2 SULIT* Bahagian A [ 30 markah] Jawab semua soalan dalam bahagian ini. 1. Gambar rajah di bawah PQ menunjukkan Keluk Kemungkinan Pengeluaran yang lurus. barang Y
P
barang Y Q Antara pernyataan yang berikut, yang manakah yang menerangkan pertambahan satu unit barang X akan menyebabkan. A. pengurangan pengeluaran yang sama bagi barang Y B. pertambahan pengeluaran yang sama bagi barang X C. pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang Y D. pentambahan pengeluaran yang semakin kurang bagi barang X 2 Apakah faktor utama yang menyebabkan semua projek pembangunan yang telah di rancang oleh kerajaaan tidak dapat dilaksanakan. A. keadaan kegawatan ekonomi yang berlaku dalam ekonomi B. sumber hasil kerajaan adalah terhad sedangkan terlalu banyak projek pembangunan yang hendak dijalankan. C. terlalu banyak perbelanjaan yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kebajikan masyarakat D. Analisis kos feadah menunjukkan semua projek yang telah dirancang mendatangkan kos sosial yang melebihi faedah sosial 3. “Permintaan daging lembu bertambah menyebabkan harga kulit lembu jatuh” Pernyataan ini menunjukkan bahawa daging lembu dan kulit lembu adalah A barang pengganti B barang penggenap C barang penawaran bersama D barang permintaan berkait 944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
3 SULIT* 4. Antara yang berikut, yang manakah yang menyebabkan keluk permintaan kereta tempatan beralih ke kiri? A. Kenaikan harga kereta tempatan B. Kejatuhan harga kereta import C. Kenaikan pendapatan pengguna D. Kejatuhan harga petrol 5. Fungsi permintaan dan penawaran pasaran bagi barang x adalah seperti yang berikut: Qdx = 200 – 25Px Qsx = 60 + 25Px dengan Qdx = permintaan pasaran barang x Qsx = penawaran pasaran barang x, dan Px = harga barang x. Apakah yang berlaku jika harga barang x ialah RM 4.00 ? A Wujud lebihan permintaan x 60 unit, dan harga akan naik B Wujud lebihan penawaran x 60 unit, dan harga akan naik C Wujud lebihan penawaran x 60 unit, dan harga akan turun D Wujud lebihan permintaan x 60 unit, dan harga akan turun 6. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu barang. Harga (RM) p q r s
Permintaan Pasaran (Unit) 60 50 40 30
Penawaran Pasaran (Unit) 32 36 40 44
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah yang menerangkan keadaan pada harga p ? A Suatu keadaan kestabilan harga yang menunjukkan permintaan melebihi penawaran. B Suatu keadaan ketidakstabilan harga yang menunjukkan permintaan melebihi penawaran. C Suatu keadaan ketidakstabilan harga yang menunjukkan penawaran melebihi permintaan. D Suatu keadaan yang menunjukkan kestabilan dan ketidakstabilan harga tidak dapat ditentukan. 7. Fungsi penawaran untuk suatu barang ialah Qs = 10P dan fungsi permintaan ialah Qd = 50 – 10P dengan P ialah tingkat harga. Pada tingkat harga RM 3.00, pasaran akan mengalami A lebihan penawaran sebanyak 10 unit B lebihan permintaan sebanyak 10 unit C lebihan penawaran sebanyak 20 unit D lebihan permintaan sebanyak 20 unit
944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
4 SULIT* 8. Rajah dibawah menunjukkan keluk hubungan antara harga barang X dengan kuantiti diminta barang Y. Harga X (RM)
S
P
Q
R
R Q
S P
0
Kuantiti Y
