Sewa Beli

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sewa Beli as PDF for free.

More details

  • Words: 1,888
  • Pages: 10
JABATAN PERDAGANGAN UNDANG-UNDANG KOMERSAN (Sewa-Beli & Surat Cara Boleh Niaga )

DISEDIAKAN OLEH-: Siti Norfazilah Binti Che Hamid.

-04DAT06F578-

CLASS:

CARRY DISEDIAKAN UNTUK:-

:CIK SITI FATIMAH

TUGASAN 2 TOPIK : SEWA BELI 1. Terangkan Maksud Perjanjian Sewa-Beli. a. Menurut law, sewa beli adalah menyewa (bailmerit) dan pilihan untuk membeli, atau dalam formula yang ringkas : sewa + pilihan untuk membeli.

b. Sewa beli harus dibezakan dengan jualan secara hutang ( credit sale ). Bagi sewa beli, pemilik (barangan ) adalah pemilik, dimana penyewa tidak boleh memindahkan hak milik barang itu kepada pihak ketiga, malah pemilik barangan boleh mendapatkan semula milikan barang daripada penyewa menutut terma perjanjian atau undang-undang. c. Perjanjian sewa beli ditakrifkan di dalam seksyen 2 iaitu : •

perjanjian sewa beli bermaksud membenarkan barang-barang dengan opsyen untuk membeli dan perjanjian untuk membeli barang-barang secara ansuran ( sama ada perjanjian menyatakan ansuran sebagai sewa atau sebaliknya tetapi tidak termasuk mana-mana perjanjian:

a. dimana harta di dalam barang-barang yang terkandung melewati masa perjanjian atau ketika atau pada bila-bila masa sebelum penyerahan barang-barang; atau b. dibawah mana orang yang menyewa atau membeli barang-barang adalah orang yang terikat dalam tred atau perniagaan menjual barang-barang yang sama jenis atau perihal seperti barang-barang yang terkandung di dalam perjanjian.

2. Jelaskan Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Perjanjian Sewa-Beli. a. Pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian sewa-beli adalah ’penyewa’ dan ’pemunya’. Ia dijelaskan dalam seksyen 2: a. menurut s 2, ”penyewa” ditakrifkan : a. orang yang mengambil atau telah mengambil barang-barang daripada pemunya dibawah perjanjian sewa beli dan termasuk orang kepada siapa hak-hak atau liabilitiliabiliti penyewa dibawah perjanjian tersebut telah diserah hak atau dengan kuatkuasa undang-undang. b. ”pemunya” juga ditakrifkan dalam seksyen 2 :a. Orang yang membenarkan atau telah membenarkan barang-barang kepada penyewa dibawah perjanjian sewa beli dan termasuk orang kepada siapa hak-hak

atau liabiliti-liabiliti pemunya di bawah perjanjian telah diserah hak atau dengan kuatkuasa undang-undang.

3. Terangkan Prosedur Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli Berikut : a. Sebelum Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli. - sebelum apa-apa perjanjian sewa beli dimasuki berkenaan dengan apa-apa barang. i.

Dalam hal jika perundingan yang membawa kepada buatan perjanjian sewa beli dijalankan oleh mana-mana orang yang akan menjadi pemunya dibawah perjanjian sewa beli yang akan dimasuki. Atau oleh mana-mana orang, selain daripada peniaga yang bertindak bagi pihaknya, orang tersebut hendaklah menyampaikan kepada bakal penyewa suatu pernyataan bertulis yang dilengkapkan dan ditandatangani dengan sempurna olehnya mengikut borang yang dinyatakan dalam bahagian 1 jadual kedua ; Dalam hal jika perundingan yang membawa kepada buatan perjanjian sewa beli dijalankan oleh seorang peniaga tersebut hendaklaha. Menyampaikan kepada penyewa yang bercadang suatu pernyataan bertulis yang dilengkapkan dan ditandatangani dengan sempurna olehnya mengikut borang yang dinyatakan dalam Bahagian 1 jadual Kedua;dan b. Pada bila-bila masa selepas penyampaian pernyataan bertulis yang dirujukkan dalam subperenggan (1) tetapi sebelum perjanjian sewa beli dimasuki, menyampaikan kepada penyewa yang bercadang suatu dan bakal pemunya mengikut borang yang dinyatakan dalam Bahagian 11 Jadual Kedua.

