Syed Naquib

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syed Naquib as PDF for free.

More details

  • Words: 1,056
  • Pages: 9
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104)

NAMA

:WAN FAEZAH BINTI WAN DIN

NO.MATRIK :JEA080155 TAJUK

:TOKOH(SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS)

SYED NAQUIB AL-ATTAS PENGENALAN Syed Naquib Al-Attas adalah salah satu daripada tokoh falsafah yang masyhur dan dikenali ramai.Guru Besar dalam bidang pendidikan Islam di ISTAC-IIUM Kuala Lumpur ini lahir di Bogor,Indonesia pada 5 September 1931.Sejak berusia 5 tahun,Naquib menetap di Malaysia dan mendapat pendidikan dasar di Ngee Heng Primary School.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya,McGill University di Montreal Kanada dan di School Of Oriental and Africa Studies,University of London.

Menjadikan peradaban Islam kembali hidup dan memiliki pengaruh yang mewarnai peradaban global umat manusia adalah salah satu gagasan dan projek besar cendekiawan ini.Seluruh hidupnya ia persembahkan bagi upaya-upaya revitalisasi peradaban Islam,agar nilai-nilai pada masa lalu dapat membumi dan menjadi ‘ikon’ kebanggaan umat Islam,dapat menjelma dalam setiap lini kehidupan Muslim sekarang ini. Seluruh daya upaya itu telah dan terus dilakukan oleh Syed Naquib AlAttas,intelektual yang pada masa kini menjadi salah satu menara keilmuan Islam moden.Projek besarnya itu dikemasnya dalam ‘Islamisasi Ilmu Pengetahuan’ melalui lembaga pendidikan yang ia dirikan,iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilization(ISTAC),Kuala Lumpur,Malaysia.

Naquib sempat menjadi perhatian para intelektual Malaysia dan mendapat tentangan keras daripada beberapa kalangan mereka ketika beliau mengusulkan agar Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi pengantar di sekolah yang mana pada ketika itu bahasa rasmi pengantar di sekolah adalah Bahasa Inggeris.Beliau juga menentang keras penghapusan pengajaran Bahasa Melayu-Jawi(yang ditulis dengan huruf Arab) di sekolah-sekolah dasar dan lanjutan .Kini,sistem tersebut masih dikekalkan di negeri jiran tersebut.Naquib memang memberi perhatian besar kepada bahasa dan budaya Melayu dan beliau ingin masyarakat Melayu khususnya terdidik sehingga sehingga tidak menjadi objek dari penjajahan kultural dunia Barat.

Selain itu,Naquib amat memberi memberi perhatian besar kepada bidang pendidikan Islam.Pada Konferensi Dunia Pertama Pendidikan Islam di Makkah,1977,ia mengungkapkan konsep pendidikan Islam dalam bentuk universitas.Respon yang baik muncil dan ditindaklanjuti oleh Organisasi Konferensi Islam(OKI).Tidak hanya berhenti di situ,Naquib juga turut mendirikan ISTAC,lembaga pendidikan Islam yang bertujuan untuk merevitalisasi nilai-nilai peradaban Islam dan islamisasi ilmu pengetahuan..

Sebagai intelektual dan ilmuwan Islam Muslim yang sangat dihormati dan berpengaruh,selama ini Naquib dikenal sebagai pakar dalam bidang falsafah,teologi,dan metafizika.Gagasannya di sekitar revitalisasi nilai-nilai keislaman,khususnya dalam bidang pendidikan.Menurut beliau,daripada sekian banyak kekeliruan manusia pada sepanjang zaman,tidak ada yang lebih serius dan menyebabkan kehancuran daripada cabaran masa kini yang ditimbulkan oleh kebudayaan Barat.

Menurut Syed Naquib Al-Attas cabaran terbesar yang timbul pada zaman ini ialah cabaran ilmu(the challenge of knowledge) yang diasaskan dan disebarkan di seluruh dunia,termasuk di dunia Islam oleh kebudayaan Barat.Ilmu daripada kebudayaan Barat pada hakikatnya lebih merupakan hasil penafsiran sarjana-sarjana Barat berasaskan tiga aspek penting kebudayaan iaitu pandangan hidup(world view),wawasan akal(intelectual vision),dan persepsi psikologi(psychological perception) mereka.Oleh itu yang dikatakan ilmu daripada kebudayaan Barat itu ialah ilmu yang dirangka dan disebarkan dengan berasaskan sifat dan keperibadian kebudayaan Barat.

