KEMAHIRAN IT 1 ( KIAS 4161) SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER KIAS
DI SEDIAKAN OLEH: Ahmad Fauwaz b. Mohamed (SY 0633) Muhd Fadzli b. Mohamed Muhammad Khairul Anam b.Mohd Razali (SY 0666)
NAMA PENSYARAH :
EN.HJ MOHD NOR BIN ANUAR
DIPLOMA AL-SYARIAH SEMESTER KHAS SESI 2008/09
1
PENDAHULUAN Komputer merupakan sebuah mesin penyimpan maklumat yang menjadi kegunaan manusia pada masa sekarang, malah ia dianggap penting dalam menyempurnakan dan melengkapkan tugasan-tugasan. Komputer merupakan mesin teknologi yang dapat memberi kemudahan kepada pengguna dalam mengharungi kehidupan yang global dan moden pada masa sekarang. Sistem computer dapat memudahkan pengguna dalam menyelesaikan kerja-kerja dan dapat berkongsi sumber dan bekerjasama untuk bertukar maklumat melalui satu system yang bernama system rangkaian computer(net working). Sistem ini dapat membantu pengguna atau pekerja dalam mengawasi dan menyeragamkan maklumat atau tugasan yang diberikan. Sistem Rangkaian Komputer terbahagi kepada 3 bahagian: • •
LAN ( Local Area Network )- Rangkaian kawasan setempat WAN ( Wide Area Network )- Rangkaian kawasan luas
•
MAN ( Metropolitan Area Network)- Rangkaian Kawasan Metropolitan
Didalam system Rangkaian computer terdapat satu istilah yang disebut sebagai topologi merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan untuk sampai kepada setiap computer digunakan. Topologi terbahagi kepada banyak jenis, disini kami hanya mengemukakan beberapa jenis topologi yang dianggap penting dan sesuai, kami juga turut menyatakan kebaikan dan kekurangan jenis topologi, diantara jenis topologi ialah: •
Topologi Bas
•
Topologi Bintang
•
Topologi Cincin
Untuk mengupas dan menerangkan lebih terperinci kami akan memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai system rangkaian computer, supaya dapat memberi kefahaman dan kemudahan dalam menyempurnakan dan melengkapkan tugasan gerak kerja.
2
DEFINISI SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER Sistem Rangkaian Komputer ialah sistem komunikasi yang menyambung dua atau lebih komputer yang bekerjasama untuk bertukar maklumat dan berkingsi sumber.1 Rangkaian Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi. Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet. Istilah Dalam Rangkaian Komputer Terhadap beberapa istilah khusus yang memerihalkan rangkaian komputer. Beberapa istilah yang selalu digunakan dengan rangkaian ialah: •
Nod : Nod ialah sebarang peranti yang disambung ke rangkaian. Ia boleh terdiri daripada komputer, pencetak atau peranti storan data.
•
Pelanggan : Pelanggan ialah nod yang meminta dan mengguna sumber yang tersedia dari nod lain. Biasanya pelanggan ialah mikrokomputer pengguna.
•
Pelayan : Pelayan ialah nod yang berkongsi sumber dengan nod lain.Bergantung kepada sumber yang dikongsi, ia mungkin dinamakan pelayan fail, pelayan pencetak , pelayan komunikasi, pelayan web, atau pelayan pangkalan data.
•
Sistem Pengendalian Rangkaian (NOS) : Sistem Pengendalian mikrokomputer beriteraksi dengan aplikasi dan komputer. Sebaliknya, sistem pengendalian rangkaian (NOS) mengawal dan menyelaras aktiviti antara komputer dalam rangkaian. Aktiviti sebegini termasuk komunikasi elektronik dan pengongsian maklumat dan sumber.