b. Semasa Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli. -setelah proses pelawaan cadangan berakhir dan bakal penyewa bersetuju memasuki sewa beli maka perjanjian akan dibentuk antara pemunya dan bakal penyewa. Semasa pembentukan perjanjian ini, syarat-syarat berikut perlulah dipatuhi : a. perjanjian dibuat secara bertulis;

-

perjanjian sewa beli mesti dibuat secara bertulis. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka perjanjian sewa beli dianggap sebagai tidak sah. Ini diperuntukkan dibawah seksyen 4A.

-

4A(1) suatu perjanjian sewa beli berkenaan dengan mana-mana barang yang ditentukan dalam jadual pertama hendaklah secara bertulis.

-

4A(2) suatu perjanjian sewa beli yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah tidak sah.

b. perjanjian mesti ditandatangani; •

Sewa beli mestilah ditandatangani oleh pihak-pihak yang terlibat dalam traksaksi itu. tandatangan ini hendaklah diturunkan hanya apabila borang perjanjian telah dilengkapi sepenuhnya.



ASB menyediakan satu bentuk perlindungan kepada pihak penyewa bagi memastikan hak mereka dijaga. Peruntukan ini dinyatakan dibawah s4B iaitu:



4B (1) setiap perjanjian sewa beli hendaklah ditandatangani oleh atau pihak semua pihak kepada perjanjian itu.



4B(2) tiada pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemunya boleh menhendaki atau menyebabkan mana-mana penyewa atau ejennya yang bercadang menandatangani suatu perjanjian sewa beli atau apa-apa borang atau dokumen lain berhubung dengan suatu perjanjian sewa beli melainkan perjanjian sewa beli, borang atau dokumen tersebut telah dilengkapkan dengan sempurna.



4B(3) sesuatu perjanjian sewa beli yang tidak mematuhi sub subseksyen-subseksyen (1) dan (2) adalah tidak sah.



Perlu diingatkan, walaupun menurut s4B(3) perjanjian ini tidak sah, pihak pemunya, meniaga atau ejen yang bertindak bagi pihak pemunya tetap dianggap melakukan kesalahan dibawah ASB.

c. Kandungan Perjanjian Sewa Beli Dipatuhi.



Menurut seksyen 4C, setiap perjanjian sewa beli mestilah mengandungi perkara-perkara berikut :



4C(1)(a) setiap perjanjian sewa beli hendaklaho Menentukan suatu tarikh pada mana sewaan hendaklah disifatkan bermula; o Menentukan bilangan ansurans untuk dibayar dibawah perjanjian oleh penyewa; o Menentukan amaun setiap ansuran ini dan orang kepada mana dan tempay di mana pembayaran-pembayaran ansuran ini hendaklah dibuat; o Menentukan masa untuk bayaran setiap ansuran daripada ansuran2 itu; o Mengandungi suatu perihal barang-barang memadai untuk mengecamkan barang-barang itu; o Menentukan alamat di mana barang2 di bawah perjanjian sewa beli berada;

d. perjanjian yang beransingan bagi setiap butiran barang •

Mengikut seksyen 4D (1) maka hendaklah ada suatu perjanjian sewa beli berasingan bagi setiap butiran barang-barang yang dibeli di bawah akta ini.

c. Selepas Pembentukan Perjanjian Sewa-Beli. •

peringkat yang terakhir berhubung pembentukan perjanjian sewa beli adalah ’penyerahan dokumen perjanjian oleh pemunya kepada penyewa. Ini dijelaskan dibawah s 5 akta sewa beli 1967:



s 5 : dalam tempoh 14 hari selepas membuat suatu perjanjian sewa beli, pemunya hendaklah menyampaikan atau menyebab untuk disampaikan kepada penyewa dan penjamin-penjamin suatu salinan tiap-tiap perjanjian •

ini bermaksud, pemunya menstilah menyampaikan salinan perjanjian sewa beli kepada penyewa dan penjaminnya dalam tempoh 14 hari selepas membuat perjanjian.



