Sunah Dalam Tamadun Islam

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sunah Dalam Tamadun Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 651
  • Pages: 3
Sunah Dalam Tamadun Islam Sunah ialah sumber Tamadun Islam yang kedua selepas al-Quran.Ia dapat dilihat dalam konteks al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang qadim, suci lagi sempurna untuk memberi panduan dan petunjuk kepada kehidupan manusia ke arah kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Daripada sudut bahasa, Sunah bererti ‘sirah’ iaitu ‘perjalanan’. Menurut Muslim, perjalanan dalam istilah ini meliputi perjalanan yang baik dan buruk. Misalnya sesiapa yang melakukan sesuatu perjalanan yang baik dalam Islam,akan mendapat pahala atas kebaikan yang dilakukannya. Jika sesiapa yang melakukan sesuatu perjalanan yang buruk dalam Islam, maka dapatlah ia suatu balasan yang dinamakan dosa. Daripada sudut istilah, Sunah ditakrifkan sebagai sesuatu yang bersumber kepada Nabi Muhammad SAW seperti perkataan, perbuatan, takrit ataupun sifat daripada akhlaknya, bermula baginda diangkat menjadi rasul sehingga baginda wafat. Daripada sudut bahasa, ‘Hadis’ bermaksud, ‘khabar, percakapan atau baharu’ iaitu lawan kepada ‘al-Qadim’ yang bermakna ‘kekal’. Daripada segi istilah hadis ialah sesuatu yang bersangkutan dengan Nabi Muhammad SAW sama ada perkataan, perbuatan, takrir, sifat yang berkaitan dengan akhlak ataupun sifat kejadian sebelum baginda diangkat menjadi Rasul sehingga wafatnya baginda. Hadis lebih umum, daripada Sunah sebab Sunah hanya bersangkutan perkhabaran selepas baginda Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul manakala hadis pula mengambil kira semua perkara yang bersangkutan dan perkhabaran daripada Rasulullah SAW, sama ada bebelum baginda dilantik menjadi Rasul ataupun selepas dilantik, hingga wafatnya.

Terdapat beberapa Sunah mengikut para ulama. Antaranya, Ulama hadis melihat Rasulullah SAW sebagai seorang Rasul, seorang ketua negara dan seorang yang menjadi ikutan. Mereka membicarakan Rasulullah SAW secara keseluruhan, sama ada perkataan, perbuatan, persetujuan, sirah, akhlak dan lain-lain sama ada yang berkaitan dengan hukum ataupun tidak.Seterusnya, Ulama fikah melakukan perbincangan daripada segi hukum syarak bagi perbuatan seseorang hamba, sama ada wajib, haram, harus, makruh ataupun sunat. Oleh itu, ulama Fikah mengklasifikasikan Sunah sebagai, “sesuatu yang berlawanandengan fardhu dan wajib.” Ia juga disebut sebagai sunat. Ulama usul fikah pula membicarakan Rasulullah SAW sebagai seorang yang membawa hukum syarak, iaitu baginda menerangkan kepada manusia peraturan-peraturan hidup dan meletakkan asas-asas hukum kepada para mujtahid selepas kewafatan baginda. Para ulama usul fikah mentakrifkan sunah sebagai “sesuatu yang bersumber daripada Rasulullah daripada dalil-dalil syarak yang bukan matlu. Bukan mukjizat, dan tidak termasuk dalam mukjizat, ia merangkumi perkataan, perbuatan dan persetujuan Nabi”. Sunah juga diistilahkan sebagai sesuatu yang bertentangan dengan bid’ah. Sunah menurut pengertian ini ialah al-Quran ataupun Hadis atuapun kedua-duanya. Hadis dapat dikelompokkan kepada beberapa kategori, iaitu Hadis Qauliah atau perkataan yang terbit daripada perkataan dan pertuturan Rasulullah SAW dalam apa keadaan sekalipun, Contohnya, segala amalan itu mesti beserta dengan niat. Hadis Fi’liyah atau perbuatan iaitu hadis yang terbit menerusi perbuatan Rasulullah SAW. Contohnya cara baginda berwuduk, bersembahyang, menunaikan haji dan lain-lain. Hadis Takrir atau persetujuan iaitu Nabi Muhammad SAW membiarkan sesuatu perbuatan yang dilakukan dihadapan baginda ataupun dibelakang baginda tetapi diketahui oleh baginda. Hadis Sifat terbahagi

kepada dua, iaitu sifat akhlak dan sifat kejadian. Sifat akhlak ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak Rasulullah SAW. Contohnya, Rasulullah lebih bersifat pemalu berbanding dengan anak dara. Sifat kejadian pula merujuk kepada bentuk badan dan penampilan Rasulullah SAW seperti warna kulit, tinggi tubuh baginda, rupa paras dan lain-lain yang berhubung dengan kejadian tubuh badan baginda. Al-Quran adalah kalam Allah SWT dan mukjizat, ia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi yang terakhir melalui perantaraan malaikat Jibril as., terdapat beberapa perbezaan antara Al-Quran dan Hadis. Al-Quran diturunkan dengan bahasa dan maknanya daripada Allah kepada Nabi Muhammad SAW manakala Hadis pula maknanya daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan suatu mukjizat manakala Hadis pula bukan suatu mukjizat. Al-Quran diperintahkan supaya dibaca kerana ia adalah suatu ibadah, sama ada sewaktu bersembahyang ataupun tidak manakala Hadis pula membacanya tidak termasuk dalam ibadah. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam keadaan sedar manakala Hadis diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui pelbagai cara sama ada sedar, mimpi, ilham dan lain-lain. Al-Quran tidak boleh disentuh ketika berhadas dan dilarang membacanya bagi orang yang berjunub manakala Hadis pula tidak ada larangan menyentuhnya bagi orang yang sedang berhadas.

Related Documents

Sunah Dalam Tamadun Islam
October 2019 32
Islam Dalam Tamadun Melayu
November 2019 39
Tamadun Islam
June 2020 28
Tamadun Islam
October 2019 33
Tamadun Islam
June 2020 21