Tee Kai Qi, Lai Xiao Tian
Rancangan Amali
PISMP SAINS SJK(C) SEM 5 Tajuk Amali 1: Haba Peneutralan Tujuan: Untuk Menentukan haba peneutralan bagi campuran asid kuat dan bes kuat iaitu: A. Asid hidroklorik dan natrium hidroksida akueus B. Asid sulfurik dan natrium hidroksida akueus C. Asid nitrik dan kalium hidroksida akueus Hipotesis: Campuran antara
asid hidroklorik dengan natrium hidroksida akueus
mempunyai haba peneutralan yang paling tinggi. Pemboleh ubah: I.
Dimanipulasikan: Campuran asid dan bes yang berlainan kekuatan
II.
Bergerak balas: Haba peneutralan
III.
Dimalarkan: Kepekatan bagi asid kuat dan bes kuat
Definisi secara operasi: Suhu tertinggi yang dicatat bagi campuran asid kuat dan bes kuat dikenali sebagai haba peneutralan bagi campuran tersebut. Bahan:
1.0 mol dm-3 asid hidroklorik (HCl)
1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik (H2SO4)
1.0 mol dm-3 natrium hidroksida akueus (NaOH)
1.0 mol dm-3 asid nitrik (HNO3)
1.0 mol dm-3 kalium hidroksida akueus (KOH)
Radas: pipet 25 cm3, termometer 00C –1100C (± 0.20C), silinder penyukat 100 cm3, cawan plastik, Botol pencuci berisi air suling Prosedur: 1. 25.0 cm3 HCl dimasukkan ke dalam cawan plastik dengan menggunakan pipet. 2. Bacaan suhu awal HCl
didapatkan dengan menggunakan termometer,
direkodkan ke dalam jadual. 3. 25 cm3 larutan NaOH dimasukkan ke dalam bikal 100cm3 dengan menggunakan silider penyukat. Suhu awal larutan diukur dan
dituangkan ke dalam cawan
plastik yang mengandungi HCl. 4. Campuran HCl dan NaOH dilabelkan sebagai campuran R. 21
5. Campuran dikacaukan dengan berhati-hati dan menggunakan termometer. Suhu yang tertinggi bagi campuran R didapatkan dan catatkan ke dalam jadual. 6. Campuran R dibuangkan dari cawan plastik. Kemudian, cawan plastik dibersih dan dibilaskan dengan menggunakan air suling. 7. Prosedur diulangi dengan menggunakan bahan seperti: a. HCl digantikan dengan 25.0 cm3 H2SO4
25.0 cm3 H2SO4
+ 25.0 cm3 larutan NaOH untuk mendapatkan
campuran S b. HCl digantikan dengan 25.0 cm3 HNO3 dan NaOH digantikan dengan 60 cm3 KOH
25.0 cm3 HNO3 + 25.0 cm3 larutan KOH untuk mendapatkan campuran T
Keputusan: Campuran R
Campuran S
Campuran T
(HCl + NaOH)
(H2SO4 + NaOH)
(HNO3 +KOH)
38.5
35
Suhu permulaan / 0C Suhu tertinggi / 0C Penambahan suhu /0C
Kesimpulan: Campuran antara asid hidroklorik dengan natrium hidroksida akueus mempunyai haba peneutralan yang paling tinggi.
22