Sistem Maklumat Tanah Gis

  • Uploaded by: azmir
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Maklumat Tanah Gis as PDF for free.

More details

  • Words: 1,654
  • Pages: 36
APLIKASI GIS

ERMARENA BTE SHUKRI 01PUT07F2016 MUHAMMAD ARIF BIN JAMAL 01PUT07F2017 ROSEMARIE ANDRIAS BT MAJAIS 01PUT07F2018 AZMIR BIN OTHMAN 01PUT07F2019 FOONG YUE KEONG 01PUT07F2020

SISTEM MAKLUMAT TANAH

PENGENALAN GIS merupakan satu sistem yang amat penting dalam pembangunan tanah, penggunaan sumber alam dan penjagaan alam sekitar. Kejayaan Malaysia melaksanakan projek-projek pembangunan, disamping membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang tinggi, membawa kepada tekanan ke atas tanah. Bagi mempastikan pembangunan yang telah dicapai dapat diteruskan dan dipertahankan, maka adalah perlu untuk menubuhkan satu sistem yang berkaitan dengan tanah bagi membantu perancangan pembangunan tanah, penggunaan sumber alam serta penjagaan alam sekitar. Sistem yang telah diwujudkan mengandungi maklumat yang berguna kepada pengguna - pengguna maklumat tanah dengan prosedur yang teratur bagi menyediakan maklumat tanah yang telah dikemaskini. Ianya merupakan mekanisma yang terbaik untuk membekalkan maklumat tanah yang terkini kepada agensi-agensi dan sesiapa sahaja yang memerlukannya, yang mana ianya penting bagi tujuan-tujuan perancangan dan pembangunan tanah.

PERKAKASAN YANG DIGUNAKAN OLEH GIS DALAM SISTEM MAKLUMAT TANAH

MONITOR

CPU

PAPAN KEKUNCI

PENCETAK SAIZ A4

MESIN PLOTER

PROJEK PERTAMA

PULAU LABUAN SABAH SEJARAH KAWASAN 3.Penambahan data pada PERTANIAN. 2. Penambahan dari segi PENGANGKUTAN 3. Penambahan data dari segi PENEMPATAN 4. Perubahan data dalam HIDROGRAFI

LAMPS Ø Salah satu perisian GIS yang digunapakai di Jab. Ukur Dan Pemetaan Malaysia. Ø Segala attribute data sistem maklumat tanah akan dimasukkan mengikut klasifikasinya Ø Boleh dipecahkan kepada :PENGANGKUTAN,HIDROGRAFI,TANAMAN,RELIEF,BANGUNAN, UTILITIES dsb

FOTO UDARA 28.04.2004

RAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KAWASAN YANG TELAH DIKLASIFIKASIKAN MENGIKUT ATRIBUTE MASING-MASING

CONTOH HASIL KERJA PETA TOPOGRAFI

PROJEK KEDUA DI DAERAH KUALA LANGAT KEFUNGSIAN PROJEK: Untuk menunjukkan maklumat kemudahan awam di Daerah Kuala Langat. PERISIAN: MapInfo Professional Ver. 4.5 di dalam pasaran sehingga March ialah RM4,600.00.

Data yang digunakan 1. Data garisan kontor (peta topografi digital) pada skala 1:50,000 dan 1:25,000 yang boleh dibeli daripada Seksyen CAMS, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2. Imej Lembar Piawai pada skala 1 inci = 8 ranta untuk keseluruhan daerah-daerah di negeri Selangor yang boleh didapati daripada Seksyen Perancangan Ekonomi, UPPN, Pejabat SUK Selangor.

CONTOH HASIL KERJA

PROJEK KETIGA DI HULU SELANGOR Sejarah •

Sejarah kawasan ini yang dapat kami ulaskan di sini bahawa terdapat banyak pembangunan telah berlaku di kawasan ini, malah masih terdapat juga beberapa kawasan tidak mengalami apa-apa perubahan iaitu seperti Hutan Simpan. Contoh kawasan yang mengalami perubahan ialah terdapat Hutan Simpanan Tambahan. Terdapat kawasan tanah rancangan yang baru. Manakala terdapat juga penerokaan kawasan baru iaitu tanah rancangan.Kita sedia maklum bahawa kawasan tanah rancangan selalunya diertikan bahawa kawasan penempatan. Selain itu, terdapat juga kawasan perumahan. Penerokaan tanah yang telah berlaku di daerah Hulu Selangor ini adalah untuk penempatan. Berhampiran dengan kawasan penempatan terdapat juga kawasan pertanian campur. Kawasan Pertanian campur melibatkan penanaman pelbagai jenis pokok. Di kawasan spesifikasi tentang jenis tanaman tidak di nyatakan.



Dahulunya kawasan ini merupakan kawasan hutan simpan sahaja. Setelah mendapat persetujuan daripada Pejabat Daerah Tempatan, maka penerokaan hutan dapat dijalankan dengan tujuan yang tertentu. Di daerah Hulu Selangor ini, terdapat juga kawasan Industri. Berkemungkinan industri yang terdapat di kawasan adalah kilang papan memandangkan ianya berhampiran dengan kawasan hutan.

