Sistem Saraf Autonomik

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Saraf Autonomik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,470
  • Pages: 7
Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik ________________________________________________________________________________________________

Sistem Saraf Autonomik (Autonomic Nervous System) 1.0

Pengenalan

Organ-organ di dalam tubuh badan kita (viscera) seperti jantung, perut, dan usus adalah dikawal oleh sistem yang dinamakan sistem saraf autonomik (Autonomic Nervous System/ANS). Autonomik secara umumnya bermaksud ‘self-governed’ (pemerintahan sendiri).Sistem ini boleh didefinisikan sistem saraf motor yang mengawal kelenjar-kelenjar, otot-otot kardiak, dan otot licin. Juga dikenali sebagai sistem motor visera untuk membezakannya daripada sistem motor somatik yang mengawal otot-otot rangka. Organ sasaran utama sistem saraf autonomik ialah visera toraks dan bahagian rongga abdomen dan sesetengah struktur dinding badan, termasuklah sistem salur darah cutaneus, kelenjar peluh, dan otot piloerektor. Sistem saraf autonomik ialah sebahagian daripada sistem saraf periferi dan ia mengawal banyak organ dan otot-otot di dalam badan. Dalam kebanyakan situasi, kita tidak sedar tentang pergerakan sistem saraf autonomik ini kerana fungsi-fingsinya yang berlaku tanpa dikawal atau secara automatik. Sebagai contoh, kita tidak sedar apabila salur-salur darah kita berubah saiz atau apabila jantung kita berdegup dengan lebih pantas. Walaubagaimanapun, penggunaan terapi biofeedback menunjukkan bahawa sesetengah orang dapat dilatih untuk mengawal beberapa fungsi sistem saraf autonomik seperti kadar denyutan jantung atau tekanan darah. Efektor visera tidak bergantung pada fungsi sistem saraf autonomik, tetapi menyesuaikan aktivitinya mengikut keperluan badan. Contohnya, jantung tetap berdenyut walaupun semua saraf autonomik mengalami masalah, tetapi sistem saraf autonomik mengawal kadar denyutan jantung semasa bersenam atau berehat. Jika saraf somatik yang mengawal otot rangka tidak dapat berfungsi, otot-otot menjadi lumpuh – dan tidak dapat lagi berfungsi. Tetapi jika saraf autonomik yang mengawal kardiak atau otot licin tercedera, otot-otot lebih peka terhadap gerakbalas (denervation hypersensitivity). Sistem saraf autonomik penting dalam dua waktu:

Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik ________________________________________________________________________________________________ 1. Pada waktu kecemasan atau tertekan (memberi kesan ‘fight or flight’) 2. Pada waktu bukan kecemasan yang membolehkan kita berehat dan menghadam

makanan (rest and digest) Sistem saraf autonomik mengawal: •

Otot-otot: Kulit (folikel-folikel rambut dan otot-otot licin) Sekitar salur-salur darah (otot-otot licin) Mata (iris, otot licin) Perut, usus, dan pundi kencing (otot licin) Jantung (otot nadi)



2.0

Kelenjar-kelenjar

Pusat kawalan fungsi autonomik

Sistem saraf autonomik bukanlah sistem saraf yang dikawal secara sendiri. Semua output asalnya daripada sistem saraf pusat dan semua inputnya dari korteks serebral (cerebral cortex), hipotalamus, medula oblongata, dan cabang somatik sistem saraf periferi.

2.1

Korteks Serebral (The Cerebral Cortex)

Walaupun selalunya kita tidak dapat mengawal sistem saraf autonomik secara sedar, sangat jelas bahawa minda dapat mempengaruhinya. Kemarahan dapat menaikkan tekanan darah, ketakutan membuatkan denyutan jantung bertambah kencang, memikirkan makanan yang sedap dapat membuatkan perut kita berkeroncong, memikirkan tentang imej seksual akan merangsang pengaliran darah ke organ seks, dan kemurungan dapat menghalang fungsi-fungsi seksual. Sistem anggota badan (limbic system) merupakan satu bahagian ‘lama’ pada korteks serebral, terlibat dalam pelbagai respons emosi dan ada hubungan yang meluas dengan hipotalamus, kawasan di mana beberapa nucleus kawalan autonomik berada. Oleh itu, sistem tubuh badan menyediakan ruang yang menghubunngkan antara pancaindera (sensory) dan pengalaman-pengalaman mental dengan sistem saraf autonomik.

Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik ________________________________________________________________________________________________

2.2

Hipotalamus

Jika kawasan major sistem saraf pusat yang mengawal sistem motor somatik adalah motor korteks yang utama. Kawasan hubungan kecil yang berada pada lantai otak mengandungi banyak nucleus untuk fungsi-fungsi yang primitif seperti lapar, dahaga, dan regulasi haba (thermoregulation), emosi dan seksualiti. Rangsangan artificial daripada pelbagai kawasan hipotalamus dapat mengaktifkan respon tipikal sistem saraf simpatetik (fight or flight) atau kesan tipikal parasimpatetik (tenang). Output daripada hipotalamus bergerak secara besar-besaran kepada nukleus-nukleus dalam kebanyakan kawasan kaudal (ekor) tangkai otak, dan daripada situ ke saraf-saraf kranial dan neuron-neuron simpatetik pada saraf tunjang.

2.3

Otak tengah, Pons, dan Medula Oblongata (Midbrain, Pons, and Medulla Oblongata)

Kawasan-kawasan ini adalah rumah kepada sejumlah nukleus-nukleus autonomik, pusat-pusat kardiak dan kawalan vasomotor, air liur, pengecutan dan pembesaran anak mata, serta beberapa fungsi primitif yang lain. Kebanyakan nukleus-nukleus adalah dalam formasi reticular yang memanjang dari medula ke hipotalamus. Output autonomik daripada nukleus-nukleus ini bergerak dari saraf tunjang dan akumulator, muka, glossopharyngeal, dan saraf vagus.

2.4

Saraf tunjang

Refleks autonomik seperti membuang air besar (defecation), membuang air kecil (urination), ereksi, dan ejakulasi adalah berada di dalam saraf tunjang. Untungnya otak membenarkan proses membuang air besar dan kecil dilakukan secara sedar. Namun apabila terdapat kecederaan-kecederaan yang memisahkan sebahagian hubungan di antara saraf tunjang dari otak, refleks autonomik sahaja yang akan mengawal pengeluaran urin dan najis.

3.0

Bahagian-bahagian dalam Sistem Saraf Autonomik

Sistem saraf autonomik terbahagi kepada 2 bahagian/ subsistem: 1. Sistem saraf Simpatetik (Sympathetic Nervous System) 2. Sistem Saraf Parasimpatetik (Parasympathetic Nervous System)

Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik ________________________________________________________________________________________________

Terdapat perbezaan anatomi dan fungsi-fungsi di antara kedua-dua bahagian ini, tetapi selalunya bertindak pada organ yang samadan mungkin bekerjasama atau mempunyai kesan yang berbeza. 3.1

Sistem saraf simpatetik (Sympathetic Nervous System)

Sistem saaf simpatetik bermula dari saraf tunjang. Secara spesifik, sel-sel saraf tunjang. Secara spesifiknya, sel-sel badan neuron yang pertama (neuron pregangalionik) terletak di dalam saraf tunjang toraks dan lumbar. Akson-akson daripada neuron-neuron ini dibawa kepada rantaian gangliayang terletak berhampiran saraf tunjang. Dalam kebanyakan kes, neron ini akan melakukan proses sinaps dengan neuron yang lain di dalam (post-ganglionic neuron) ganglion . beberapa neuron preganglionik dipindahkan kepada ganglia yang lain yang berada di luar rantaian simpatetik dan melakukan proses sinaps di situ. Neuron post-ganglionikkemudiannya dipindahkan ke kawasan sasaran – samada otot atau kelenjar. Dua lagi fakta tentang saraf-saraf simpatetik: proses sinaps yang berlaku di dalam ganglion menggunakan acetylcholine sebagai neurotransmitter, manakala sinaps yang berlaku di dalam neuron post-ganglionik menggunakan norepinephrine sebagai neurotransmitter. Namun begitu terdapat satu pengecualian: neuron post-ganglionik simpatetik yang merangsang kelenjar peluh menggunakan acetylcholine. Memberi kesan tindakan ‘lawan atau lari’ (fight or flight) dengan cara meningkatkan penjanaan tenaga badan dan menghentikan proses penghadaman. Melencongkan aliran darah jauh dari usus perut (Gastro-intestinal/GI) dan kulit melalui proses penyempitan salur darah (vasoconstriction). Darah mengalir ke otot-otot rangka, kadar paru-paru dikekalkan dan ditingkatkan (sehingga 1200% dalam kes otot rangka) Membesarkan bronkiol paru-paru, yang membenarkan pertukaran oksigen yang lebih banyak pada alveolar. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan kontraksi sel-sel nadi kardiak (miosit) yang membekalkan mekanisma yang membekalkan mekanisma untuk meningkatkan pengaliran darah darah ke otot-otot rangka. Memmbesakan anak mata dan merehatkan lensa/kanta mata untuk membenarkan lebih banyak cahaya memasuki mata.

Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik ________________________________________________________________________________________________

Berlaku proses pengembangan (vasolidation) salur koronari untuk jantung. Memberhentikan proses peristalsis.

