Sistem Rangkaian

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Rangkaian as PDF for free.

More details

  • Words: 4,175
  • Pages: 34
Sistem Rangkaian Sebuah system rangkaian komputer melibatkan dua buah komputer yang dihubungkan dengan media menggunakan talian terus atau talian telefon. Manakala system rangkaian yang rumit atau kompleks bergantung kepada imaginasi masing-masing. Secara khususnya, rangkaian komputer bermaksud semua nod seperti pelayan (server), stesen kerja (workstation), pencetak (printer) dan sebagainya dihubungkan diantara satu sama lain dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan bahan. Dengan kata lain, maklumat yang ada pada pengguna A dapat disebarkan kepada penguna lain dan begitu juga sebaliknya. Istilah seperti OSI, Ethernet, LAN, WAN, Internet, Intranet, Extranet dan sebagainya banyak didapati menerusi akhbar dan Internet. Namun masih ramai yang gagal memahami maksud sebenar istilah tersebut. Cara berhubung diantara satu nod dengan nod lain, perlu ada perantaraan seperti kabel, hub, perisian dan sebagainya. Memandangkan terlalu banyak kabel, hub dan perisian yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dengan pelbagai ciri tersendiri, kemungkinan besar ada yang tidak serasi dengan produk keluaran yang lain. Di awal tahun 70an, sistem rangkaian berasaskan sistem komputer IBM dan DECnet tidak dapat berhubung antara satu sama lain disebabkan tiada kesepakatan dalam cara sistem rangkaian berkerja. Sekiranya pejabat kita menggunakan sistem rangkaian IBM, maka peralatan komputer perlu menggunakan produk IBM dan begitu jugalah sebaliknya. Dalam sistem rangkaian, satu standard komunikasi berjaya dibentuk. Model ini dipanggil OPEN SYSTEM INTERCONNECTION (OSI), yang dirangka oleh International Standard Organization pada tahun 1974 (setengah pendapat mengatakan tahun 1978). Diluluskan pada tahun 1983 untuk diguna pakai oleh semua pengeluar.

1 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Dengan model OSI itu, setiap pengeluar dikehendaki mengikut standard terbabit untuk memudahkan peralatan yang dicipta berkomunikasi dengan peralatan yang dikeluarkan oleh pengeluar lain. Di dalam Model OSI, terdapat tujuh lapisan (seven layer). Setiap lapisan tidak menghiraukan lapisan yang lain. Tetapi setiap lapisan mempunyai hubung kait yang kuat dan setiap lapisan itu dipanggil lapisan protokol. Model OSI (Open Systems Interconnection – saling sambungan sistem terbuka) Model OSI adalah satu panduan dan bukannya satu perisian atau perkakasan. Ia digunakan sebagai satu rujukan untuk dipatuhi oleh semua pengeluar perisian dan perkakasan supaya produk mereka boleh disambungkan kepada sistem rangkaian tanpa sebarang masalah. OSI boleh diibaratkan sebagai satu polisi keamanan dunia yang perlu diikuti oleh semua negara supaya dunia ini aman. Walaupun realitinya keamanan sejagat sukar diperolehi. Begitu juga dengan model OSI ini, terdapat juga ketidak serasian berlaku di dalam pengeluaran produk yang berlainan. Maka apabila kita membeli sesuatu produk pastikan kita mengetahui setakat mana peralatan itu mengikut standard dan keperbezaan antara peralatan yang hendak disambungkan kepadanya. Selalunya produk seperti Cisco mempunyai protokolnya tersendiri yang hanya ada pada peralatan mereka. Pengetahuan mengenai OSI perlu diketahui oleh sesiapa juga yang ingin mendalami sistem rangkaian. Ini kerana setiap lapisan mempunyai fungsi tertentu yang akan membabitkan operasi sistem rangkaian. Kenapa pula? Sebab tujuan dibentuk Model OSI adalah untuk kesepakatan di dalam berkomunikasi melalui sistem rangkaian. Bayangkan kalau Ah Chong bercakap menggunakan bahasa mandarin kepada Mutusamy, tentu sekali Mutusamy tidak faham sepatah apa yang dikatakan oleh Ah Chong. Oleh itu Ah Chong