Keluk yang menunjukkan barang Y dan barang X merupakan barang penngenap ialah A. RR B. SS C. QQ D. PP 9. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawarkan sesuatu barang. Harga (RM) Kuantiti ditawarkan (unit) 5 60 6 110 7 155 8 170 9 225 Penawaran barang tersebut tidak anjal apabila harga naik daripada A. RM5 kepada RM6 B. RM6 kepada RM7 C. RM7 kepada RM8 D. RM8 kepada RM9 10. Diberi fungsi penawaran suatu barang ialah Qs = 100 + 2P Dimana Qs = kuantiti ditawar P = harga Berapakah keanjalan penawaran apabila harga naik daripada RM40 kepada RM50 ? A. 0.31 B. 0.44 C. 0.80 D. 1.25 11. Keanjalan permintaan pendapatan untuk barang bawahan ialah A. kurang daripada sifar B. kurang daripada satu C. lebih daripada satu D. sama dengan sifar 944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
5 SULIT* 12. Jika pertambahan penggunaan menyebabkan pertambahan utiliti total dengan kadar yang berkurang, maka utiliti sut adalah A positif tetapi berkurang B negatif tetapi berkurang C positif tetapi bertambah D negatif tetapi bertambah 13. Rajah 1 di bawah menunjukkan MC, AC dan AVC masing-masing adalah kos sut, kos purata dan kos berubah purata sebuah firma dalam jangka pendek. Kos (RM)
MC AC AVC
20 15 10
0
30
Keluaran (unit)
Rajah 1 Pada tingkat keluaran 30 unit, kos tetap ialah A RM150 B. RM300 C RM450 D. RM600
14. Jadual 1 menunjukkan jumlah kos berubah purata bagi sebuah firma pada beberapa tingkat keluaran Keluaran (unit) Kos berubah purata (RM) 4 1000 5 940.00 6 916.67 7 914.29 Jadual 1 Jika kos tetap firma ialah RM140, maka kos sut bagi mengeluarkan 7 unit keluaran ialah A RM2.50 B RM130.60 C RM800.00 D RM900.00 15. Jika keluaran sesuatu barang bertambah, kos tetap purata akan A sentiasa malar B sentiasa menurun C sentiasa meningkat D menurun dan kemudian menaik 944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
6 SULIT* 16.
Yang manakah di antara penyataan berikut tidak benar mengenai kos sut A kos sut mempunyai kaitan dengan faktor berubah B kos sut adalah lebih besar daripada kos purata apabila kos purata menurun C kos sut adalah sama dengan kos purata apabila kos purata adalah masimum D kos sut merupakan tambahan kepada jumlah kos apabila satu unit keluaran ditambah
17. Gambarajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) Kos (RM) LAC2
LAC1
0
Keluaran (unit)
Apakah yang menyebabkan keluk LAC1 beralih ke LAC2 ? A pengiklanan yang tidak berkesan B ketidakcekapan pihak pengurusan C masalah pencemaran akibat pengeluaran secara besar-besaran D mesin yang mengalami kerosakan akibat terlalu banyak keluaran 18. Yang manakah berikut tidak benar tentang firma dalam pasaran persaingan sempurna? A Penurunan harga akan menambahkan kuantiti diminta B Harga output sama sama dengan hasil sut C Firma tidak dapat menentukan harga untuk output D Firma mungkin memperoleh untung lebih normal dalam jangka pendek 19. Keluk penawaran jangka pendek sebuah firma pasaran persaingan sempurna merupakan A bahagian keluk kos sut di atas titik minimum kos berubah purata B bahagian menaik keluk hasil sut di atas titik minimum kos berubah purata C bahagian menaik keluk kos sut di atas titik minimum kos purata D bahagian menaik keluk hasil sut di atas titik minimum kos purata 20. Pada tingkat keseimbangan sebuah firma pasaran persaingan sempurna, tingkat keluaran ialah 20 unit dengan kos purata RM5.00. Jika harga pasaran keluaran per unit itu ialah RM5.50, maka firma itu mengalami A keuntungan sebanyak RM5.00 C kerugian sebanyak RM0.50 B keuntungan sebanyak RM10.00 D kerugian sebanyak RM5.00
944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
