Skala Likert

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skala Likert as PDF for free.

More details

  • Words: 3,964
  • Pages: 12
Kemahiran Respons LisanJurnal Kaunselor dalam26 Sesi Kaunseling Pendidikan (2001) 53 - 64

53

Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling AMLA SALLEH MOHD. ARIF ISMAIL SALLEH AMAT ZURIA MAHMUD

ABSTRAK

Rencana ini melaporkan hasil kajian kemahiran kaunseling yang bertujuan untuk melihat jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh pelatih-pelatih kaunselor UKM. Kajian ini juga melihat kemampuan mereka mengenal pasti respons-respons yang digunakan serta tahap kesesuaian kemahirankemahiran tersebut. Data dipungut dengan memilih respons daripada sesi kaunseling yang telah ditaip secara verbatim dan diambil selang semuka daripada sejumlah 38 orang sesi oleh 38 pelatih. Sebanyak 1439 unit sampel respons telah diperolehi. Analisis kekerapan dan peratusan dikira dengan menggunakan borang Skala Kemahiran Respons Lisan Kaunselor (SKRLK). Sementara analisis kesesuaian pula, menggunakan skala penilaian berbentuk Likert 7 poin. Kemampuan pelatih mengenal pasti jenis respons dinilai oleh sebuah panel pakar. Penilaian kesesuaian respons juga dibuat oleh panel pakar. Keputusan kajian menunjukkan pelatih menggunakan kemahiran asas seperti dorongan minima, soalan tertutup, soalan terbuka, refleksi isi, refleksi emosi dan merumus. Dorongan minima, soalan terbuka dan tertutup merupakan respons yang paling kerap digunakan berbanding dengan respons-respons lain. Kebolehan pelatih mengenal pasti respons adalah tinggi. Begitu juga dengan kesesuaian respons-respons yang diberikan dalam konteks masalah klien juga tinggi. Akhirnya rencana ini turut membincangkan implikasi kajian dari perspektif latihan dan perkembangan profesionalisme kaunseling. ABSTRACT

This article reports the results of a research on counseling skills which aimed at identifying the types of oral response skills used by UKM counselor trainees. Also, it was to find out the trainees’ ability in identifying the responses that they used including the suitability of the skills. Data was gathered by choosing an alternate page type written verbatim responses by 38 trainees from 38 counseling sessions. A total of 1439 response sample units were obtained. Analysis of frequency and percentage was tabulated using the Counselor Oral Response Skills Scale form. The suitability analysis used the evaluation scale in the form of 7 point Likert. Trainees’ ability in identifying response types and

54

Jurnal Pendidikan 26

suitability of responses were evaluated by an expert panel. Results of the research showed that trainees used basic skills such as minimal encouragement, open-ended and close-ended questions, context and emotional reflections, and summarization. Minimal encouragement, open-ended and close-ended questions were the most frequent responses employed compared to other responses. The trainees’ ability in identifying responses was high. The suitability of responses given in the context of client problem was high too. Finally, this article discusses the implication of the research in the perspective of training and professional development of counseling. PENDAHULUAN Perkhidmatan kaunseling semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia pada masa kini. Kemuncak kepada perkembangan tersebut adalah dengan lulusnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan dengan tertubuhnya sebuah Lembaga Kaunselor Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia amalan kaunseling di Malaysia. Perkembangan ini sekali gus telah meningkatkan taraf profesional kaunseling di Malaysia. Justeru pemantapan program-program latihan kaunseling pada masa kini perlu diberi fokus. Isu mutu latihan kaunselor di Malaysia telah dibangkitkan oleh Abdul Halim sejak 1990. Beliau telah menyarankan supaya program-program latihan kaunselor mempunyai satu asas latihan yang seragam serta mempunyai kurikulum yang tersusun rapi dan mengambil kira perkembangan ilmu pengetahuan mutakhir. Saranan itu juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi terhadap aspek latihan kemahiran kaunseling yang menjadi teras kepada proses kaunseling. Kepentingan latihan yang disebutkan turut memberi implikasi terhadap kepentingan penyelidikan dalam bidang kaunseling, khususnya pada aspek kemahiran itu sendiri. Walaupun kurikulum latihan kaunseling tempatan memberi peruntukan kepada kursus-kursus kemahiran, namun hingga kini kajian-kajian yang berkaitan dengan kemahiran baik secara umum atau yang khusus masih belum diterokai (Abdul Halim 1990 & Mizan Adiliah 1992). KAJIAN KEMAHIRAN KAUNSELING Egan (1982) telah mengutarakan bahawa kemahiran kaunseling penting. Menurut Egan (1982) dalam setiap tahap intervensi menolong terdapat pelbagai jenis kemahiran. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam menentukan matalat kaunseling. Kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti masalah termasuklah memberi perhatian, mendengar dengan aktif, dan merumus. Kenyataan tentang pentingnya kemahiran kaunseling tersebut dikukuhkan lagi oleh pandangan Abdul Halim Othman (1990) yang menyatakan bahawa salah

Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling

55

satu aspek yang harus diberi penekanan ialah kemahiran kaunseling yang digunakan oleh kaunselor pelatih. Ivey (1996) mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas kaunseling seperti berikut: 1.

2. 3. 4. 5. 6.

Dorongan minima – respons kaunselor yang ditahap minima bagi menggalakkan klien bercakap. Ini mungkin dilakukan dengan cara anggukan kepala dan respons-respons seperti menyebut ‚aha’, ‚teruskan’ yang menunjukkan kaunselor ingin klien menghuraikan sesuatu dengan lebih lanjut. Soalan terbuka – soalan terbuka adalah soalan yang mengkehendaki klien menerangkan sesuatu pernyataan dengan lebih lanjut. Soalan tertutup – soalan jenis ini hanya digunakan oleh kaunselor untuk memeriksa sama ada tanggapan kaunselor itu benar atau salah. Parafrasa – respons kaunselor dalam ayat sendiri yang dapat merumuskan apa yang diperkatakan oleh klien. Refleksi isi – yang merupakan respons kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien bagi menunjukkan kefahaman kaunselor. Refleksi emosi – Refleksi perasaan ialah respons kaunselor untuk menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor.

Kajian-kajian yang telah dijalankan melihat kemahiran kaunseling dari pelbagai aspek. Antara faktor yang sering dikaji ialah pengalaman kaunselor, jantina kaunselor, persepsi empati, dan tujuan kaunselor (Cummings 1987; Hills 1986; Lornborg 1991; Thompson 1986). Setelah diteliti didapati beberapa pengkaji turut membuat kajian kaunseling secara khusus iaitu memberi fokus kepada kemahiran-kemahiran seperti dorongan minima, refleksi, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, merumus, dan lain-lain lagi menggunakan Hill Counselor Verbal Response Category System (HCVRS) yang dibina oleh Hill (1986). Kajian Thomson (1986) mendapati bahawa kaunselor-kaunselor pelatih sama ada pada peringkat pascasiswazah dan prasiswazah kurang menggunakan kemahiran dorongan minimum dan meningkatkan kemahiran-kemahiran lain seperti pernyataan semula dan soalan-soalan setelah menjalani latihan akademik selama setahun. Dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa pelajar pascasiswazah lebih banyak menggunakan soalan terbuka dan kemahiran konfrantasi tetapi kurang membuat interpretasi berbanding dengan pelajar prasiswazah. Satu lagi kajian telah dijalankan oleh Lonborg (1991) bagi mengetahui sama ada kaunselor-kaunselor baru menggunakan lebih banyak respons lisan yang asas berbanding dengan respons-respons yang lebih kompleks. Kajian Lonborg mendapati bahawa penggunaan respon kemahiran asas seperti dorongan minima bertambah dengan penambahan masa proses kaunseling. Menurut Lornborg (1991) keadaan ini bersesuaian dengan keadaan sesi awal kaunseling yang menitikberatkan pengumpulan maklumat.