2 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

dan Mutusamy perlu menggunakan Bahasa Malaysia (sekarang dikenali dengan Bahasa Melayu) didalam percakapan mereka. Tujuan diadakan Model OSI adalah untuk kesepakatan di dalam berkomunikasi melalui sistem rangkaian. Bayangkan kalau Ah Chong bercakap menggunakan bahasa Mandarin kepada Mutusamy, tentu sekali Mutusamy tidak faham sepatah apa yang dikatakan oleh Ah Chong. Oleh itu Ah Chong dan Mutusamy perlu menggunakan Bahasa Malaysia (sekarang dikenali dengan Bahasa Melayu) di dalam percakapan mereka. Antara kebaikannya ialah: 1. Memecahkan operasi sistem rangkaian yang kompleks supaya mudah diselenggara 2. Perubahan setiap lapisan tidak mengubah lapisan yang lain. Ini memudahkan pengeluar menumpukan perhatian pada lapisan tertentu saja 3. Memudahkan pembangunan perkakasan “plug and play”

Rajah 1: Tujuh lapisan OSI 3 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 2: Talian diantara Penghantar dan Penerima Keterangan gambar rajah 2: 1. Penghantar adalah data yang hendak dihantar keluar melalui rangkaian 2. Sempadan subnet komunikasi adalah peralatan sistem rangkaian seperti pengulang (repeater), hab (hub), suis (switch) atau penghala (router). Sekiranya peralatan itu adalah pengulang atau hab maka ia hanya akan mencapai lapisan fizikal, sekiranya ia suis (switch) maka data terbabit akan ke lapisan Sambung Data (Data Link Layer) dan Sekiranya menggunakan penghala maka data akan pergi sehingga lapisan Rangkaian (Network Layer) 3. Penerima adalah komputer peribadi yang akan menerima data

4 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Lapisan Penggunaan (Application) Dari kamus terbitan Fajar Bakti, lapisan Penggunaan dinyatakan berfungsi untuk `memberi sokongan langsung kepada proses penggunaan dan aturcara pengguna akhir dan pengurusan saling hubungan aturcara-aturcara ini serta entiti komunikasi'. Lapisan ini menyediakan antaramuka untuk pengguna. Perisian di sini merujuk perisian yang digunakan untuk sistem rangkaian seperti pemindahan fail, e-mel, cetakan dan sebagainya. Perlu diingat bahawa aplikasi di sini merujuk kepada aplikasi yang boleh digunakan di dalam sistem rangkaian bukannya aplikasi yang hanya berfungsi secara sendiri (stand alone).

Rajah 3: Lapisan Penggunaan Rujuk rajah 3, terdapat sambungan logik (logical connection) di antara aplikasi. Contoh perisian yang digunakan di lapisan ini ialah: 1. Telnet (Terminal Emulation) 2. World Wide Web (WWW) 3. Get Laluan (Gateway) E-mail

5 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

4. Protokol Pemindahan Fail - File Transfer Protocol (FTP) 5. Saling Tukaran Data Elektronik - Electronic Data Interchange (EDI) 6. Internet Relay Chat (IRC) 7. Internet navigation utilities - Gopher, Yahoo, Excite, Alta Vista dan sebagainya 8. Perkhidmatan Fail Rangkaian - Network File System NFS (SUN) 9. Apple Share (Apple) 10. Netx (Novell) 11. DOOM (iD Software) dan sebagainya. Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini. 1. DNS (Domain Name System) 2. TFTP (Trivial File Transfer Protocol) 3. BOOTP (Bootstrap Protocol) 4. SNMP (Simple Network Management Protocol) 5. RLOGIN (Remote Login) 6. SMTP (Simple Mail Transfer Protocol) 7. MIME (Multipurpose Internet Mail Extensions) 8. NFS (Network File System) 9. FINGER

6 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Lapisan Persembahan (Presentation) Kamus terbitan Fajar Bakti, lapisan Persembahan dinyatakan berfungsi untuk, "Memberikan satu set perkhidmatan yang mungkin dipilih oleh lapisan penggunaan untuk membolehkannya mentafsir makna data yang ditukarkan. Perkhidmatan itu termasuk pengurusan saling tukar kemasukan, paparan dan kawalan data berstruktur. Perkhidmatan lapisan persembahan adalah intisari cadangan tujuh lapisan, membolehkan terminal berbeza dan kelengkapan komputer untuk saling berkomunikasi.” Lapisan ini menukar data kepada format skrin anda untuk membolehkan anda berhubung dengan mana-mana pengguna. Dengan kata lain lapisan ini akan menukar Rangkaian Rujuk piawai (Standard Network References) kepada standard mesin.