7 SULIT* 21. Yang manakah berikut tidak benar tentang firma monopoli? A Kuasa monopoli firma berpunca daripada keupayaan firma menyekat kemasukan firma lain B Firma dapat mengawal harga dan kuantiti output untuk memaksimumkan keuntungan C Hasil sut monopoli sentiasa kurang daripada hasil purata D Firma monopoli tidak beroperasi pada bahagian keluk permintaan yang tidak anjal 22. Jumlah hasil firma monopoli akan bertambah sekiranya firma menurunkan harga keluarannya ketika permintaan untuk keluaran A anjal C anjal sempurna B tidak anjal D tidak anjal sempurna 23. Mengapakah firma monopoli tidak mencapai tingkat keseimbangan pengeluaran pada A kos purata sedang menurun B kos sut bersamaan dengan hasil sut C frima memperoleh untung lebih normal D hasil purata firma kurang daripada kos sut 24. Semua ciri-ciri berikut adalah berkaitan dengan firma oligopoli kecuali A tiada kebebasan keluar masuk industri B memperoleh untung normal dalam jangka panjang C persaingan bukan harga D kuasa mempengaruhi pasaran 25. Jadual di bawah menunjukkan tingkat keluaran dan jumlah kos firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek. Keluaran (Unit) 4 5 6 7 8 Jumlah Kos (RM) 17.00 20.00 24.00 29.00 36.00 Andaikan harga di pasaran ialah RM5.00, seunit. Berapakah tingkat keluaran yang memaksimumkan untung? A 5 unit C 7 unit B 6 unit D 8 unit 26. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara buruh dengan keluaran hasil sut firma. Buruh Keluaran Hasil Sut (RM)
1 25
2 20
3 15
4 10
5 5
Jika kadar upah ialah RM 15 seunit dan harga keluaran seunit ialah RM 5, berapakah jumlah keluaran pada tingkat keseimbangan? A. 12 B. 15 C. 20 D. 25
944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
8 SULIT* 27. Gambar rajah di bawah menunjukkan DD dan SS masing-masing ialah keluk permintaan dan keluk penawaran terhadap tanah penternakan. sewa S
D
E
P
D
S
0
Tanah Q
Sewa ekonomi yang diperoleh oleh pemilik tanah ialah A. PES B. PED C. OSEQ D. ODEQ 28. Jadual di bawah menunjukkan MPP dan MRP masing-masing ialah keluaran fizikal sut dan keluaran hasil sut buruh bagi sebuah firma.
Kuantiti buruh (unit) 1 2 3 4 5
Jumlah keluaran (unit) 5 15 30 40 45
MPP (unit) 5 10 15 10 5
MRP (unit) 15 30 45 30 15
Berapakah harga keluaran firma tersebut ? A. RM2.00 per unit B. RM3.00 per unit C. RM4.00 per unit D. RM5.00 per unit
944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
9 SULIT* 29. Apakah yang terjadi apabila kerajaan melaksanakan dasar harga minimum A. lebihan penawaran wujud B. harga keseimbangan melebihi harga minimum C. penawaran pada harga minimum melebihi penawaran pada harga keseimbangan D. permintaan pada harga minimum melebihi permintaan pada harga keseimbangan 30. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kuantiti barang X yang diminta dan ditawarkan setelah subsidi sebanyak RM20.00 per unit diberikan? Harga (RM per unit) 29 28 27 26 25 24
Kuantiti X diminta (unit) 40 60 85 100 120 200
Kuantiti X ditawar (unit) 300 220 200 160 120 85
Berapakah jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan? A. RM1700 C. RM3000 B. RM2400 D. RM4800
944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
10 SULIT* Bahagian B [20 markah]
Arahan : Jawab lima soalan sahaja. Anda dinasihatkan supaya memperuntukan masa 50 minit bagi menjawab bahagian ini. 1. Huraikan dengan ringkas tiga perbezaan antara buruh dengan usahawan yang terlibat dalam sesuatu proses pengeluaran [6] 2. Huraikan kesan terhadap penawaran kereta Persona di pasaran jika : (a) harga besi meningkat (b) harga kereta import jatuh
[ 3] [ 3]
3. Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh seorang pengeluar yang rasional terhadap harga jualannya jika pemintaan ialah : (a) anjal [2] (b) tidak anjal [2] (c) anjal satu [2] 4. Dengan menggunakan contoh yang sesuai terangkan Hukum Pulangan Berkurangan.