56

Jurnal Pendidikan 26

Sementara Cummings (1987) pula telah mengkaji tentang jenis-jenis dan jumlah respons yang digunakan oleh kaunselor baru melalui penggunaan HSVRCS. Cummings juga telah melihat hubungan jantina dengan kekerapan dan kualiti penggunaan kemahiran reflektif dan juga hubungan jantina dengan mode respons. Cummings mendapati terdapat perbezaan di dalam penggunaan respons berdasarkan jantina. Kaunselor lelaki lebih banyak menggunakan dorongan minima berbanding kaunselor perempuan, sebaliknya kaunselor perempuan lebih banyak menggunakan soalan tertutup, ulangan kata, refleksi, dan maklumat. Walau bagaimanapun secara amnya, kajian ini mendapati bahawa tiga respons kemahiran asas yang paling kerap digunakan oleh kaunselor baru ialah dorongan minima, refleksi dan ulangan kata. METODOLOGI SUBJEK

Subjek kajian terdiri daripada 38 orang pelajar program pensiswazahan pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini adalah program khas yang dijalankan oleh Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajarpelajar yang mengikuti program ini mengikuti kursus Kaunseling pada tahun I di maktab-maktab perguruan di Malaysia. Oleh yang demikian, mereka diterima masuk ke Fakulti Pendidikan UKM pada tahun II. KLIEN

Klien yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah di mana kaunselor pelatih menjalani latihan praktikum mereka. Klien yang datang berjumpa dengan kaunselor terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah (lelaki dan perempuan) yang berumur di antara 14-17 tahun. Mereka yang datang menemui kaunselor pelatih secara sukarela atau dirujuk oleh guru. INSTRUMEN

Dua set instrumen telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen pertama ialah Sistem Kategori Respons Lisan Kaunselor ( SKRLK ) yang dibina untuk mengelaskan tujuh respons lisan kaunselor yang ekslusif iaitu: dorongan minima, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan lainlain. Sistem ini dibina berdasarkan Counselor Verbal Response Category System (CVRCS) yang telah dibina oleh Hill (1986). Sistem ini digunakan untuk mengelas jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling. Instrumen kedua ialah Skala Penilaian Kualiti: Satu skala Likert untuk menilai kualiti sesi kaunseling juga dibentuk untuk melihat tahap keberkesanan satu-

Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling

57

satu sesi kaunseling secara menyeluruh. Skala Likert 7 poin dibentuk dengan julat nilai daripada sangat tidak berkesan (1) kepada yang sangat berkesan (7). Skala disediakan dengan panduan penilaian yang menjelaskan kualiti sesuatu sesi itu sama ada dapat dianggap sangat berkesan berkesan (7), berkesan (5 dan 6), sederhana berkesan (4), kurang berkesan (3 dan 2) serta sangat tidak berkesan (1). Sesi yang dianggap berkesan memperlihatkan ciri temubual yang tersusun, mempunyai kesinambungan jalan cerita, berjalan lancar, terdapat tematema penerokaan masalah klien, menjelaskan, memberikan celik akal, mempunyai pelan tindakan secara tentatif serta mempunyai unsur-unsur yang menyokong klien. Sementara sesi yang dianggap tidak berkesan ialah yang tidak memperlihatkan unsur kesinambungan, mempunyai tema-tema respons yang janggal, ada unsur-unsur mengabaikan masalah klien, serta tidak mempunyai fokus. Kajian Hill et al. (1988) mengkaji terapis berpengalaman dalam melihat kesan jenis kemahiran yang digunakan terhadap rawatan. Kemahiran yang dikaji ialah persetujuan, memberi maklumat, bimbingan langsung, soalan tertutup, soalan terbuka, parafrasa (penyataan semula, refleksi, rumusan dan rujukan bukan lisan), interprestasi, konfrontasi dan pendedahan kendiri. Hill, et al. mendapati secara amnya, terapis telah menggunakan kemahiran memberi maklumat dengan paling kerap diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, interpretasi, persetujuan dan diikuti oleh bimbingan langsung dan pendedahan kendiri. Sampel dalam kajian Hills ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, dianggap terbaik dalam agensi-agensi, dan mereka mengaku menggunakan pendekatan psikoanalisis lebih daripada pendekatan humanistik atau tingkah laku (behavioral). Kajian-kajian tentang kemahiran kaunseling seperti yang telah dibincangkan di atas belum terdapat di Malaysia. Justeru terdapat keperluan untuk melihat jenis respons kaunselor terutama di kalangan kaunselor pelatih di negara ini. Kajian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan tersebut. TUJUAN KAJIAN Kajian dijalankan untuk melihat aspek-aspek berikut: 1. 2. 3. 4.

