Susunan Elektron dan Pembentukan ion Sesuatu atom dikatakan mempunyai susunan elektron yang stabil jika petala terluarnya diisi penuh dengan elektron. Dua jenis susunan elektron yang stabil ialah susunan duplet dan susunan oktet. Nota Ringkas Petala pertama sesuatu atom hanya boleh diisi dengan 2 elektron. Petala berikutnya boleh diisi dengan 8 elektron.
Sesuatu atom boleh mencapai susunan elektron duplet atau oktet secara melepaskan elektron di petala terluarnya atau menerima elektron ke petala terluarnya. Pembentukan ion positif Ion positif terbentuk apabila atom melepaskan elektron di petala terluarnya. Contoh : Atom magnesium ada 12 elektron (2,8,2). Untuk mencapai susunan elektron oktet, atom magnesium melepaskan 2 elektron di petala terluar. Mg - 2 e ------>
Mg2+
Ion magnesium bercas +2 kerana bilangan proton(12) melebihi bilangan elektron(10) sebanyak 2. Ion magnesium mempunyai susunan elektron 2, 8 iaitu susunan oktet yang stabil.
Pembentuk an ion negatif Ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron ke petala terluarnya. Contoh : Atom oksigen ada 8 elektron (2,6). Untuk mencapai susunan elektron oktet, atom oksigen menerima 2 elektron ke petala terluar. O + 2 e ------>
O2-
Ion oksigen bercas -2 kerana bilangan elektron(10) melebihi bilangan proton(8) sebanyak 2.
Ion oksigen mempunyai susunan elektron 2, 8 iaitu susunan oktet yang stabil.