Tajwid

  • Uploaded by: Sergio Perry
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tajwid as PDF for free.

More details

  • Words: 7,619
  • Pages: 23
Perkembangan Ilmu Tajwid di Tanah Melayu Written by admin on June 21, 2009 — Leave a Comment

Assalamualaikum pembaca sekelian, Semasa saya ‘merayau-rayau’ di alam internet untuk mencari-cari idea untuk penulisan saya,saya telah terbaca satu artikel tentang sejarah ilmu tajwid.Jadi saya telah letakkan artikel tersebut di blog saya untuk bacaan anda.Di akhir artikel saya sertakan juga link asal artikel tersebut.Anda boleh klik link tersebut untuk membaca lebih lanjut sambungan artikel tersebut. PENDAHULUAN Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai mukjizat, diturunkan secara mutawatir, membacanya adalah satu ibadah dan ianya bermula dari surah al-fatihah dan berakhir dengan surah an-nas. Membaca al-Quran adalah ibadah, dan pembacaannya mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sepertimana firmanNya dalam surah al-muzammil ayat ke empat yang bermaksud: “ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan “Tartil”. (perelokkan sebutan dan mengetahui tempat waqaf). Hal ini dijelaskan lagi oleh rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang berbunyi “

ٍ ‫ن َكْع‬ ‫ب‬ ِ ‫ى ْب‬ ّ ‫جَبٍل َوُاَب‬ َ ‫ن‬ ِ ‫ساِلٍم َوُمَعاٍذ ْب‬ َ ‫سُعوٍد َو‬ ْ ‫ن َم‬ ِ ‫ل ْب‬ ِ ‫عْبُدا‬ َ ‫ن‬ ْ ‫ن َأْرَبَعٍة ِم‬ ْ ‫ن ِم‬ َ ‫خُذوا اْلُقْرَءا‬ ُ Bermaksud : Ambillah al-Quran dari empat orang iaitu Abdullah ibn Masud, Salim, Muadz dan Ubai ibn Ka’ab. Ulamak telah meletakkan garis panduan yang masyhur dalam pengriwayatan dan rukun bacaan al-Quran. Rukun-rukun bacaan al-Quran yang telah disepakati oleh para ulamak adalah seperti berikut: i) Hendaklah dari sanad yang sahih, ianya diriwayatkan oleh seorang yang adil dan kuat ingatan serta bersambung sanadnya kepada rasulullah s.a.w tanpa keganjilan dan kecacatan yang mengaibkan. ii) Ianya menepati bahasa ِArab walaupun satu wajah atau bentuk. Bacaan tersebut hendaklah menepati kaedah bahasa Arab yang fasih dan disepakati dan kalaupun ada percanggahan ianya tidaklah memudaratkan. iii) Menepati salah satu mushaf Uthmani dari segi bacaannya. Ianya hendaklah pasti wujud pada salah satu mushaf walaupun tidak ada dalam mushaf Uthmaniyah yang lain. Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang mempunyai banyak kelebihannya. Orang yang selalu membaca al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat, di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca al-Quran, kelebihan melimpah juga diberi kepada kedua ibubapanya. Ini diakui sendiri oleh rasulullah s.a.w melalui hadisnya yang berbunyi “

ِ‫عِمَل ِبَما ِفيه‬ َ ‫ن َو‬ َ ‫ن َقَرَأ الُقْرَءا‬ ْ ‫ َم‬: (‫ل )ص‬ ِ ‫سوُل ا‬ ُ ‫ َقا َل َر‬: ‫ي َقاَل‬ ْ ‫جَهيِن‬ ُ ‫ن ُمَعاٍذ ال‬ ْ‫ع‬ َ ‫ت الّدْنَيا َلْو‬ ِ ‫س ِفى ُبُيو‬ ِ ‫شْم‬ ّ ‫ضْوِء ال‬ َ ‫ن‬ ْ ‫ن ِم‬ َ‫س‬ َ ‫ح‬ ْ ‫ضْؤُؤُه َا‬ َ ‫جا َيْوَم اٌِلَياَمِة‬ ٍ ‫س َواِلَداُه َتأ‬ َ ‫ُأْلِب‬ ‫عِمَل ِبهَذا‬ َ ‫ظّنُكْم ِباّلِذى‬ َ ‫ت ِفيُكْم َفَما‬ ْ ‫َكاَن‬ Ertinya : “ Dari Muadz al-Juhani telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w “ Sesiapa yang membaca al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi dari cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya”. Al-Quran juga dapat memberi syafaat ( pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t di hari kiamat. Ini berpandukan hadis Rasulullah yang berbunyi

ِ‫عْنَد ال‬ ِ ‫ضَل َمْنِزَلًة‬ َ ‫شِفيٍع َأْف‬ َ ‫ن‬ ْ ‫ َما َم‬: (‫ل )ص‬ ِ ‫سوُل ا‬ ُ ‫ل َقا َل َر‬ ً‫س‬ َ ‫سِلْيٍم ُمْر‬ َ ‫سِعْيٍد‬ َ ‫ن‬ ْ‫ع‬ َ ‫غْيُرُه‬ َ ‫ك َوَل‬ ٌ ‫ى َوَل َمَل‬ ّ ‫ َل َنِب‬, ‫ن‬ ِ ‫ن الُقْرَءا‬ َ ‫َيْوَم الِقَياَمِة ِم‬ Ertinya: “ Dari Sa’id Salim secara mursal telah berkata, telah berkata Rasulullah s.a.w “ Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya”. Membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan orang yang taat. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ Sesiapa yang mendengarkan satu ayat daripada alQuran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya di hari kiamat. Pada keseluruhannya pahala membaca al-Quran sangat banyak dan terlalu besar bagi umat islam yang membaca dan mengamalkannya. Walhal bacaan dalam solat dan berwuduk juga akan mendapat balasan pahala dari Allah. Pahala membaca al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf adalah seratus kebajikan dan semasa berwuduk pula mendapat sepuluh kebajikan. http://balliqul-ilm.blogspot.com/2008/10/perkembangan-ilmu-tajwid-di-tanah.html

Alat-alat ucapan Written by admin on July 9, 2009 — Leave a Comment

Assalamualaikum pembaca sekelian, Tahukah anda bahawa ketika kita membaca al-Quran, sebanyak tujuh belas alat ucapan yang terlibat. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengetahui apakah alat-alat ucapan tersebut. Untuk posting kali ni saya nak berkongsi dengan anda tentang alat-alat ucapan yang digunakan ketika kita menyebut atau membaca ayat-ayat al-Quran. Penting untuk kita mengetahui alat-alat ucapan berikut supaya apabila kita mula mempelajari makhraj-makhraj huruf, maka kita akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah.