Jenis-jenis kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu. Kekerapan respons kemahiran-kemahiran asas yang telah digunakan oleh kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu. Kebolehan kaunselor mengenal pasti jenis-jenis respons yang mereka berikan. Menilai ketepatan respons kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu.

58

Jurnal Pendidikan 26

PROSEDUR Tiga puluh lapan sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor pelatih dirakamkan dalam pita audio dan kemudian disalintaipkan secara kata demi kata. Salinan sesi yang ditaip disemak oleh kaunselor pelatih sendiri. Setiap satu salinan sesi yang lengkap diberi nombor kod supaya identiti klien tidak dikenali. Sesi kaunseling yang dipilih adalah sesi kaunseling yang dianggap terbaik oleh pelatih di antara beberapa sesi kaunseling yang telah mereka jalankan sewaktu latihan praktikum. Setiap sesi yang dipilih sebagai sampel, panjangnya adalah di antara 35-60 minit. Setelah disalin dan ditaip dengan jarak baris dua langkau, panjang setiap sesi didapati antara 20-25 muka surat. Untuk menganalisis semua unit respons daripada kesemua 38 sesi, adalah suatu tugas yang tidak mungkin dapat dijalankan dalam jangka masa yang singkat serta dengan sumber-sumber yang diperuntukkan. Oleh yang demikian, kajian ini telah menggunakan kaedah yang digunakan oleh Thompson (1986), iaitu dengan mengambil respons daripada selang semuka sahaja. Dengan menggunakan kaedah persampelan Thompson ini, sejumlah 1349 unit sampel respons telah diperolehi. Setiap unit respons yang telah dipilih kemudian dikategorikan mengikut sistem yang telah dibina. Analisis kategori dengan menggunakan borang SKRLK dijalankan pada dua peringkat. Pertama dijalankan oleh sekumpulan pelatih (yang terlibat dalam kajian ini) untuk melihat kemampuan mereka mengenal pasti jenis-jenis respons yang telah digunakan. Tahap kedua, satu analisis dijalankan oleh panel yang terdiri daripada lima orang pensyarah bidang kaunseling yang dilantik untuk menilai semula pilihan kategori yang dibuat oleh kumpulan pelajar tersebut. ANALISIS Analisis diskriptif, kekerapan, peratusan dan ranking telah digunakan untuk melihat kategori respons, pola-pola respons dan kualiti sesi yang dijalankan. Kolerasi Spearman rank digunakan untuk melihat korelasi persetujuan antara pilihan kategori jenis respons pelatih dengan kategori respons yang dinilai oleh pakar. HASIL KAJIAN Tiga puluh lapan orang pelatih yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelatih kaunselor Fakulti Pendidikan yang sedang menjalani latihan praktikum kaunseling di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia. Mereka sedang mengikuti program ijazah pertama pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling. Pada masa kajian ini dijalankan mereka sedang berada dalam Tahun III pengajian