1
Asas Pengkomputeran- Bab 7: Komunikasi dan penyambungan
3
•
Pemprosesan teragih : Dalam sistem pemprosesan teragih, kuasa pemprosesan berada dan dikongsi di beberapa lokasi. Jenis sistem sebegini sering terdapat pada organisasi yang teragih di mana sebaagian pejabatnya mempunyai sistem komputer sendiri. Sistem komputer dalam sebahagian peejabat dirangkaikan kepada komputer utama atau pusat organisasi.
•
Komputer hos : Komputer hos ialah komputer pusat yang besar, biasanya satu minikomputer atau kerangka utama. Rangkaian boleh terdiri daripada mikrokomputer sahaja, atau ia boleh menyepadukan mikrokomputer atau peranti lain dengan komputer yang lebih besar. Rangkaian boleh dikawal oleh semua nod yang bekerjasama, atau oleh nod yang dikhususkan menyelaras dan menyedia semua sumber. Rangkaian munkin mudah atau kompleks, setempat atau tersebar di kawasan bumi yang luas.
JENIS RANGKAIAN Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu: 1. LAN ( Local Area Network )- Rangkaian kawasan setempat 2. WAN ( Wide Area Network )- Rangkaian kawasan luas 3. MAN ( Metropolitan Area Network)- Rangkaian Kawasan Metropolitan Local Area Network ( Rangkaian kawasan setempat ) LAN ialah rangkaian yang meliputi kawasan yang kecil. Ia merupakan koleksi komputer mikro, yang dihubungkan dengan menggunakan medium penghantaran seperti wayar pasangan berpiuh atau kabel sepaksi untuk membolehkan perkongsian perkakasan, perisian dan data.
4
Rangkaian ini selalunya digunakan di pejabat, makmal komputer sekolah dan syarikat-syarikat yang kecil. LAN terbahagi kepada dua jenis iaitu Client Server dan Peer to Peer. Topologi LAN yang biasa iaitu bintang,cincin dan bus. LAN biasanya menggunakan penyusunan bentukl bas. Pengguna boleh berkongsi peralatanberbeza, yang menjimatkan kos peralatan. Sebagai contoh,terdapat empat mikrokomputer berkongsi pencetak laser dan pelayan fail, iaitu perkakasan yang mahal.(Individu mikrokomputer juga mempunyai pencetak murah, seperti pencetak pancut dakwat.) Wide Area Network ( Rangkaian kawasan luas ) WAN ialah rangkaian yang meliputi satu kawasan geografi yang luas. WAN menggabungkan semua medium penghantaran seperti wayar pasangan berpiuh, kabel sepaksi, kabel fiber optik, penghantaran gelombang mikro dan satelit Rangkaian ini selalunya digunakan oleh syarikat-syarikat besar, bank dan agensiagensi kerajaan. WAN merupakan gabungan LAN Satu contoh penggunaan WAN ialah internet. Ia juga rangkaian seluas negara dan seluas dunia. Rangkaian ini menggunakan siaran mikrogelombang dan satelit untuk meliputi pengguna pada jarak jauh-contohnya, dari laos Angeles ke Paris.
Metropolitan Area Network ( Rangkaian Kawasan Metropolitan ) Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
5
Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN di sini ialah di Pasco County yang terletak di Florida, Amerika Syarikat. TROPOLOGI RANGKAIAN Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal. Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama: 1. Topologi Bas 2. Topologi Bintang 3. Topologi Cincin Topologi Bas
Topologi bas atau juga dikenali sabagai Ethernet menggunakan satu talian memanjang di mana setiap nod berhubung kepadanya. Data akan dihantar oleh setiap nod dengan harapan ianya tidak berlanggar dengan data yang dipindahkan dari nod yang lain. Sekiranya ianya berlaku,nod tersebut akan mencuba sekali lagi sehingga berjaya. Kelemahan topologi bas ini adalah dari segi penyenggaraannya. Ianya agak rumit untuk diselenggara memandangkan sambungannya adalah dalam bentuk bersiri. Jika berlaku kerosakan pada mana-mana talian pada mana-mana nod,ia akan menyebabkan keseluruhan sistem tidak akan berfungsi. Tambahan pula untuk mengesan secara tepat tempat atau nod yang mengalami kerosakan. Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secara langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi ia juga tidak menjejaskan rangkaian komputer yang lain. Kelebihan lain yang ada pada topologi ini ialah ianya menggunakan kabel tunggal dan tidak memerlukan perkakasan tambahan bagi mendirikan rangkaian. Maka ianya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi bagi tujuan penyelenggaraan. 6
Semua nod dihubungkan di sepanjang satu talian komunikasi (kabel). Setiap nod boleh berhubung terus dengan mana-mana nod lain kerana setiap nod mempunyai alamat yang tertentu. Setiap nod akan menghantar data dengan mengharapkan bahawa data yang dihantarnya tidak akan berlanggar dengan data yang dihantar oleh nod lain. Sekiranya ia mengesan berlakunya perlanggaran, nod berkenaan akan menghantar data semula. Sebarang penambahan, pengeluaran, atau kerosakan sesuatu nod tidak akan menjejaskan operasi keseluruhan rangkaian.