Saya telah sediakan gambarajah yang disertakan dengan nombor-nombor. Nombor-nombor tersebut kemudiannya diletakkan dengan nama bagi alat-alat ucapan yang terlibat.

1. Bibir mulut 2. Gigi 3. Gusi gigi 4. Langit-langit keras 5. Langit-langit lembut 6. Anak lidah(anak tekak) 7. Hujung lidah 8. Tengah lidah 9. Pangkal lidah 10. Epiglotis 11. Saluran makan 12. Rongga mulut 13. Dengung 14. Rongga kerongkong 15. Biji halqum 16. Pita suara 17. Saluran nafas http://www.abdullahidris.com/2009/06/hukum-tajwid/pengenalan-ilmu-tajwid/ Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa berkunjung ke blog saya.Inilah post saya yang pertama berkaitan dengan ilmu tajwid,tapi untuk permulaan ni,hanya info yang asas tentang ilmu tersebut.

Sebelum kita mula mempelajari ilmu tajwid,sebaiknya kita memahami terlebih dahulu bahawa setiap ilmu mempunyai 10 asas yang menjadi dasar pemikiran kita.Di bawah ini saya kemukakan 10 asas ilmu tajwid. 1. Pengertian tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu Menurut istilah ilmu tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat mendatangnya. 2. Hukumnya : Mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu kifayah dan mengamalkannya iaitu membaca al-Quran dengan bertajwid ialah fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf. 3. Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah-kalimah al-Quran 4. Kelebihannya : Ia adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkait dengan kitab Allah Al-Quran Al-Karim,berdasarkan sepotong hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya” 5. Penyusunnya : Imam-imam qira’at. 6.Faedahnya : Untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.InsyaAllah. 7. Dalilnya : Dari kitab al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. Dalil dari al-Quran ialah dari surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud : ” Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil” Tartil bermaksud bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul dan memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf yang berkenaan dan memelihara segala hukum Tajwid serta merenung maknanya.Manakala makna tartil menurut saidina Ali ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti. Dalil dari hadis rasulullah s.a.w pula ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”. 8. Namanya : Ilmu Tajwid 9. Masalah yang diperbincangkan : mengenai kaedah-kaedah dan cara bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan. 10. Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar daripada Allah s.w.t.

Mad Badal( ‫) البدل‬ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati). Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Alif( ‫) ا‬seperti:( ‫) آمنوا‬kerana asalnya( ‫) ءأمنوا‬. Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf Hamzah kedua ditukarkan

menjadi huruf Ya' seperti:( ‫) إيمانا‬kerana asalnya( ‫) إئمانا‬. Sekiranya huruf Hamzah pertama berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Wau( ‫) و‬seperti:( ‫) أوتوا‬kerana asalnya( ‫) أؤتوا‬. Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat seperti Mad Tabi'i. Mad 'Aridh( ‫) العارض للسكون‬ialah Mad yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana huruf terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun kerana memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia akan menjadi Mad Tabi'i. Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca secara pendek dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar empat harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat seperti:( ‫) الحمد لله رب العالمين‬. Mad 'Aridh mengambil hukum Mad Lin iaitu memanjangkan bacaan Wau dan Ya' Sukun dan terdapat huruf berbaris atas sebelum Wau dan Ya' ketika berhenti. Ia dinamakan dengan nama tersebut ialah kerana sebutannya terlalu lembut dan mudah seperti di dalam ayat:( ‫) فليعبدوا رب هذا البيت‬ Mad Munfasil iaitu bercerai( ‫) المنفصل‬ialah huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat pada awal kalimah berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad terpisah dari huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain. Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs. Mad SilahKubra (iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ‫ه‬ ُ ‫) ـ‬dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ‫ه‬ ِ ‫ )) ـ‬juga termasuk di dalam hukum Mad Munfasil. Apabila terdapat huruf Hamzah yang berada dalam keadaan berasingan di dalam kalimah berikutnya selepas huruf Wau Silah dan Ya' Silah, hukumnya adalah mengikut hukum Mad Munfasil jika dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti, ia tidak boleh dibaca secara Mad. Mad Muttasil iaitu berangkai( ‫) المتصل‬ialah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti. Mad Lazim Harfi Muthaqqal( ‫) المد اللزم الحرفي المثقل‬ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid. Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah. Ia dinamakan Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat Tasydid pada Sukunnya. Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat seperti huruf Lam di dalam kalimah( ‫) الم‬. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf( ‫) المد اللزم الحرفي المخفف‬. Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang

tidak bertasydid. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana sebutannya terlalu ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak berdengung seperti huruf Mim di dalam( ‫) الم‬. Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair( ‫) صله سحيرا من قطعك‬dan ia terbahagi kepada empat bahagian: Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di dalam bait syair( ‫) كم عسل نقص‬kecuali huruf 'Ain. Bahagian ini dibaca enam harakat dengan sempurna. Kedua: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf 'Ain. Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan pertengahan empat harakat. Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair( ‫) حي طهر‬. Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan kadar dua harakat. Keempat: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat padanya huruf Mad. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal( ‫) المد اللزم الكلمي المثقل‬. Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat tasydid pada Sukunnya. Contohnya Alif di dalam kalimah( ‫) الضالين‬, dari firman Allah s.w.t( ‫غير‬ ‫) المغضوب عليهم ولالضالين‬. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf ‫ المد اللزم الكلمي المخفف‬. Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu kalimah. Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan dengan Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung. Contohnya di dalam kalimah( ‫) أالن‬ di dalam dua tempat surah Yunus ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut.

Allah Ta'ala berfirman : "Maka bacalah Al-Qur'an dengan tartil (yang sebaik-baiknya)." (QS. Al-Muzammil : 4) Rasulullah bersabda : "Bacalah olehmu Al-Qur'an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/pertolongan ahli-ahli Al-Qur'an (yang membaca dan mengamalkannya)." (HR. Muslim) Rasulullah bersabda : "Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya kepada orang lain." (HR. Bukhori) Sebelum mulai mempelajari Ilmu Tajwid sebaiknya kita mengetahui lebih dahulu bahwa setiap ilmu ada sepuluh asas yg menjadi dasar pemikiran kita. Berikutnya dikemukakan 10 asas Ilmu Tajwid. 1. Pengertian Tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu. Menurut istilah Ilmu Tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf. 2. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dgn bertajwid adalah Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat ygt mukallaf. 3. Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah² Al-Quran. 4. Kelebihannya : Ia adalah semulia mulia ilmu kerana ia langsung berkaitan dgn kitab Allah Al-Quran. 5.Penyusunnya : Imam-Imam Qiraat. 6. Faedahnya : Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah didunia dan akhirat. Insya-Allah. 7. Dalilnya : Dari Kitab Al-Quran dan Hadis Nabi ( S.A.W )

8. Nama Ilmu : Ilmu Tajwid 9. Masalah yg diperbaincangkan : Mengenai keadah² dan cara² bacaannya secara keseluruhan yg memberi pengertian hukum² cabangan. 10. Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat² suci Al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dgn penurunannya yg sebanar dari Allah ( S.W.T ) Tingkatan Bacaan Al Quran Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan.

