehakiman.
Pembinaan Manusia juga diutamakan Rasulullah semasa di Madinah. Pembinaan manusia tersebut adalah bersifat menyeluruh merangkumi dimensi asasi manusia, iaitu kerohanian ,keintelektualan dan kejasmanian. Ketiga-tiga unsur tersebut dibina secara seimbang dan sepadu agar manusia yang dibina tersebut betul-betul mantap kemanusiaannya. 1. Pembinaan kerohanian yang utuh kerana kerohanian merupakan dimensi utama manusia. Berdasarkan kepada arahan Allah, baginda memandu diri baginda dan pengikutnya agar melaksanakan kegiatan yang boleh meningkatkan kualiti kerohanian, di antaranya ialah melaksanakan amalan qiyamullayl. Amalan ini sejajar dengan arahan Allah, yang bermaksud:
“Hai
orang
yang
berselimut
(Muhammad
SAW)!,
bangunlah
(
untuk
bersembahyang), di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),,iaitu seperdua, atau lebih
dari
seperdua
itu
sedikit”
(al-Muzammil
:1-4).
Amalan bangun tengah malam itu dipenuhi dengan amalan-amalan yang boleh memantapkan kerohanian, seperti melakukan amalan sembahyang sunat, seperti sembahyang sunat tahajjud, hajat, tasbih, witir dan sebagainya. Di samping mengisinya juga dengan amalan berzikir,membaca al-Quran, bertafakkur dalam yang lainya.
6
CTU151
Di samping amalan menghidupkan malam, pelbagai kegiatan lain dilaksanakan yang
dapat meningkatkan kualiti kerohanian, seperti bersedekah,berpuasa sunat
pada hari Isnin dan Khamis dan lainnya. 2. Di samping kerohanian, baginda juga menekankan peri pentingnya ilmu dan keintelektualan. Walaupun baginda tidak mendapat pendidikan yang formal seperti hari ini, namun proses peningkatan keilmuan dan keintelektualan terus berkembang. Ini adalah terkesan langsung dari semangat “iqra’” yang dicetuskan dari ayat pertama yang diturunkan Allah kepada baginda. Daya ilmu dan keintelektualan baginda sentiasa berkembang dan mendapat bimbingan dari Allah. Tentunya keintelektualan baginda bersumberkan hidayah dari Allah dan al-Quran itu sendiri. Berdasarkan bimbingan dan petuinjuk dari Allah, menjadikan pemikiran dan keintelektualan baginda sentiasa benar dan tepat. Hal ini dinyatakan oleh Allah melalui
firman-Nya
yang
bermaksud:
“Dia tidak berkata menurut nafsunya tetapi (apa yang diperkata) adalah sesuatu yang diwahyukan kepadanya” (an-Najm :3) 3. Selain dari unsur kerohanian dan keintelektualan, Rasulullah (SAW) juga menekankan persoalan fizikal atau kejasmanian. Unsur yang memberi kesan kepada kesejahteraan fizikal diberikan perhatian, seperti penjagaan kebersihan diri dan persekitaran, pemakanan dan latihan fizikal atau riadhah. Mengenai pemakanan, baginda menekan makanan itu mestilah halal dan baik Baik itu merujuk kepada yang bersih dan berzat serta berkualiti. Baginda menganjurkan
7
CTU151
amalan pemakan yang sihat, seperti makan ketika lapar, dan berhenti sebelum (terlalu) kenyang.
POLITIK Kamus Dewan Edisi Tiga, "politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga, kelicikan, muslihat atau tipu muslihat. Semasa di Madinah Rasulullah telah merangka satu perlembagaan iaitu piagam Madinah(perjanjian Madinah). Piagam Madinah juga kenali sebagai Sahifah al-Madinah yang diiktiraf sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Maksud Piagam Madinah ialah perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama oleh semua golongan yang terdiri daripada orang Islam dan Yahudi yang menjadi warga Negara Madinah al-Munawarrah di bawah pimpinan Rasulullah SAW. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal(disediakan dalam lampiran). 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. Manakala 24 fasal lagi membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan yahudi.
