T1-penulisan Akademik.docx

  • Uploaded by: irna
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View T1-penulisan Akademik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,894
  • Pages: 12
Isi kandungan:

No.

1. 2. 3.

4.

5.

6. 7. 8.

Perkara

Muka Surat

Biodata Diri

I

Isi Kandungan

1

Penghargaan

2

1.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif

3

2.0 Peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan kepada teori perkembangan bahasa dan sosio-emosi

5

Refleksi

9

Rujukan

10

Lampiran

12

1

Penghargaan : Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya berhasil untuk menyiapkan kerja khusus EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak yang telah diamanahkan kepada saya. Segala hasil penulisan saya adalah atas kurniaan ilham daripada Allah dan atas bantuan pensyarah dan rakan-rakan sepejuangan saya. Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Perkembangan Kanak-kanak iaitu Pn. Anida Binti Idrus. Beliau banyak memberi nasihat dan panduan yang diperlukan supaya tugasan yang saya dan rakan-rakan seunit laksanakan layak diberi markah yang tinggi. Penerangan beliau yang jelas dan terang banyak membantu saya memahami tugasan ini sehingga dapat dilaksanakan hingga ke akhirnya. Tugasan ini memerlukan saya untuk membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif dua orang kanak-kanak berdasarkan petikan yang diberikan. Disamping itu, saya juga perlu menganalisis peringkat perkembangan kanakkanak tersebut berdasarkan kepada teori perkembangan bahasa dan sosioemosi melalui sumber rujukan dan tinjauan literatur yang relevan. Sesungguhnya, bantuan dan komitmen daripada semua pihak amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan juga saya titipkan buat rakan-rakan seperjuangan yang turut sama-sama bertungkus-lumus serta banyak membantu saya dalam memberi panduan dan nasihat bagi menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga buat individuindividu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan saya ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kalian. Semoga hasil yang telah diusahakan ini dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan panduan kepada semua dalam meneruskan perjuangan kita sebagai seorang pelajar. Sekian, terima kasih.

2

TUGASAN KERJA KHUSUS: Berdasarkan situasi tersebut, sediakan satu penulisan akademik yang membincangkan perkara-perkara berikut: 1. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif dua orang kanakkanak dalam petikan tersebut.

Perkembangan kognitif merupakan proses perkembangan keupayaan untuk berfikir dan menaakul yang berlaku kepada kanak-kanak seiringan dengan perkembangan sosioemosi, fizikal dan penguasaan kemahiran berbahasa. Menurut Berk (2006), proses kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan minda yang membawa kepada pengetahuan. Perkembangan kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam proses pemikiran, pembelajaran, ingatan, menilai, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi (Jas Laile Suzana, 1996). Berdasarkan

petikan

yang

diberikan,

antara

faktor

yang

mempengaruhi

perkembangan kognitif dua orang kanak-kanak tersebut ialah faktor baka dan persekitaran. Faktor genetik atau baka merujuk pada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui percantuman kromosom sel sperma dan sel ovum. Faktor genetik akan menentukan perwarisan jantina, perwarisan sifat-sifat fizikal, tahap kecerdasan, personaliti, tret atau sahsiah dan juga penyakit dari ibu bapa kepada anak-anak (Sigelman, 2015; Santrock, 2014; Kail & Cavanaugh, 2010). Berdasarkan petikan, perkembangan kognitif Medina mungkin dipengaruhi oleh faktor genetik yang diwarisi daripada ibu bapanya. Ibu bapa yang mempunyai kecerdasan mental yang tinggi berkemungkinan akan melahirkan anak-anak yang mempunyai keupayaan mental yang tinggi. Namun begitu, menurut kajian apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, pengaruh baka semakin berkurangan berbanding faktor persekitaran yang memainkan peranan yang lebih besar dalam proses perkembangan (Riese, 1990; dalam Rice, 1992). Hal ini dapat dibuktikan apabila Shafiqa yang mewarisi baka ibu bapanya yang kurang berpendidikan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sama seperti Medina. Maka, faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Persekitaran merupakan kuasa luaran atau ekstrinsik yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu (Munn, 1969 dalam Wong Kiet Wah et al., 2013). Santrock (2014) menjelaskan 3

