Sist Sosial

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sist Sosial as PDF for free.

More details

  • Words: 3,076
  • Pages: 9
Search: The Web Tripod

Report Abuse « Previous | Top 100 | Next »

Select Rating (5)

share: del.icio.us | digg | reddit | furl | facebook

PERKEMBANGAN SEJARAH SESEBUAH MASYARAKAT PENGENALAN Istilah "alam Melayu" atau Melayu merupakan satu kawasan budaya yang kaya dan luas dikenali juga sebagai rumpun budaya Melayu-Polinesia, ia merangkumi rantau yang luas dan meliputi Malaysia, singapura, indonesia, Brunei, filipina, Selatan Thai, Selatan Burma, IndoChina (khususnya Vietnam dan Kemboja), Malagasi, Sri langka dan Taiwan(1). Masyarakat yang mendiami kawasan ini disebut sebagai Melayu disamping dikatakan memiliki kulit sawo matang, tinggi 5 kaki 6 inci, warna rambut hitam, bermata coklat dan boleh memahami bahasa Melayu. Masyarakat mempunyai hubungan yang rapat dengan kebudayaan. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan kerana tanpa masyarakat maka tiadalah budaya. Budaya itu pula berkembang dalam masyarakat ada budaya disatukan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh-pengaruh luar sama ada sebagai satu alternatif untuk mengisi kekosongan kerana dari sini berlakunya perubahan dalam kebudayaan dan masyarakat(2). Sejarah alam Melayu berkembang mengikut peredaran zaman iaitu dimulakan dengan perkembangan sejarah pada zaman antahberantah hinggalah pada awal abad ke-15 (penghujung abad ke 14) lalu diikuti oleh zaman-zaman selepas itu hinggalah sekarang(3). Perkembangan sejarah sesebuah masyarakat di alam Melayu dipengaruhi oleh pelbagai unsur ilmu alam, pengeluaran bahan-bahan mentah tempatan dan pendedahan kepada unsur luar atau asing. Kedudukan geografi merupakan faktor penting yang membawa kepada perkembangan dalam masyarakat dalam alam Melayu ini. Ia terletak dipersimpangan dua jalan laut yang penting iaitu barat dan timur. Rantau ini telah disambungkan dengan benua china dan india oleh dua angin monsun utama iaitu angin Monsun Barat Daya dan angin Monsun Timur Laut. Sejak Melaka didirikan pada 1400, gagasan kepulauan Melayu merupakan sebahagian daripada jaringan perdagangan yang kompleks yang merentang daripada