8
CTU151
Dalam Rasulullah merangka piagam Madinah,terdapat tiga langkah yang diambil untuk melaksanakannya iaitu : 1. mendirikan sebuah masjid(masjid Nabawi).
Pertama ,Melalui institusi masjid,Rasulullah telah menjadikan masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran(parlimen) Rasulullah.Fungsi lain bagi institusi masjid seperti : 2. Mempersaudarakan kaum ansar dan Muhajirin Kedua,Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. 3. Mengadakan
perjanjian
dengan
orang
Yahudi
mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
9
supaya
sama-sama
CTU151
Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka terbentuklah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah: Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda. Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah. Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing. Semua
penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan
mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah. Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut Semua penduduk tidak boleh menyakiti, menzalimi dan memusuhi antara satu sama lain, sebaliknya
mereka
mesti
hidup
tolong-menolong
untuk
pembangunan,
ekonomi
dankeselamatan masyarakat. Setiap kaum hendaklah merujuk kepada Rasulullah SAW sebagai ketua negara apabila timbul sebarang masalah atau permusuhan sesama mereka
10
CTU151
Mana-mana pihak dilarang mengadakan hubungan dengan pihak luar terutamanya dengan Musyrikin Makkah dan sekutu mereka Piagam ini mempunyai kuasa melindungi semua pihak yang mempersetujui dan mempunyai hak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya.
Tujuan Piagam Madinah Menghadapi masyarakat majmuk Madinah dan Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum.
Masyarakat majmuk iaitu :
Orang Islam(Muhajirin dan Ansar)
Orang musyrikin Arab
Orang Yahudi terdiri daripada Bani Qainuqak,Bani al-Nadir dan Bani Quraizah.
Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Melalui peraturan
yang
dilaksanakan,Nabi Muhammad s.a.w berjaya menyusun dan mengatur stratifikasi sosial masyarakat arab dari negatif kepada positif . Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan,seterusnya mewujudkan keamanan
dan ketenteraman di Madinah. Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.Antaranya
seperti Taraf wanita di martabatkan yang berkaitan Harta pusaka. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin dan ansar melalui
Mempersaudarakannya
sehingga
mereka
11
sanggup
berkorban
demi
kepentingan
CTU151
bersama.selain itu, memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah. Selain golongan muhajirin dan ansar, hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam
(Yahudi) juga diketengahkan dengan merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi. Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
Prinsip Piagam Madinah Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah
dicatatkan Kebebasan beragama Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
12
CTU151
Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
EKONOMI Ekonomi
adalah
penting
dalam
mengendalikan
sesebuah
kerajaan.Semasa
di
Madinah,Rasulullah telah berusaha menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi.Tunggak kekuatan ekonomi sesebuah negara itu adalah bergantung kepada hasil dalam negerinya. Cukai adalah merupakan salah satu daripada sumber yang terpenting. Tetapi dikalangan masyarakat Arab Jahiliah dijelaskan oleh Profesor K. Ali, mereka tidak mengetahui dan tidak ada sistem cukai serta jahil tentang perbelanjaan negara. Rasululllah s.a.w adalah yang merupakan orang yang pertama yang memperkenalkan sistem cukai dengan penubuhan Perbendaharaan negara setelah baginda berjaya menubuhkan sebuah kerajaan pusat. 1) Mengemaskini pungutan zakat, ghanimah,fai’,Jiziyah,usyr,kharaj
13
CTU151
Zakat
Zakat niaga, tani, ternak, rikaz, cth;
Tamar dan emas Ghanimah Harta rampasan perang Fai’
Harta yang diperoleh tanpa berlaku
Jizyah
peperangan Cukai daripada
Kharaj
seperti:Zimmi Cukai tanah, cth; Pertanian
Usyr
Cukai perniagaan
orang
kafir,
Penjelasan mengenai sistem ekonomi yang digunakan Rasulullah
•
Zakat adalah merupakan salah satu daripada institusi yang amat penting di dalam sesebuah Negara Islam sehingga Al-Quran menjadikannya sebagai sesuatu yang wajib atau fardu ke atas setiap umat islam yang berkemampuan dan cukup syarat. Zakat hanya terkhusus kepada umat islam sahaja. Diantaranya ialah binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing dan sebagainya, hasil pertanian seperti gandum, padi, tamar, emas, perak serta barang-barang dagangan lain.Nisab atau jumlah minimun yang mesti dikeluarkan zakat merupakan syarat yang perlu ada pada sesuatu harta benda yang di wajibkan zakat. Pada zaman Rasulullah,bayaran zakat bagi setiap lelaki yang sihat adalah satu dinar setahun.Bayaran bentuk ini terlebih dahulu dikenakan oleh kerajaan Parsi yang dikenali dengan istilah genit.