Rajah 4: Lapisan Persembahan Dilapisan ini juga berlaku satu kefahaman (establishes understanding) dapat dicapai dalam usaha bagaimana setiap mesin perlu dipersembahkan (dibentangkan) atau cara penerimaan data diantara dua mesin. Lapisan ini juga terlibat di dalam proses enkripsi (encyption), dekripsi penyahsulitan (decryption), Pemampatan

7 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

(compression), Penyahmampatan (decompression) dan operasi multimedia seperti: 1. PICT – gambar untuk sistem Macintosh 2. TIFF – Tagged Image File Format, gambar yang mempunyai resolution yang tinggi. Sering digunakan untuk cetakan majalah dan surat khabar 3. JPEG – Joint Photographic Expert Group, sesuai digunakan untuk dipaparkan Internet 4. MIDI – Musical Instrument Digital Interface, merupakan muzik digital 5. MPEG – Moving Picture Expert Group, sesuai untuk VCD wayang 6. QUICK TIME – untuk audio dan video diasas oleh Macintosh Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini. 1. HTTP (Hypertext Transfer Protocol) 2. Telnet (Terminal Emulation) 3. AppleTalk Filing Protocol (AFP)

8 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Lapisan Sidang (Session) Dari kamus terbitan Fajar Bakti, lapisan sidang dinyatakan berfungsi untuk memberikan perkhidmatan `pengikatan' dua entiti perkhidmatan persembahan bersama secara logik dan mengawal dialog antara mereka dalam aspek penyelarasan mesej. Fungsi utamanya ialah untuk membolehkan dua stesen berhubung dan memberitahu jika ada kerosakkan pada hubungan mereka, ia akan memutuskan talian hubungan jika diarah. Lapisan ini juga mengawal struktur komunikasi dengan perisian serta log masuk (login) dan kata laluan (password).

Rajah 5: Lapisan Sidang Di lapisan ini, data diasingkan bagi setiap aplikasi yang berlainan dan mod simpleks (Mode simplex), separa dupleks (half-duplex) atau dupleks penuh (full-duplex) akan ditentukan. Mod simpleks berfungsi satu arah sahaja seperti siaran radio, tiada tindak balas daripada penerima. Mod separa dupleks berfungsi seperti telegraf atau walkie-talkie, iaitu hanya sebelah pihak boleh menggunakan talian pada satu 9 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

masa. Dalam kad antaramuka rangkaian (NIC), terdapat mod 10Mb separa dupleks dan 100Mb separa dupleks. Manakala mod dupleks penuh berfungsi seperti kita menggunakan telefon, iaitu dua pihak boleh menggunakan talian serentak. Pada kad NIC terdapat mod 10Mb dupleks penuh dan 100Mb dupleks penuh. Oleh itu sistem rangkaian mod dupleks penuh adalah pilihan terbaik. Contoh protokol dan antaramuka yang digunakan di lapisan ini. 1. Protokol Kawalan Penghantaran – TCP Control Protocol)

(Transmission

2. Named Pipes - digunakan dalam Unix sebagai satu fail untuk penghantaran data menerusi proses yang tidak berkaitan (unrelated processes). Iaitu satu (atau banyak) proses ditulis dalam fail itu dan pada waktu yang sama ada proses lain membaca fail terbabit. Ia juga dikenali sebagai FIFO (First in, First out) - masuk dahulu keluar keluar dahulu 3. NetBIOS - aplikasi program antaramuka (applications programming interface) manakala NetBEUI (NetBIOS Extended user Interface) merupakan protokol pengangkutan (transport protocol) 4. Protokol Apple - ASP, ADSP, ZIP, PAP yang dibangunkan oleh Macintosh 5. Perkhidmatan Fail Rangkaian (NFS - Network File System) - dibangunkan oleh Sun Microsystems untuk membolehkan fail diambil dari sistem rangkaian 6. Bahasa Pertanyaan Piawai (SQL - Structured Query Language) - dibangunkan oleh IBM untuk carian maklumat dalam sistem tempatan atau luaran 7. Panggilan Tatacara Jauh (RPC - Remote Procedure Call) digunakan pada PC pengguna dan dioperasikan menerusi 10 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

pelayan. Mesti terdapat di dalam platform Windows NT dan 2000 8. X Windows - Unix/Linux GUI

11 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Lapisan Pengangkutan (Transport) KAMUS terbitan Fajar Bakti mentakrifkan Lapisan Pengangkutan mempunyai fungsi untuk `Memberikan perkhidmatan komunikasi tersedia yang optimum (dibekalkan oleh pelaksanaan lapisan bawah) dengan memberikan pemindahan yang mudah bagi data antara entiti lapisan sidang.' Lapisan ini berkhidmat sebagai penjamin intergriti rangkaian. Protokol di sini akan memastikan segala maklumat atau paket sampai ke tempat tujuan dan memberitahu stesen penghantar supaya menghantar paket lagi jika ada yang tidak sampai (pemulihan ralat - error recovery). Ia juga bertanggungjawab memisahkan/mengumpul/mengawal (kawalan aliran – flow control) pesanan yang panjang, data integriti dan pengalamatan (addressing). Bila mengatakan mengenai lapisan ini, perkataan segmen (segment) dan litar maya (virtual circuit) sering diperkatakan. Data dihantar pada lapisan ini dikenali dengan nama segmen.