59

Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling

mereka. Subjek adalah bekas guru-guru sekolah rendah yang terlatih dan telah mempunyai pengalaman mengajar antara 5-10 tahun, berumur antara 30-38 tahun dan berketurunan Melayu (lelaki dan perempuan). 1. Secara keseluruhannya terdapat 1,439 respons yang dipilih sebagai sampel kajian yang dianalisa. Mengikut analisis kumpulan pelatih sebanyak 1,120 respons dapat dikenal pasti sebagai kemahiran asas kaunseling yang dapat dikategorikan ke dalam tujuh jenis kemahiran yang disebut sebagai; dorongan minima, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan merumus. Sementara respons-respons lain yang dianggap tidak termasuk dalam jenis kemahiran yang dikaji dikategorikan sebagai jenis lain-lain dan jumlahnya adalah sebanyak 319 unit. Jadual 4.1 menunjukkan jumlah unit respons bagi setiap kategori serta peratus bagi setiap kategori mengikut analisis kumpulan pelatih kaunselor. Mengikut analisis kumpulan pelatih, jumlah respons soalan terbuka mempunyai kekerapan yang paling tinggi iaitu 289 unit (26%), diikuti oleh kemahiran dorongan minima 274 unit (24%), soalan tertutup 252 unit (23%), parafrasa 107 unit (9.5%), refleksi isi 84 unit (7.5%), merumus 65 unit (6%) dan yang paling sedikit ialah refleksi emosi 49 unit (4%). JADUAL 1. Taburan jenis respons mengikut kekerapan dan peratus

mengikut penilaian pelatih Bil.

Jenis Respons

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Dorongan Minimum Soalan Tertutup Soalan Tertutup Parafrasa Refleksi Isi Refleksi Emosi Merumus Jumlah Lain-lain Kemahiran*

274 252 289 1-7 84 49 65 1120 319

24 23 26 9 4 4 6 100 22.18

Jumlah Sampel Respons

1439

100

8.

Kekerapan

Peratus

Ranking 2 3 1 4 5 7 6

*Lain-lain kemahiran tidak diambil kira

2. Unit-unit respons yang dikenal pasti oleh pelatih kemudian dinilai oleh kumpulan panel. Penilaian dibuat dengan melihat sejauh mana jenis-jenis kemahiran yang dikenal pasti oleh pelatih dapat diterima oleh panel pakar. Dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu menggunakan borang SKRLK hasil penilaian dapat dilihat sebagaimana dalam Jadual 2.

60

Jurnal Pendidikan 26 JADUAL 2. Darjah persetujuan panel dalam bentuk peratus dan ranking

Bil

Jenis Respons

1.

Dorongan Minimum

2.

Soalan Tertutup

3.

Soalan Tertutup

4.

Parafrasa

5.

Refleksi Isi

6.

Refleksi Emosi

7.

Merumus

Unit Persetujuan Panel 246 (89.78%) 178 (70.63%) 223 (77.16%) 70 (65.42%) 51 (60.71%) 28 (57.14%) 48 (73.84%) 844 (75.35)

Ranking pilihan panel

Pilihan pelatih

Ranking pilihan pelatih

1

274

2

3

252

3

2

289

1

4

107

4

5

84

5

7

49

7

6

65

6

1120

Spearman Rank 0.946 (<0.01)

Jadual 2 memperlihatkan kemampuan pelajar mengenal pasti jenis-jenis respons yang mereka gunakan dalam sesi kaunseling. Kaedah yang digunakan adalah dengan menilai semula pilihan respons yang dibuat oleh kumpulan pelajar dan menganalisis unit-unit respons yang dipersetujui oleh panel. Jadual 2 juga memperlihatkan tahap persetujuan ahli panel terhadap pilihan respons pelatih mengenal pasti kemahiran-kemahiran dalam kajian ini. Umumnya, kemampuan pelatih mengecam jenis-jenis respons adalah agak tinggi. Peratus persetujuan panel dengan pilihan pelatih secara keseluruhannya adalah 79% dan peratus persetujuan bagi setiap kategori mempunyai julat antara 57% hingga 90%. Jadual 2 menjelaskan bahawa daripada 274 unit respons yang dicam oleh pelajar 90% daripadanya dipersetujui oleh panel. Bagi jenis kemahiran soalan tertutup, daripada 252 unit soalan tertutup yang dikenal pasti, sejumlah 715 dipersetujui oleh panel. Sementara 77% daripada 289 unit soalan terbuka mendapat persetujuan panel. Manakala, daripada 107 unit parafrasa sebanyak 70% dipersetujui, daripada 84 unit refleksi isi 65% dipersetujui dan daripada 49 unit refleksi emosi yang dikenal pasti oleh pelatih 61% daripadanya dipersetujui olah panel. Sementara itu, 65 unit rumusan sebanyak 57% dipersetujui. Pada umumnya, sebanyak 1120 unit respons telah dikategorikan oleh pelatih ke dalam tujuh kategori kemahiran asas dan secara keseluruhan kumpulan panel bersetuju sebanyak 844 unit respons sahaja yang dapat dimasukkan ke dalam tujuh kategori tersebut atau sebanyak 75.35%.

Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling

61

Kolerasi Spearman rank telah dikira untuk melihat tahap korelasi kedudukan yang terhasil daripada analisis antara pilihan pelatih dengan penilaian panel korelasi yang didapati adalah 0.946 (<0.01). Apabila dibuat perbandingan antara analisis pelatih dengan analisis panel dari segi tahap persetujuan dan kedudukan, terdapat beberapa pola yang dapat dilihat dalam setiap kategori kemahiran. Pertama, tahap persetujuan dapat dianggap tinggi berdasarkan peratus persetujuan bagi setiap kategori. Kedua, apabila ranking dibuat untuk kedua-dua set kategori respons kedudukan yang berbeza hanya pada kategori dorongan minimum dengan soalan tertutup sahaja. Bagaimanapun, perbezaan kedudukan tersebut amat sedikit. Kumpulan pelatih meletakkan kategori dorongan minimum pada kedudukan nombor dua sementara kumpulan panel meletakkannya pada kedudukan nombor satu. Kedudukan kategori-kategori yang lain adalah sama. Ini dikukuhkan lagi dengan kiraan kolerasi Spearman rank pada nilai 0.946 (<0.01). Ketiga, kedua-dua kumpulan bersetuju terdapat dua set jenis respons, iaitu; set kategori yang kerap digunakan dan yang kurang digunakan. Set yang kerap digunakan ialah kategori dorongan minima, soalan tertutup, dan soalan terbuka. Sementara set yang kedua terdiri daripada kategori refleksi isi, refleksi emosi, para frasa dan rumusan yang agak jarang digunakan terutama refleksi emosi. Fenomena adanya jenis-jenis respons yang lebih popular berbanding dengan yang lain seperti dalam kajian ini dapat dijelaskan dengan memahami bahawa respons refleksi emosi dan merumus adalah respons-respons yang khusus sementara kemahiran menggunakan soalan terbuka dan tertutup serta dorongan minimum adalah lebih umum dan perlu dilakukan oleh kaunselor terutamanya dalam proses penerokaan. 3. Analisis keberkesanan respons pelatih yang dinilai dengan menggunakan skala Likert tujuh poin. Penilaian kesesuaian respons-respons kaunselor pelatih telah diukur dengan menggunakan skala Likert dari nilai satu (1) hingga tujuh (7). Untuk tujuan laporan ini nilai skala itu telah dikelompokkan kepada kurang sesuai (1-3) sesuai (4-5) dan sangat sesuai (6-7). (Lihat Jadual 3) Jadual 3 di atas menunjukkan 20.26 peratus daripada respons kaunselor tergolong dalam kategori kurang sesuai iaitu yang tergolong dalam skala 1-3 (3.12 %, 5.17% dan, 11.97%). Sementara 25 peratus pula dalam kategori sangat sesuai iaitu respons-respons yang tergolong dalam skala 6-7 (24.38% dan .53%). Hampir 55 peratus respons yang dilakukan oleh kaunselor pelatih tergolong dalam kategori sesuai iaitu yang terletak pada skala 4-5 (24.49% dan 31.34%). Secara keseluruhannya 80 peratus daripada jumlah respons yang dikenal pasti oleh pelatih respons dalam sesi kaunseling yang dijalankan adalah sesuai dan sangat sesuai. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah peratusan respons kaunselor pelatih didapati sesuai adalah tinggi dan ini merupakan unsur yang sangat penting bagi menentukan kejayaan satu-satu sesi kaunseling.