•
Ghanimah adalah harta yang diperoleh ekoran daripada peperangan yang ditinggalkan oleh musuh. Istilah khums juga dikenali di zaman Rasulullah s.a.w yang membawa erti yang sama dengan ghanimah. Di antara harta itu ialah kuda, senjata dan
14
CTU151
sebagainya.Hanya satu perlima peratus sahaja dimasukkan kedalam perbendrahan Negara.manakala empat lagi dibahagi-bahagi kepada tentera-tentera islam. Ghanimah ini di Zaman Rasulullah adalah mengikut arahan Al-Quran digunakan untuk membantu Rasulullah sekeluarga,fakir miskin ,anak yatim,orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebarang kerja untuk kebajikan umat Islam. •
Fai’ ialah hasil yang diperoleh dari tanah-tanah di wilayah-wilayah yang dutakluki oleh Negara Islam.Pada zaman Rasulullah ,banyak jenis tanah dan hasilnya digunakan untuk kebajikan umat Islam sejagat.
•
Kepada non-islam mereka dikehendaki membayar jizyah sebagai ganjaran kepada pemerintah Islam di dalam menjaga keselamatan mereka dan pengecualian mereka dari perkhidmatan tentera untuk mempertahankan negara Islam dari musuh sama ada dari dalam atau luar.Apabila pemerintah Islam gagal untuk melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara nyawa dan harta mereka,maka jizyah akan dikembalikan semula.
•
Kharaj adalah cukai tanah yang dikenakan kepada non-Islam yang memiliki tanah. Kharaj yang pertama kali diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w selepas Peperangan Khaibar.
•
Cukai perniagaan yang dinamakan usyr, dikenakan keatas orang-orang yang bukan Islam yang berniaga di dalam negeri Islam,setelah cukai yang seumpama itu dikenakan terlebih dahulu ke atas orang Islam yang berniaga.di negeri yang bukan Islam
2) Rasulullah juga memberi galakan kepada orang islam untuk menceburkan diri dalam bidang
perniagaan.Hal ini adalah untuk memperluaskan ekonomi yang dijalankan di Madinah demi kepentingan penduduk setempat.Dalam kehidupan ini perniagaan adalah 9/10 daripada hasil
15
CTU151
ekonomi.selain daripada asset untuk perbelanjaan harian,perniagaan yang ditekankan Rasulullah adalah untuk memecah monopoli yang selama ini dikuasai oleh Yahudi. Dengan cara yang digunakan Rasulullah ini berkesan kepada masyarakat Islam.Hal ini kerana masyarakat Islam dapat memecahkan jaringan kewangan golongan Yahudi yang memerangkap orang-orang miskin dengan member pinjaman atas kadar faedah yang tinggi. Melalui perniagaan ini Rasulullah dapat meningkatkan ekonomi kerajaan di Madinah dengan adanya cukai pernigaan yang diperkatakan di atas.
3) Penekanan dalam bidang pertanian dan pertenakan juga penting dalam melincinkan
pentadbiran ekonomi di Madinah.melalui pertanian ini umat islam di Madinah dapat berdikari mencari rezeki walaupun sedikit. Di samping keuntungan dari kegiatan ekonomi,umat Islam juga dapat menyihatkan tubuh badan mereka.oleh itu sistem yang digunakan di Madinah amat berkesan kepada umat Islam sejagat.
