Skema Jawapan Latihan Tutorial: Imuniti spesifik 1. Berikan 2 contoh keimunan perolehan semulajadi aktif dan keimunan perolehan tiruan aktif keimunan perolehan semulajadi aktif keimunan perolehan tiruan aktif Mana-mana contoh jangkitan bakteria, virus, Mana-mana contoh vaksin spt BCG, MMR fungus, parasit dll 2. Terangkan proses pembentukkan antibodi dalam manusia apabila berlaku jangkitan a) Antigen telah menjangkiti salur darah b) Kehadiran telah dikesan oleh limfosit B yang matang c) Limfosit B akan membahagi dan matang bg membentuk sel plasma yg khusus utk mhasilkan antibodi utk antigen tersebut d) Sel plasma yang terbentuk akan menghasilkan secara aktif antibodi utk memusnahkan antigen tersebut e) Antibodi akan berikat dengan antigen mbentuk kompleks dan seterusnya memusnahkan antigen tersebut f) Limfosit B juga mampu membahagi bagi membentuk sel memori B utk antigen tersebut 3. Senaraikan 5 kumpulan khusus imunoglobulin dan nyatakan fungsinya Jenis Imunoglobulin Ig G Ig M Ig A Ig D Ig E
Fungsi Merangsang makrofaj menelan bendasing, meneutralkan toksin/ virus dan boleh melindung fetus kerana boleh melepasi plasenta Antibodi pertama apb blaku jangkitan dan akan mmusnahkan jangkitan Memusnahkan jangkitan terutama di dalam sekresi badan spt air mata, saliva, susu ibu, intestine fluid juga mlindungi usus bayi krn Ig A boleh mlintasi susu ibu sewaktu breast feeding Tiada fungsi tetapi membantu memulakan pengaktifan sel B dalam penghasilan antibodi Mengenalpasti allergen bg reaksi alergi (sel mast/ basofil) dan membunuh cacing)
4. Terangkan setiap jenis tindakan permusnahan antibodi terhadap antigen dalam manusia a) apabila antibodi telah membentuk kompleks dengan antigen bermulanya proses permusnahan antigen b) Mlibatkan salah 1 drpd 5 cara tindakan: i. Aglutinasi: ikatan ab-ag myebabkan antigen bergumpal bersama ii. Opsonisasi: antibodi menyaluti permukaan antigen dan hasilnya merangsang sel fagosit (makrofaj/ neutrofil) menelan dan seterusnya memusnahkan antigen tersebut
iii. Peneutralan: ikatan ab-ag myebabkan antigen (toksin/ virus) hilang keupayaan utk mhasilkan kerosakan kpd sel dan penyakit tidak berlaku. iv. Antibody-dependent cell-mediated cytotoxicity: antibodi mengikatkan antigen yg mana mlibatkan antigen besar (e.g.: worms) bagi mbantu sel fagosit/ limfosit T mmusnahkan antigen sterusnya sel tsebut akan terbunuh v. Complement Activation: melibatkan 2 jenis jenis antibodi dicetuskan (IgG dan IgM) dan masing2 mengikatkan kepada antigen yang mana saling mlengkapi dan mhasilkan complement system pd antigen sterusnya mybbkan antigen tsebut lisis/ pecah. 5. Terangkan mengapa seseorang yang pernah dijangkiti oleh chicken-pox terselamat utk jangkitan seterusnya. a) jangkitan pertama varicella zoster virus (VZV) merupakan dedahan pertama antigen pada seseorang individu. b) Menyebabkan sel B perlu mengenalpasti dan mengalami proses pbahagian bg membentuk sel plasma khusus utk antigen VZV. c) Sel plasma yg terbentuk dengan aktif menghasilkan antibodi bg memusnahkan VZV tersebut. d) Pembentukan sel B kepada sel plasma bg phasilan antibodi mengambil masa, VZV yg berada dalam darah individu tersebut akan menyebarkan dalam tubuh individu, bertambah jumlahnya dan menyebabkan kerosakan kepada individu dan ada yg telah keluar dari induvidu bg membentuk jangkitan yg baru. Yg mana akhirnya didapati individu tersebut akan mengalami simptom-simptom chicken-pox e) Sel B juga mampu membahagi bagi membentuk sel memori B utk antigen VZV tersebut f) Jika individu ini dijangkiti kali kedua VZV, sel memori B dengan cepat bertukar kepada sel plasma dan terus menghasilkan antibodi secara aktif. g) Antibodi yang terhasil terus memusnahkan VZV sebelum VZV sempat utk disebarkan, bertambah jumlahnya dan menyebabkan kerosakan. h) Yang mana ini menyebabkan individu ini terselamat utk jangkitan kedua/ seterusnya. 6. Nyatakan peranan pemberian vaksin kepada kanak-kanak a) Merangsang pembentukkan sel memori khusus/ imuniti spesifik terutama penyakiti berjangkit b) Antigen vaksin tidak menyebabkan kerosakan kepada kanak-kanak c) Mengurangkan kos rawatan jika berlakunya jangkitan d) Pemberian vaksin sangat mudah (suntikan/ oral sahaja) e) Sangat berkesan kerana sistem imuniti tidak spesifik dan limfatik kanak-kanak tidak sempurna
7. Senaraikan nama-nama vaksin yang diberi secara percuma dan fungsi setiap vaksin tersebut BCG DTP HipB MMR HepB Polio
Mencegah jangkitan TB Mencegah jangkitan dipteria, tetanus (kancing gigi) dan pertusis (batuk kokol) Mencegah jangkitan influenza Mencegah measles (campak), mumps (beguk) dan rubella Mencegah hepatitis B Mencegah jangkitan virus polio yg boleh meyebabkan jangkitan pd otak dan kecacatan otot kaki
8. Bilakah keimunan perantaraan sel bertindak dalam sesuatu jangkitan dan nyatakan sel yg terlibat dalam tindakan tersebut. Bila: apabila antigen telah menjangkiti sel perumah terutama antigen spt Mycobacterium tuberculosis dan virus yg mana antibodi tidak dapat melintasi sel Sel yg terlibat: Limfosit T (T helper cell dan T cytotoxic cell) 9. Terangkan bagaimana sel yg anda nyatakan di atas membunuh antigen tersebut ? a) T Helper Cell (TH cell): i. mengenalpasti antigen pada permukaan APC (antigen presenting cell) spt makrofaj dan seterusnya merangsang makrofaj mencernakan antigen tersebut ii. Mmulakan pbentukan cytotoxic T cells (TC cell) daripada limfosit T iii. Mrangsang limfosit B mhasilkan antibodi b) T Cytotoxic cell (TC cell):TC cell akan mengenalpasti sel yang telah dijangkiti/ sel kanser/ sel transplant dan seterusnya menghasilkan ikatan pada sel tersebut. Seterusnya, ia akan menghasilkan bahan protein iaitu perforin yang mana akan memusnahkan sel yang dijangkiti tersebut. Seterusnya sel tersebut akan melalui proses apoptosis (kematian sel). TC cell yg pernah merosakkan sesuatu sel yg dijangkiti oleh sesuatu antigen juga membentuk sel T memori. 10. Apakah yang dimaksudkan dengan imuniti spesifik sebenarnya? Imuniti yang terhasil didalam seseorang individu akibat dedahan/ perolehan terhadap antigen/ antibodi yang mana merangsang pembentukkan imuniti khusus utk setiap jenis jangkitan.