Rajah 6: Lapisan Pengangkutan

12 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini. 1. Protokol Kawalan Penghantaran - TCP (Transmission Control Protocol) 2. User Datagram Protocol (UDP) 3. NetBEUI - (NetBIOS Extended user Interface) merupakan protokol pengangkutan (transport protocol) 4. Sequenced Packet Exchange (SPX for Novell) 5. VINES Interprocess Communication Protocol (VIPC) Kawalan Aliran (Flow Control) Untuk memastikan integriti satu teknik yang dikenali Kawalan Aliran (Flow Control) digunakan untuk memastikan penerima mempunyai kemampuan untuk menerimanya. Apabila penimbal (buffer) penuh, penerima akan menghantar isyarat Berhenti (STOP), supaya penghantar menghentikan penghantaran data dan menghantar isyarat Jalan (GO), apabila penerima sedia menerima data seterusnya.

Komunikasi Berteraskan Sambungan (Connection-Oriented Communication) Untuk memastikan jaminan penghantaran data, satu konsep yang dikenali sebagai jabat tangan tiga hala atau COC digunakan. Bayangkan anda mendail ke Internet. Sila rujuk Rajah 7. 1. Mula-mula anda mendail internet, modem akan berbunyi seperti mendail dan akan kedengaran bunyi bising menandakan modem di Jaring/TM-Net menjawab. Ketika ini satu proses segerak (synchronize) sedang dilakukan

13 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

2. Kemudian berlaku tawar menawar (negotiate) untuk menentukan kelajuan bersama 3. Penerima menghantar isyarat segerak (synchronized signal) kepada penghantar 4. Penghantar pula akan memberikan isyarat pengakuan (acknowledge) kepada penerima 5. Pesetujuan dicapai 6. Penghantaran data dilakukan dengan menghantar segmen ke penerima

Rajah 7: Komunikasi Berteraskan Sambungan

14 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Penghantaran di atas adalah dalam keadaan terkawal, iaitu hanya dua PC di dalam sistem rangkaian dengan ciri yang sama. Dalam keadaan sebenar komputer dapat menghantar data lebih laju di luar kawalan sistem rangkaian, kerana sesebuah sistem rangkaian mesti melayan penghantaran data dari komputer lain juga. Malahan dengan sistem operasi (OS) yang menyokong berbilang tugas (multitasking), sebuah PC boleh menghantar pelbagai data ke lokasi berlainan dan penerima juga mungkin menerima data dari pelbagai pihak serentak. Ini menyebabkan penerima tidak menerima data dengan baik. Ia boleh diibaratkan seperti memandu dari Tol Sungai Besi ke Tol Seremban. Jika hanya kita seorang saja memandu, kita boleh memecut pada kelajuan maksimum (sediakan duit saman). Tapi dalam keadaan sebenar, perjalanan akan tersekat disebabkan jumlah kenderaan yang banyak di lebuh raya yang sama. Apabila sudah tersekat, bantuan penguasa jalan raya diperlukan untuk mengawal keadaan. Begitu juga keadaannya dengan sistem rangkaian. Di bawah dijelaskan bagaimana penghantaran segmen serta penggunaan Aliran Kawalan. (Rujuk rajah 8) 1. Penghantaran segmen diterima dengan baik oleh penerima 2. Penghantaran segmen diterima dengan baik oleh penerima 3. Penghantaran segmen diterima dengan baik oleh penerima 4. Tiba-tiba PC penerima tidak sempat memproses segmen terbabit. Oleh itu, penerima akan menghantar isyarat berhenti (STOP) kepada penghantar supaya tidak menghantar segmen baru 5. Apabila semua segmen sudah diproses, penerima akan menghantar isyarat memberitahu penghantar untuk menghantar segmen semula 6. Penghantaran segmen diterima dengan baik oleh penerima 15 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