benua Afrika ke benua China sejak beratus-ratus tahun (4). Selat Melaka pula telah diumpamakan sebagai "kerongkong yang harus ditempuhi oleh semua lalulintas asing sama ada darat atau laut ke mana-mana gugusan" selat ini juga berpotensi menjadi tempat pengumpulan dan pemunggahan barang-barang dari kapal-kapal(5). Disinilah Melaka menampakkan peranannya sebagai sebuah pusat entrepot. Barang-barang yang dibawa ke Melaka untuk didagangkan akan ditinggalkan dan diniagakan diMelaka oleh penduduk tempatan keserata pelusuk kawasan perdagangan. Manakala barang-barang dagangan dari kawasan pedalaman dikumpulkan melalui jalan sungai yang banyak dikedua-dua selat Melaka membawa kepada pantai selat Melaka. Jaluran-jaluran sungai ini menjadi alat komunikasi antara kawasan pedalaman dengan laut. Kapal-kapal dapat berlindung daripada angin lautan yang luas di selat Melaka serta merupakan tempat teduh berbanding diperlabuhan Sumatera iaitu Pasai. Keadaan selat ini disamakan dengan tasik ditengah lautan. Kadangkala terdapat angin ribut kencang yang disebut 'ribut Sumatera' oleh pelaut-pelaut Eropah namun ianya hanya terbatas kepada kawasan antara Selangor dan singapura. Malah ianya bermusim dan boleh diramalkan bila ianya berlaku. Selat ini berkeadaan tenang dimana ianya memudahkan aktiviti-perdaganggan dijalankan pada masa tersebut. Aktiviti perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kegiatan ekonomi peribumi yang telah berjalan sejak kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya iaitu dari abad ke 7 hingga ke 13. Kegiatan perdagangan antara penduduk peribumi dengan pedagang asing yang menetap dan berdagang di Melaka telah melahirkan masyarakat bercorak kosmopolitan. Perkembangan ini dipengaruhi juga oleh banyaknya bahan-bahan mentah tempatan yang diperlukan oleh pedagang-pedagang asing. Rantau Melayu boleh dianggap beruntung kerana ia terletak disepanjang daerah yang kaya sumber bumi iaitu bermula Yunan di China selatan hingga sampai ke Pulau-pulau Bangka dan Belitung. selain menjalankan pertanian kawasan ini terdapat logam. Dengan sumber bumi ini telah membuka peluang kepada tempat-tempat yang agak terpencil ini untuk mengembangkan potensi dagang. malah penggalian yang telah dijalankan di Barat Laut Borneo iaitu pada kurun ke 7 di delta Sungai Sarawak telah dikatakan sebagai pusat pengeksport besi lebur dan jongkong emas ke tempat-tempat lain digugusan kepulauan ini. dengan kekayaan emas ini telah memahsyurkan nama semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera pada suatu masa dahulu malah atas dasar ini jugalah ahli geografi Yunani telah menamakannya sebagai "Golden Khersonese" (Bumi Emas). Malah dari sini juga didapati peggunaan warna kuning sebagai warna diraja disebabkan kegunaannya yang meluas untuk tanda kebesaran dan perhiasan di istana-istana raja Melayu. Peranan emas dalam kerajaan amat penting malah ada disebut oleh pengembara Arab bagaimana Maharaja Srivijaya membayar hutangnya kepada laut sebagai mengatakan penghargaannya dengan mencampakkan jongkong emas ke laut sambil berkata " disanalah terletaknya khazanahku" Dikatakan Maharaja Srivijaya berbuat demikian untuk mengambil hati dewi laut(7). Dari sini jelas kepada kita betapa pentingnya perdagangan emas dalam aktiviti perdagangan di alam Melayu pada masa tersebut. disamping perdagangan emas, bijih timah juga merupakan bahan perdagangan yang penting di alam Melayu. Bijih timah telah lama dilombong secara terus menerus iaitu selama 1500 tahun. sumber yang ada tidak dapat memberi kepastian bila ianya telah mendapat perhatian di ebarang laut tetapi

ianya telah didagangkan di India sejak kurun ke-5 sebagaii bahanuntuk dicampurkan dengan gangsa bagi membuat patung dewa. Sumber ini senang diperolehi disebabkan ilmu alam rantau ini yang baik. Timah telah dihanyutkan dari kawasann pergunungan di kawasan pedalaman lalu berlonggok didasar-dasar yang berdekatan pantai dan pamahpamah lanar(8). Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bijih timah telah dijadikan eksport utama Melaka dengan dicairkan dan dijadikabn kepingan jingkong. Melaka juga dikatakan telah mengumpulkan emas dari tanah jajahan takluk seperti Kelang, Selangor, Bernam, Manjung, Beruas dan kedah. hasil dari sini telah membawa kepada perkembangan masyarakat kerana masyarakatnya telah terdedah dengan aktiviti perdagangan dan telah diperkenalkan dengan dunia luar. Alam Melayu merupakan alama yang mewah dengan sumber semulajadinya. Suber-sumber hutannya telah menjadi sumber untuk dijadikan salah satu barang eksport ke dunia luar. Alam Melayu yang meliputi dengan hutan rimba dan kayu kayan ini telah mengeluarkan barang eksport seperti kayu wangi, damar dan rotan. biasanya pencari-pencari sumber ini terdiri daripada orang melayu yang berada di kawasan pedalaman dan mereka ini dikenali sebagai Melayu Proto iaitu seperti Suku Semang dan Temuan. Golongan ini sudah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan kehidupan hutan. setiap kelompok yang tinggal di dalam kawasan ini mengetahui secara terperinci tantang alam sekelilingnya. Malah melalui kajian-kajian yang dibuat ke atas orang-orang asli ini seperti suku Temuan, ssetelah baligh ia akan mengenali beberapa ratus jenis tumbuhan disekelilingnya. jika mereka berpindah, mereka terpaksa membebankan diri dengan belajar jenis tumbuhan yang belum dibiasakan kerana kebanyakan kayu hutan ini hanya dijumpai ditempattempat tertentu dalam jumlah yang terhad(9). Aktiviti pertanian dan penternakan juga dilakukan antaranya menananm buah-buahna seperti durian, lagsat, duku, manggis, pisang, sayur-sayuran dan padi. Namun begitu Melaka banyak mengmport makanan-makanan utama iaitu beras daripada Pulau-pulau Jawa dan burma. Kegiatan ini hanya dilakukan untuk memenuhi keperluan harian sahaja (10). Bukti adanya tanaman-tanaman ini dalam masyarakat Melayu pada masa tersebut ada disebut dalam sejarah Melayu. edisi Shellabear iaitu: Semasa di zaman puteri Gunung Ledang, dikatakan dapat melihat pelbagai jenis buah sebelum sampai ke pondok puteri tersebut. malah menurut Tome Pires juga, parameswara (Raja Iskandar) dan 1000 orang pengikutnya telah menabas untuk ditanam pokok dan dibuat dusun. tradisi ini seterusnya telah dipraktikkan di Melaka. Malah tanggapan ini diperkuatkan dengan adanya hukuman ke atas orang yang hasil tanaman sepert sirih, pisang, tebu, pinang dan buah-buahan seperti yang disebut dalam fasal 11.2 dalam undang-undang Melaka. secara tidak langsung undang-undang ini telah menunjukkan kepada kita betapa banyaknya dusun-dusun buah-buahna sehingga adanya undang-undang yang berkaitan dengannya (11). Penternakan juga telah dijalankan dimana masyarakat rantau melayu membela binatang ternakan seperti Lembu kambing dan ayam itik. Kawasan rumah meraka telah dipagar agar binatang ternakan tersebut tidak memasuki kawasan rumah orang lain. Rantau Melayu juga kaya dengan hasil laut disepanjang pantai dan dilaut lepas. Hutan Bakau yang membarisi sepanjang Pantai barat Semenanjung Tanah melayu dan delata sungai di Borneo Barat merupakan zon ekologi tertentu seperti hutan-hutan tripoka. penduduk tempatan telah menggunakan sumber yang sedia ada sebagai sumber ekonomi