62

Jurnal Pendidikan 26 JADUAL 3. Taburan kesesuaian respons kaunselor pelatih mengikut

kekerapan dan peratus Skala Kekerapan Peratus

1

2

3

4

5

6

7

Jumlah

35 3.12

58 5.17

134 11.97

263 23.49

351 31.34

273 24.38

6 0.53

1,120 100.00

PERBINCANGAN RESPONS LISAN YANG DIGUNAKAN

Kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor pelatih menggunakan ketujuh-tujuh jenis respons yang dikategorikan sebagai kemahiran asas, iaitu dorongan minimum, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan merumus dalam proses kaunseling. Dapatan ini menyokong kajian Lornborg (1991) yang mendapati kaunselor baru lebih selesa menggunakan kemahirankemahiran asas dalam menjalankan proses kaunseling. Ini adalah petanda yang baik kerana dapatan ini menujukkan bahawa kaunselor yang telah melalui latihan kaunseling mampu menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang dipelajari dalam latihan pendidikan kaunseling semasa menjalankan proses kaunseling. Respons yang didapati paling kerap digunakan di dalam kajian ini ialah respons soalan terbuka, diikuti oleh respons dorongan minimum, dan soalan tertutup. Kajian yang dilakukan oleh Thompson (1986) menunjukkan bahawa kaunselor-kaunselor di peringkat pascasiswazah lebih banyak menggunakan soalan terbuka berbanding dengan kemahiran lain. Ini juga adalah petanda yang baik di mana walaupun kaunselor pelatih yang dikaji dalam kajian ini terdiri daripada pelajar prasiswazah, namun mereka mampu mempraktikkan kemahiran setanding pelajar pasca siswazah, sekurang-kurangnya dari aspek pemilihan kemahiran yang digunakan. Kemungkinan kebolehan kaunselor pelatih tersebut memahirkan diri dalam proses kaunseling disebabkan oleh kematangan kaunselorkaunselor pelatih ini yang semuanya terdiri daripada guru berpengalaman. Kajian ini memperjelaskan bahawa kesesuaian latihan untuk menjadikan kaunselor sebagai pembantu yang berkesan. Respons lisan yang kedua paling kerap digunakan ialah dorongan minimum. Mengikut Lornborg (1991) kaunselor baru kerap menggunakan dorongan minima. Ini kerana dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan untuk menggalakkan klien bercerita dengan lebih lanjut terutamanya pada awal sesi kaunseling. Kaunselor pelatih selalunya belum mampu untuk terus kepada tahap menganalisis, menginterpretasi, mengkonfrontasi atau membuat pendedahan kendiri seperti yang berlaku dalam tahap-tahap akhir proses kaunseling. Sememangnya mereka dilatih untuk memfokus kepada mencari maklumat sebanyak mungkin, mendengar, dan menggalakkan klien mencurah perasaan. Kajian Hill (1988) menyatakan bahawa kaunselor yang lebih

Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling

63

berpengalaman juga paling kerap menggunakan kemahiran mendapatkan maklumat, diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, dan paling akhir pendedahan kendiri. Oleh itu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa kaunselor pelatih menggunakan kemahiran dorongan minima untuk mendapatkan maklumat adalah bersesuaian dengan latihan menuju kepada menjadi kaunselor yang berkesan. Walaupun begitu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa kaunselor amat kurang menggunakan refleksi emosi agak merunsingkan. Ini kerana sebagai kaunselor baru, sepatutnya mereka lebih menggunakan kemahiran yang boleh membantu klien mencurahkan perasaan, iaitu refleksi emosi. Refleksi emosi adalah sesuatu yang penting dalam proses kaunseling, dan setiap kaunselor sepatutnya memahirkan diri dengan kemahiran ini sebelum terus kepada proses menyelesaikan masalah. Ketidakmampuan sampel kajian ini menggunakan kemahiran refleksi perasaan dengan memuaskan mungkin disebabkan oleh dua faktor, iaitu pertama, ketidaksabaran kaunselor-kaunselor pelatih ini untuk menyelesaikan masalah; dan kedua, refleksi emosi adalah kemahiran yang agak sukar untuk dipraktikkan. KEMAMPUAN KAUNSELOR PELATIH MENGECAM RESPONS

Kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya, kaunselor pelatih telah berjaya mengecam nama-nama kemahiran yang mereka gunakan dengan baik. Pemilihan dorongan minimum dan soalan terbuka sebagai kemahiran atau respons yang paling senang dikenali adalah tepat dengan penggunaannya yang kerap oleh kaunselor pelatih. Ketidakmampuan kaunselor pelatih mengenali refleksi emosi juga menjawab soalan kenapa mereka paling jarang menggunakan kemahiran tersebut. Dapatan ini tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana dapatan kajian sebelumnya kerana masih belum terdapat kajian yang mengkaji aspek ini sebelum ini. KESESUAIAN RESPONS KAUNSELOR PELATIH

Kajian ini mendapati 80% daripada respons yang dibuat oleh kaunselor pelatih dianggap sesuai oleh pakar, di mana 25% daripadanya adalah sangat sesuai. Selebihnya, 20% daripada respons kaunselor pelatih ini dianggap tidak sesuai. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaunselor yang mempunyai latihan kaunseling berkemampuan menjalankan proses kaunseling secara asas. Mereka masih berkemungkinan melakukan kesilapan dengan memberi respons yang tidak sesuai, tidak membantu dan tidak relevan dengan apa yang dikemukakan oleh klien. KESIMPULAN Kajian ini telah menunjukkan bahawa guru-guru terutamanya mereka yang matang dan berpengalaman mampu menjalankan kegiatan memberi perkhidmatan

64

Jurnal Pendidikan 26

kaunseling setelah dilatih. Kaunselor pelatih prasiswazah yang dikaji telah menunjukkan kebolehan menggunakan semua kemahiran asas yang dipelajari, malah pada ketikanya mampu menggunakan kemahiran ini sebagaimana pelajar pascasiswazah. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kemahiran kaunseling boleh diamalkan jika seseorang mengikuti latihan. Seterusnya kajian ini mendapati masih terdapat kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat digunakan dan dikenal pasti oleh kaunselor pelatih. Ini menunjukkan bahawa bukan semua kemahiran asas kaunseling senang difahami dan dilakukan tanpa latihan yang kukuh. Sehubungan itu disarankan bahawa mereka yang terlibat dalam profesion kaunseling sebaiknya mendapat latihan kaunseling hingga ke peringkat pascasiswazah. Pada peringkat pascasiswazah latihan-latihan kaunseling sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada aspek mengenali dan mengukuhkan kekuatan diri dalam mempraktikkan kemahirankemahiran yang lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini, borang SKRLK telah direkacipta. Borang ini boleh diperbaiki dan dikembangkan untuk penyelidikan yang akan datang. RUJUKAN

Abdul Halim Othman. 1990. Ke arah satu profesion kaunseling di Malaysia. Jurnal Personalia 1: 3-12. Cummings, A. L. 1987. The relationships of cognitive style to social problems solving and emphaty counselor’s training. Doctoral Dissertation, University of Western Ontario, Ontario, Canada. Egan. G. 1982. The Skilled Helper. Monterey. CA: Brooks/Cole. Hill, C. E. 1986. An overview of the Hill Counselor and Client Verbal Response Modes Category System. In L. S. Greenberg and W. M. Pinsof (Eds.), The psychotherapeutic process. A research handbook. NY: Gilford Press. Hill, J. C., V. T. Helms, K. E. Spenegal & E. S. Perry. Effects of therapist responses modes on brief psychotherapy. Journal of Counseling Psychology 35: 222-233. Ivey, A. E. 1996. Intentional interviewing and counseling. California: Brooks/Cole Publishing Company Pacific Grove. Lonborg, S. D. 1991. Counselor and client verbal response mode changes during initial counseling sessions. Journal of Counseling Psychology 38(4): 138-142. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. 1992. Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Thompson, A. P. 1986. Changes in counseling skills during graduate and undergraduate study. Journal of Counseling Psychology 33: 65-72.

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan

Related Documents

Skala Likert
June 2020 12
Likert
November 2019 7
Skala Braden.docx
December 2019 16
Skala Braden.docx
December 2019 24
Skala Ukur.docx
December 2019 24