16
CTU151
KESIMPULAN Ringkasnya pembentukan kerjaan islam di madinah melambangkan Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh .kesabaran ,kebijaksanaan dan kemurnian akhlak Rasulullah Merupakan kunci kejayaan pembentukan tamadun islam. Rasulullah (SAW) sesungguhnya pemimpin agung pilihan Allah. Ketokohan baginda dalam bidang kepimpinan begitu menyerlah dalam segenap sudut dan peringkat. Baginda pemimpin diri sendiri yang berkesan. Pemimpin keluarga yang memikat. Pemimpin masyarakat dan negara yang cukup berpengaruh. Baginda pemimpin contohan dan ikutan. Pemimpin yang dihormati bukan ditakuti. Pemimpin yang dikasihi dan disayangi.Wajar amat kiranya kepimpinan baginda itu ditelaah, ditekenuni dan diambil mutiara darinya untuk menerangi kehidupan.Mudah-mudahan kita akan menjadi umatnya, yang ingin mengambil iktibar dan contoh dari kehidupan baginda. Inilah sebahagian dari rasa kasih dan cinta kita kepada baginda!
17
CTU151
Rujukan Cetakan Kedua 1972 •
•
Kepimpinan nabi Muhammad
Cetakan Ketiga 1978
s.a.w
Cetakan Pertama edisi Kedua
- oleh Ismail Nor. (BP
75.13.186) tahun 2000.
1982
Dicetak
Hakcipta Dewan Bahasa Dan
olehPERCETAKAN
CERGAS (M) SDN. BHD.n
Pustaka
No, 29, Jalan 2/148A
Dicetak oleh:
Tmn. Sg. BesiIndustrial Part,
Percetakan Dewan Bahasa dan
57100 Kuala Lumpur.
Pustaka, Kuala Lumpur.
Sejarah
Islam(BP
50.K43)tahun 1979
•
Cetakan Pertama 1986
18
Buku CTU – Tamadun Islam.
CTU151
Pusat
Pemikiran
dan
4200-A, Simpang Tiga Telipot,
Kefahaman Islam
Jalan Sultan Yahya Petra,
(Center For Islamic Thought
Peti
and Understanding)
Bharu, Kelantan.
Universiti
Teknologi
67,
15700
Kota
MARA,
2006
•
Dicetak oleh: PUSTAKA
Surat
Pengatar
tamadun
Islam(BP
50.M87)tahun 1985. AMAN
PRESS.
•
Internet(Wikipedia)
SDN. BHD.
LAMPIRAN
Kandungan Piagam Madinah Fasal 1 : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lali masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.
Fasal 2 : Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.
Fasal 3 : Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggungmenanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.
19
CTU151
Fasal 4 : Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orangorang yang beriman.
Fasal 5 : Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersamasama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 6 : Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 7 : Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 8 : Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 9 : Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 10 : Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
20
CTU151
Fasal 11 : Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 12 : Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil. Fasal 12-b : Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu. Fasal 13 : Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.
Fasal 14 : Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.
Fasal 15 : Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.
Fasal 16 :Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.
Fasal 17 : Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
Fasal 18 : Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.
21
CTU151
Fasal 19 : Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.
Fasal 20 : Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguhteguhnya. Fasal 20-b : Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)
Fasal 21 : Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.
Fasal 22 : Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.
Fasal 23 : Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.
Fasal 24 : Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang
Fasal 25 : Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
Fasal 26 :Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
22
CTU151
Fasal 27 :Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 28 :Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 29 :Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 30 :Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 31 :Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
Fasal 32 : Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)
Fasal 33 : Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.
Fasal 34 :Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.
Fasal 35 : Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
Fasal 36 : Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad. Fasal 36-b : Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
Fasal 37 : Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang
23
CTU151
memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, samasama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa. Fasal 37-b : Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.
Fasal 38 : Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
Fasal 39 : Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
Fasal 40 : Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
Fasal 41 : Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
Fasal 42 : Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya
Fasal 43 : Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
Fasal 44 :Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
Fasal 45 : Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).
24
CTU151
Fasal 46 :Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.
Fasal 47 : Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.
TAMAT
25