Kelebihan •
Komputer atau peranti lain mudah untuk disambungkan ke kabel utamanya.
•
Memerlukan kuantiti kabel yang lebih kecil jika dibandingkan dengan topologi bintang.
•
Kelebihan lain yang ada pada topologi ini ialah ianya menggunakan kabel tunggal dan tidak memerlukan perkakasan tambahan bagi mendirikan rangkaian. Maka ianya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi bagi tujuan penyelenggaraan.
Kekurangan •
Kelemahan topologi bas ini adalah dari segi penyenggaraannya. Ianya agak rumit untuk diselenggara memandangkan sambungannya adalah dalam bentuk bersiri. Jika berlaku kerosakan pada mana-mana talian pada mana-mana nod,ia akan menyebabkan keseluruhan sistem tidak akan berfungsi.
•
Keseluruhan rangkaian juga tidak dapat berfungsi sekiranya terdapat masalah dengan kabel utama.
•
Penamat atau peranti talian (terminators) diperlukan dikedua-dua hujung kabel tulang belakang.
•
Agak sukar untuk mengesan sekiranya keseluruhan rangkaian tidak berfungsi
•
Tidak sesuai jika hanya menggunakan topologi ini sahaja dalam suatu bangunan.
7
Topologi Bintang Topologi Bintang merupakan satu sistem rangkaian yang mana semua komputer atau peranti lain yang berkenaan disambungkan kepada satu sistem pengagihan pusat yang dikenali sebagai Hub atau Switch. Hub atau Switch bertanggungjawab untuk menguruskan rangkaian komputer tersebut. Semua mesej atau data dihantar kepada hub yang sebagai pusat kawalan bagi menelakkan perlanggaran daripada berlaku. Terdapat dua operasi yang digunakan oleh hub atau switch iaitu operasi penyaebaran (broadcast) dan operasi peralihan (switching). Dalam operasi penyebaran, hub atau switch akan membuat penghantaran data yang diterima daripada satu stesyen kepada semua laluan yang bersambung kepadanya. Dalam operasi peralihan pula, hub atau switch akan menyimpan data yang diterima dan menghantar data tersebut melalui laluan stesyen penerima sahaja. Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bilabila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secar langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi, ianya juga tidak akan menjejaskan rangkaian komputer yang lain. Sebarang kerosakan sambungan di antara nod dengan hub juga tidak akan menjejaskan sistem secara keseluruhan tetapi sekiranya kerosakan berlaku pada hub, keseluruhan sistem akan turut terjejas. Kelemahan utama topologi ini ialah ianya memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan setiap sistem yang dihubungkan kepadanya(komputer, pengimbas, pencetak dan sebagainya) memerlukan kabel yang tersendiri. Semua nod dihubungkan kepada satu komputer pusat. Semua perhubungan antara nod adalah melalui komputer pusat yang mengawal segala operasi, muatan saluran dan pengagihan sumber kepada semua nod dalam rangkaian. Komputer pusat juga bertindak sebagai polis trafik untuk mengelakkan perlanggaran data. Sebarang kerosakan talian antara satu nod dengan komputer pusat tidak mempengaruhi operasi rangkaian tetapi sekiranya komputer pusat rosak, seluruh operasi rangkaian akan tergendala.