1. At-Tartil : Bacaannya yg perlahan², tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yg tepat serta menurut hukum² bacaan Tajwid dgn sempurna, merenung maknanya, hukum dan pengajaran daripada ayat. 2. At-Tahqiq : Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf drp makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. 3. Al-Hadar : Bacaan yg cepat serta memelihara hukum² bacaan Tajwid. 4. At-Tadwir : Bacaan yg pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum² Tajwid. Perhatian : * Tingkatan bacaan Tartil ini biasanya bagi mereka yg sudah mengenal makhraj² huruf, sifat² huruf dan hukum² Tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan. * Tingkatan bacaan Tahqiq ini biasanya bagi mereka yg baru belajar membaca Al-Quran supaya dpt melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dgn tepat dan betul. * Tingkatan bacaan Hadar pula biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al-Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dlm masa yg singkat. * Tingkatan terakhir pula ialah Tadwir yakni pertengahan antara Tartil dan Hadar ::TAFSIR:: Surah Al Muzzammil 4 َ 4) ‫ن ت َْرِتيًل‬ ُ ْ ‫ل ال‬ َ ‫قْرآ‬ ِ ّ ‫)أوْ زِد ْ ع َل َي ْهِ وََرت‬ Dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya membaca Alquran secara seksama (tartil), ialah membaca Alquran dengan pelan-pelan dengan bacaan yang fasih serta merasakan arti dan maksud dari ayat-ayat yang dibaca itu, sehingga berkesan di hati. Perintah ini dilaksanakan oleh Nabi SAW. Dari Siti `Aisyah beliau meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW membaca Alquran dengan tartil, sehingga surah yang dibacanya menjadi lebih

lama dari ia membaca biasa. Dalam hubungan ayat ini Abdullah bin Mugfil berkata: ‫رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم فتح مكة على ناقته يقرأ سورة الفتح فرجع في قراءته‬ Artinya: "Aku melihat Rasulullah SAW pada hari penaklukan kota Mekah, sedang menunggang unta, beliau membaca surah Al Fath di mana bacaan itu beliau melakukan tarji' (bacaan lambat dengan merasakan artinya). (H.R. Bukhari dan Muslim) Pengarang buku Fathul Bayan berkata: Yang dimaksud dengan pengertian tartil ialah kehadiran hati ketika membaca dan tidaklah yang dimaksud itu asalkan mengeluarkan bunyi dari tenggorokan dengan memoncongmoncongkan muka dan mulut dengan alunan lagu, sebagaimana kebiasaan yang dilakukan pembaca-pembaca Alquran zaman sekarang baik di Mesir maupun di Mekah dan sebagainya. Membaca yang seperti itu adalah suatu bacaan yang dilakukan orang-orang yang tidak mengerti agama". Membaca Alquran secara tartil mengandung hikmah yaitu terbukanya kesempatan untuk memperhatikan isi ayatayat yang dibaca dan di waktu menyebut nama Allah si pembaca akan merasa kemahaagungan-Nya. Ketika tiba pada ayat yang mengandung janji, pembaca akan timbul harapan-harapan, demikian juga ketika membaca ayat ancaman, pembaca akan merasa cemas. Sebaliknya yakni membaca Alquran secara tergesa-gesa atau dengan lagu yang baik tetapi tidak memahami artinya adalah suatu indikasi bahwa si pembaca tidak memperhatikan isi ayat yang dikandung oleh ayat-ayat yang dibacanya

BAB I

Pengenalan Ilmu Tajwid Allah Ta'ala berfirman : "Maka bacalah Al-Qur'an dengan tartil (yang sebaik-baiknya)." (QS. Al-Muzammil : 4) Rasulullah bersabda : "Bacalah olehmu Al-Qur'an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/pertolongan ahli-ahli Al-Qur'an (yang membaca dan mengamalkannya)." (HR. Muslim) Rasulullah bersabda : "Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya kepada orang lain." (HR. Bukhori) Sebelum mulai mempelajari Ilmu Tajwid sebaiknya kita mengetahui lebih dahulu bahwa setiap ilmu ada sepuluh asas yg menjadi dasar pemikiran kita. Berikutnya dikemukakan 10 asas Ilmu Tajwid.

1. Pengertian Tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu. Menurut istilah Ilmu Tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf.

2. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan

mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dgn bertajwid adalah Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat ygt mukallaf.

3. Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah² Al-Quran. 4. Kelebihannya : Ia adalah semulia mulia ilmu kerana ia langsung berkaitan dgn kitab Allah Al-Quran.

5. Penyusunnya : Imam-Imam Qiraat.

6. Faedahnya : Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah didunia dan akhirat. Insya-Allah.

7. Dalilnya : Dari Kitab Al-Quran dan Hadis Nabi ( S.A.W ) 8. Nama Ilmu : Ilmu Tajwid 9. Masalah yg diperbaincangkan : Mengenai keadah² dan cara² bacaannya secara keseluruhan yg memberi pengertian hukum² cabangan.

10. Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat² suci Al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dgn penurunannya yg sebanar dari Allah ( S.W.T )

Tingkatan Bacaan Al Quran Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan.

1. At-Tartil : Bacaannya yg perlahan², tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yg tepat serta menurut hukum² bacaan Tajwid dgn sempurna, merenung maknanya, hukum dan pengajaran daripada ayat.

2. At-Tahqiq : Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf drp makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.

