FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 KARYA KLASIK: SHAIR YATIM NESTAPA
Nama : SURYANA BINTI CHE HASSAN
No. Matrik ; JEA 080146
Nama Pensyarah : DR. AMRAN MUHAMMAD
SEMESTA 1 SESI 2008 / 2009
AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA
SHAIR YATIM NESTAPA (KASIH ANAK PADA IBU)
Kedua saudara berlari-lari, Datang mendapatkan raja bestari, Dihadapan kakanda menghempas diri, Ranapnya tidak lagi terperi.
Dengan tangisnya ia berkata : Ampun, Tuanku, raja mahkota ! Patik kedua bunuhlah serta, Bersama bunda mendapat leta.
Apa gunanya patik dihidupkan, Bunda patik sudah diaibkan, Sertalah patik Tuanku bunuhkan, Sekali jangan Tuanku kasihankan.
Karena patik orang durhaka, Bunuhlah patik sama ketika, Bunda seorang dapat chelaka,
Jadilah benchi orang belaka.
Tuanku raja turus negeri, Patutlah sudah demikian peri, Mashurlah nama segenap negeri, Gagah berani bijak bestari.
Karena Tuanku raja berdaulat, Patik laksana seekor lalat, Bunuhlah patik, janganlah ghalat, Halnya bunda tidak terlihat.
Demi didengar raja mahkota, Murkanya tidak menderita, Suaranya besar berkata-kata : Pergilah engkau samalah serta.
Kubunuh juga engkau ketiga, Tiadaku mau hal durhaka, Nyahlah engkau, hai chelaka ! Janganlah engkau banyak direka !
Asmara Dewa mendengar katanya, Sangatlah menanggis ia keduanya, Lalu kembali ke astananya, Menangislah ia akan bundanya.
Berkatalah puteri perlahan suara : Pergilah segera adikku dengan segera, Dapatkan bunda tengah pasara, Biarlah sama beroleh mara.
Asmara Dewa segeralah berjalan, Diiringkan budak sama bertolan, Setelah sampai ketengah jalan, Segeralah berlari ia nin tuan.
Lalu dipeluknya pinggan bundanya, Serta dangan ratap tangisnya, Permaisuri Bunda membuka matanya, Dilihatnya dating puteranya.
Berpeluk berchium kedua puteranya, Bertangis-tangisan ditengah pasara, Melihat bundanya sangat sengsara, Karena orang punya angkara.
( Edisi H.C.Klinkert : Drie Maleische Gedichten, 1886 )
PENGENALAN
Syair merupakan salah satu karya Melayu klasik. Mengikut pendapat pengkaji syair, syair dikatakan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi. Harun Mat Piah tahun 1989 mengatakan bahawa syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu. Sejak bertapaknya Islam di alam Melayu ini, orang Melayu mulai berkenalan dengan syair melalui pengkajian kitab yang terdapatnya dalam bentuk syair.
Syair adalah jenis puisi yang kedua terbesar jumlahnya selepas pantun berdasarkan
Pustaka Persuratan Melayu. Syair Yatim Nestapa ini merupakan syair edisi H.C.Klinkert oleh Drie Maleische Gedichten pada tahun 1886 yang diterbitkan oleh Pustaka Bahasa dan Sastera dalam edisi Perintis Sastera.
Syair Yatim Nestapa mengisahkan tentang seorang anak yang sanggup merayu agar dirinya dibunuh bersama ibunya kerana terlalu kasih kepada ibunya. Raja mempunyai empat orang isteri. Ibu Yatim Nestapa iaitu Permaisuri Bongsu amat disayangi oleh raja. Oleh kerana cemburu dengan layanan raja terhadap Permaisuri Bongsu, maka Permaisuri Sulung membuat rancangan untuk meracuninya. Walau bagaimanapun, makanan yang diletakkan racun telah dimakan oleh raja dan terus mangkat. Permaisuri tersebut membuat fitnah bahawa Permaisuri Bongsu meracuni raja. Oleh itu, Permaisuri Bongsu dipenjarakan. Yatim Nestapa atau Asmara
Dewa dan kakaknya Puteri Kesuma Indera mulai berjauhan dengan bondanya dan hidup dalam kesedihan dan menderita melihat keadaan bondanya.
Syair Yatim Nestapa membincangkan tentang kasih anak kepada ibu. Pengorbanan anak kepada ibu menunjukkan betapa sayangnya anak kepada ibunya. Kasih sayang merupakan salah satu daripada naluri ataupun perasaan yang mana setiap makhluk tuhan memilikinya. Kasih sayang berfungsi untuk mengeratkan lagi sesuatu hubungan dan menyatukan pasangan yang dahulunya bermasalah dicantunkan kembali apabila wujud perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Kasih sayang anak kepada ibu adalah lahir secara semula jadi tanpa dipaksa.