terutamanya bagi orang laut. mereka bergerak menggunakan kapal korek dan bergerak bebasa menyusur alur-air yang telah dibentuk oleh pasang surut untuk mencari baranganbarangan berharga dari jenis-jenis yang terbatas ini. dari sini dapat dilihatr yang tikar dianyam dari daun nipah, minuman keras boleh dibuah dan niranya, kulitnya dapat dikeluarkan tanin untuk menyamak kulit dan kayu digunakan untuk membuat kayu api. ombak kencang yang memukul pantai disepanjang pantai timur di Semenanjung Tanah melayu ditumbuhi pohon-pohon yang tahan tempiasan air masin dan dapat hidup di tanah yang berpasir. masyarakat pada tersebut juga telahpun memakan jenis-jenis kerang dan tiram yang tedapat di batu karang serta boleh mengenali jenis-jenis tumbuhan laut yang boleh dimakan terdampar dibawa air pasang ke pantai (12). Tumbuhan dan Hidipan laut lebih banyak terdapat di luar pantai terutamanya di beting karang yang dibentuk oleh pukulan angin dan arus laut seperti dikepulauan Riau-Linga dan kawasan Pulau Tujuh di Laut China Selatan. Lautana cetek serta panas dengan kedalamannya jarang sekali lebih daripada 60m. Keadaan ilmu alam ini memberi suasana yang sesuai untuk evolusi pelbagai jenis hidupan laut. Di sepanjang terumbu pula, bila keadaan air surut maka siput dan kerang dwi katup boleh dijumpai termasuklah tiram mutiara. daripada sumber-sumber Chita bertulis terdapat bukti yang jelas bahawa kulit kura-kura dan kerang cowrie merupakan barang dagang penting di rantau ini pada abad ke-5 lagi. malah barang dagnagngan ini mendapat pasaran di negeri China. Antaranya teripang yang telah digunakan sebagai perencah sup di China. Orang laut memainkan peranan penting dalam kegiatan ini kerana dapat mementukan dengan tepat terdapatnya barangan dagangan ini di dasar laut. Mereka merupakan golongan yang arif dalam mengendalikan kolek dengan selamat dari sini, dapat dilihat perkembangan masyarakat melayu itu sendiri kerana penduduk dunia Melayu bukan sahaja mengetahui khazanah hutan tetapi juga lautan yang mengelilingi mereka. Malah mereka sudah pun mempunyai pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk menguasai alam sekitar bagi mealkukan aktiviti-aktiviti mereka(13). kemahiran yang diperolehi ini membawa kemewahan kepada penduduk alam melayu dengan pedagang-pedangan dari luar. W.F. Weirtheim telah membahagikan tiga corak asas sistem masyarakat Nusantara sejak awal kurun masihi iaitu; a) Perkampungan petani iaitu daerah-daerah sawah padi dimana terdapatnya pusat-pusat pemerintahan beraja seperti Kraton dan Jawa. b) Adalah pusat-pusat bandar sebagai kota persisiran Nusantara dengan kegiatan perdagangan. c) Pedalaman kepada bandar-bandar pesisir yang mengusahakan kegiatan perdagangan seperti lada hitam dan padi huma. Sebelum kedatangan pengaruh Hindu masyarakat Melayu sudah dikatakan hidup berkelompok dan mengusahakan pertanian serta tidak lagi berpindah randah. Ini secara tidak langsung telah menampakkan satu sistem kemasyarakatan dan kebudayaan yang telah lama wujud sebelum kedatangan apa-apa pengaruh .