3. Al-Hadar : Bacaan yg cepat serta memelihara hukum² bacaan Tajwid.

4. At-Tadwir : Bacaan yg pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum² Tajwid. Perhatian : * Tingkatan bacaan Tartil ini biasanya bagi mereka yg sudah mengenal makhraj² huruf, sifat² huruf dan hukum² Tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan. * Tingkatan bacaan Tahqiq ini biasanya bagi mereka yg baru belajar membaca Al-Quran supaya dpt melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dgn tepat dan betul. * Tingkatan bacaan Hadar pula biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al-Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dlm masa yg singkat. * Tingkatan terakhir pula ialah Tadwir yakni pertengahan antara Tartil dan Hadar

::TAFSIR:: Surah Al Muzzammil 4

4) ‫ل‬ ً ‫ن َتْرِتي‬ َ ‫عَلْيِه َوَرّتِل اْلُقْرآ‬ َ ‫)َأْو ِزْد‬

Dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya membaca Alquran secara seksama (tartil), ialah membaca Alquran dengan pelan-pelan dengan bacaan yang fasih serta

merasakan arti dan maksud dari ayat-ayat yang dibaca itu, sehingga berkesan di hati. Perintah ini dilaksanakan oleh Nabi SAW. Dari Siti `Aisyah beliau meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW membaca Alquran dengan tartil, sehingga surah yang dibacanya menjadi lebih lama dari ia membaca biasa. Dalam hubungan ayat ini Abdullah bin Mugfil berkata:

‫رأيت رسول ال صلى ال عليه وسلم يوم فتح مكة على ناقته يقرأ سورة الفتح فرجع في قراءته‬

Artinya: "Aku melihat Rasulullah SAW pada hari penaklukan kota Mekah, sedang menunggang unta, beliau membaca surah Al Fath di mana bacaan itu beliau melakukan tarji' (bacaan lambat dengan merasakan artinya). (H.R. Bukhari dan Muslim) Pengarang buku Fathul Bayan berkata: Yang dimaksud dengan pengertian tartil ialah kehadiran hati ketika membaca dan tidaklah yang dimaksud itu asalkan mengeluarkan bunyi dari tenggorokan dengan memoncong-moncongkan muka dan mulut dengan alunan lagu, sebagaimana kebiasaan yang dilakukan pembaca-pembaca Alquran zaman sekarang baik di Mesir maupun di Mekah dan sebagainya. Membaca yang seperti itu adalah suatu bacaan yang dilakukan orang-orang yang tidak mengerti agama". Membaca Alquran secara tartil mengandung hikmah yaitu terbukanya kesempatan untuk memperhatikan isi ayat-ayat yang dibaca dan di waktu menyebut nama Allah si pembaca akan merasa kemahaagungan-Nya. Ketika tiba pada ayat yang mengandung janji, pembaca akan timbul harapan-harapan, demikian juga ketika membaca ayat ancaman, pembaca akan merasa cemas. Sebaliknya yakni membaca Alquran secara tergesa-gesa atau dengan lagu yang baik tetapi tidak memahami artinya adalah suatu indikasi bahwa si pembaca tidak memperhatikan isi ayat yang dikandung oleh ayat-ayat yang dibacanya

Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti -- Penyusun Ilmu Tajwid pertama Bahasa Melayu Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH Sabda Nabi s.a.w, “Barang siapa mengaji al-Quran, maka dibaiki bacaannya dengan dia nescaya adalah baginya tiap-tiap satu huruf, 20 kebajikan. Dan barang siapa tiada membaik daripadanya sesuatu, nescaya adalah baginya dengan tiap-tiap satu huruf 10 kebajikan.” Dan setengah daripadanya cerita daripada Ibnu Mas’ud, sabda Nabi s.a.w, “Barang siapa mengaji al-Quran, maka dihafalkan akan dia, dan dibacanya ia dengan tiada menilik surat dan dihalalkannya yang halalnya dan diharamkannya yang haramnya, nescaya dimasukan-Nya ia ke dalam syurga. Dan diterima syafaatnya 10 orang daripada isi rumahnya yang telah patut akan mereka itu neraka.” Hadis, “Barang siapa mengaji al-Quran di dalam mushaf, nescaya disuratkan oleh Allah baginya 2,000 kebajikan. Dan barang siapa mengaji Qur'an pada yang lain, pada mushaf maka disuratkan oleh Allah baginya 1,000 kebajikan.”

Hadis, “Ahli al-Quran itu ahlillah dan tertentulah. Barang siapa memuliakan akan dia, mereka itu dimuliakan akan dia oleh Allah. Dan barang siapa menghinakan dia, mereka itu dihinakan oleh Allah s.w.t. Demikianlah contoh beberapa hadis yang termaktub dalam kitab Mir’atul Quran karya Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti yang dibicarakan ini. Hadis tersebut beliau tulis lengkap dengan lafaz Arabnya, kesemuanya melebihi 30 hadis dan hanya dinyatakan beberapa contoh sahaja, tidak dinyatakan kesemuanya. Mengenai keturunannya, penulis belum menemui data yang lengkap

Yaitu ilmu yang mempelajari bagaimana cara membaca dengan baik. Ilmu ini ditujukan dalam pembacaan Alquran. Pengucapan huruf hija'iyah harus benar, karena pengucapan yang tidak tepat akan menghasilkan arti yang berbeda. Ilmu tajwid bertujuan untuk memberikan tuntunan bagaimana cara pengucapan ayat yang tepat, sehingga lafal dan maknanya terpelihara. Sebagian ulama ada yang berpendapat bahwa pengucapan hadis-hadis Rasulullah SAW pun harus dilakukan dengan aturan-aturan tajwid, karena merupakan penjelasan dan sumber hukum kedua setelah Alquran. Masalah yang dicakup dalam ilmu tajwid adalah makharij al-huruf (tempat keluar masuk), ahkam al-huruf (hubungan antarhuruf), ahkam al-maddi wa al-qasr (masalah panjang dan pendek ucapab), ahkam al-waqf wa al-ibtida (masalah memulai dan menghentikan bacaan), dan al-katt al-Utsmani (masalah bentuk tulisan mushaf Usmani). Mempelajari tajwid sebagai disiplin ilmu merupakan fardu kifayah atau kewajiban kolektif. Namun, membaca Alquran dengan memaknai aturan-aturan tajwid merupakan fardu ain atau kewajiban individu

Friday, March 13, 2009 Sejarah Pengajaran Al-Quran

Dari Malaikat Jibril Sampai TK Al-Quran http://ahmadiftahsidik.blogspot.com/2009/03/sejarah-pengajaran-al-quran.html

Pengajaran Al-Quran telah mewarnai sejarah peradaban Islam. Berbagai metode telah digunakan dalam pengajaran tersebut, dari yang ala Baginda Nabi sampai metode kilat. Bulan Ramadhan telah tiba. Banyak orang berlomba-lomba mengkhatamkan Al-Quran. Masjid dan mushalla pun mendadak semarak dengan pengajian dan tadarrus Al-Quran. Pagi, siang, sore dan malam kaum muslimin seakan larut dalam bacaan Al-Quran. Ya,