bahawa faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak terbahagi dua, iaitu faktor persekitaran biologi (pemakanan dan nutrisi, dadah, perubatan dan penjagaan kesihatan) dan faktor persekitaran sosial (keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, budaya dan media). Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum. Medina dan Shafiqa berasal daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang berbeza. Kedudukan atau tahap kewangan keluarga Medina yang lebih tinggi dapat mempengaruhi perkembangan kognitifnya kerana pelbagai kemudahan disediakan dari aspek kemewahan, pendidikan, pemakanan dan kasih sayang. Dengan adanya kemudahan teknologi seperti komputer dan internet, ia akan membantu kanak-kanak untuk belajar dan memperoleh pelbagai pengetahuan dengan mudah. Cara asuhan sesebuah keluarga juga turut mempengaruhi perkembangan kognitif dan kreativiti kanak-kanak tersebut. Didikan awal yang diterima oleh seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi tingah laku dan perkembangannya. Baumrind (1971) telah mengenal pasti tiga profil personaliti asas kanak-kanak dan mengklasifikasikan tiga bentuk cara membesarkan anak yang berbeza iaitu autoritatif, autoritarian dan permissif. Autoritatif ialah bentuk asuhan ibu bapa yang sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari tetapi mengenakan peraturan dan had-had batasan tingkah laku yang tertentu. Autoritarian pula ialah bentuk asuhan yang menggunakan peraturan dan hukuman yang ketat dalam mendidik anak-anak. Manakala ibu bapa yang permissif kurang terlibat dengan kehidupan anak-anak mereka dan hanya berperanan sebagai sumber yang memenuhi kehendak anak. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga autoritatif

akan bersifat

berdikari,

bertanggungjawab dan yakin pada diri sendiri serta mempunyai konsep kendiri yang baik (Maccobby dan Martin, 1983). Ibu bapa yang menggalakkan perkembangan intelektual kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan psikososial mereka. Misalnya, melalui galakkan ibu bapa Shafiqa dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anaknya, Shafiqa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya dan mempunyai sifatsifat positif seperti pandai bergaul, yakin dan bertanggungjawab. Manakala, Medina yang dibesarkan dalam keluarga permissif lebih bersikap kurang matang, kurang berdikari serta cenderung untuk tidak mematuhi perintah dan agresif (Sears, MacCoby dan Levin, 1957 ; Becker, 1964). Guru dan pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru dan sekolah merupakan agen-agen sosialisasi yang penting dan bertanggungjawab dalam memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu. Persekitaran sekolah yang kondusif serta melalui pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan budaya sekolah yang 4

dijalankan dapat membentuk dan meransang perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar agar lebih kreatif. Kesimpulannya, baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Faktor baka sememangnya diwarisi, maka ia akan menjadi bawaan pada kanak-kanak. Namun untuk membentuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang baik maka persekitaran yang baik juga diperlukan.

2. Analisis peringkat perkembangan kanak-kanak tersebut berdasarkan kepada teori perkembangan bahasa dan sosio-emosi melalui sumber rujukan dan tinjauan literatur yang relevan.

Perkembangan bahasa yang dialami oleh kanak-kanak bergantung kepada perkembangan dimensi kognitif mereka (Santrock, 2014; Sigelman & Rider, 2012). Perkembangan dan peningkatan keupayaan kanak-kanak berfikir akan membantu meningkatkan kecekapan dan kemahiran kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Bruner (1975) dan Vygotsky (1986) merupakan antara tokoh yang mengkaji tentang perkembangan kognitif dan penguasaan bahasa serta menegaskan kepentingan perkaitan antara pemikiran dan penggunaan bahasa. Berdasarkan kajian tersebut, dapat dirumuskan bahawa perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa mempunyai hubung kait yang rapat. Ia berkembang dengan seiring semasa kanak-kanak beinteraksi dengan orang di sekelilingnya. Kanak-kanak akan melalui tiga peringkat perkembangan kognitif dan bahasa iaitu prenatal atau bayi, awal kanak-kanak dan kanak-kanak. Menurut Golinkoff dan Hirsh-Pasek (1999), komunikasi terawal bagi kanak-kanak bermula sejak berada di dalam rahim ibu dan berkemungkinan dapat membezakan corak bahasa yang berbagai-bagai. Setelah dilahirkan, tangisan merupakan satu-satunya bentuk komunikasi bayi yang membawa pelbagai maksud sama ada lapar, marah, sakit dan sebagainya bergantung kepada pelbagai nada, bentuk dan kekuatannya. Hal ini seiring dengan Teori Pemerolehan Bahasa Nativis oleh Noam Chomsky yang menyatakan bahawa sejak lahir, kanak-kanak memang sudah ada keinginan untuk memahami dunia. Chomsky (1957) menegaskan bahawa setiap individu telahpun diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa.