Sebelum agama Hindu dan Buddha di bawah ke alam Melayu sudahpun wujud fahaman agama yang dianuti masyarakat rantau ini iaitu Animisme dan Tantrayana. Agama Hindu yang dibawa dari India telah berjaya mendapat tempat dikalangan raja-raja Melayu dan Jawa. Walaupun agama Hindu telah menjadi anutan penduduk rantau ini khasnya golongan raja-raja dan golongan bangsawan, tetapi unsur kepercayaan lama masih lagi diamalkan seperti pemujaan kubur datuk nenek. Unsur-unsur ini masih lagi dianuti dan telah dicampuradukkan, contohnya konsep agama-agama Hindu telah disesuaikan dengan kepercayaan terhadap makhluk ghaib dalam kepercayaan Animisme. Di samping itu, kepercayaan rakyat terhadap agama Hindu tidak begitu mendalam kerana mereka masih lagi berpegang kuat kepada kepercayaan lama yang diwarisi dari golongan sebelumnya. Dikatakan kira-kira abad ke-5 agama Buddha datang ke Alam Melayu dan dibawa oleh Gunavarman (bekas Raja di Khasmir, India) dan memperkenalkan aliran Hinayana kemudiannya aliran Mahayana diperkenalkan pada abad ke-7 oleh seorang pengembara agama Buddha yang bernama Dharma. Agama Buddha dan Hindu mengalami perubahan yang radikal di Alam Melayu. Kedua-dua agama ini bermusuhan di India tetapi, telah bercantum menjadi satu di Alam Melayu yang dikenali sebagai Hindu-Buddha. Pencantuman kedua-dua agama ini dapat dilihat pada ukiran-ukiran yang dibuat dicandicandi agama Buddha seperti Borobudur dan Janggo, yang menyatakan persatuan diantara Siva dan Buddha. Malah gelaran Siva-Buddha pernah diberikan kepada seorang Raja Hindu dipulau Jawa yang bernama Kertanagara . Unsur-unsur pengaruh Hindu-Buddha yang diterima oleh kebudayaan tempatan bukan sahaja telah mendokong sistem kota dan nilai yang ada malah memberikan implikasinya terhadap kehidupan masyarakat Nusantara. Kesan pengaruh India yang meluas sejak abad pertama hingga abad ke-14 / 15 boleh dikatakan meliputi bidang kehidupan yang penting khususnya dalam bidang politik dan kemasyarakatan tempatan, kepercayaan dan falsafah, adat istiadat dan lain-lain . Menurut Coedes kebudayaan Hindu yang berkembang di nusantara ini hanya tertumpu di kalangan kaum bangsawan atau masyarakat atasan. Oleh itu, kita dapat mengesan sistem pengaruh Hindu dalam pemerintahan Melayu tradisional. Konsep raja dan kerajaan adalah istilah yang dipinjam dari kebudayaan Hindu. Konsep negeri atau negara adalah perkataan sanskrit yang bermaksud masyarakat yang hidup dalam satu daerah secara berkawasan. Raja telah telah disamakan dengan konsep Dewaraja atau pemerintah yang sama kedudukannya dengan Dewa-dewa. Melalui konsep Dewaraja, raja dianggap menduduki status yang amat tinggi dan merupakan wakil Tuhan di dunia . Rakyat telah menjadi golongan rendah dalam sistem feudalisme Hindu dan tidak mempunyai peranan dalam pemerintahan atau organisasi-organisasi masyarakat. Dengan kedatangan Hindu telah menyebabkan wujudnya tiga golongan dalam masyarakat Melayu iaitu Raja (bangsawan), golongan pertuanan (yang menjalankan perintah Raja) dan rakyat jelata (terdiri dari hamba abdi). Kedatangan Hindu secara tidak langsung telah mendedahkan sistem masyarakat alam melayu yang mementingkan rundingan dan kata sepakat dalam sesuatu perkara . Sistem pentadbiran Melayu telah dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu seperti yang dapoat dilihat dalam sistem pewarisan takhta yang berasaskan keturunan. Pelantikan seseorang Raja adalah ditentukan kepada yang bersifat anak Gahara ( anak Raja dari Permaisuri Raja). Begitu juga dengan gelaran dan jawatan pegawai-pegawai kerajaan hinggalah kepada pembesar negari seperti Seri Paduka Bendahara dan Permaisuri. Dalam undang-undang Melayu telah dipengaruhi oleh

