Sistem Mpu.docx

  • Uploaded by: mai sarah
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Mpu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,541
  • Pages: 9
Sistem-Sistem Kehidupan Dalam Agama Islam

Antara sistem yang terdapat dalam agama ialah ialah akhlak, politik, sistem ekonomi, dan sistem jinayah. SISTEM AKHLAK Antara sistem yang sangat mempengaruhi kemenjadian umat Islam zaman kini ialah sistem akhlak. Akhlak amat besar pengaruh dan kesannya terhadap tindak tanduk dan gerak langkah seseorang. Baik dan buruknya perlakuan seseorang adalah bergantung kepada nilai akhlak mereka. Akhlak berasal dari perkataan Al-Khulq. Al-Khulq di segi bahasa bererti sifat dan tabi'at. Sementara menurut istilah ia diertikan sebagai kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk. Istilah akhlak adalah adalah satu istilah yang bersifat rabbani kerana ia bersumber daripada Allah. Firman Allah yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang agong." (Al-Qalam: 4) Akhlak merupakan sistem yang penting kerana akhlak dapat meningkatkan insaniah insan sehingga ke tahap sesuatu ummah insaniah yang benar-benar tinggi dan berkualiti. Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam, ini dapat dilihat dari beberapa sebab. Antaranya ialah Islam telah menjadikan akhlak sebagai alasan kenapa agama Islam diturunkan. Hal ini jelas dalam sabda Rasulullah: Maksudnya: Aku diutus hanyalah sematamata untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia. Islam menganggap orang yang paling tinggi darjat keimanan ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Dalam hadis telah dinyatakan: Maksudnya: Telah dikatakan Ya Rasulullah, mukmin yang manakah paling afdhal imannya, Rasulullah s.a.w. bersabda orang yang paling baik akhlaknya antara mereka. Islam telah mentakrifkan “Addin” dengan akhlak yang baik. Dalam hadis telah dinyatakan bahawa telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Maksudnya: Apakah Addin itu? Sabda Rasulullah, akhlak yang baik Ini bererti bahawa akhlak itu dianggap sebagai rukun Islam. Islam menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan yang utama dapat memberatkan neraca amal baik di akhirat kelak. Hal ini telah dinyatakan dengan jelasnya dalam hadis Rasulullah: “Perkara yang lebih berat diletakkan dalam neraca hari akhirat ialah takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”.

Dalam ajaran Islam dinyatakan bahawa mereka yang berjaya memenangi kasih sayang Rasulullah dan mendapat sesuatu kedudukan yang hampir dengan Rasulullah pada hari akhirat ialah orang yang lebih baik akhlaknya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Maksudnya: Yang paling aku kasihi di antara kamu dan yang paling dekat kedudukannya padaku di hari akhirat orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu”. Seterusnya, sistem politik merupakan sistem yang sangat penting bagi pembentukan sebuah negara. Politik adalah ilmu pemerintahan atau ilmu siyasah, iaitu ilmu tata negara. Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang orang yang bukan Islam. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syariat Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. Hal ini bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai sakhsiah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang. Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80) Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Quran" Prinsip prinsip sistem politik Islam terdiri daripada beberapa perkara antaranya ialah musyawarah, keadilan, kebebasan, persamaan dan hak menghisab pihak pemerintah. Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang orang yang akan menjawat tugas tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undangundang yang telah dimaktubkan di dalam al gur'an dan al Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan jalan menentukan perkara perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad. Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut dengan ke'adilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Ke'adilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.

Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip ke'adilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk ke'adilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antaxa ibu bapa dan anak anaknya. Oleh sebab kewajiban berlaku 'adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap ke'adilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya. Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuantujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang undang perlembagaan negara Islam. Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah. Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang ditetapkan oleh undang undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang undang. Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemeriritah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusankeputusan pihak pemerintah. Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya: "Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205) "..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang

yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)