Kegagalan pemunya berbuat demikian akan menyebabakan perjanjian sewa beli itu tidak boleh dikuatkuasakan oleh pemunya seperti mana yang dinyatakan di bawah s5(1A):



5(1A) kegagalan untuk mematuhi subseksyen (1) akan menyebabkan perjanjian sewa beli tidak boleh dikuat kuasakan oleh pemunya.

4. Terangkan Perkara-Perkara Berikut:

a. Syarat Tersirat Mengenai Hak Milik. •

Seperti mana yang kita telah sedia maklum, perjualan di dalam sewa beli tidak akan berlaku sehinggalah penyewa membuat pilihanya untuk membeli. Merujuk seksyen7(1)(b), pemunya semestinya mempunyai hak untuk menjual barang itu pada masa harta itu patut dilepaskan. Peruntukan ini membawa maksud bahawa syarat tentang hak milak diperlukan bukan pada masa perjanjian dimasuki atau dalam tempoh sewaan itu tetapi ketika mana ”harta itu patut dilepaskan”.



Kes rujukan: ahmad ismail vs malaysia moto co & yl [1973] 1 mlj 117 -

menurut fakta, pihak plaintif telah menandatangani suatu perjanjian sewa bali kereta terpakai dengan pihak defenden. Setelah 4 kali bayaran ansuran dilaksanakan, kereta itu bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki kereta curi. Setelah siasatan, didapati kereta itu bukanlah kereta curi. Kereta itu kemudiannya telah diserahkan samula kepada plaintif. Plaintif bagaimanapun enggan menerima semula kereta itu atas alasan defenden telah memungkiri perjanjian kerana tidak mempunyai hak untuk menjual kereta itu pada masa harta itu patut dilepaskan. KM,tiada bukti yang menunjukan bahawa defenden tidak mempunyai hak milik keatas kereta itu. penahanan kereta itu hanyalah untuk tujuan siasatan dan ini tidak menjejaskan hak milik defenden terhadap kereta itu. oleh itu pihak defenden tidak melakukan sebarang kemungkiran perjanjian sewa beli.

b. Syarat Tersirat Mengenai Kualiti Boleh Dagang. •

Merujuk kepada s 7(2) yang memperuntukan:



7(2) dalam setiap perjanjian sewa beli akan terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang2 mempunyai kualiti boleh dagang tetapi suatu syarat tersebut hendaklah tidak tersirat –



(a) dimana penyewa memeriksa barang2 atau contohnya, berhubung dengan kecacatan yang mana pemeriksaan tersebut patutu dedahkan;



(b) sekiranya barang2 tersebut adalah barang2 terpakai dan perjanjianmengandungi kenyataan yang membawa erti bahawa –

i.

Barang2 tersebut adalah barang2 terpakai; dan

ii.

Bahawa semua syarat dan waranti berkaitan dengan kelayakan dan kesesuaian adalah dinegatifkan secara nyata, dan pemunya membuktikan bahawa penyewa telah mengiktiraf secara bertulis bahawa pernyataan telah dibawa kepada pengetahuannya.

c. Waranti Tersirat Mengenai Milikan Aman Barangan. •

Peruntukan ini memberi satu bentuk perlindungan kepada penyewa bahawa penyewa mempunyai hak untuk mendapat dan memiliki barang di bawah perjanjian sewa beli secara aman ( walaupun pada hakikatnya hak milik belum lagi berpindah kepadanya ).



Waranti berhubung dengan pemilikan aman termasuklah ganguan atau campur tangan dari pihak penjual atau tuntutan ke atas barang itu daripada orang lain ataupun gangguan yang wujud dari pihak ketiga.



Pemilikan aman ada dijelaskan di dalam kes dibawah



Jones vs Lavington : pemilikan aman bermaksud tiada gangguan daripada penjual atau individu lain melalui penjual terhadap barangan di bawah perjanjian sewa beli.

5. Apakah Kesan Kegagalan Pemilik Untuk Memenuhi Syarat-Syarat Tersirat? - Membolehkan pihak yang mengalami kerugian membatalkan perjanjian. Apakah Kesan Kegagalan Pemilik Untuk Memenuhi Waranti-Waranti Tersirat?. - Tidak membolehkan mana2 pihak yang mengalami kerugian membatalkan perjanjian tetapi boleh menuntut gantirugi daripada pemecahan waranti.