7. Penghantaran segmen diterima dengan baik oleh penerima 8. Penghantaran segmen diterima dengan baik oleh penerima

Rajah 8: Contoh Kawalan Aliran (Flow Control)

16 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Peningkapan (Windowing) SETIAP penghantaran data perlu mendapatkan pengakuan penerimaan (acknowledgement) daripada pihak penerima. Data yang besar perlu dipecahkan kepada beberapa segmen dan ini menyebabkan setiap segmen yang dihantar perlu mendapatkan pengesahan sebelum segmen yang lain dapat dihantar. Semakin besar data yang hendak dipindah, semakin banyak segmen yang ada dan banyak masa terbuang bagi mendapatkan pengesahan untuk setiap segmen dihantar. Sama seperti kita memberi arahan kepada orang bawahan. "Tolong buat salinan surat ini." "Ya, tuan." "Lepas tu, cari fail gaji." "Ya, tuan." "Ambil RM2, tolong beli nasi lemak kat bawah." "Ya, tuan." "Lupa pulak, sudah bayar semua bil?" "Belum, tuan." Adalah lebih pratikal sekiranya kita memberi arahan mengikut segmen tertentu dan memberi ruang kepada orang bawahan untuk menjawapnya. "Tolong buat salinan surat ini, lepas tu, cari fail gaji dan ambil RM2 ni, tolong beli nasi lemak di bawah." "Ya, tuan." "Lupa pulak, sudah bayar semua bil?" 17 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

“Belum, tuan." Tetapi kita tidak boleh memberi semua arahan sekali gus. Khuatir orang bawahan tidak sempat memproses arahan itu, lain pula jadinya nanti. Kawalan Peningkapan (Windowing) diperlukan untuk menentukan berapa banyak segmen boleh dihantar pada satu masa. Rajah 9 menunjukkan cara kerja mengunakan tetingkap (window) bersaiz satu dan tiga.

Rajah 9: Tetingkap Nota: Ack = Singkatan dari Acknowledgments (Pengakuan) 18 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Pengesahan (Acknowledgments) Setiap data yang dihantar perlu dipastikan tidak berulang atau hilang ketika penghantaran. Jadi setiap data yang dihantar kena ada pengesahan dari pihak penerima dan ini memudahkan untuk pengirim mengetahui, sama ada untuk meneruskan segmen yang seterusnya atau mengulangi segmen yang tidak diterima oleh penerima. Teknik ini dikenali sebagai positive acknowledgement with retransmission. Gambar rajah 10 menunjukkan contoh penggunaan pengesahan dengan saiz tetingkap tiga. 1. Pengirim akan menghantar tiga segmen kepada penerima 2. Apabila penerima menerima ketiga-tiga segmen itu, ia akan mengeluarkan isyarat untuk menerima segmen 4 pula dan seterusnya 3. Seterusnya pengirim akan menghantar segmen 4, 5 dan 6 tanpa mengetahui segmen 5 tidak sampai kepada penerima. Ini kerana saiz tetingkap adalah 3. Dengan itu hanya selepas segmen ketiga barulah pengirim berhenti menghantar segmen dan menunggu isyarat dari penerima 4. Bagi penerima, ia menunggu segmen 4, 5 dan 6. Tetapi hanya menerima segmen 4 dan 6. Dengan ini penerima akan menghantar isyarat meminta segmen 5 dihantar semula 5. Apabila pengirim menerima isyarat itu, segmen 5 akan dihantar semula. Hanya satu segmen dihantar bukan 3 segmen. Penghantaran segmen 5 kali ini untuk mencukupkan jumlah segmen yang sepatutnya dihantar 6. Apabila penerima menerima segmen 5, penerima akan menyusun segmen itu mengikut susunan yang sepatutnya dan kemudian menghantar isyarat untuk menerima segmen 7