Konsep yang dibawa oleh Syed Naquib Al-Attas seringkali membuatkan ramai yang terperanjat dan kerana ia dinilai baru dan mengundang kontroversi.Salah satu konsep pendidikan yang dilontarkan Naquib seperti ditulis dalam The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib Al-Attas(1998)yang telah diIndonesiakan oleh Mizan(2003),iaitu mengenai ta’dib.Dalam pandangan Naquib masalah mendasar dalam pendidikan Islam selama ini adalah hilangnya nilai-nilai adab(etika) dalam erti luas.Menurut Naquib,hal ini terjadi disebabkan kecelaruan dalam memahami konsep tarbiyah,ta’lim,dan ta’dib. Naquib lebih cenderung menggunakan ta’dib daripada istilah tarbiyah mahupun ta’lim.Baginya alasan mendasar memakai istilah ta’dib adalah kerana adab berkaitan erat dengan ilmu.Ilmu tidak boleh diajar dan ditularkan kepada anak didik kecuali orang tersebut memiliki adab yang tepat terhadap ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Sementara itu,jika diteliti dengan lebih mendalam,jika konsep pendidikan Islam hanya terbatas pada tarbiyah atau ta’lim ini ,telah dirasuki oleh pandangan hidup Barat yang berlandaskan nilai-nilai dualisme,sekularisme,humanisme,dan sofisme yang menyebabkan nilai-nilai adab semakin jauh daripada nilai-nilai ilahiyah.Dalam pandangan Naquib,faktor ini yang menjadi sebab utama kezaliman,kebodohan dan kegilaan. Pada posisi lain,Naquib berpendapat bahawa untuk penanaman nilai-nilai spiritual,termasuk spiritual ‘intelligent’ dalam pendidikan Islam ,ia menekankan pentingnya pengajaran ilmu fardhu ain iaitu ilmu pengetahuan yang menekankan dimensi ketuhanan,intensifikasi hubungan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan

manusia,serta nilai-nilai moralitas lainnya yang membentuk cara pandang murid terhadap kehidupan dan alam semesta.Bagi Naquib,adanya dikotomi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah tidak perlu diperdebatkan tetapi pembahagian tersebut harus dipandang dalam perspektif integral atau tauhid yakni ilmu tauhid sebagai asas dan rujukan bagi ilmu fardhu kifayah. Berkaitan dengan islamisasi ilmu pengetahuan,sosok Naquib amat mencemaskan perkembangan ilmu pengetahuan moden.Sosok ini termasuk orang pertama yang menyerukan pentingnya islamisasi “ilmu”.Dalam salah satu makalahnya,seperti ditulis Ensiklopedi of Islam,N aquib menjelaskan bahawa “masalah ilmu” terutama berhubungan dengan epistimologi.Masalah ini muncul ketika sains moden diterima di negara-negara muslim moden,di saat kesedaran epistemologis Muslim amat lemah

Adanya anggapan bahawa sains moden adalah satu-satunya cabang ilmu yang otoritatif segera melemahkan pandangan Islam mengenai ilmu.Naquib menolak posisi sains moden sebagai sumber pencapaian kebenaran yang paling otoritatif dalam kaitannya dengan epistimologis kerana banyak kebenaran agama yang tidak dapat dicapai oleh sains yang hanya berhubungan dengan realitas empirik.Pada tingkat dan pemaknaan seperti ini sains bertentangan dengan agama.Baginya dalam proses pembalikan kesedaran epistimologis ini,program islamisasi menjadi satu bahagian kecil dari upaya besar pemecahan “masalah ilmu”.

Naquib seperti yang telah dinyatakan di atas juga memberi perhatian besar kepada nilai-nilai Melayu .Pemikir ini berpendapat jati diri Melayu tidak terpisah daripada

Islam.Bahkan menurutnya,kemelayuan itu dibentuk oleh Islam.Bukti-bukti yang diajukannya bukan berdasarkan peninggalan-peninggalan fizik tetapi berkaitan dengan pandangan dunia Melayu.Ia berpandangan,dakwah Islam datang ke wilayah Melayu sebagai “Islamisasi”. Proses ini ujarnya berjalan dalam tiga periode dan tahap yang serupa dengan ketika Islam mempengaruhi abad Pertengahan Eropah.Segenap apa yang dilakukan Naquib jelas menunjukkan komitmennya terhadap upaya peradaban Islam tampil kembali ke permukaan dan mewarnai kancah pergaulan.

KESIMPULAN Prof.Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1969,1972 dll) menegaskan bahawa Islam telah mengalihkan paksi tamadun Melayu daripada prngaruh Hindu-Buddha kepada Islam,yang merupakan agama antarabangsa,berbanding dengan Hindu-Buddha yang regional sifatnya.Islam telah meletakkan asas-asas falsafah yang jelas bagi bangsa Melayu,daripada aspek ketuhanan kepada aspek-aspek kehidupan seluruhnya.Oleh itu,pembicaraan tentang falsafah Melayu tidak mungkin dapat dipisahkan daripada falsafah Islam.

Hingga kini,Naquib masih terus menulis.Beliau tergolong dalam intelektual yang produktif.Puluhan buku telah beliau tulis,antaranya ialah:Rangkaian Ruba’iyat, “Some Aspects of Shufism as Understood and Practised Among The Malay” dan sebagainya.Sebahagian daripada karyanya telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa seperti Inggeris,Arab,Persia dan Indonesia.Pada usianya yang uzur kini,pemikir yang banyak pengaruhnya dalam kancah intelektualisme kontemporer ini terus aktif meralisasikan gagasan dan pemikiran nya melalui lembaga ISTAC.

BIBLIOGRAFI 1. Awang Sariyan-Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya(Falsafah dan Logika Melayu-2007) 2. Hashim Bin Haji Musa(Ph.D)-Akademi Pengajian Melayu,Falsafah,Logik,Teori Nilai dan Etika Melayu-2001 3. Http://indrayogi.multiply.com/photos/album/5/Tokoh-Tokoh Islam

Related Documents

Syed Naquib
October 2019 24
Syed Naquib Sp
November 2019 34
Syed Naquib Al-attas
October 2019 32
Syed Sexy
April 2020 17
Sir Syed
May 2020 24

More Documents from ""

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40