8
Terdapat dua operasi yang digunakan oleh hub atau switch iaitu: 1) Operasi penyebaran (broadcast) -
Dalam operasi penyebaran, hub atau switch akan
membuat penghantaran data yang diterima daripada satu stesyen kepada semua laluan yang bersambung kepadanya. 2) Operasi peralihan (switching) - Dalam operasi peralihan pula, hub atau switch akan menyimpan data yang diterima dan menghantar data tersebut melalui laluan stesyen penerima sahaja. Selain itu, dalam topologi jenis ini, setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secara langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi, ianya juga tidak akan menjejaskan rangkaian komputer yang lain. Sebarang kerosakan sambungan di antara nod dengan hub juga tidak akan menjejaskan sistem secara keseluruhan tetapi sekiranya kerosakan berlaku pada hub, keseluruhan sistem akan turut terjejas. Kelebihan •
Proses pemasangan dan penyambungan yang mudah
•
Proses memasang atau membuang sebarang peranti tambahan yang terbabit tidak akan mengganggu sistem rangkaian.
•
Sebarang kerosakan pada sistem rangkaian dapat dikesan dengan lebih mudah dan pantas.
Kekurangan •
Kelemahan utama topologi ini ialah ianya memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan setiap sistem yang dihubungkan kepadanya(komputer, pengimbas, pencetak dan sebagainya) memerlukan kabel yang tersendiri.
•
Memerlukan kabel yang lebih panjang daripada topologi bas linear.
•
Jika hub rosak, semua nod tidak boleh berfungsi dalam sistem rangkaian.
•
Kos lebih tinggi jika dibandingkan dengan topologi linear bas(kos tambahan hub).
9
Topologi Cincin Topologi cincin atau Token-Ring menghubungkan semua nod sebagai satu rantaian membulat seperti cincin. Mesej atau data akan dipindahkan secara turutan mengikut satu laluan yang sama di dalam cincin yang sama. Teknologi rangkaian ini mula digunakan oleh sistem IBM dengan menggunakan Kabel Type I dalam kategori Shielded Twisted Pair (STP).Setiap data yang melalui nod akan disemak lokasi penghantarannya. Sekiranya tidak sama dengan nod yang dilaluinya, ia akan diserahkan kepada nod yang seterusnya dan ini akan berterusan sehingga alamat penghantarannya sama dengan nod yang dilaluinya. Memandangkan data dipindahkan mengikut satu laluan yang sama secara turutan maka kemungkinan untuk berlakunya pelanggaran data seakan-akan sama dengan sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem sacara langsung. Namun satu masalah yang timbul ialah sekiranya satu nod gagal berfungsi, keseluruhan sistem rangkaian kemungkinannya akan turut terjejas. Susunan nod dalam topologi ini juga secara fizikalnya adalah hampir sama seperti topologi bintang, cuma secara logikalnya adalah berbentuk cincin. Alat tambahan yang diperlukan dalam topologi ini dinamakan Multi Station Access Unit (MSAU). MSAU ini dipasang dalam satu rangkaian berbentuk cincin jika ianya lebih dari satu unit. Jika hanya satu unit saja digunakan maka secara fizikalnya topologi ini adalah sama dengan sambungan dalam bintang.
10
KELEBIHAN SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER •
Melalui rangkaian ini, pengguna boleh berkongsi menggunakan perisian serta fail. Perkongsian , penyalinan serta penghantaran perisian serta fail dapat dilaksnakan secara talian. Ini bermakna pengguna tidak perlu menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk membelikan perisian untuk setiap unit komputer mereka.