19 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 10: Pengakuan

20 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Lapisan Rangkaian (Network) DARI kamus terbitan Fajar Bakti, lapisan rangkaian dinyatakan berfungsi untuk memberikan kaedah fungsi dan tatacara bagi perkhidmatan rangkaian saling tukar unit data antara dua entiti pengangkutan (misalnya, peranti yang menyokong protokol lapisan pengangkutan) melalui hubungan rangkaian. Ia memberikan entiti pengangkutan yang tidak bergantung kepada pertimbangan hala pensuisan. Bingkisan/paket daripada mana-mana komputer diproses di bahagian ini. Lapisan ini memberi alamat logik antara pelanggan (client) tanpa menghiraukan bagaimana pelanggan mencapai rangkaian. Bertanggungjawab memastikan kekukuhan komunikasi, mengendali dan memutuskan sambungan. Lapisan ini menghalakan atau `route' semua paket atau maklumat ke destinasi akhir. Contoh Protokol digunakan di lapisan ini ialah: 1. IP (Internet Protocol) 2. IPX (Novell Protokol) 3. DDP (Datagram Delivery Protocol - Apple Protocol) 4. ARP (Address Resolution Protocol) 5. RARP (Reverse Address Resolution Protocol) 6. ICMP (Internet Control Message Protocol) 7. RIP (Routing Information Protocol) 8. OSPF (Open Shortest Path First Protocol) 9. BGP (Border Gateway Protocol) 10. IGMP (Internet Group Management Protocol)

21 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Penghala (router) berada pada lapisan ini. Ada dua jenis bingkisan/paket pada lapisan ini iaitu paket data dan paket kemaskini penghalaan (route updates). 1. Paket data (Data packet) - ialah data yang hendak dihantar melalui sistem rangkaian 2. Paket kemas kini hala (route digunakan untuk penghala mengenai protokol penghalaan kepada penghala lain. Contoh: sebagainya

update packet) - hanya menghantar maklumat yang ada di dalamnya RIP, EIGRP, OSPF dan

Pembincangan mengenainya akan dibincangkan lebih lanjut pada bab Penghala (Router).

Rajah 11: Lapisan Rangkaian

22 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Lapisan Sambung Data (Data Link) Dari kamus terbitan Fajar Bakti, lapisan Sambung Data dinyatakan berfungsi untuk: ”Memberikan kaedah fungsi dan tatacara untuk menubuhkan, menjaga dan membebaskan baris data antara entiti rangkaian (misalnya, terminal dan nod rangkaian.)” Lapisan ini boleh dibahagi kepada dua iaitu lapisan Kawalan Capaian Media (Media Access Control - MAC) 802.3 dan Kawalan Pautan Logik (Logical Link Control - LLC) 802.2 . Lapisan MAC menguruskan akses kepada rangkaian, seperti Token Passing untuk topologi Cecincin Token (Token Ring). LCC pula menerima dan menghantar paket (packet) atau pesanan ke lapisan atas iaitu Lapisan Rangkaian (Network). Lapisan ini juga menjamin penghantaran data kelapisan fizikal dengan melakukan FCS (Frame Check Sequence) dan kawalan aliran (flow control) (seperti lapisan pengangkutan/transport). Kawalan Aliran (flow control) di sini menggunakan data dalam bentuk Kerangka (Frame) manakala di dalam lapisan pengangkutan/ transport mengunakan data dalam bentuk Segmen (Segment). Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini. 1. SLIP (Serial Line Internet Protocol) 2. CSLIP (Compressed Serial Line Protocol) 3. PPP (Point to Point Protocol) 4. MTU (Maximum Transmission Unit) 5. IEEE 802.2 (LLC) 6. IEEE 802.3

23 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

7. IEEE 802.5 (token ring) 8. PPP LCP (Point to Point Link Control Protocol - untuk talian bersiri)

Rajah 12: Lapisan Sambungan Data

Penghantaran data di dalam lapisan ini dikenali sebagai Kerangka (FRAME). Jejambat (bridge) dan Suis (Switch) berada di dalam lapisan ini.

24 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Lapisan Fizikal (Physical) Dari kamus terbitan Fajar Bakti, lapisan Fizikal dinyatakan berfungsi untuk: ”Memberikan aksara untuk mekanikal, elektrik, fungsi dan tatacara untuk menubuhkan, menjaga dan membebaskan hubungan fizikal” Lapisan ini mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menghantar dan menerima bit. Angka 0 dan 1 merupakan nilai bit yang ada. Hab (hub) dan pengulang (repeater) berada di dalam lapisan ini. Segala ciri-ciri fizikal dan signal elektrik diproses di sini. Antaramuka (interface) seperti RS232 dan V.35 terletak dilapisan fizikal. Begitu juga kabel seperti Unshielded Twisted Pair (UTP), Kabel Sepaksi (coaxial cable) dan gentian optik (fiber optic)boleh digolongkan di lapisan fizikal. Alatan seperti modem dan pemultipleks (multiplexer), juga bekerja di lapisan fizikal. Dalam erti kata lain, lapisan pertama ini merupakan tempat untuk perkakasan. Contoh Protokol yang digunakan di lapisan ini. 1. ISO 2110 2. IEEE 802.3 3. IEEE 802.2 Contoh dimana lapisan fizikal digunakan. 1. Ethernet (10Base2, 10Base-T, 100Base-T) 2. Token Ring (Cecincin Token) 3. Arcnet. Antara sistem rangkaian yang terawal. 4. FDDI (Fiber Distributed Data Interface) - Antaramuka gentian data teragih. 25 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

5. Wireless (contoh FM)

Rajah 13: Lapisan Fizikal Perhatikan, lapisan 2 hingga 7 merupakan sambungan logikal, manakala lapisan 1 merupakan sambungan fizikal.

