TEKS PRA-U PENGAJIAN AM Kertas 2
ISBN: 978-983-3879-75-5
TEKS PRA-U Pengajian Am Kertas 2 Karangan Disiplin Sains
Tajuk 17 Bahan kimia seperti alkohol, eter, kafein, mononatrium glutamat, perisa, pewarna, dan pengawet terdapat dalam makanan dan minuman. Bahan kimia ini dapat mengancam kesihatan seseorang sekiranya diambil berlebihan. Jelaskan kesan bahan kimia dalam makanan dan minuman terhadap kesihatan kita. Kehendak Soalan Calon hendaklah menghuraikan empat kesan kimia dalam makanan dan minuman terhadap kesihatan kita.
Isi-isi ► keracunan makanan; penggunaan bahan perisa, pewarna, dan pengawet secara berlebihan boleh menyebabkan muntah, dan cirit-birit; plumbum dan merkuri dalam air boleh menyebabkan keracunan ► kerosakan organ; pengambilan alkohol secara berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan kepada hati, pankreas, jantung, dan otak. ► ketagihan; kafein dalam kopi, coklat, dan minuman bergas; boleh menyebabkan sakit kepala, rasa mengantuk, dan keletihan jika seseorang berhenti mengambil kafien ► menjejaskan tumbesaran normal; plumbum dalam air dan arsenik dalam makanan boleh menjejaskan fungsi otak
© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007
1