Kefungsian projek Untuk menunjukkan setiap kawasan di dalam daerah Hulu Selangor telah di klasifikasikan kepada kelas-kelas kegunaan tanah dan juga telah diwarnakan zon-zon kegunaan tanah dengan menggunakan pelbagai warna untuk mendapatkan perbezaan yang terdapat di daerah Hulu Selangor itu Bagi menghasilkan pelan kegunaan tanah di kawasan Hulu Selangor ini, perisian yang digunakan adalah MapInfo Profesional Ver. 4.5. Data-data GIS di daerah Hulu Selangor adalah masih di dalam pembangunan ataupun perolehan yang selanjutnya ialah :• GIS Perhutanan - iaitu perincian kepada aplikasi yang sedia ada oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor • Data Kontor dan Kecerunan yang dibekalkan oleh Seksyen CAMS, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam CDROM GIS Perancangan Strategik Selangor Versi 1.0 ini akan dikemaskinikan dari masa ke semasa dengan melibatkan

Data yang digunakan • Data - data telah diperolehi daripada Jabatan Pertanian seperti data penggunaan tanah dan kelas tanah. Setiap imej piawai adalah pada skala 1 inci = 8 rantai untuk keseluruhan daerah-daerah yang terdapat pada negeri Selangor yang boleh didapati daripada Seksyen Perancangan Ekonomi. Manakala data garisan kontor (peta digital) adalah pada skala 1: 50 000 dan 1:25 000 yang boleh dibeli dari Seksyen CAMS, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

CONTOH HASIL KERJA

PROJEK KEEMPAT DI DAERAH SABAK BERNAM KEFUNGSIAN PROJEK : Untuk menghasilkan Peta Status Jalan dan memberi segala maklumat mengenai sistem jalan. Perisian MapInfo Professional Ver. 4.5 di dalam pasaran sehingga March ialah RM4,600.00.

Data yang digunakan 1. Data garisan kontor (peta topografi digital) pada skala 1:50,000 dan 1:25,000 yang boleh dibeli daripada Seksyen CAMS, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2. Imej Lembar Piawai pada skala 1 inci = 8 rantai untuk keseluruhan daerah-daerah di negeri Selangor yang boleh didapati daripada Seksyen Perancangan Ekonomi, UPPN, Pejabat SUK Selangor.

Peta Status Jalan • Sistem ini telah digunakan untuk menyelaraskan Peta Status Jalan. Dengan ini maka setiap maklumat yang diperlukan mengenai jalan di daerah ini dapat diperolehi dengan mudah. • Maklumat yang terdapat di dalam sistem ini dipisahkan mengikut kelas jalan yang berlainan. Sistem ini juga turut memuatkan nama jalan serta panjang jalan untuk kemudahan pengguna sekiranya pengguna

Peta Status Jalan

Data Kampung • Selain menghasilkan Peta Status Jalan, Data Kampung juga turut dihasilkan menggunakan sistem ini. Daerah Sabak Bernam seperti yang diketahui merupakan daerah yang masih mengekalkan ciri-ciri kampung berbanding daerah yang lain. Terdapat lebih daripada lima ratus kampung terdapat di daerah ini. Untuk memudahkan serta membezakan sesebuah kampung dengan kampung yang lain, maka setiap kampung akan dikelaskan mengikut kod-kod kampung yang berlainan untuk mengelakkan pengumpulan dan pendigitan maklumat yang sama daripada berulang. • Setiap maklumat yang hendak diisi akan diasingkan mengikut kelaskelas yang berkenaan. Setiap kampung akan diberikan satu fail dimana setiap fail akan diisi dengan maklumat-maklumat berkaitan kampung tersebut. Antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti kod kampung, nama kampung, mukim, keluasan, nama ketua kampung dan sabagainya. Maklumat ini amat berguna sekali terutama ketika berlaku kecemasan dimana kedudukan kampung tersebut dapat dikenalpasti dengan cepat dan tepat. Maklumatmaklumat yang terdapat di dalam sistem ini akan sentiasa dikemaskinikan dari masa ke semasa untuk memastikan maklumat terkini dapat diperolehi untuk kemudahan yang akan datang

Data Kampung

PROJEK KELIMA DI DAERAH GOMBAK Kefungsian projek -Untuk menentukan jenis kemudahan awam dan lokasi projek mega yang sesuai bagi daerah tersebut. -menentukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). -untuk mengkategorikan tanah-tanah bagi tujuan menyediakan kemudahan awam di Daerah Gombak.

Perisian: MapInfo Professional Ver. 4.5 di dalam pasaran sehingga March ialah RM4,600.00.