26 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Ringkasan 1. Model OSI hanya merupakan sebuah model rujukan bukannya satu perisian atau perkakasan 2. Terdapat 7 lapisan OSI, iaitu Penggunaan, Persembahan, Sidang, Pengangkutan, Rangkaian, Sambungan Data dan Fizikal 3. Lapisan Penggunaan menyediakan antaramuka untuk pengguna. Perisian di sini merujukkan perisian yang digunakan untuk sistem rangkaian seperti pemindahan fail, e-mel (e-mail), cetakan dan sebagainya 4. Lapisan Persembahan menukar data kepada format skrin anda untuk membolehkan anda berhubung dengan manamana pengguna. Lapisan ini juga terlibat di dalam proses encyption, decryption, compression, decompression dan operasi multimedia 5. Lapisan Sidang berfungsi untuk membolehkan dua stesen berhubung dan memberitahu stesen yang berkenaan jika ada kerosakkan pada hubungan mereka. Juga untuk memutuskan talian hubungan jika diarah. Mengawal struktur diantara komunikasi dengan perisian dan juga menjaga login dan katalaluan (password). Mod simpleks (Mode Simplex), separa dupleks (half-duplex) atau dupleks penuh (full-duplex) akan ditentukan di dalam lapisan ini 6. Lapisan Pengangkutan berkhidmat sebagai penjamin intergriti rangkaian. Disini data kenali sebagai Segmen (SEGMENT) 7. Lapisan Rangkaian memberi alamat logik antara pelanggan (client) tanpa menghiraukan bagaimana pelanggan mengakses rangkaian. Data di dalam lapisan ini dikenali sebagai Paket (PACKET). Penghala (Router) berada di dalam lapisan ini

27 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

8. Lapisan Sambungan Data menjamin penghantaran data kelapisan fizikal dengan melakukan FCS (Frame Check Sequence) dan kawalan aliran (flow control). Data di dalam bentuk Kerangka (FRAME). Bridge dan Switch berada di dalam lapisan ini 9. Lapisan Fizikal mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menghantar dan menerima bit. Kabel dan Hab (Hub) berada di dalam lapisan ini.

28 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Soalan 1. Nyatakan tujuh lapisan di dalam Model OSI. a) b) c) d) e) f) g) 2. OSI merupakan a) Protokol b) Perisian c) Perkakasan d) Model 3. Di bawah merupakan aplikasi yang digunakan di dalam lapisan penggunaan kecuali. a) E-mail b) IRC c) Profesional Write d) FTP 4. Kenyataan “Memberi sokongan langsung kepada proses penggunaan dan aturcara pengguna akhir dan pengurusan saling hubungan aturcara-aturcara ini dan entiti komunikasi.” merujuk kepada lapisan mana. a) Kegunaan/Application b) Rangkaian/Network c) Sidang/Sesi d) Sambung Data/Data Link 5. Lapisan ___________ terlibat di dalam proses enkripsi (encyption), dekripsi - penyahsulitan (decryption), Pemampatan (compression), Penyahmampatan (decompression) dan operasi multimedia. a) Kegunaan/Application b) Rangkaian/Network c) Persembahan/Presentation 29 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

d) Sambung Data/Data Link 6. Lapisan ________ juga mengawal struktur diantara komunikasi dengan perisian dan juga menjaga log masuk (login) dan katalaluan (password). a) Kegunaan/Application b) Rangkaian/Network c) Sidang/Sesi d) Sambung Data/Data Link 7. Lapisan mana yang menentukan mod simpleks (Mode Simplex), separa dupleks (half-duplex) atau dupleks penuh (full-duplex)? a) Pengangkutan/Transport b) Rangkaian/Network c) Sidang/Sesi d) Sambung Data/Data Link 8. Kawalan aliran (Flow Control) dilakukan di lapisan mana? a) Pengangkutan/Transport b) Rangkaian/Network c) Sidang/Sesi d) Sambung Data/Data Link 9. Lapisan __________mengarah/menghala atau "route" segala paket (packet) atau informasi ke tujuan akhir. a) Pengangkutan/Transport b) Rangkaian/Network c) Sidang/Sesi d) Sambung Data/Data Link 10. Protokol UDP dan TCP digunakan di dalam lapisan mana? a) Pengangkutan/Transport b) Rangkaian/Network c) Sidang/Sesi d) Sambung Data/Data Link 11. Lapisan yang membaca alamat MAC adalah a) Pengangkutan/Transport b) Rangkaian/Network 30 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