Sikap penyayang yang ditunjukkan oleh ibunya membuatkan anak-anak merasakan diri mereka disayangi. Setiap keperluan disediakan sama ada dari segi emosi atau fizikal. Perhatian dan sikap ibu yang prihatin serta memberi layanan sepenuhnya daripada ibunya, membuatkan kasih sayang akan lahir secara semula jadi. Kasih sayang adalah anugerah ilahi yang lahir sejak dari rahim ibu yang menanggung kesusahan membawa kandungan selama 9 bulan yang dijaga dengan penuh kasih sayang. Perasaan sayang tidak akan mudah pudar dalam diri seseorang walau sejahat mana pun perbuatan seorang ibu terhadap anaknya namun perasaan sayang masih ada dalam diri anak tersebut. Kasih sayang boleh dikatakan sebagai penyatu dalam setiap masalah. Kasih sayang bukan sahaja diperlukan oleh semua manusia tetapi semua jenis makhluk Allah di dunia. Dalam
kata lain kasih saying iaitu “Mawaddah” dalam bahasa Arab beerti kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Kasih sayang juga dijadikan sebagai “kunci perpaduan sejagat”.
Konsep pengorbanan boleh ditakrifkan sebagai menyerahkan diri atau mengorbankan diri untuk kepentingan bersama, sama ada untuk agama, bangsa atau negara. Syair Yatim Nestapa
memperlihatkan pengorbanan seorang anak yang menginginkan dirinya dibunuh
bersama-sama dengan ibunya. Pengorbanan ini merupakan kekuatan kasih sayang yang wujud dari dalaman anak tersebut. Walau bagaimanapun, pengorbanan juga boleh dikatakan sesuatu yang disayangi dikorbankan demi untuk kepentingan bersama. Salah satu asas etimologi yang terkandung dalam syair ini ialah dalam etika yang dikenal sebagai falsafah moral iatu bidang merangkumi aspek penilaian tingkah laku manusia yang berkaitan isu benar dan salah. Isu ini boleh dikaitkan dengan konsep keadilan. Keadaan ini adalah untuk menegakkan kabenaran antara yang benar dan salah. Peraturan dan undang-undang menjadi inti pati atau rujukan untuk mendapatkan keadilan yang sebenar-benarnya. Ibn Khaldun ada menyatakan “sesiapa juga jua mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau mmbuat tuduhan tak wajar ,hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang di maksudkan oleh pemberi hukum sebagai melanggar ketidakadilan”. Keadilan dilihat sebagai suatu perkara yang yang penting dalam pembentukan negara dalam mencapai kemakmuran. Kemakmuran dengan mudahnya boleh bertukar kepada huru hara apabila pemimpin mengamalkan sikap ketidakadilan.Sikap insaniah perlu dipupuk supaya dapat menyangkal segala sifat negatif.
Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam dan menerimanya dengan redha. Mengikut buku falsafah hasil karya Hashim Musa, kebenaran yang sahih dan jitu akan memperkuatkan lagi konsep keadilan. Teori kebenaran berdasarkan keselarasan antara fakta dengan penegasan iatu sesuatu kenyataan itu benar jika ia berselaras dengan fakta. Contohnya kenyataan Permaisuri Sulung boleh dikatakan palsu kerana tuduhannya tanpa bukti dan kesahihan. Kesedihan juga adalah salah satu perkara yang dialami oleh Yatim Nestapa yang sering berpisah dengan bondanya dan juga sering dimurkai oleh sultan ketika merayu agar dirinya dibunuh bersama dengan bondanya. Kesedihan dilihat sebagai suatu naluri semula jadi yang lahir
dari dalam diri seseorang.
Dilihat dari sudut akal, kesedihan boleh berlaku apabila
perasaan seseorang itu terluka atau terguris. Titisan air mata dilihat akan mengalir apabila perasaan tersentuh. Keadaan ini boleh dilihat melalui pancaindera. Dalam takrif falsafah, Plato menegaskan “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat luarannya iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu: apa asasnya, apa esensi, apa zatnya”. Jadi kesedihan pada hakikatnya berasal daripada dalaman. Pada luarannya nampak biasa tetapi sebenarnya dalamannya sedang melawan perasaan sedihnya.
Kezaliman dalam syair ini juga dapat dilihat dalam watak pemerintah. Sifat ini boleh dikatakan bertentangan dengan sifat-sifat Allah Yang Maha Pengampum dan Maha Mengasihani. Sifat kejam boleh timbul apabila seseorang tidak boleh mengawal diri setelah kurangnya sifat kasihan pada dirinya. Zalim merupakan suatu perbuatan manusia yang menganggap perbuatan itu wajar dan betul kepada pelaku sama ada dari segi taraf kedudukan atau taraf nilainya. Keadaan ini boleh menimbulkan kekacauan dan ketidakpuashatian individu. Dalam syair Yatim Nestapa, raja boleh dikatakan zalim kerana sanggup memenjarakan Permaisuri Bongsu tanpa disoal selidik dan sanggup membunuh anak kecil yang tidak berdosa. Kekejaman mengambarkan sesuatu perkara yang menggunakan kekerasan. Kekejaman yang timbul mungkin akibat daripada
ketiadaan ilmu yang benar yang boleh membawa kearah
kebenaran dan jalan yang betul. Jalan yang tidak benar akan menyesatkan dan memberi impak yang negatif dalam diri sendiri. Syair ini boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk meneliti liku-liku kehidupan yang masih jauh di hadapan. Syair ini masih lagi diperdengarkan dan digunakan oleh masyarakat umum. Syair ini dijadikan sebuah cerita pada zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan sehingga kini masih lagi mendapat sambutan daripada peminat-peminat beliau di setiap peringkat umur. Di harap syair ini terus wujud dan kisahnya di jadikan iktibar.
BIBLIOGRAFI Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : synergymate Sdn Bhd. Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.