5

Manakala pada peringkat awal kanak-kanak, mereka sudah mula mahu meluahkan idea dan mempelajari perkataan serta maksud perkataan yang dibunyikan. Dalam pembelajaran bahasa pertama, keupayaan mereka untuk mempelajari bahasa ibunda berlaku secara tidak disedari. Menurut Vygotsky (1896), perkembangan kognitif kanakkanak bergantung kepada interaksinya dengan orang-orang berkepentingan dalam persekitaran budayanya seperti ibu bapa dan penjaganya. Hal ini disokong oleh Teori Pemerolehan Bahasa interaksionalis yang menyatakan bahawa perkembangan bahasa dan kognitif berlaku dalam konteks interaksi utama seperti semasa rutin penjagaan asas kanakkanak, sewaktu bermain dan ketika membaca buku bersama orang dewasa. Dalam hal ini, Shafiqa mungkin mempunyai perkembangan bahasa yang lebih baik berbanding Medina memandangkan ibunya adalah suri rumah dan dapat meluangkan lebih banyak masa bersamanya. Berdasarkan pada petikan yang diberikan, Medina dan Shafiqa berada pada peringkat

kanak-kanak.

Jika

dibandingkan

antara

mereka,

Shafiqa

mempunyai

perkembangan bahasa yang lebih baik berbanding Medina. Hal ini dapat dibuktikan apabila Shafiqa sering menyertai pertandingan bercerita di sekolahnya. Keadaan ini mungkin dipengaruhi

oleh

persekitaran

mereka.

Interaksi

antara

Shafiqa

dengan

orang

disekelilingnya seperti ibu bapa, adik beradik, guru dan rakannya mungkin antara faktor yang memperkembangkan kemahirannya berbahasa berbanding Medina yang kurang berteman, mempunyai ibu bapa yang sibuk bekerja dan merupakan anak sulung. Menurut teoris behavioris iaitu B. F. Skinner, beliau juga percaya bahawa penguasaan sesuatu bahasa merupakan hasil daripada interaksi individu dengan persekitarannya. Faktor-faktor persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan tindak balas organisma pada ransangan tersebut adalah gerak balas. Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas emosi terhadap sesuatu situasi. Menurut Kamus Dewan (2005), sosial adalah segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Perkembangan sosial merujuk kepada proses kanak-kanak belajar berhubung atau berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Manakala, emosi ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjolkan terhadap sesuatu perkara, objek, orang atau keadaan yang bertindak sebagai rangsangan kepada perasaan emosi (Rohani, 2000). Berdasarkan kepada teori perkembangan sosioemosi Erik Erikson, beliau telah mengutarakan lapan peringkat perkembangan emosi manusia dan setiap peringkat tersebut akan timbul tingkah laku positif dan negatif terhadap konflik yang dihadapinya. Apabila 6

