Storan Magnetik Terbahagi Kepada 3 Jenis Iaitu Pita Magnetik

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Storan Magnetik Terbahagi Kepada 3 Jenis Iaitu Pita Magnetik as PDF for free.

More details

  • Words: 537
  • Pages: 4
Storan magnetik terbahagi kepada 3 jenis iaitu pita magnetik, cakera liut dan cakera keras.

PITA MAGNETIK

Pita magnetik menggunakan pita dan juga dikenali sebagai kaset pita. Pita ini diperbuat daripada riben polyester yang nipis dan dilapisi bahan magnet. Data ditulis dengan diwakilkan kedalam bentuk diskrit iaitu 0 atau 1. Terdapat beberapa 'track' untuk menyimpan data pada pita ini. Bagi membaca maklumat yang ditulis pada pita ini, pemacu pita magnet perlu digunakan. Data disimpan secara bersiri iaitu satu demi satu aksara pada satu masa. Data juga boleh disimpan secara selari iaitu blok demi blok dan dipisah oleh ruang antara blok. Ketumpatan pita disukat dalam unit bpi iaitu 'bit per inches'. Secara kasar pita dengan panjang 2400 kaki dengan 6250bpi boleh menyimpan 180Mb data. Pita magnetik adalah murah dan sesuai digunakan sebagai 'backup'. Ia adalah mudah alih namun

kelemahannya adalah capaian data yang sangat perlahan.

CAKERA LIUT

Cakera liut diperbuat daripada plastik mylar yang disaduri filem ferum oksida. Cakera ini kemudian dibungkus dengan pembalut atau kulit yang keras. Bagi membaca dan menulis data pada cakera ini, pemacu cakera liut perlu digunakan. Data pada cakera liut dibaca secara berjujukan dan terus. Terdapat dua jenis cakera liut yang boleh digunakan. Jenis 5 1/4 inci merupakan jenis yang paling awal digunakan dan penggunaannya sudah hampir pupus. Jenis ini hanya boleh menyimpan 360 KB bagi jenis 'Double-density' dan 1.2 Mb bagi jenis 'High-density'. Jenis kedua adalah dalam bentuk 3 1/2 inci yang mampu menyimpan 720 Kb bagi jenis 'Double-density' dan 1.44 Mb dalam bentuk 'High-density'. Cakera liut boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu muka, runut dan sektor. Ini adalah format cakera liut. Permukaan cakera liut dibahagi kepada kawasan membulat sepusat (runut) dan setiap satu runut dibahagikan kepada segmen (sektor). Setiap sektor terdapat 2 medan: medan alamat sektor dan medan data. Purata masa capaian bagi cakera liut adalah dalam lingkungan 200 milisaat.

Teknologi terkini cakera liut menggabungkan teknologi optikal dan magnetik. Cakera jenis ini dipanggil cakera zip. Keupayaan simpanan data adalah dalam lingkungan 100 Mb. Cara pengiraan muatan storan cakera liut dibuat berdasarkan bilangan permukaan atau silinder, sektor dan runut. Muatan bagi satu sektor adalah 512 bait. Contoh: muatan storan bagi cakera liut 31/2 inci DD: =permukaan x runut x sektor x bait 2 x 80 x 9 x 512 bait= 720 Kb ke atas semula

CAKERA KERAS

Cakera keras diperbuat daripada kepingan logam yang disadur dengan ferum oksida. Cakera ini dibungkus dengan kotak keras yang dipateri. Pemacu cakera keras terdiri daripada beberapa bahagian iaitu beberapa keping cakera, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera. Masa capaian cakera keras adalah lebih pantas daripada cakera liut di samping ruang simpanan data dan maklumat yang lebih besar.

Cakera keras membaca dan menulis data menggunakan kepala baca/tulis yang terletak sejauh 5-12 mikroinci dari permukaan cakera. Operasi tulis berlaku dengan mengalirkan caj elektrik ke kepala dan ini menjadikan kepala cakera bermagnet. Seterusnya kepala mencaj bintik magnet pada jejak. Operasi baca berlaku apabila kepala cakera mengesan kesan magnetik pada bintik magnet pada jejak. Masa capaian data bergantung kepada: • • • •

Masa Carian- masa untuk lengan capaian berada pada kedudukannya. Lengahan Purata- masa untuk cakera berputar sehingga data yang dikehendaki berada dibawah kepala baca/tulis. Pemindahan Data- antara ingatan dan cakera keras Saiz Cache- sebagai simpanan sementara

Related Documents