•
Pengguna juga boleh berkongsi data atau perisian pada masa yang serentak contohnya tiga orang pekerja di dalam suatu jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan helaian yang sama. Keupayaan ini khususnya berguna di dalam kes pangkalan data, yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di dalam satu organisasi.
•
Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses yang dikenali sebagai mel eletronik serta perisian “chat” di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan sesebuah pejabat serta tempat kerja berkomunikasi serta berhubung di antara satu sama lain.
•
membenarkan beberapa komputer berkongsi perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan faks yang mahal.
•
Rangkaian membenarkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan.
KEBURUKAN SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER •
Sekiranya salah satu komputer di masuki Vairus,vairus kan memasuki komputer yang lain dengan cepat sekiranya tidak masukan perisian yang dapat menghapuskan vairus itu
•
Sekiranya berlaku kerosakan pada sistem rangkaian, komputer yang lain tidak dapat berfungsi dengan baik.
•
Kos yang tinggi sekiranya berlaku kerosakan pada sistem komputer.
11
TANDAS
BILIK KHAT
HUB
DK 3
HEP
PMKIAS
H U
12
DIAGRAM
HUB
HUB
HUB
13
HUB
HUB
HUB
14
ARAS BAWAH
ARAS 2
PENUTUP Sistem Rangkaian Komputer merupakan system yang banyak memberi kemudahan kepada pengguna dalam menyelesaikan tugasan, melalui system ini pengguna dapat memanfaat kan dan memudahkan tugasan kerana system ini dapat menguasai komputerkomputer yang mempunyai rangkaian computer server, dengan ini ia dapat menyelaraskan tugasan dan mengawal system computer dengan lebih teratur dan mudah. Sistem Rangkaian Komputer ini juga memberi pendedahan kepada kita tentang teknologi rangkaian yang maju dan moden serta mudah dimanfaatkan bagi menyelaraskan tugasan, Ia juga membuka minda kita dalam mengharungi arus global dunia tanpa sempadan. Sistem rangkaian ini juga membantu penggunanya dalam menyekat dan menghalang elemenelemen yang menyalahi undang-undang dari tersebar dan dari digunakan untuk kepentingan tertentu. Namun setiap benda atau sesuatu perkara, tetap mempunyai kekurangan, begitu jaga yang berlaku pada system Rangkaian ini, kerana jika tidak diselaraskan dan tiada suatu pengawasan yang rapi system rangkaian ini mudah dimasuki unsur-unsur yang akan menyebabkan kerosakan pada system, samada dari sudut luaran atau dalaman. Dari kerana itulah system ini perlu kepada penjagaan dan pengawasan yang sempurna dalam menguruskan dan mennyelenggarakan rangkaian komputer-komputer Kesimpulannya Sistem Rangkaian Komputer (net working) merupakan satu system yang menggabungkan kesemua komputer-komputer di bawah kawalan computer server atau dikenali sebagai computer induk, ia untuk memastikan penyelarasan dalam tugasan apabila menggunakan computer dapat dimanfaatkan dengan lebih baik dan juga untuk memastikan segala gerak kerja dapat berjalan dengan lebih lancer tanpa berlaku kesalahan dan perkara yang tidak diingini semasa tugasan dijalankan. Disamping itu penjagaan dan pengawasan perlu sentiasa dijalankan bagi tidak berlaku kerosakan didalam system rangkaian tersebut. Akhir kata semoga pendedahan ini dapat memberi manfaat kepada manusia khususnya masyarakat Islam tentang kepentingan teknologi masa kini yang memberi manfaat dan kebaikan sesama insan dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini.
15
RUJUKAN
1. Zainab Abu Bakar, Mc Graw Hill, 2000, Asas Pengkomputeran,
2. http://fizik.um.edu.my/akademik/smes3103/komurang.html
3. http://tienee.tripod.com/sistem_rangkaian_komputer.htm#7.
4. http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/index.html
5. http://jknkelantan.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=169 6. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Disember 1998, Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat, Kurikulum Bersepedu Sekolah Menengah.
16