Ramadhan memang identik dengan Al-Quran, karena di bulan inilah kitab suci paling utama itu diturunkan oleh Allah Ta’ala. Disamping mengkaji dan mendalami kandungan Al-Quran, tentu akan sangat menyenangkan sekali jika selama Ramadhan ini kita bisa mengkhatamkan Al-Quran berkali-kali. Sebab setiap huruf Al-Quran yang dibaca akan menghasilkan sepuluh kebajikan. Bisa dibayangkan berapa banyaknya pahala yang akan diperoleh jika kita berhasil mengkhatamkan Al-Quran. Apalagi di bulan Ramadhan, ketika setiap kebajikan yang dilakukan umat Islam pahalanya dilipatgandakan berpuluh bahkan ratusan kali lipat. Belum lagi ditambah keistimewaan yang dijanjikan Rasulullah atas orang yang mengkhatamkan Al-Quran, yakni doanya saat khataman diamini lima puluh ribu malaikat. Sungguh luar biasa! Namun untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran seorang tentu tidak semudah membalikkan telapak tangan. Selain harus mengenal dengan baik huruf-huruf Arab, tentu juga dibutuhkan keterampilan tersendiri agar dapat membaca Al-Quran secara tartil alias baik, benar dan lancar. Dari kata tartil inilah lahir istilah murattal atau pembacaan Al-Quran dengan baik, benar dan lancar dengan irama standar, seperti yang sekarang banyak dijual dalam bentuk kaset atau CD. Sebutan “baik” disini memiliki banyak aspek. Selain etika dalam membaca Al-Quran, kata baik tersebut juga menyangkut masalah sikap terhadap Al-Quran. Di mana seorang muslim dalam membaca Al-Quran tak sekedar menetapi pra syaratnya seperti suci badan, pakaian dan tempat, tetapi juga berusaha menyucikan hati dan perasaan. Agar saat membaca Al-Quran yang muncul di hati adalah perasaan cinta dan penuh kerinduan kepada Sang Pemilik Al-Quran. Sebab Al-Quran adalah kalamullah (firman Allah), maka membacanya berarti berdialog dengan Allah SWT. Bagaimana kita bisa merasakan bahwa setiap rangkaian hurufhurufnya adalah untaian sajak-sajak cinta dari sang Khalik yang penuh hikmah dan kedalaman untuk makhluk-Nya. Sistem Face to Face Sementara ungkapan “benar” yang dimaksud tentu terkait masalah tajwid (ilmu hukumhukum membaca Al-Quran). Benar dalam membaca Al-Quran tentu berarti benar dalam mengucapkan huruf sesuai makhrajnya, benar dalam memanjang-pendekkan bacaan sesuai mad-nya dan benar dalam mendengung-tidakkan sambungan huruf sesuai dengan hukum bacaannya. Benar juga berarti harus tahu pada bagian mana bacaan boleh berhenti (waqaf) dan lanjutnya (washal) atau berhenti tetapi tidak boleh mengambil nafas (saktah).

Sementara sebutan “lancar” dalam membaca menyangkut ketekunan diri dalam berlatih membaca Al-Quran. Semakin sering membaca Al-Quran akan semakin mengalir dan merdu pula irama bacaan kita. Semakin lancar kita membaca Al-Quran, akan semkain cepat pula proses pengkhataman Al-Quran. Dan semakin cepat khatam dan mengulangnya lagi dari awal, akan semakin banyak pula kesempatan kita menimbun pahala khataman Al-Quran. Dalam rangka mendidik umat Islam agar mampu membaca Al-Quran dengan baik, benar dan lancar itulah para ahlil Quran (sebutan untuk orang-orang yang menguasai rahasia Al-Quran) membuka pengajaran membaca Al-Quran. Dua-duanya, baik yang belajar maupun mengajar Al-Quran disebut-sebut nabi sebagai umat terbaik. Diriwayatkan dari Utsman bin Affan dn Ali bin abi Thalib, Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (HR Abu Ubaid) Sejak kapankah proses pengajaran Al-Quran ini berlangsung? Siapakah guru-murid pertama dalam ta’limul Quran? Dan bagaimana perkembangan pengaran Al-Quran dari masa ke masa? Berikut laporannya.. Sebagai firman Allah Ta’ala, tentu pengajar Al-Quran pertama kali adalah Allah SWT sendiri dan murid pertamanya adalah malaikat Jibril. Adapaun waktu pengajaran AlQuran pertama ini hanya Allah jualah yang maha mengetahui. Dari malaikat Jibril kemudian Al-Quran disampaikan atau diajarkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW secara talaqqi. Sistem talaqqi atau yang juga lazim disebut mushafahah adalah metode pengajaran di mana guru dan murid berhadap-hadapan secara langsung (face to face). Tak hanya mengajarkan ayat-ayat baru, secara rutin Malaikat Jibril juga mengunjungi Nabi untuk memeriksa hafalan dan bacaan beliau. Diriwayatkan oleh Sayyidah Fatimah Az-Zahra, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Jibril mengajariku membaca AlQuran setahun sekali. Dan tahun ini ia telah membacakan Al-Quran dua kali padaku. Aku menduga ini pertanda ajalku sudah dekat.” (HR Bukhari) Kunjungan Jibril ini diperlukan, sebab ayat-ayat Al-Quran tidak diturunkan sekaligus dalam urutan seperti yang sekarang termaktub dalam mushaf-mushaf Al-Quran. AlQuran turun secara berangsur-angsur selama masa kenabian beliau dan dengan urutan yang acak sesuai asbabun nuzul yang telah ditakdirkan Allah SWT. Ayat Al-Quran yang pertama kali turun, yakni ayat 1 - 5 Surah Al-‘Alaq, misalnya, kini menempati urutan surah ke – 96 dari 114 surah yang telah diturunkan. Metode talaqqi dalam pengajaran ayat-ayat yang belum dihafal dan pengulangan hafalan untuk menguatkan dan melancarkan yang dicontohkan oleh malaikat Jibril dan