Sistem kehidupan yang ketiga ialah sistem ekonomi. Islam meletakkan ekonomi sebagai suatu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana ekonomi bukan sahaja menyentuh urusan bagaimana manusia mengatur keperluan jasmaniah mereka bahkan urusan rohaniah mereka. Oleh itu, aktiviti ekonomi mestilah berdasarkan nilai-nilai dan akhlak yang digariskan oleh agama untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. Menurut…. Antara definisi ekonomi Islam oleh tokoh-tokoh Islam ialah daripada As Syahid Syed Mohamad Bagir As Sadr “Ekonomi Islam merupakan mazhab (pemikiran dan ajaran) yang merujuk kepada Islam secara sepadu berhubung dengan pemikiran dan ajaran juga analisis dan tafsiran yang berpandukan kepada pemikiran dan ajaran tersebut bagi menyelesaikan masalah-masalah perekonomian.” Daripada Muhamad Al-Mubarak pula ialah “Ekonomi Islam ialah sekumpulan kaedah yang berhubung dengan milik, amal, pengeluaran dalam bentuk material dan spiritual, penggunaan dan pengedaran yang berkaitan hak-hak kehartaan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.” Definisi daripada Muhammad Abdullah Ar-Arabi ialah “Ekonomi Islam merupakan dasar-dasar umum ekonomi yang disimpulkan daripada Al-Quran dan As-Sunnah, dan pembangunan perekonomiannya diasaskan kepada dasar-dasar tersebut sesuai dengan keadaan dan masa.” Secara umumnya, Ekonomi Islam juga boleh didefinisikan sebagai sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi satu golongan masyarakat yang berpegang kepada nilai-nilai Islam. Ekonomi islam turut memberi ruang kepada perkara-perkara yang tidak melalui sistem pertukaran (iaitu bayaran pindahan) yang kerapkali wujud apabila perasaan bertimbang rasa kepada masyarakat dan tanggungjawab moral mengatasi sikap tamak dan tidak mempedulikan orang lain. Baitul Mal merupakan satu institusi kewangan yang terulung dalam pemerintahan sejarah Islam di zaman dahulu. Baitul Mal juga bertindak sebagai perbendaharaan negara yang mengumpul pelbagai sumber pendapatan negara seperti zakat, cukai, harta wakaf dan sebagainya. Baitulmal juga adalah lembaga atau intitusi yang berfungsi sebagai pengamanah perbendaharaan awam bagi orang Islam. Ia mengendalikan asset yng bertujuan untuk maslahat umum.

Antara sumber baitul mal ialah zakat, jizyah, al-kharaj, al-usyur, al ghanimah dan al-fai. Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat Fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah dikenali sebagai sadaqah al-fitr,diwajibkan setahun sekali ke atas orang Islam yang hidup sepanjang bulan Ramadhan sehingga hari pertama syawal. Ia bertujuan untuk menyucikan diri dan hati, dan mengembirakan hati fakir miskin pada Hari Raya. Zakat ini dikeluarkan sebanyak segantang daripada barang-barang yang mengeyangkan seperti gandum dan beras. Zakat harta pula Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang penting dalam berbagai-bagai sektor ekonomi seperti tanaman , emas dan perak, perniagaan, pendapatan, simpanan dan saham. Fai’ adalah harta yang diperoleh kerajaan Islam daripada orang bukan Islam dengan jalan damai. Manakala ghanimah pula merujuk harta yang diperoleh daripada orang bukan Islam daripada hasil rampasan perang.9 Hartabenda yang diperolehi dari orangorang kafir semasa zaman d.kebangkitan Islam pada suatu masa dahulu. Islam telah menghadkan hak 4/5 dari keseluruhan harta rampasan untuk tentera yang menang dan 1/5 untuk faedah masayarkat. Kharaj pula ialah Sejenis cukai yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimiliki. Kaedah pembayaran kharaj yang pernah diamalakan dalam sejarah Islam. Antaranya, dibayar mengikut keluasan tanah yang dimiliki, berdasarakn hasil pertanian yang diperolehi, bergantung kepada keaadan dan kawasan, ada juga bayaran yang dikenakan setahn sekali dan ada yang diwajibkan setiap kali hasil pertanian dituai. Manakala al-usyur ialah Ushur ialah cukai yang dikenakan ke atas komoditi perdagangan yang di eksport ke luar negara atau di import ke dalam negara Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bererti “Tidak akan masuk Syurga orang yang melarikan cukai” Sistem-sistem kehidupan dalam agama islam yang seterusnya ialah sistem jenayah. Jenayah mengikut pengertian bahasa membawa maksud segala perbuatan dosa dan tercela. Untuk memberi maksud ini perkataan Jenayah adalah berasal daripada perkataan Janna bermaksud melakukan kejahatan dan Jenayah adalah sesuatu kejahatan yang dilakukan.Perkataan Jarama adalah membawa maksud yang sama dengan Jenayah. Konteks kata yanglebih jelas membawa maksud Jenayah ialah, satu perbuatan yang tidak sah menurut undang-undang atau kesalahan yang boleh dikenakan hukuman. Mengikut pengertian istilah, para ulama’ telah memberikan dalam beberapa pengertian,antaranya ialah Menurut pengertian umum jenayah ialah kesalahan dan perbuatan yang dilarang disisi undang-undang syara’ dan pesalah dikenakan hukuman hudud, qisas atau ta’zir.

Terdapat tiga hukum dalam sistem jinayah iaitu hukum qisas, hukum hudud dan hukum takzir. Hukum hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran serta ditetapkan oleh Nabi SAW melalui hadith Baginda. antara jenis jenayah hudud adalah seperti berikut berzina, qazaf, minum arak, berjudi, merompak dan menyaman dan memberontak.

Murtad.Contohnya hukuman rejam terhadap penzina yang muhsan telah ditetapkan sebanyak 100 kali sebatan. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 2 yang berbunyi.