dianalisis bagi tahap perkembangan Medina dan Shafiqa, didapati bahawa mereka berada pada peringkat keempat iaitu fasa kecekapan lawan rasa rendah diri yang wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mampu untuk menguasai kemahiran fizikal, sosial dan bahasa. Mereka mempunyai ketekunan yang tinggi dalam melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Setiap kanakkanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baharu atau menghadapi risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Misalnya, dapat dilihat pada sikap Medina dan Syafiqa yang berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Kanak-kanak pada usia ini akan cenderung untuk bersaing dengan rakan mereka dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri apabila gagal mencapai apa yang diinginkan. Bagi mencapai setiap peringkat dan seterusnya, manusia perlu mengatasi setiap konflik pada tahap tersebut. Pada peringkat perkembangan Medina dan Shafiqa, sebelum mencapai pada peringkat keempat, mereka sebenarnya telah melepasi peringkat pertama (kepercayaan lawan kecurigaan), peringkat kedua (autonomi lawan keraguan) dan peringkat ketiga (ikhtiar lawan rasa bersalah). Pada peringkat pertama iaitu fasa kepercayaan lawan kecurigaan (umur 0 hingga 18 bulan), Bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran dengannya. Pada fasa ini, berkemungkinan Shafiqa mempunyai hubungan kasih sayang yang lebih kuat atau membentuk perapatan dengan ibu bapanya berbanding Medina. Memandangkan ibu Shafiqa tidak bekerja dan merupakan suri rumah, masa yang diluangkan bersama dapat menimbulkan rasa selamat dan dilindungi. Manakala, Medina mungkin mudah menangis dan takut kepada persekitarannya kerana berkemungkinan semasa bayi dia dihantar ke rumah pengasuh atau penjaga memandangkan ibu bapanya sibuk bekerja.

Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Galakkan daripada ibu bapa amat penting pada fasa ini agar mereka akan yakin dengan diri mereka. Sebaliknya jika ibu bapa terlalu mengawal, anak-anak akan jadi pemalu, ragu-ragu dan mempersoalkan kebolehan diri mereka untuk menghadapi dunia. Cara asuhan keluarga mereka yang berbeza mungkin antara faktor yang membezakan tahap perkembangan 7

masing-masing pada fasa ini. Berdasarkan petikan, Shafiqa didapati lebih yakin dengan dirinya berbanding Medina. Hal ini dibuktikan apabila Syafiqa lebih gemar berkawan, menyertai pertandingan bercerita dan disenangi ramai. Berkemungkinan pada fasa ini, Shafiqa mendapat galakkan daripada ibu bapanya untuk berdikari berbanding Medina yang lebih manja dan mengharapkan ibu bapanya dalam melakukan sesuatu perkara.

Pada peringkat ketiga pula kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun akan menempuhi fasa ikhtiar lawan rasa bersalah. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanakkanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri. Pada fasa ini, Shafiqa berkemungkinan mempunyai inisiatif yang lebih tinggi berbanding Medina kerana dia dapat menerokai persekitarannya dengan bebas dan mendapat sokongan daripada ibu bapanya. Jika dibandingkan dengan Medina, dia akan lebih mudah rasa bersalah kerana kurang berinteraksi dengan persekitarannya dan ibu bapanya kurang meluangkan masa bersamanya.

Kesimpulannya, perkembangan bahasa dan sosioemosi berlaku mengikut peringkatperingkat perkembangan kanak-kanak tersebut. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan yang efektif agar perkembangan bahasa dan sosioemosi kanak-kanak dapat berlaku dengan sempurna mengikut peringkat-peringkatnya.