c) Sidang/Sesi d) Sambung Data/Data Link 12. Unit data di dalam lapisan pengangkutan dikenali sebagai a) Bit b) Segmen (segment) c) Paket (packet) d) Frame 13. Unit data di dalam lapisan rangkaian dikenali sebagai a) Bit b) Segmen (segment) c) Paket (packet) d) Frame 14. Unit data di dalam lapisan sambung data dikenali sebagai a) Bit b) Segmen (segment) c) Paket (packet) d) Frame 15. Unit data di dalam lapisan fizikal dikenali sebagai a) Bit b) Segmen (segment) c) Paket (packet) d) Frame 16. Kabel terletak di dalam lapisan ______________. a) Fizikal b) Sambung Data c) Pengangkutan d) Rangkaian 17. Bridge dan Suis terletak di dalam lapisan _______. a) Fizikal b) Sambung Data c) Pengangkutan d) Rangkaian

31 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

18. Penghala (Router) terletak di dalam lapisan _______. a) Fizikal b) Sambung Data c) Pengangkutan d) Rangkaian 19. Hab (hub) terletak di dalam lapisan ______________. a) Fizikal b) Sambung Data c) Pengangkutan d) Rangkaian 20. Lapisan ini boleh dibahagi kepada dua iaitu lapisan Kawalan Capaian Media (Media Access Control - MAC) 802.3 dan Kawalan Pautan Logik (Logical Link Control LLC) 802.2. Kenyataan tadi merujuk kepada lapisan ….. a) Fizikal b) Sambung Data c) Pengangkutan d) Rangkaian 21. Pembahagian segmen berlaku di dalam lapisan ….? a) Fizikal b) Sambung Data c) Pengangkutan d) Rangkaian 22. Di dalam lapisan sambung data, penggunaan ________ digunakan untuk mendapatkan hos di dalam sistem rangkaian. a) Nombor Pangkalan (Port numbers) b) Alamat Perkakasan (Hardware address) c) Alamat IP d) Alamat Penghala 23. Di lapisan mana hanya isyarat ‘0’ dan ‘1’ sahaja yang digunakan untuk ditukar kepada isyarat digital? a) Fizikal b) Sambung Data c) Pengangkutan 32 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

d) Rangkaian 24. Di dalam lapisan pengangkutan, hos menggunakan teknik _________ untuk memastikan data yang diterima tidak menyebabkan penimbal (buffer) mengalami kepincangan. Teknik tersebut akan memberikan isyarat supaya pengirim memberhentikan penghantaran data. a) Pengakuan (Acknowledgement) b) Paket (packet) c) Spanning Tree d) Kawalan aliran (Flow Control)

33 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Jawapan 1. a) Lapisan Penggunaan/Application Layer b) Lapisan Persembahana/Presentation Layer c) Lapisan Sidang/Session Layer d) Lapisan Pengangkutan/Transport Layer e) Lapisan Rangkaian/Network Layer f) Lapisan Sambung Data/Data Link Layer g) Lapisan Fizikal/Physical Layer 2. d) Model 3. c) Profesional Write 4. a) Kegunaan/Application 5. c) Persembahan/Presentation 6. c) Sidang/Sesi 7. c) Sidang/Sesi 8. a) Pengangkutan/Presentation 9. b) Rangkaian/Network 10. b) Rangkaian/Network 11. d) Sambung Data/Data Link 12. b) Segmen 13. c) Paket 14. d) Frame 15. a) Bit 16. a) Fizikal 17. b) Sambung Data 18. d) Rangkaian 19. a) Fizikal 20. b) Sambung Data 21. c) Pengangkutan 22. b) Alamat Perkakasan (Hardware address - MAC) 23. a) Fizikal 24. d) Kawalan aliran (Flow Control)

34 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Related Documents

Sistem Rangkaian
May 2020 3
Sistem Rangkaian Kias
July 2020 7
Rangkaian
April 2020 21
Rangkaian Aritmetika
May 2020 15
Rangkaian-aritmetika
June 2020 13