 







               









    2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman. Contoh kedua, bagi hukuman qazaf, hukuman asal sebatan sebanyak 80 kali. Hukuman tambahan iaitu tidak diterima penyaksian mereka. Sekiranya penuduh tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi maka hendaklah ia disebat sebanyak 80 kali sebatan. Tetapi bagi hamba hendaklah ia disebat sebanyak 40 kali sebatan. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 4 yang berbunyi :  

 

 



   







      

4. dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang fasik; Bagi kesalahan minum arak, peminum arak akan disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman sebat sebanyak 40 kali dengan cara pengakuan peminumnya dengan cukup syarat dan disaksikan oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi perempuan dan dua orang saksi perempuan. Bahan yang memabukkan itu adalah dalam bentuk minuman. Peminum arak itu mengambil minuman memabukkan itu sekurang-kurangnya sehingga ia sampai ke halkum. Seterusnya, peminum meminum arak secara sukarela. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang berbunyi

    





                     173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Berikutnya, sistem jenayah yang terdapat dalam sistem islam ialah hukum qisas. Qisas mengikut pengertian bahasa ialah persamaan atau mengikut. Oleh itu, qisas menurut pengertian bahasa tersebut ialah seseorang yang melakukan jenayah tertentu akan diikuti dengan hukuman qisas sama seperti yang telah dilakukan terhadap mangsanya. Antara jenis jenayah qisas ialah membunuh dan mencederakan dan memotong anggota manusia dengan sengaja. Hukum yang ketiga dalam sistem jenayah islam ialah Dari segi bahasa al-Ta’zir bermaksud menolak, mencegah atau menghalang. Ia dinamakan hukuman ta’zir disebabkan wujudnya

hukuman tersebut akan dapat menghalang orang-orang yang melakukan kesalahan daripada melakukan kesalahan ataupun mengulangi pada masa akan datang. Mengikut pengertian syarak ialah sejenis hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya atau bentuknya yang dilaksanakan bagi menunaikan hak Allah SWT dan hak manusia terhadap terhadap kesalahan-kesalahan yang selain hukuman qisas, hudud, diyat dan kifarat.

Terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga jenis hukum jenayah ini. Bagi hukum hudud, Jenayah yang tertakluk di bawah hukuman hudud adalah hak Allah SWT dan Allah SWT sahaja yang berhak mengampuninya. Oleh itu hakim dan pemerintah tidak mempunyai hak untuk membuat pilihan dan mestilah melaksanakan hukuman tersebut. Seterusnya, jumhur ulamak bersepakat bahawa sesiapa yang ikhlas bertaubat sebelum dilaksanakan hukuman hudud maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT.Jumhur ulamak bersepakat bahawa dalam kes yang tertakluk dibawah jenayah hudud maka penjenayah tersebut boleh diberikan syafa’at sebelum dibawa kepada hakim. Hukuman hudud adalah berkaitan dengan hak Allah SWT dan hak manusia. Hukuman hudud hanya dilaksanakan pada individu yang cukup syaratnya menurut syarak.Bagi menetapkan kesalahan hudud dan menjatuhkan hukuman mestilah melalui saksi dan syarat-syarat sah atau juga melalui pengakuan penjenayah sendiri yang cukup syaratnya. Bagi hukum qisas pula, Hukumannya adalah tertakluk kepada mangsa dan waris mangsa. Oleh itu kuasa menuntut pelaksanaannya dan pengampunan boleh diberikan oleh mangsa dan waris mangsa sahaja.Dalam qisas hakim dan pemerintah tidak ada hak sama ada melaksanakan atau tidak hukuman qisas tersebut. Mereka mestilah melaksanakannya

kecuali

sekiranya

mangsa

dan

waris

mangsa

memberi

pengampunan terhadap pembunuh. Dalam kes penjenayah yang dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa atau membayar diyat, jumhur ulamak sependapat bahawa hakim dan pemerintah boleh menjatuhkan hukuman ta’zir terhadap penjenayah. Hukuman qisas hanya boleh dilaksanakan terhadap penjenayah yang cukup umur, waras serta memenuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh syarak. Untuk disabitkan kesalahan terhadap penjenayah dalam hukuman qisas mestilah melalui bukti, saksi atau pengakuan daripada penjenayah sendiri yang cukup syaratnya. Hukuman ta’zir pula bergantung pada kesesuaian dan keadaan mengikut kesalahan yang mana hukuman ditetapkan oleh hakim atau pemerintah. Dalam kesalahan hak Allah SWT, hakim mestilah melaksanakan hukuman ta’zir terhadap penjenayah. Namun, melalui budi

bicara serta penilaiannya, hakim boleh member keringanan terhadap penjenayah. Hukuman ta’zir yang berkaitan dengan hak manusia, mangsa atau waris boleh mengampunkan penjenayah atau membayar ganti rugi. Hukuman ta’zir boleh dikenakan terhadap kanakkanak yang belum cukup umur. Untuk sabitkan hukuman, tidak semestinya melalui saksi atau bukti seperti hukuman qisas dan hudud.

Related Documents

Sistem
April 2020 52
Sistem
November 2019 71
Sistem Imun/ Sistem Pertahanan
December 2019 102
Sistem Urinari
June 2020 6
Sistem Koloid
June 2020 17

More Documents from ""

November 2019 4
Penutup Dan Langkah 3.docx
November 2019 8
Sistem Mpu.docx
November 2019 11
Drugs
April 2020 41
Cognitive Disorders
April 2020 16