[6]
5. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana keseimbangan firma dalam pasaran persaingan sempurna tercapai? [6] 6. Terangkan perbezaan antara pasaran persaingan bermonopoli dengan pasaran monopoli ? [6] 7. Terangkan peranan untung dalam ekonomi [6] 8. “ Walaupuan harga di pasaran telah mencapai keseimbangan pasaran, namun ia tidak adil kepada pengguna dan pengeluar.” Terangkan apakah yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini? [6]
944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
11 SULIT* Bahagian C [20 markah] Arahan : Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihatkan supaya memperuntukan masa 35 minit bagi menjawab bahagian ini. 9. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [ 6] (b) Huraikan dua faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan permintaan [ 4] 10. Dengan menggunakan keanjalan permintaan silang, bezakan barang yang berikut : (a) kereta dengan petrol (b) minyak sawit dengan minyak kacang tanah
[5] [5]
11. (a) Apakah perbezaan antara ekonomi bidangan dalaman dan ekonomi bidangan luaran. [2] (b) Terangkan bagaimana ekonomi bidangan dalaman dan tak bidangan ekonomi bidangan luaran mempengaruhi keluk kos purata jangka panjang. [8] 12. Mengapakah sesebuah firma monopoli masih meneruskan operasinya walaupun firma itu mengalami kerugian? [10]
Bahagian D [20 markah] Arahan : Jawab Dua Soalan sahaja. Anda dinasihatkan supaya memperuntukan masa 35 minit bagi menjawab bahagian ini. 13. Jadual di bawah menunjukkan permintaan bagi pasaran barang x. Harga (RM) Kuantiti diminta (Unit)
12 0
10 10
8 20
6 30
4 40
2 50
(a) Bentukkan persamaan permintaan bagi barang x. [ 3] (b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan berdasarkan jadual permintaan di atas. [ 3] (c) Jika persamaan permintaan berubah menjadi Qd = 80 – 5P, lukis keluk permintaan yang baru pada graf yang sama. [ 2] (d) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan perubahan keluk permintaan tersebut. [ 2] 944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
12 SULIT* 14. Fungsi penawaran barang adalah seperti berikut : Qs = 200 + 25P Dimana Qs = kuantiti ditawar P = harga barang (a) Jika harga barang naik daripada RM5 kepada RM8 (i) hitung keanjalan penawaran barang (ii) tafsirkan jawapan (a)(i)
[2] [2]
(b) Nyatakan dua faktor yang dapat mempengaruhi nilai keanjalan penawaran barang. [2] (c) Kenaikan cukai RM2 per unit atas barang berkenaan telah menyebabkan harga barang naik daripada RM8 kepada RM10. (i) Tentukan fungsi penawaran baru [2] (ii) Hitung keanjalan penawaran barang yang baru [2]
15. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara penggunaan buruh dengan keluaran sebuah firma. Buruh (unit) 1 2 3 4 5 6 7 8
Jumlah Keluaran (unit) 5 13 23 29 33 35 35 33
(a) Hitungkan keluaran purata dan keluaran sut. (b) Tentukan bilangan buruh pada tingkat keluaran purata yang maksimum (c) Dengan menggunakan kertas graf , lukis keluk jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut. Pada penggunaan buruh yang ke berapakah hukum pulangan berkurangan bermula? (d) Jika daya pengeluaran buruh meningkat 50%, hitungkan keluaran purata selepas peningkatan daya pengeluaran buruh tersebut.
944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
[2] [1]
[5] [2]
13 SULIT* 16. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat output sebuah firm monopoli. Output (unit) Jumlah Kos (RM)
0 10
1 18
2 23
3 25
4 27
5 28
6 32
7 40
8 50
Fungsi permintaan firma itu adalah seperti berikut: P = 17 – Q Dengan P = Harga (RM) Q = Kuantiti (unit) a). Hitung kos purata, kos sut, hasil sut, dan hasil sut bagi setiap keluaran. b). Untuk memaksimumkan keuntungan tentukan harga dan kuantiti yang harus dikeluarkan. c) Pada output kesimbangan, hitung (i) jumlah keuntungan firma (ii) lebihan pengguna
944/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
[4] [2] [2] [2]
SULIT*