3.2

Sistem Saraf Parasimpatetik (Parasympathetic Nervous System)

Sel-sel badan sisten saraf parasimpatetik terletak di dalam saraf tunjang (sacral region) di dalam medula oblongata. Dalam medula, saraf kranial ΙΙ, V

, ΙΧ, dan

membentuk fiber preganglionik simpatetik. Fiber preganglionik daripada medula atau saraf tunjang membawa impuls kepada ganglia berhampiran dengan organ sasaran dan berlaku proses sinaps di situ. Proses sinaps ini menggunakan acetylcholine sebagai meurotransmitter. Daripada ganglion ini, neuron post-ganglionik membawa impuls ke organ sasaran dan menggunakan acetylcholine sekali lagi pada terminalnya. Memberikan kesan tindakan ‘rehat dan hadam’ (rest and digest), menyebabkan sistem saraf kembali tenang dan menjalankan fungsi-fungsinya yang biasa, dan proses penghadaman berjalan seperti biasa. Melebarkan salur darah supaya dekat dengan usus perut (gastro-intestinal/GI) untuk meningkatkan pengaliran darah ke kawasan ini. Proses ini penting untuk menghadamkan makanan, disebabkan lebih banyak metabolisma diperlukan di perut untuk badan. Sistem saraf Parasimpatetik boleh mengecilkan diameter bronkiol apabila keperluan oksigen berkurangan. Ketika proses akomodasi/penyesuaian diri , sistem saraf parasimpatetik menyebabkan berlakunya pengecutan pada anak mata dan lensa. Sistem saraf parasimpatetik merangsang pengeluaran air liur, dan aktiviti peristalsis, proses penghadaman dan penyerapan nutrien-nutrien oleh badan. Ia turut melibatkan ereksi pada organ seks melalui saraf pelvik splanknik (pelvic splanchnic nervous) 2-4.

Berikut merupakan ringkasan tentang kesan stimulasi simpatetik dan parasimpatetik. Kesannya adalah bertentangan di antara satu sama lain.

Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik ________________________________________________________________________________________________ Sasaran

Kesan simpatetik dan jenis

Kesan parasimpatetik (otot)

reseptor Mata Iris

Pembesaran anak mata

Pengecilan anak mata

Otot silia dan lensa

Pengenduran untuk visual jauh

Pengecutan untuk visual

tiada

dekat Pengeluaran

Kelenjar lakrimal (air mata) Sistem integumentari (kulit) Kelenjar peluh merokrin

Pengeluaran (muscarinic)

Tiada kesan

Kelenjar peluh apokrin (bau)

Pengeluaran

Tiada kesan

Otot piloerektor

Ereksi rambut Pengurangan pemecahan lemak

Tiada kesan Tiada kesan

(penyejukan)

Tisu adipos

Meningkatkan pemecahan lemak Pengeluaran hormon (nikotin)

Tiada kesan

Daya dan kadar jantung

Meningkat

Berkurangan

Arteri koronari

Pengembangan

Sedikit pengembangan

Medula adrenal Sistem peredaran darah

Pengecutan Salur darah visera

Pengecutan

Pengembangan

Salur darah otot rangka

Pengembangan

Tiada kesan

Salur darah kulit

Pengecutan

Pengembangan, kemerahmerahan

Platlet (pembekuan darah) Sistem pernafasan

Pembekuan meningkat

Tiada kesan

Bronki dan bronkiol

Pembesaran (bronchodilation)

Pengecilan (bronchoconstriction)

Kelenjar mukus

Pengurangan pengeluaran

Tiada kesan

Peningkatan pengeluaran Sistem perkumuhan Buah pinggang

Mengurangkan pengeluaran urin

Tiada kesan

Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik ________________________________________________________________________________________________ Dinding pundi kencing

Tiada kesan

Kontraksi

uretra Sistem penghadaman

Kontraksi, penahanan urin

Rehat, urin dikeluarkan

Kelenjar liur

Pengeluaran mukus tebal

Pengeluaran sedikit serous

Usus perut

Berkurangan

Meningkat

Cecair usus perut

Berkurangan

Meningkat

Hati

Pemecahan glikogen

sintesis glikogen

Pengeluaran enzim pankreas

Berkurangan

meningkat

Pengeluaran insulin pankreas

Berkurangan

tiada kesan

Meningkat Sistem pembiakan Ereksi organ seks

Tiada kesan

Stimulasi

Pengeluaran kelenjar

Tiada kesan

Stimulasi

Orgasm, peranan otot licin

Stimulasi

Tiada kesan

Uterus

Rehat

Tiada kesan

Kontraksi bersalin

Related Documents

Sistem Saraf Autonomik
April 2020 10
Sistem Saraf
June 2020 15
Sistem Saraf
May 2020 27
Sistem Saraf
October 2019 50