Data yang digunakan 1. Data garisan kontor (peta topografi digital) pada skala 1:50,000 dan 1:25,000 yang boleh dibeli daripada Seksyen CAMS, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2. Imej Lembar Piawai pada skala 1 inci = 8 ranta untuk keseluruhan daerah-daerah di negeri Selangor yang boleh didapati daripada Seksyen Perancangan Ekonomi, UPPN, Pejabat SUK Selangor.

Kerajaan negeri Selangor telah menggunakan sistem maklumat tanah ke atas tanah di Daerah Gombak bagi menentukan jenis kemudahan awam dan lokasi projek mega yang sesuai bagi daerah tersebut. Selain itu, kerajaan negeri Selangor telah menggunakan sistem maklumat tanah dalam menentukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sistem ini diwujudkan bagi memperbaiki sokongan maklumat bagi membuat sesuatu keputusan dan menyelesaikan masalah dalam organisasi pengguna dan juga untuk memperbaiki kawalan pengurusan aktiviti. Selain itu sistem maklumat tanah dapat mempastikan penyelengaraan yang berterusan terhadap pangkalan data GIS yang telah dibangunkan atau sedang dibangunkan untuk menghasilkan data-data yang lebih terkini.

CONTOH HASIL KERJA

DATA KEMUDAHAN AWAM •





Kegunaan sistem maklumat tanah ini ialah untuk mengkategorikan tanah-tanah bagi tujuan menyediakan kemudahan awam di daerah Gombak. Bagi menyediakan kemudahan awam yang cukup di kawasan Gombak ini, sistem maklumat tanah ini telah digunakan bagi menyatakan kemudahan awam yang sesuai disediakan. Setiap kemudahan awam yang terdapat dalam sistem ini telah dikategorikan mengikut jenis kemudahan awam yang telah disediakan. Sebagai contoh institusi diletakan symbol bulat dan kesihatan pula di letakkan simbol segi empat sama. Bagi kawasan atau lokasi projek mega pula, simbol segi empat sama dan warna biru di gunakan bagi menunjukkan kawasan atau lokasi projek tersebut. Setiap kemudahan awam yang telah disediakan ia diberikan simbol yang berbeza-beza bagi memudahkan pencarian data yang dikehendaki dengan lebih mudah. Bagi penentuan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ia ditunjukkan dalam bentuk huruf dan nombor. Huruf dan nombor diletakkan di daerah-daerah kecil di dalam daerah Gombak.

Rajah diatas menunjukkan simbol-simbol yang telah digunakan dalam mengkategorikan kemudahan awam.

Rajah diatas menunjukkan simbol bagi kawasan atau lokasi projek mega



Rajah diatas menunjukkan simbol bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

PROJEK KEENAM DI WILAYAH LEMBAH KLANG SEJARAH Wilayah Lembah Klang yang terletak di tengah-tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia adalah meliputi keluasan lebih kurang 2832 kilometer persegi iaitu merangkumi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Daerah Gombak, Daerah Hulu Langat, Daerah Petaling dan Daerah Klang. Pembangunan yang pesat di Wilayah Lembah Klang telah menyebabkan pertambahan penduduk yang tinggi pada tahun 2000 iaitu lebih kurang 0.9 juta daripada bilangan banci pada tahun 1991 iaitu 2.9 juta.. Akibat pertumbuhan penduduk yang bertambah, maka perkembangan pembangunan kawasan guna tanah turut meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini memerlukan pengawasan dan pemantauan pembangunan yang segera dan sistematik untuk mengelak daripada pertambahan pembangunan guna tanah di kawasan yang berisiko tinggi dan kawasan lindungan atau peliharaan kerajaan.

KEFUNGSIAN PROJEK

Menunjukkan perubahan guna tanah dan perubahan pembangunan mengikut peruntukan Perancangan Struktur dan Pelan Perspektif Wilayah Lembah Klang.

PERISIAN ARC/INFO 7.2.1

DATA YANG DIGUNAKAN Foto Udara Bagi Kawasan Wilayah Lembah Klang.

CONTOH HASIL KERJA Perubahan Tepubina 1988 Hingga 1998 Wilayah Lembah Klang.

CONTOH HASIL KERJA Kehilangan Kawasan Hijau Kepada Tepubina

KESIMPULAN GIS telah memberikan kesenangan kepada manusia tentang kerja memperolehi maklumat tanah. GIS memberikan satu kemudahan di mana pengguna-pengguna boleh membuat keputusan berdasarkan sistem maklumat yang ditunjukkan oleh GIS. GIS boleh membuat analisis dan memaparkan data iaitu data spatial dan data atribut yang boleh menyelesaikan masalah-masalah penyelidikan yang kompleks, perancangan dan pengurusan masalah dengan menggunakan perisian. Kebolehan GIS dalam menganalisis dan memaparkan maklumat menjadikannya sebagai alat bantuan yang amat berguna dalam mempersembahkan maklumat tanah. Dengan adanya GIS, segala maklumat boleh diperolehi dengan lebih senang dan tepat disamping membantu mempercepatkan proses pembangunan negara.

Related Documents


More Documents from ""