Rasulullah itulah yang kemudian menjadi cetak biru (blue print) sistem pengajaran AlQuran di dunia Islam hingga saat ini. Metode talaqqi tersebut di Indonesia dikenal dengan sebutan sistem sorogan Al-Quran (ini untuk membedakan dengan sorogan kitab kuning). Murid Angkatan Pertama Sedangkan tradisi Jibril membacakan ayat-ayat Al-Quran secara rutin kepada Nabi SAW dan memeriksa bacaan serta urutan ayat dan surah yang beliau hafal tersebut kini menjadi tradisi di pesantren-pesantren Al-Quran yang disebut takriran atau nderes. Ada juga tradisi sema’an, yakni seorang hafizh menjaga hafalannya dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran yang dihafalnya di hadapan orang banyak yang menyimaknya sambil membuka mushaf Al-Quran untuk memeriksa kebenaran bacaannya. Setelah dua fase pertama –dari Allah Ta’ala kepada Malaikat Jibril dan dari Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW secara berangsur-angsur— dimulailah pengajaran AlQuran secara umum kepada umat manusia. Urut-urutan orang-orang yang belajar AlQuran sama persis dengan urutan orang-orang yang masuk Islam. Karena ketika mereka menyatakan keislaman, saat itu pula mereka langsung mempelajari ayat demi ayat Al-Quran. Manusia pertama yang belajar dan menghafal ayat suci Al-Quran setelah baginda Nabi adalah Sayyidah Khadijah, istri baginda Nabi Muhammad SAW. Kemudian disusul oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib (sepupu Nabi), Abu Bakar Shiddiq (sahabat terdekat Nabi) dan Zaid bin Haritsah (pembantu keluarga Nabi). Abu Bakar kemudian membawa teman-teman dekatnya untuk masuk Islam dan mempelajari Al-Quran. Mereka antara lain Utsman bin Affan, Abdurrahman bin Auf, Zubair bin Awwam, Thalhah bin Ubaidillah dan Sa’ad bin Abi Waqash. Mereka itulah murid angkatan pertama madrasah Al-Quran yang didirikan baginda Nabi Muhammad SAW. Mereka pulalah yang untuk pertama kalinya merasakan sentuhan sistem pendidikan kenabian yang dibawa Rasulullah SAW. Melalui hati-hati bersih angkatan pertama umat Islam inilah cahaya Al-Quran memancar menerangi alam semesta. Sungguh sangat beruntung! Ketika jumlah umat Islam di Makkah semakin bertambah, Rasulullah pun mulai membagi tugas mengajarkan Al-Quran kepada beberapa sahabat beliau yang dipandang memiliki kemampuan lebih. Dalam Thabaqat karya Ibnu Sa’ad, As-Siyar wal Maghazi karya Ibn Ishaq, At-Taratib Al-Idariyyah karya Kattani dan Sirah Ibn Hisyam tercatat nama beberapa sahabat yang pernah ditugaskan baginda Nabi untuk mengajar Al-Quran. Para sahabat yang beruntung tersebut adalah Abdullah bin Mas’ud yang mengajar

secara umum di Makkah, Khabbab yang mengajar pasangan suami istri Fatimah bin Khaththab dan Sa’id bin Zaid, dan Mush’ab bin Umair yang diperintahkan baginda Nabi untuk mengajarkan Al-Quran kepada penduduk Madinah beberapa waktu sebelum hijrah. Ada juga nama Rafi’ bin Malik Al-Anshari yang disebut-sebut sebagai orang yang pertama kali membawa Surah Yusuf ke Madinah, sebelum masa hijrah. Karena melalui utusan-utusan terpilih, pengajaran Al-Quran dengan sistem pendelegasian itu pun berhasil dengan gemilang. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, misalnya, beliau diperkenalkan dengan Zaid bin Tsabit, anak berusia sebelas tahun yang ketika itu telah menghafal enam belas surah Al-Quran. Belakangan remaja cerdas itu semakin dekat dengan baginda Nabi karena dipercaya menjadi salah seorang pencatat wahyu. Madrasah Al-Quran Pertama Setelah pembangunan Masjid Nabawi usai, Rasulullah lalu memerintahkan membangun suffah, bangunan tambahan semacam beranda di samping bangunan induk masjid, dan menjadikannya sebagai pusat pengajaran Al-Quran dan belajar baca tulis umat Islam. Tak kurang dari sembilan ratus sahabat “mendaftar” sebagai murid di suffah tersebut. Selain Rasulullah yang mengajar Al-Quran, beberapa sahabat lain seperti Abdullah bin Sa’id bin Al-Ash, Ubadah bin Ash-Shamit, dan Ubay bin Ka’ab membantu mengajar AlQuran dan baca tulis untuk sahabat lain yang masih buta huruf. Bisa dibilang suffah inilah cikal bakal pesantren Al-Quran dan Taman Pendidikan Al-Quran yang sekarang marak berdiri di masjid dan mushalla. Pengajaran di suffah itu sangat istimewa karena ditangani langsung oleh baginda Nabi. Abdullah bin Umar memberikan gambaran cara nabi mengajar, “Nabi Muhammad membacakan Al-Quran kepada kita. Dan setiap kali sampai pada ayat sajdah yang menyuruh bersujud, beliau mengucap takbir lalu bersujud.” (HR Muslim). Dalam AlIntishar karya Al-Baqillani dikisahkan, Utsman bin Abil Ash menceritakan bahwa dirinya selau ingin mengaji langsung kepada Rasulullah SAW, dan bila sedang tidak bisa menemui beliau, Ustman pun mendatangi rumah Abu Bakar Shiddiq. Abdullah bin Mughaffal mengisahkan, jika ada orang yang baru masuk Islam yang hijrah ke Madinah, Rasulullah menyuruh salah seorang Anshar untuk menampungnya serta mengajarinya Al-Quran dan pengetahuan keislaman lainnya. Selain itu para shabat juga seringkali berkumpul di masjid untuk saling bertukar ilmu dan mengajarkan ayat-ayat Al-Quran yang dihafalnya (diriwayatkan Abu Ubaid dalam Fadhail). Selain di Madinah, beberapa sahabat ahlul Quran juga dikirim oleh baginda Nabi ke berbagai daerah untuk mengajar. Di antara mereka adalah Mu’adz bin Jabal yang

dikirim Yaman, Abu Ubaid yang diutus ke Najran, dan Wabra bin Yuhanna yang ditugaskan ke Shan’a. Pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar Shiddiq, pengajaran Al-Quran diteruskan oleh para sahabat besar. Saat itu di Madinah dan Makkah saja terdapat ratusan penghafal Al-Quran yang setiap saat siap membagi pengetahuannya. Namun ketika pecah perang penumpasan nabi palsu di Yamamah hampir sepertiga dari jumlah tersebut gugur sebagai syahid. Peristiwa inilah yang kemudian melatarbelakangi pembukuan Al-Quran atas perintah khalifah pertama, Abu Bakar Shiddiq. Para penghafal Al-Quran yang tersisa kemudian terus menurunkan ilmunya kepada generasi sesudahnya baik yang tinggal di kota Madinah dan Makkah maupun kota-kota dan negeri lain yang baru saja ditaklukan oleh pemerintahan Islam. Di antara mereka bahkan ada yang berkelana hingga jauh ke timur, seperti Sa’ad bin Abi Waqash yang mengembara hingga ke negeri Cina. Karena tempat pengajarannya yang tidak lagi terpusat di Madinah, belakangan muncul beberapa kesalahan bacaan yang dilakukan oleh murid-murid sahbat yang tinggal jauh dari Makkah dan Madinah. Karena dianggap membahayakan, Khalifah Utsman dan para sahabatnya berinisiatif membakukan penulisan dan ejaan Al-Quran dalam dialek Quraisy. Utsman pun membentuk tim beranggotakan 12 orang yang dipimpin oleh Zaid bin Tsabit.

