NO. KAD PENGENALAN
SULIT 4531/3 Fizik Kertas 3 2006 1
ANGKA GILIRAN
1 jam 2
JABATAN PELAJARAN PERAK
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006 FIZIK Kertas 3 (SET 1) Satu jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Tuliskan nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. 2. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 3. Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tuliskan jawapan bagi Bahagian A dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan. 4. Jawab satu soalan daripada Bahagian B. Jawab Bahagian B dengan terperinci. Anda boleh menggunakan persamaan, gambarajah, jadual, graf dan cara lain yang sesuai untuk menjelaskan jawapan anda. 5. Tunjukkan kerja mengira, ini membantu anda mendapatkan markah. 6. Masa yang dicadangkan untuk menjawab Bahagian A ialah 60 minit dan Bahagian B ialah 30 minit.
Kod Pemeriksa Bahagian Soalan
Markah Markah Penuh Diperolehi
1
16
2
12
3
12
4
12
A
B
Jumlah
Bahagian A [28 markah] Jawab semua soalan dalam bahagian ini. Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 60 minit. 1.
termometer Air sejuk bikar
Rajah 1.1 Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen dengan memasukkan logam X berjisim 0.1kg ke dalam air sedang mendidih selama 10 minit, dan segera logam X itu dipindahkan ke dalam 200 cm3 air sejuk, seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.1. Suhu maksimum yang dicapai oleh air sejuk selepas dimasukkan logam x diukur dengan termometer seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.2. Eksperimen ini diulangi dengan menggunakan logam X berjisim 0.2 kg, 0.3 kg, 0.4 kg dan 0.5 kg dan suhu maksimum masing-masing adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.3, 1.4, 1.5 dan 1.6. Setiap kali eksperimen diulang air sejuk diambil dari sumber yang sama supaya suhu awalnya sama.
Rajah 1.2
Rajah 1.3
Rajah 1.4
Rajah 1.5
Rajah 1.6
2
(a) Berdasarkan eksperimen yang diterangkan, kenal pasti; (i) Pembolehubah dimanipulasikan, ………………………………………………………………………………………. [1 markah] (ii) Pembolehubah bergerak balas, ………………………………………………………………………………………. [1 markah] (iii) Satu pembolehubah dimalarkan. ………………………………………………………………………………………. [1 markah] (b) Berdasarkan Rajah 1.2,1.3, 1.4, 1.5 dan 1.6. tentukan bacaan termometer apabila jisim X yang digunakan ialah 0.1kg, 0.2kg, 0.3kg, 0.4kg dan 0.5kg masing-masing. Jadualkan keputusan anda bagi 0.1kg, 0.2kg, 0.3kg, 0.4kg dan 0.5kg pada ruang dibawah. [5 markah]
(c) Pada kertas graf, lukiskan graf suhu melawan jisim.
[5 markah]
(d) Menggunakan graf anda, nyatakan hubungan antara suhu dengan jisim. …………………………………………………………………………………………….. [1 markah] (e) Ekstrapolasikan graf anda bagi menentukan suhu awal air sejuk yang digunakan. Nyatakan suhu awal air sejuk. …………………………………………………………………………………….. [2 markah]
3
4
2. Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara voltan(V) merentasi tiga sel kering dengan arus(I) yang mengalir. Susunan radas eksperimen adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 2.1. Suis dihidupkan dan bacaan ammeter dan voltmeter dicatat. Pelajar mencatat bacaan voltmeter bagi setiap perubahan bacaan ammeter dengan melaraskan reostat. Keputusan eksperimen ditunjukkan oleh graf V melawan I pada Rajah 2.2 V
A
Rajah 2.1
V/V
Graf V melawan I
8.0 7.0 6.0 5.0 4.0 3.0 2.0 1.0 0.0 0.0
0.1
0.2
0.3
0.4
0.5 Rajah 2.2
5
0.6
0.7
0.8
0.9
1.0
I/A
(a) Daya gerak elektrik (d.g.e.) sel elektrik boleh ditentukan daripada pintasan paksi-V. Tunjukkan pada graf di Rajah 2.2 bagaimana anda menentukan d.g.e sel, dan tuliskan nilai itu pada ruang di bawah. d.g.e = ……………………………………………
[2 markah]
(b) Nyatakan hubungan antara V dengan I. ……………………………………………………………………………………………….. [1 markah]
(c) Rintangan dalam sel diberi oleh persamaan;
V I (r ) E di mana r iaitu rintangan dalam dapat ditentukan dari kecerunan graf V melawan I. (i) Hitungkan kecerunan graf V melawan I. Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan kecerunan itu. [3 markah]
(ii) Hitungkan rintangan dalam bagi satu sel kering.
[2 markah]
(d) Tanpa menggunakan keadah graf tentukan nilai voltan yang merentasi susunan sel kering apabila arus yang mengalir ialah 0.5 A. [3 markah]
(e) Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa eksperimen ini dilakukan. ……………………………………………………………………………………………. [1 markah]
6
Bahagian B [12 markah] Jawab satu soalan dalam bahagian ini. Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 30 minit.
1. Rajah 1.1 menunjukkan dua kolam renang yang berlainan kedalaman air.
Kolam yang dalam Kolam renang yang dalam
Kolam renang yang cetek
Rajah 1.1
Rajah 1.2
Apabila seorang pelajar masuk kedalam kolam renang yang cetek dia dapati kakinya kelihatan kurang dekat berbanding apabila pelajar itu dalam kolam yang lebih dalam seperti Rajah 1.2. Menggunakan maklumat ini; (a) buat satu inferens yang sesuai, (b) nyatakan satu hipotesis yang sesuai dan boleh disiasat, (c) terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan bikar yang tinggi, pin dan lain-lain radas. Dalam penerangan anda jelaskan perkara berikut: (i) tujuan eksperimen (ii) pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen itu (iii) senarai radas dan bahan (iv) susunan radas (v) prosedur eksperimen termasuk kaedah mengawal pembolehubah dimanipulasikan dan kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas (vi) cara bagaimana akan manjadualkan data (vii)cara bagaimana akan menganalisis data
7
2. Dua orang pelajar A dan B mengesan bunyi yang kuat apabila berdiri di hadapan dua pembesar suara yang mengeluarkan bunyi koheren seperti Rajah 2.1.
Pembesar suara
Arah gerakan A
B
Rajah 2.1 Tempat bunyi kuat yang dikesan merupakan garis antinod. Apabila kedua-dua pelajar itu bergerak mendekati pembesar suara jarak antara bunyi kuat yang dikesan semakin berkurangan. Menggunakan maklumat ini; (d) buat satu inferens yang sesuai, (e) nyatakan satu hipotesis yang sesuai dan boleh disiasat, (f) terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan penjana audio, dua pembesar suara, osiloskop sinar katod, mikrofon dan lain-lain radas. Dalam penerangan anda jelaskan perkara berikut: (i) tujuan eksperimen (ii) pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen itu (iii) senarai radas dan bahan (iv) susunan radas (v) prosedur eksperimen termasuk kaedah mengawal pembolehubah dimanipulasikan dan kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas (vi) cara bagaimana akan manjadualkan data (vii)cara bagaimana akan menganalisis data
8