undang-undang Hindu seperti undang-undang jenayah yang berdasarkan kitab Dharmasutra . Pengaruh Hindu ini dapat dilihat sejak ibu mengandung lagi hinggalah kanak-kanak yang dilahirkan itu besar. Pelbagai upaca Hindu dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat seperti melenggang perut ketika ibu mengandung, menindik telinga hinggalah kepada beberapa upacara perkahwinan dan kematian. Beberapa teori penting telah dikemukakan untuk menerangkan bagaimana pengaruh India berkembang di nusantara iaitu teori Ksyatria, teori Vaisya dan teori Brahman. Teori Ksyatria menekankan kepada golongan Ksyatria dengan bukti-bukti kepahlawanan mereka menakluk dan mengalahkan kerajaankerajaan lain di Kepulauan Melayu. Teori Vaisya mengatakan yang kemasukan orang India lebih secara damai, aman dan bermula dengan pedagang-pedagang tempatan di Keppulauan Melayu. Kedatangan mereka hanya untuk mengaut keuntungan, tetapi kemudiannya telah berkahwin dengan penduduk tempatan sementara menunggu pertukaran musim. Van Leur pula mengemukakan teori Brahmin yang menganggap kedudukan golongan Ksyatria dan Vaisya mungkin sebagai pembuka jalan sahaja kerana bagi mengembangkan pengaruh tertentu ia memerlukan orang yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Masyarakat alam Melayu dapat menerima pengaruhpengaruh dari luar asalkan ia dianggap bersesuaian dengan cara hidup mereka. Ini dapat dilihat apabila tibanya kedatangan Islam unsur-unsurnya mula diserap masuk dan disesuaikan dengan unsur-unsur Islam. Islam mula tersebar ke Alam Melayu sejak abad ke 13 M seperti di Pasai kira-kira sekitar tahun 1297 M dan di Terengganu pada tahun 1303 M . Melalui perdagangan Islam tersebar meluas ke Alam Melayu di mana pusatpusat perdagangan seperti Perlak, Jawa dan Pasai menjadi tumpuan padagang-pedagang Arab, Parsi dan India serta golongan Sufi. Kedatangan mereka telah membawa unsur Islam ke dalam budaya masyarakat Melayu. Ini telah mempengaruhi perkembangan sejarah masyarakat alam Melayu ketika itu. Islam membawa unsur-unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat Melayu khususnya kepada golongan raja dan rakyat jelata amnya. Kedua-dua aspek ini menandakan kedatangan zaman baru dan permulaan zaman moden . Islam membawa beberapa perubahan misalnya konsep diraja berubah daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja namun bukanlah semua perkara berubah misalnya di Melaka terdapat beberapa perkara dikekalkan dan disesuaikan dengan ajaran Islam seperti dalam pembahagian masyarakat yang berbangsa-bangsa kepada 4 golongan terus dikekalkan dianggap tidak bertentangan dengan akidah Islam,dalam adat-istiadat dan amalan kehidupan seperti adat istiadat perkahwinan. Manakala dalam Undang-undang Melaka terdapat penyesuaian antara 2 unsur iaitu Hindu dan Islam seperti dalam hukum kanun Melaka iaitu fasal 1mengatakan kedudukan yang amat istimewa kepada raja merupakan warisan daripada unsur Hindu manakala dalam fasal 5.1 mengenai hukuman jenayah seperti potong tangan atau kaki merupakan unsur dari hukum Islam yang dilaksanakan di Melaka oleh Sultan Alauddin Riayat Shah semasa pemerintahannya. Contoh dapat dilihat ; "maka titah baginda kepada Seri Maharaja jikalau orang mendapat harta orang jika tiada dipulangkan pada yang punya disuruh baginda kudung tangannya."