Seksyen9 Hingga 15 Akta Sewa Beli 1967 Memperuntukan Hak-Hak Statutori Seseorang Penyewa Dibawah Suatu Perjanjian Sewa-Beli. Terangkan Hak Dan Tanggungan Penyewa Yang Berikut :a. Hak Untuk Mendapatkan Maklumat Dan Dokumen. i.

Pada bila2 masa sebelum penbayaran terakhir dibuat, penyewa berhak untuk menerima satu salinan perjanjian berserta dengan penyataan yang menunjukkan maklumat2 tertentu. Untuk tujuan ini, penyewa perlulah membuat permohonan bertulis kepada pemunya. Peruntukan ini ada dinyatakan di bawah s 9(1):

ii.

9(1) pada bila2 masa sebelum pembayaran terakhir dibuat, dibawah perjanjian sewa beli pemunya hendaklah dalam masa 14 hari selepas ia menerima permohonan bertulis daripada penyewa, membekalkan kepada penyewa suatu pernyataan yang ditandatangani olehnya atau ejennya bagi menunjukkana. Jumlah yang dibayar kepada pemunya oleh atau bagi pihak penyewa; b. Jumlah yang kena dibayar dibawah perjanjian tetapi belum dibayar; c. Jumlah yang kena dibayar dibawah perjanjian; dan d. Jumlah yang diperolihi dan faedah atas ansuran2 lampau tempoh.

iii.

Kegagalan pemunya memenuhi tuntutan ini tanpa alasan yang munasabah boleh menyebabkannya: a. Tidak boleh menguatkuasakan perjanjian terhadap penyewa; b. Tidak boleh menguatkuasakan apa2 hak untuk membuat milikan semula barang dari penyewa; c. Tidak boleh menguatkuasakan jaminan berhubung dengan perjanjian itu. Hak Untuk Mengagihkan Pembayaran. •

hak terhadap agihan penbayaaran ini wujud apabila penyewa memasuki lebih daripada satu perjanjian sewa beli di bawah pemunya yang sama.



peruntukan terhadap agihan pembayaran ini dinyatakan dibawah s 10 ASB:



S 10 : penyewa yang dikenakan membuat pembayaran berkaitan dengan dua atau lebih perjanjian sewa beli kepada pemunya yang sama akan, tanpa mengira mana2 perjanjian yang berlawanan, adalah berha,k apabila membuat apa2 pembayaran berhubung dengan perjanjian yang tidak mencukupi untuk melepaskan jumlah penuh yang kena dibayar di bawah semua perjanjian, menghendaki pemunya untuk menggunakan wang yang

dibayar olehnya bagi penyelesaian jumlah yang kena dibayar dibawah mana2 satu perjanjian atau dalam atau penyelesaian jumlah yang kena dibayar dibawah 2 atau lebih perjanjian mengikut bahagian yang difikirkan sesuai dan sekiranya penyewa gagal untuk membuat penggunaan tersebut diatas, pembayaran akan, mengikut seksyen ini, digunakan bagi penyelesaian jumlah yang kena dibayar dibawah perjanjian sewa beli masing-masing mengikut susunan dalam mana perjanjian2 telah dibuat. c. Hak Untuk Menyelesaikan Perjanjian Lebih Awal. •

Penyewa berhak menamatkan perjanjian sewa belinya lebih awal daripada tempoh yang telah dipersetujui. Peruntukan ini dinyatakan dibawah seksyen 14:



14(1) penyewa dibawah suatu perjanjian sewa beli boleh, sekiranya ia telah memberi notis bertulis kepada pemunya tentang tujuannya untuk berbuat demikian, pada atau sebelum hari yang ditetapkan bagi tujuan itu dalam notis, penyelesaian pembelian barang2 dengan membayar atau memberikan kepada pemunya jumlah baki yang kena dibayar di bawah perjanjian.

8. Jelaskan Prosedur Pengambilan Semula Milikan Barangan Berikut : a. Sebelum Pengambilan Semula Milikan Barangan.

b. Selepas Pengambilan Semula Milikan Barangan.

Related Documents

Sewa Beli
April 2020 27
Sewa
June 2020 25
Sewa
December 2019 40
Sewa Menyewa.docx
June 2020 25
Sewa Billing
June 2020 19