http://mytajididyouth.wordpress.com/tajwid/ ILMU TAJWID

1.Pengenalan Ilmu Tajwid Pada bahasa-Memperelokan dan menghalusi. Pada Istilahnya-Iaitu suatu ilmu yang membahaskan kalimah-kalimah Al-Quran dari segi menunaikan hak tiap-tiap huruf dan mengelokan sebutan huruf serta sifat huruf sama ada yang asli ataupun yang mendatang. Fadilat ilmu Tajwid. Ia adalah semulia-mulia ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.Dalil dari Al-Quran. Ayat Al-Quran…. Maksud: “Bacalah Al-Quran dengan berttertil(memelihara hukum tajwid) Dalil dari hadis: Ayat Al-Quran Semulia-mulia kamu sesiapa yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. Tujuannya: Memelihara lidah dari melakukan kesalahan ketika membaca Al-Quran. Hukumnya: HUkum mempelajarinya ialah:Fardhu Kifayah dan hokum beramal dengannya ialah Fardhu Ain keatas orang-orang Islam yang telah mukallaf dan berdosa serta dilaknat sesiapa yang membaca Al-Quran tanpa memelihara hokum tajwid. Ini berdasarkan kepada Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang berbunyi: Sabda dalam jawi….jgn lupa scan Yang bermaksud: Berapa ramai yang membaca Al-Quran tetapi Al-QUran melaknatinya. 2.Kedudukan Isti’azah dan cara bacaan Tujuannya: Memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. dari gangguan syaitan.Lafaznya: Jgn lupa scan…. Yang bermaksud:Aku memohon berlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Hukumnya: Jamhur ulamak berpendapat hokum-hukum membacanya sunat,ada setengah ulamak berpendapat hokum membacanya wajib berdasarkan firman Allah s.w.t. Jgn lupa scan… Yg bermaksud:Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah s.w.t. daripada syaitan yang terkutuk. 3.Kedudukan Basmalah dan cara bacaan Basmalah Mahzab Shafie berpendapat bahwa BAsmalah adalah dikira sebagai salah satu ayat dalam Surah Al-Fatihah. Semua ulamak sepakat Basmalah hendaklah dibaca pada tiap-tiap kali kita memulakan bacaan Al-Quran kecuali pada masa peperangan dengan tiada Basmalah dan di dalam mashaf juga tiada ditulis. 4.Wajah-wajah BAcaan antara Istiazah dengan Basmalah 1.(Fath’uljami’) iaitu membaca Isti’azah dan wakaf kemudian membaca Basmalah dan wakaf dan seterusnya membaca awal surah. 2.(Fath’ul awwali wawash luththanii biththa lithi) iaitu Wakaf pada Isti’azah dan sambung Basmalah dengan awal surah.

3.(Washlul jamii’i) iaitu membaca Isti’azah dan terus menyambung Basmalah dan awal surah. Wajah-wajah Basmalah diantara dua surah. 1.(Fath ‘ul jamii’i) iaitu wakaf pada akhir surah dan membaca Basmalah kemudian wakaf dan seterusnya membaca surah berikutnya. 2.(Fath ‘ul awwali wawash luthssth..nii bith thaa lith) iaitu wakaf dan seterusnya membaca surah pertama kemudian membaca basmalah dan menyambung terus dangan awal surah yang berikutnya. 3.(Wash lul jamii’i) iaitu menyambung akhir surah yang pertama dengan basmalah kemudian menyambung terus pada surah yang berikutnya. NUN MATI DAN TANWIN Nun Sukun (yang berbaris Sukun) ‫ النون الساكنة‬: Nun yang berbaris mati dan bacaannya terhenti mengikut huruf yang berada selepasnya. Nun Tanwin (yang berbaris dua) ‫نون‬ ‫ التنوين‬: Nun tambahan yang bertanda Sukun terdapat di akhir kata nama am yang bertanwin sahaja. Ia wujud dari segi bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi tulisan dan ketika memberhentikan bacaan padanya. Tandanya ialah baris dua di hadapan( ٌ), baris dua di atas( ً )atau baris dua di bawah( ٍ ). Nun Sukun( ْ )yang lahir dari tanwin juga dibaca dengan Sukun di dalam Hukum Tajwid. Perhatian: Apabila terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Sukun dan Tanwin, keduaduanya tidak boleh dibaca dengan hukum Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa’ tetapi keduaduanya mestilah dibaca dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua baris Sukun kecuali huruf Nun yang terdapat pada huruf Jar (sendi nama bahasa Arab) seperti di dalam kalimah( ‫) من‬, ia dibaca dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) kerana sebutannya terlalu berat. Perlu diberi perhatian juga tentang hukum yang sama dengan hukum Nun Sukun atau Tanwin, ia juga mesti dibaca dengan baris atas ketika membaca secara sambung. 1. IQLAB ( ‫) ببببببب‬. Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa’kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba’ yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba’. 2 IDGHAM ( ‫) ببببببب‬. Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua bahagian:- Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila Ghunnah (memasukkan tanpa dengung). Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ‫) يرملون‬. 2.1- IDGHAM MA’AL GHUNNAH (memasukkan serta dengung)( ‫ببببب بببب‬ ).

Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ‫) ينمو‬iaitu Ya’, Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma’al Ghunnah kecuali pada dua tempat iaitu: ( ‫ ن والقلم وما يسطرون‬- ‫) يس والقرآن الحكيم‬. Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs. 2.2 Idgham Bila Ghunnah( ‫) ببببب بببب ببب‬ iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra’ dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah kecuali pada Nun( ‫) من راق‬kerana di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas) dan ia tidak diidghamkan. 3. Izhar ( ‫) ببببببب‬. Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. 3.1 IZHAR HALQI ( ‫) ببببببب بببببب‬. Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Halqi kerana enam hurufnya keluar dari kerongkong. Huruf-huruf tersebut ialah: Hamzah( ‫) أ‬, Ha’( ‫) هـ‬, ‘Ain( ‫) ع‬, Ha’( ‫) ح‬, Ghain( ‫) غ‬dan Kha’( ‫) خ‬. 3.2 IZHAR MUTLAQ ( ‫) ببببببب بببببب‬. Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Mutlaq ialah kerana makhrajnya bukan dari tekak atau mulut. Izhar Mutlaq dibaca apabila huruf Ya’ atau Wau terdapat selepas Nun Sukun di dalam satu kalimah. Ia terdapat pada empat tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu: ( ‫ الدنيا‬- ‫ بنيان‬- ‫ صنوان‬- ‫) قنوان‬. Manakala( ‫ )ن والقلم وما يسطرون‬,(‫) يس والقرآن الحكيم‬pula, hukum kedua-duanya adalah Izhar Mutlaq walaupun ia berada di dalam dua kalimah kerana mengikut bacaan riwayat Hafs 4. Ikhfa’ ( ‫) ببببببب‬. Dari sudut bahasa: Tersembunyi. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah untuk menghasilkan Ikhfa’ di dalam Nun Sukun dan Tanwin dengan lebih banyak selain dari kedua-duanya. Huruf Ikhfa’ terdiri dari lima belas huruf yang terhimpun di dalam bait syair: ( ‫صف ذا ثنا كم جاد شخص قد سما دم‬ ‫) طيبا زد في تقى ضع ظالما‬ NUN DAN MIM SABDU 1.Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama Sukun dan kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Izhar Ghunnah (menzahirkan dengungnya) sepanjang dua harakat. Mim yang bersabdu dinamakan huruf dengung yang disabdukan. 2.Nun bersabdu pada asalnya terdiri dari: Dua Nun, pertama Sukun dan kedua berbaris, Nun yang berbaris mati dimasukkan ke dalam Nun yang berbaris hidup sehingga kedua-

duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Nun yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Izhar Ghunnah (menzahirkan dengungnya) sepanjang dua harakat. Nun yang bersabdu dinamakan huruf dengung yang disabdukan. MIM MATI Mim Sukun yang terletak sebelum huruf hijaiah (Huruf Arab) kesemuanya kecuali ketiga-tiga Huruf Mad kerana untuk mengelakkan dari bertemu dua huruf Sukun. 1- IZHAR SYAFAWI ( ‫) ببببببب بببببب‬. Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya. Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba’. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa’ selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa’ di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa’ ketika bertemu dengan huruf Ba’ kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa’ pula adalah berhampiran. 2. IKHFA’ SYAFAWI ( ‫) ببببببب بببببب‬. Dari sudut bahasa: Tersembunyi Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba’ sama-sama keluar dari dua bibir mulut. Ikhfa’ Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba’. 3. IDGHAM MISLAIN SOGHIR ( ‫) ببببب ببببب بببب‬. Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun (mati) ke dalam huruf berikutnya yang berbaris hidup dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Ia dinamakan Mithlain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat manakala dinamakan saghir (kecil) pula ialah kerana huruf yang pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Idgham Mithlain Saghir terdiri dari satu huruf iaitu Mim. QALQALAH ( ‫) القلقلة‬ Dari sudut bahasa: Bergerak-gerak dan gementar. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun itu asli atau mendatang. 1- Lantunan yang paling rendah( ‫) ببب ببب‬: Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah contohnya: Huruf Qaf di dalam kalimah( ‫) وخلقناكم أزواجا‬. 2. Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan( ‫) ببببب ببب‬: Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid) contohnya: Huruf Ta’( ‫) ط‬di dalam kalimah( ‫) وال من وراء محيط‬

3 Lantunan yang paling tinggi( ‫) بببب ببب‬: Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid) contohnya huruf Qaf di dalam kalimah( ‫) قال رب أحكم بالحق‬ LAM SUKUN Huruf-huruf Lam Sukun di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Lam Ta’rif( ‫) لم التعريف‬atau Lam( ‫) ال‬, Lam Fi’li( ‫) لم الفعل‬dan Lam Harfi( ‫) لم الحرف‬. 1 Lam( ‫) بب‬ Iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta’rif yang dapat bersama-sama dengan kata nama (isim). Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut boleh ditulis tanpanya seperti( ‫) الرض‬ataupun tidak boleh ditulis tanpanya seperti( ‫) الذين‬ menyebabkan penambahan Alif Lam( ‫) ال‬ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya. Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti( ‫) الذي‬dan wajib dibaca secara Izhar jika terdapat Huruf Ya’ atau Hamzah selepasnya seperti kalimah:( ‫) واليسع‬dan( ‫) الن‬. 1.1 Lam Qamariah ( ‫) ببببب ببببببب‬ terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair:( ‫) ابغ حجك وخف عقيمة‬. Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut. 1.2 Lam Syamsiah( ‫) ببببب ببببببب‬ terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair: ( ‫) طب ثم صل رحما تفز ضف ذا نعم دع سوء ظن زر شريفا للكرم‬. Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas. 2. Lam Sukun yang terletak pada kata kerja (Fe’el) iaitu sama ada kata kerja tersebut yang telah lalu (madhi), sedang berlaku (mudharik) / akan datang atau kata kerja seru dan dalam semua keadaan sama ada ia terletak pada pertengahan ayat atau di akhir ayat. 2.1 Idgham: Lam Fi’li dibaca secara Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra’ atau Lam. 2.2 Izhar: Lam Fi’li dibaca secara Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf Ra’ dan Lam. 3 Lam Sukun yang berada di dalam sendi nama (harf) iaitu di dalam( ‫ )بل‬,(‫) هل‬sahaja dan tidak terdapat di dalam kalimah yang lain di dalam alQuran selain dari dua kalimah tersebut.

3.1 Idgham: Lam Harfi dibaca secara Idgham apabila terdapat huruf Ra’ atau Lam selepasnya kecuali pada ayat( ‫) بل ران‬di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana terdapat hukum yang mewajibkan diam (berhenti seketika tanpa bernafas) yang menghalang dari Idgham. 3.2 Izhar: Lam Harfi dibaca secara Izhar (nyata) apabila terdapat salah satu huruf hijaiah selepasnya kecuali huruf Ra’ dan Lam

Related Documents

Tajwid
May 2020 6
Tajwid
June 2020 7
Formula Tajwid
June 2020 5
Tajwid Teknik.docx
May 2020 4
Tajwid Senang Jer
November 2019 2
Asas Ilmu Tajwid
May 2020 4

More Documents from ""