8

REFLEKSI : Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak bagi semester yang pertama ini. Saya berasa bersemangat dan sungguh berpuas hati dengan hasil kerja yang telah saya lakukan walaupun mengharungi pelbagai kekangan dan cabaran sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi dan terokai. Pertama sekali semasa mula-mula mendapat tugasan ini daripada pensyarah mata pelajaran Perkembangan Kanak-kanak , Jabatan Ilmu Pendidikan, Pn Anida Binti Idrus, saya berasa sangat bersemangat kerana mendapat begitu banyak input dari beliau semasa sesi taklimat. Saya amat berterima kasih kepada beliau di atas penerangan yang telah diberikan. Seterusnya saya telah berbincang dengan rakan-rakan mengenai kerja kursus ini. Banyak maklumat yang telah kami kongsi bersama dan daripada sesi perbincangan, setiap sudut dan pandangan telah diteliti dimana ianya membantu saya dalam menghasilkan tugasan ini. Banyak kekangan yang saya hadapi sebelum melaksanakan tugasan kerja kursus ini Pertama sekali ialah kekurangan bahan rujukan seperti buku. Hal ini demikian kerana, bukubuku yang terdapat di dalam perpustakaan khususnya berkenaan dengan subjek ini agak terhad dan jika ada pun kebanyakan daripadanya telah dipinjam oleh pelajar-pelajar lain. Bagi saya, buku rujukan merupakan sumber rujukan yang paling utama untuk mendapatkan isi dan maklumat-maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak amnya. Buku biasanya lebih sahih, tepat dan dipercayai jika dibandingkan sumber dari internet. Buku ditulis oleh individu-individu yang bertauliah dan diiktiraf oleh perlembagaan Malaysia. Kajian yang mendalam dan fakta-fakta yang sahih dan tepat mengenai teori-teori perkembangan juga pastinya dapat diperolehi daripada sumber rujukan buku. Di samping dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan, saya juga dapat menambah pengetahuan saya mengenai teori perkembangan kanak-kanak, tahap perkembangan, implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran, dan sebagainya. Saya dapat merasakan ilmu pengetahuan saya mengenai subjek ini semakin bertambah semasa menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali saya merasakan tugasan seperti ini perlu diteruskan untuk generasi akan datang kerana ia amat berguna terhadap semua pelajar kerana dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

9

RUJUKAN : Baumrind, D., (1971). Current patterns of parental authority. Development Psychology Monographs, 1, hlm. 1-103. Becker, W.C., (1964). Consequences of different kinds of parental discipline. In. M. L. Hoffman & L. M. Hoffman (eds.), Review of Child Development Research vol. 1. New York : Ryssell Sage. Berk, L.E. (2004). Development through the life span (3rd ed.). USA: Pearson Education,Inc. Berk, L.E. (2006), Child Development (6th ed.). Boston : Allyn & Bacon. Bruner, J. S. (1975). The ontogenesis of speech acts. Journal of child language, 2(1), 1-19. Chomsky, N. (1957). Syntactic structures. The Hague : Mouton. Ee Ah Meng (1993). Psikologi Perkembangan: Aplikasi Dalam Bilik Darjah. (Edisi kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Erikson, E. H. (1993). Childhood and society. USA : WW Norton & Company Hirsh-Pasek, K., & Golinkoff, R. M. (1999). The origins of grammar: Evidence from early language comprehension. Cambridge, MA : MIT Press. Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak & remaja. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kail, R. V. & Cavanaugh, J. C. (2010). Human Development. A life-span View (5th ed. ). Belmont, California : Wadsworth. Kamus Dewan Bahasa (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur : Fajar Bakti Maccoby, E. E., & Martin, J. A. (1983). Socialization in the context of the family: Parent-child interaction. In E. M. Hetherington (Ed.) & P. H. Mussen (Series Ed.), Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization, personality and social development New York: Wiley. Rice, F.P. (1992). Human development a life span approach. New York: MacMillan Publishing Company Rohani Abdullah (2000). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian serta Portfolio. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

10

Santrock, J. W. (1997). Life-span development. Dubuque, IA: Brown & Benchmark Publishers. Santrock, J. W. (2014). Child Development. New York : McGraw-Hill Sear, R. R., E. P. Maccoby., dan H. Levin. (1957). Patterns of Child Rearing. New York: Harper and Row. Sigelman, C. K., & Rider, E. A. (2012). Human development across the life span. California : Wadsworth Cengage Learning. Sigelman, C.K. (2015). Life-span Human development (8th Edition). California : Wadsworth Cengage Learning. Skinner, B. F. (1953). Science and human behavior. Cambridge, MA : Simon and Schuster. Vygotsky, L. S. (1986). Thought and Language . (A.Kozulin, Trans.). Cambridge, MA: MIT Press. (Origanal work published 1934). Wong Kiet Wah et al. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Shah Alam : Oxford Fajar. Yahaya, A., Hashim, S., & Hamzah, M. (2012). Masalah salah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan hubungannya dengan gaya keibubapaan. Sains Humanika, 58(1).

11

Lampiran

12

More Documents from "irna"