Hukum Kanun Melayu banyak mempengaruhi Undang-Undang negeri Melayu sebelum penghujung abad ke -19 seperti undang-undang Johor, Undang-undang Pahang dan lainlain sama ada bercorak adat ataupun berbentuk Islam . Bahasa Melayu juga menghadapi proses pemodenan dan mula tersebar sehingga menjadi lingua-franca di daerah nusantara melalui penggunaan bahasa Arab menggantikan bahasa sanskrit. Perubahan pesat dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu sepanjang abad ke-13 Melayu hingga ke zaman moden. Menurut Van Der Kroef, Bahasa Melayu menerima pengaruh Islam dengan begitu kuat sehinggakan dikatakan Melayu tanpa Islam diibaratkan sebagai diri tanpa nyawa . Ini juga membawa kemunculan pusat pengajian seperti di Pulau Upih, Melaka dan melahirkan ramai cendekiawan dan ulama seperti Hamzah Fansuri. Unsur-unsur intelek dan keilmuan yang dibawa Islam menjadi asas kepada dunia moden yang kemudiannya dialami oleh bangsa Melayu mulai pertengahan abad ke 19 yang akhirnya dipergiatkan dengan kedatangan Inggeris(Barat) . Portugis dan Belanda telah mengembangkan lagi sejarah masyarakat alam-Melayu dengan memperkenalkan teknologi-teknologi dari Barat. Contohnya dalam peralatan perang yang lebih maju berbanding dengan alam Melayu pada masa tersebut.Hasil daripada datangnya masyarakat luar telah membawa kepada kepada perkembangan masyarakat yang pelbagai. Contohnya di Melaka, didapati penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa yang datang dari Barat dan Timur. KESIMPULAN Masyarakat Alam-Melayu telah didedahkan dengan budaya luar yang dibawa masuk ke rantau ini dengan pelbagai cara.Yang jelasnya unsur yang diserap masuk ke dalam masyarakat telah membawa kepada perkembangan sejarah masyarakat alam Melayu. Kemewahan,kekayaan dan kedudukan geografinya telah banyak mempengaruhi perkembangan ini dan saling berkaitan antara satu sama lain. Jika kedudukan geografi strategik tetapi tidak diikuti dengan kekayaan sumber alam dan bahan mentah mustahil perkembangan sejarah masyarakat Alam Melayu ketika itu dapat berlaku.Ia mestilah berjalan serentak terutamanya dalam melahirkan satu rantau yang unggul.

NOTA AKHIR 1 Ismail Hussein, etc...., Tamadun Melayu, Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm 1063. 2 Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975,hlm 5 3 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, hlm 333 4 Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y , Sejarah Malaysia, Macmillan Press, London, 1982, hlm 11 5 Ibid, hlm 20-21

6 Ibid, hlm 13 7 Ibid, hlm 27 8 Ibid, hlm 13-14 9 Ibid, hlm 11-12 10 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm 70 11 Harun Daud, Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1989, hlm 189 12 Andaya, Op. Cit, hlm 14 13 Ibid, hlm 15 14 Aziz Deraman, Op.cit, hlm. 20 15 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm.15-52. 16 Aziz Deraman, Op.cit, hlm.59 17 Ismail Hamid, Op.cit, hlm 55 18 Aziz Deraman, Op.cit. hlm. 60 19 Ismail Hamid, Op.cit, hlm 55 20 Ibid., hlm 60 21 Ibid., hlm.96 Ibid, hlm.131 22 Shellabear, W.G. (Diusahakan), Sejarah Melayu, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1975, hlm.129. 23 Muhammad yusoff Hashim, Op.cit,hlm.235 24 Ismail Hamid, Op.Cit, hlm. 61 25 Aziz Deraman, Op.Cit, hlm.99 Balik

Site Sponsors

Related Documents

Sist Sosial
November 2019 39
Sist
November 2019 45
Sist
November 2019 46
Sist Resp
April 2020 20
Sist-operare
June 2020 24
Sosial
April 2020 39